Saturday, December 3, 2011

Diari Sabtuday


Ke hadapan Diari Sabtuday yang aku sayang muwah muwah. Tak pasti kenapa mesti ada muwah muwah. Nak kasi panjang ayat kot. Mari kita abadikan aktiviti yang kita lakukan dari am to pm. 

7.15 am : Siap-siap, capai tudung, wallet, kunci kereta, turun pergi panaskan enjin. Dah siap bergerak ke tempat kerja ayah aku. Rasa nak suruh berenti kerja je. Gaji bukan mahal sangat, sikit je. Tak faham sungguh dengan majikan ayah aku. Kerah tenaga tak ingat. Kesian kudrat tua ayah aku yang diperah-perah tu ha. Orang tua kerjanya ikhlas, bersungguh-sungguh. Mungkin nak hilangkan bosan duduk kat rumah kot. Ah, dah sampai kat sekolah. Turunkan dia. 'Amik pukul 12.20'. Ok. Sekali lagi dipesan. '12.20 turun ar dari rumah'. Ok, saya mari ar.

8.45 am : Siap-siap dengan sebetulnya bersiap. Masuk kereta terus ke bandar Kuala Terengganu. Eceh, bandar Kuala Terengganu tu. ha ha ha. Ok ok, jangan gelak. Masuk parking terus ke kaunter. Letak kad. Lepas tu nampak penimbang. Dah lama tak timbang berat badan. Bersemangat, letak beg, kunci kereta atas wheelchair. Timbang. Haaa??? 5O kg!!!! Ha ha ha. Tak percaya. Tak percaya. Naik sekali lagi kat atas penimbang. 50 lagi. Betul ke tak penimbang ni sebenarnya?? Turun, cek punya cek. Cehhh! Hati merudum kecewa. Main tipu penimbang nih. Beria seronok tadi. Rupanya tak betul. Jarum dia lari 3kg. Gigih cari tempat nak betulkan jarum dia, terbongkok-bongkok, tapi tak jumpa. Tolak sendiri ajelah, urmm 47kg je. Alah, tak capai jugak 50kg. Amik beg, kunci kereta duduk kat tempat biasa. Tunggu doktor panggil. 

Detik berlalu dan berlalu.

9.30 am : Dr. Ahmad dah pangil. Kelam kabut pergi simpan majalah. Masuk macam biasa. Soalan sama je Dr. duk tanya. Hari ni tak kerja ke? Tak, Jumaat Sabtu cuti Dr. Jawapan kali ke berapa puluh aku jawab. Dah siap kerja dia. Saling berbagi salam berucap terima kasih, kita jumpa lagi lah bulan Februari nanti eh Dr. 

10.10 am : Keluar dari klinik. Terpandang sesuatu yang dah lama aku nak buat tapi tak terbuat. Tak terhantar.

Doktor Kasut. he he he.



Dua pasang kasut ni dah lama aku nak hantar kat Dr. Kasut tapi terperap macam pekasam kat dalam kereta. Peluang yang ada jangan disia-siakan. Peluang tak datang berkali-kali, jadi rebut sebelum terlepas. Eh, puisi ke apa nih? Dah lama tak pergi baiki kasut. Macam best pulak rasa dapat santai-santai tepi jalan macam ni.




Dr. Kasut tekun, aku pun tekun gak, tekun amik gambar dengan handphone. Dr. Kasut nampak macam lebih kurang baya je dengan ayah aku. Misi diaorang sama, mencari rezki yang halal. Yok, kita perhatikan gambar ye pembaca sekalian. Disebelah kanan anda kelihatan parking, ye parking yang mana perlu dibayar sebanyak RM2 untuk 1 jam. Sebelah kiri pulak terdapatnya sampah yang mana tak patut dibuang di situ. Cintailah alam sekitar. Eh? Dan kelihatan jugak orang awam sedang berjalan. ha ha ha. Ok diluar kawalan sudah menaip nih.



Kita beralih pulak ke depan eh. Ini ialah bangunan tinggal. Bukan bukan. Ini adalah klinik yang aku pergi tadi.



Sekarang mari kita bagi tumpuan apa yang Dr. Kasut buat. Urmm, bukan senang ok nak tukar tapak kasut ni. Kena gergaji, kena ketuk-ketuk. Kena buang dulu besi yang ada kat dalam tu. Besi tapak kasut ni agak degil sikit. Longgarkan itu tak jalan, last-last berjaya jugak dibuang besi tu. Habis kudrat lelaki yang Dr. Kasut guna.



Tengok, macam comey jer tempat dia. Semua benda ada. Gam, playar, gunting, macam-macam ada. Nasik lauk pauk je tak ada. Time dia tarik laci tu kan, terkejut jugak, sebab tak sangka 'eh eh itu laci'. Kreatif!



Dah siap. Harganya RM8 untuk dua pasang kasut. hi hi hi. Yang kelakarnya, rasa segan pulak. Tadi aku main jinjit je bawak kasut ni kat Dr. Kasut. Bila nak balik, dia taruk elok-elok dalam plastik. Plastik kamera tu khas untuk letak kasut customers dia. Manyak-manyak tenkiu lah Pak Cik :)

Lepas tu pergi beli barangan rumah sekejap. Bukan barang basah. 

Tak tengok jam berapa am : 



Time balik, aku silap haluan. Nakhoda tak pandai nak bajet jalan mana kah yang cepat dan tangkas. Lalu kat jalan Kampung Cina. Urmm, macet la pulak. Tak tahu lah kenapa, biasa ok je. Kalau lalu kat sini, terasa macam kat Petaling Street je. Dengan keadaan jalan, kiri kanan bangunan lama. Kebanyakannya lah.



Kenderaan tak bergerak jadi meh saya tunjuk 2 ekor naga tak berasap tu. Nun kat atas sana. Semua pandang depan. Eceh, kalau ada anak-anak buah aku. Syok jugak takutkan mereka. Sape degil naga makan dia lumat-lumat. ha ha ha. 



Sudah nampak tempat yang dituju. Sabasun Hypermarket. Sebenarnya aku jarang datang sini. Pilihan utama biasanya Mydin. Ala tempat yang biasanya lagu hindustan berkemundang tu lah. Itu dulu, sekarang dah agak moden. Dorang main pasang je lagu apa pun. Sebenarnya, lagi elok pergi Sabasun ni. Milik orang Islam. Bila masuk dalam, biasanya diperdengarkan bacaan Al-Quran atau apa-apa yang bermanfaat. 

Eh ni diari ke ape nih? Rasanya dah masuk 13 muka surat je. ha ha ha. 

Masuk Sabasun, rasa macam housewife. Ambik teh, ambik sunquick, capai sos cili, capai pulak garam. Tilik punya tilik. Eh eh, garam halalgel dah ada kat pasaran rupanya. Tak perasan pulak sebelum ni. Lepas tu dengan teragak-agak menilik tepung goreng ayam. Malas lah nak ambik tepung ayam adabi tu. Masin, kadar garam dia agak berlebih-lebih. Tak elok untuk kesihatan. Last, tak ambik. he he he. Nampak apple merah. Whooaa! Ayah aku suka apple! Haaa???? Ayah aku, 12.20 kena amik dia. Tenang tenang. 

11.40 am : Capai lagi dan lagi, tolak troli dengan terhegeh-hegeh sebab tayar troli tu senget. Geram sangat kat troli tu. Tak faham orang nak cepat. Sampai kaunter. Uarrrghhhh! Panjangnya diari awak Aida. he he he. Jangan kacau, tengah nak menaip nih. Ok ok. Gadis tu duk scan semua barang-barang yang aku beli tu. RM150++ Ok. Haa? Duit tak cukup. ha ha ha. Bengong aida, buat malu je, time ni hati ketawa kat empunya diri. Saya gi amik duit jap eh. Nasib baik ada ATM kat dalam tu. Lega. ha ha ha. Eee, malu. Tak adalah malu yang sebenar malu. Lebih nak gelak sebenarnya. Ambik barang tak ingat duit. Nak bayar terkial-kial. hik hik hik. Oleh itu periksalah wallet anda sebelum membeli barangan. Sekian.

12.10 pm : Masih kat dalam jalanan.

12.18 pm : Eh dah nak sampai. hi hi hi.

12.20 pm : Dah sampai. Bawak datuk Mohamed Lela yang ada berbelas-belas cucu balik rumah. 

Sehingga 5.30 pm : Lepak kat rumah jer

Sehingga diari ni ditulis 9.30 pm : masih lepak kat rumah sambil menulis diari. Kan best kalau esok tak kerja. Ha ha dah start dah tu. Nak zzzZZZzzz. ha ha ha.
 
End.


3 comments:

  1. hoho.. ini betul2 diari sabtuday yg lengkap!

    * o.klah 47kg. Nanti kalau usia dah meningkat.. susah nk dpt balik angka tu.(merujuk kat diri sendiri hehehe)

    ReplyDelete
  2. hi aida,
    jumpe dr kasut rupenye.heheheh

    ReplyDelete
  3. NONG ANDY :
    hahhaa.. takde keje cari keje.

    tulah, nak jugak capai 50kg. huhuhuhu


    NYZA :
    TERjumpa dr. kasut. hi hi hi. bernyawa balik kasut-kasut tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.