Tuesday, December 13, 2011

Ada Apa-Apa Ke? Tak Ada

Nak kata ada benda nak ditulis, ada. Tapi mood pulak ketiadaan untuk memuat turun gambar ke dalam muka belog nih. Jemari memang ketagih nak mengetuk aksara yang ada kat depan mata nih. Nak sambung baca novel Eh Awak, awak suka saya tak? Haa, pandai-pandai tambah eh awak kat depan tu. Saman karang. he he he. Rasanya, urmm nanti-nanti lah. 

Random.

Tengok cerita Cinta Elysa tadi, katanya last episode hari ni. Entah apa-apa cerita. Tak pernah tengok, 10 minit nampak macam best, lama-lama nampak macam rubbish. Masa tu si lelaki tu nangis, sape eh nama dia? Haa, Johan. Dalam cerita tu tak pasti la pulak nama apa. 

Tengok Masterchef, memang seronok sebab semua bab makan-dan-makan. Tapi dah banyak miss episode dia. Jadi tengok ajelah. Layan jelah tengok juri-juri duk merasa makanan. Slrrppp!

Bukak FB, macam biasa. Jengah sambil tengok status orang. Yang mana best LIKE. Betul-betul bosan lah.

Tadi, pergi bandar kononnya nak beli kain. Nak amik duit, sampai kat ATM, selak wallet. Urmm! Grrr! Entah ke mana la pulak perginya kad atm nih. Memang tensiyongg der. Kalau masih kat dalam rumah takpelah jugak, ini tak. Dah sampai bandar. Last, balik bodo jer. Balik bodo bermaksud balik atau pulang semula tanpa membawa apa-apa hasil. he he he.

Sejak dua menjak ni, selalu sangat buat stupid mistakes. Geram giler. Nak masukkan dalam list azam 2012. TAK NAK CARELESS BILA BUAT KERJA. Tapi rasanya list dah bertimbun macam pasir dalam lori hantu. Tebal macam kamus Oxford tu. Sebenarnya, benda ni tak akan di bawa ke 2012 pun. Kena buat sekarang Aida oi. Dalam teliti ada jugak silapnya, dalam yang terbaik ada lagi yang lebih dari kita, dalam lemah ada kuatnya, dalam duka ada sukanya, dalam suka ada dukanya. Manusia tidak akan pernah sempurna. Tak akan pernah.

Apa lagi yang korang nak baca? Eh bukan, apa lagi eh yang aku nak karang dalam MPS nih?

Bukak TV9, Halaqah. Baru jer bukak nampak-nampak ada gambar baby comey. Perjalanan kehidupan kita dari kecik sampai besar. Ooo, cerita pasal Pengembaraan Janin. Memang menakjubkan. Subhanallah. Sampai masa nanti, bila dah berani nak tengok jugak video kelahiran bayi. Bila berani. ha ha ha. Sekarang urmm saya surrender. 

Oklah, kita stopkan kat sini aje lah. Rasanya nak sambung melipat kain baju yang berlambak-lambak. Kalau tak buat sekarang, lambat laun boleh bertukar jadi kedai dobi. Nanti boleh digelar tokey dobi. ha ha ha.

Sambil lipat melipat sambil tengok Halaqah, banyak jugak faedah dia. Ayuh kengkawan. he he he.

Pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan. Ingat tu :)



2 comments:

  1. Best celoteh kamu hari ni... walaupun merapu tapi best pula ayatnya hahaha...aku pon careless juga! slalu marah kat diri sendiri.. boleh2 pagi2 rajin sngguh masak bekal nak bawa ke opis. Tapi smpai kat parking.. eh? mana bekal tadi yg aku penat2 masak?siap masak sedap2 plak tu? alamak.. tertingal kat ruma pula! masa tu nak juga hantuk kepala kat stering keta hahaha...
    *pinjam YPS utk merapu ye Aida :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    geram kan bila cuai untuk perkara yang tak sepatutnya. menyusahkan diri sendiri.

    *TQ + malu

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.