Thursday, December 1, 2011

Contengan Jalanan

'Afiq afiq. Tak ada orang nak main dengan Afiq ke? Au cak'. Kena bagi agahan pada anak buah pulak time nak menaip nih. Tetiba je merengek, biasa behave je budak nih. Kalau tak senyum ketawa terkekeh-kekeh. Kalau tak ketawa, merenung kat muka aku dengan pandangan yang sayu. Mintak kesian suruh dukung la tu. Tak nak ar dukung, berat sangat, padahal baru 6 bulan. Badan dia boleh tahan mengembang. Nanti ada masa aku upload gambar anak comey tu eh. Comey pada pandangan mak cik dia ni jelah. he he he.

Ok kita sambung niat asal yang terbunuh direngekan Afiq sat tadi. Kat mana eh nak mula?

Ok.

Eh, jap jap. Kali ni rasa nak menulis panjangggggg sikit la. Rasa je lah, tak tahu la jadi ke tak. Kita tengok ajelah eh. 

Kisah Contengan Jalanan or CJ kita ringkaskan bermula. Jeng jeng teng.

Sewaktu petang sebelum 10 November 2011. Tak ingat date dia berapa haribulan. Dialog tetiba memecah sunyi, ye lah time tu dah nak balik kot kalau tak silap. Kalau tak silap lah.

Aida suka baca novel tak? Suka aku jawab. Dia tanya lagi, eh sape eh yang cakap novel Jaja dan Din tu tak sedap? Entah, tak tau. Jawab aku lagi. Yang pasti bukan aku, sebab aku suka giler pada Jaja dan Din tu. Hidayah punya cerita kan. Tak boleh nak cakap lebih ar. Dialog ada jugak yang aku lupe bait-bait asal dia, janji dekat-dekat tu, aku balun aje lah :) Bla bla bla, last dia tanya pernah baca penulisan Hlovate tak? Tak pernah pulak aku jawab lagi dan lagi. Dia cakap cuba cari Hlovate. Terus je cursor menghala ke fb. Dan dan tu jugak aku LIKE Hlovate. Lepas tu dia tunjuk penulisan ala, apa nama dia eh. Urmm, penulisan Ramli Awang Murshid kot. Yang ni aku tak like, pernah dengar nama dia, tapi tak berapa tahu pasal dia and sebab tak tergerak hati nak like. he he he. Duk sembang-sembang melekat pulak. Jadi tetiba tak sabar bila ada tawaran more jutaria petang tu. Nak pinjam? Nanti saya bawak. Uhhh! Nakkk. ha ha ha. Tak sabar weh, tak sabar. Gelojoh tak habis.

10 November 2011. Mendarat lah novel tu di atas tray aku dengan selamat. Dalam pada hati tengah sedih-sedih dengan novel ASST yang aku bebelkan itu hari, dapat baca novel ni secara free. he he he. Rezki untuk hati la ni.



Ni dia rupanya novel tu. Tak sempat nak belek-belek dengan jayanya, sebab kebetulan time tu agak sibuk. Bajet le tu, suka sangat bajet sibuk. Eh ok lagi bajet sibuk, jangan sampai suka mengeluh sudah. Eh eh.

Sambung lagi.


Dua tiga orang yang datang kat meja, belek novel nih. Dia orang tanya, buku apa nih? Ooo, novel la tu. Apesal terbalik? Haaa?? Err, entah. Pesen kot.


A'aa lah, novel ni pelik sikit. Tak ada sinopsis kat belakang. Biasa tiap novel mesti ada sinopsis dia. Ini tak, dahla terbalik macam tu.

Tapi tak risau sangat pasal terbalik tu, sebab dah dipesan awal-awal, baca yang I-Fend dulu, yang 11-K2 baca kemudian. Ok :)

Disebabkan masa agak tak berapa nak rapat je dengan aku, jadi memang curi-curi ajelah baca Contengan Jalanan nih. 

Mula-mula baca, memang agak berbelit-belit. Daya imaginasi penulis wow! Macam semua benda dia tahu. Macam. Dan aku sendiri larut seolah-olah ada bersama-sama Fend dan kawan-kawan dia. ha ha ha. Tak boleh belah berangan. Eh, tapi kan, baru je dengar dalam radio. Tak boleh berangan melampau-lampau, tak baik. Ok. 

Bila baca novel ni kan, rasa nak baca lagi dan lagi penulisan Hlovate nih. Best sungguh. 
Bila baca Al-Quran, baca dan faham apa makna ayat-ayat kat dalam tu. Bila kita boleh menangis bila baca novel, macam tu jugaklah sepatutnya kita pabila membaca Al-Quran. Faham maksud dan cerita dalam tu.
Terngiang-ngiang pulak kata-kata seorang Ustaz. Tak silap, dengar dari radio kot.

Ok, aku teruskan lagi eh.

Mula-mula baca tu kan, eh tadi dah tulis mula-mula kan? Ini dah masuk agak separuh dari mula-mula. he he he. 

Dalam novel ni, peneraju utama dia adalah Fend. Nama penuh dia apa? Tak nak ar kabo, kekgi jadi dok best. Jadi aku bilang Fend sudah eh. he he he. 
Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana. 
Ni antara quote yang ada kat dalam novel ni. Bila baca, kite di ajak untuk berfikir, di mana diri kita. Apa tujuan hidup kita. Dakwah yang diterap kat dalam boleh diserap oleh kita sebagai pembaca dengan berlapang dada. Insaf. 

Kalau nak cari novel bersukaria, memang berlambak. CJ ni lain sikit dia punya isi. Baca sikit, buatkan kita fikir dan fikir. Rasa gak insaf muncul kat dalam hati nih. 
Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang dosa di hati tu lagi perit. 
Tepat ke muka sendiri kata-kata nih. Memang diakui, diri kita. Eh kita pulak, he he he. Payah nak buang dosa, mana nak dihitung dosa yang kita sedar, dosa yang kita tak sedar. Eh sat noo, nanti kita sambung balik menulis.

Off untuk benda yang penting sat.

5 tahun kemudian. Eh tak. Lolok je. 20 minit kemudian. Bajet macam cerita dalam tibilisyen. 

Yok, jangan buang masa. Kita teruskan esei yang tak ada orang nak semak nih.

Fend dengan Chad buat masjid-hopping. Teringat kat Sham Kamikaze dengan kawan dia. Eh apa hal? Jangan cakap banyak, korang tengok Ini Kisahku, mesti ada jawapan dia. Urmm, bila baca novel ni, yang ada kaitan dengan kita memang laaaagiii lah kita rasa dekat. Senyum sensorang pulak dah 0_O




Weee. Antara persamaan yang pernah aku buat. Jadual solat. Time tu rasanya adalah dalam form 3 kalau tak silap. Buat dalam buku latihan, lepas tu tick pada waktu yang aku solat. he he he. Keputusan dia? ha ha ha. Tak yah dibilang pada korang la. Bilang pada diri sendiri cukup. Kat dalam ni korang akan jumpe jadual ni. Tengok ar apa yang si Akmal buat. Siapa Akmal? Haa, yang ni kena baca sendiri. Tak best ar kalau semua aku cite kan, nanti tak suspen. 

Apa jadi pada Chad?

Kenapa dengan Chad?

Oleh itu tuan/puan, sila la beli Contengan Jalanan di kedai-kedai yang berhampiran anda. Ayuh lariiiiii.

Eh, tak abis lagi tau. Ini baru bab I-Fend. Sekarang kita ke muka sebelah pulak. 

Ini bab 11-K2 atau disebut K square pulak.

Untuk menerima sesuatu dalam sekelip mata, agak mustahil kerana hati kita milik Allah. Allah yang memegang hati-hati hambaNya. Begitu juga dengan K2. Mula-mula aku bajet K2 akan meninggal pada jam 11, tapi tersasar dari andaian.

K2 mengikut Fend ke Sydney, namun apa kesudahannya kena baca sendiri. he he he. Jangan la marah. Nanti kena jual.

Banyak lagi ni aku nak tulis. Sabar ke tak nak baca? Kalau tak nak baca, tekan STOP. ha ha ha. 

Ok kita sambungin lagi :)

Kali ni K2 nak cari erti hidup. Lepas dia ke Sydney, kali ni dia ke Jakarta. Erti hidup yang beda.  

Menangis, tumpah air mata kami. Kami sama-sama menangis. ha ha ha. Betul lah, K2 nangis kat dalam novel ni, aku nangis kat luar novel nih. 
Guide us to the Straight Way [Al-Fatihah: 6]. 
Teringat kat lagu nyanyian anak Nora. Erti Al-Fatihah. 'Tunjukkilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat...'
The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.
Sungguh, Allah boleh memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Banyak jugak airmata yang tak disangka-sangka untuk novel nih. Kalau ada masa, korang beli la novel ni. Betul kata-kata si pemberi pinjam novel ni 'dalam novel tulisan Hlovate, tak akan ada unsur-unsur pergaulan lelaki dan perempuan dengan bebas. Penulis sangat menjaga tulisannya'. Ooo, aku angguk je time tu sebab tak tahu. Sekarang dah tahu. Err, korang pun dah tahu bukan?

Urmm, dah habis baca cite nih.  Dan tamat jugaklah pengembaraan aku bersama-sama dorang :) Eh, mak aih ni dah bulan Disember, lama benor rupanya aku pegang novel orang rupanya. hu hu hu.Mau setengah bulan jugak rupanya nak abiskan cite nih. Tebal dia adalah dalam 500+ muka surat. Terasa nak cakap kat dia 'errr, nak pinjam novel lain boleh tak?' ha ha ha. Kalau terasa tak malu, mungkin jugak kot aku cakap macam tu kat dia. Kalau malu, mungkin pendam dalam hati je la kot. Tunggu masa 'aida nak pinjam novel lain tak?' ha ha ha. Memang aku YESSS aje nanti.

Eh dah habis dah sebenarnya tulisan aku nih. Korang dah boleh bukak belog lain pulak. Pergi la, aku nak duduk lepak-lepak sini sat and lepas tu sign out. 

Update:
Now i know, I-Fend and II-K2. Aku ingatkan 11 rupanya II yang merujuk satu Fend punya citer, dua K2 punya cite. Baca I dulu lepas tu II. Aiseh. Lambat sungguh. Err, betul ke apa yang aku fikirkan nih ha? ha ha ha. Dah tido, jangan pikir!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.