Friday, December 30, 2011

I Am Nikon

Tabiat saya suka mengambil foto. Sangat-sangat suka. Tak kira apa jua foto. Ketagih la jugak. he he he. Cumanya saya agak jarang mengupload foto ke dalam blog. Pertama kerana line agak lambat, nak tunggu berbelas-belas foto di muat turun, uh memang agak menguji kesabaranku yang setipis kulit bawang nih.

Kamera kecik sentiasa berada di dalam handbag, jarang saya tinggalkan dia kat rumah sensorang. Biasanya saya akan bawak. Apa jua yang menarik hati saya, akan saya abadikan di dalam badan kamera tu. Bila tak ada kerja, boleh tengok balik apa yang di ambil. Kadangkala benda yang tak penting pun. Tapi dah saya suka. Jadi apa boleh buat kan?

Saya pernah ditanya oleh siapa entah. Contoh 'eh, gambar kasut pun ambik jugak?' Susah saya nak jawab persoalan anda tu. Bila jiwa tidak sama, kamu tidak akan mengerti akan kepuasan merakam hayat kasut tu. ha ha ha. Oh susah benar untuk bagi orang faham. Tapi tak mengapa, saya tak marah. Ini kerana manusia itu berbeda-beda ya deh. 

Pada hari Ahad bulan ini, tarikhnya adalah pada 12 Disember 2011. Saya telah mengambil cuti dan pegi ke bandar untuk membuat passport bersama-sama sepupu saya. Sebelum kami ke pejabat Imigresen, kami telah singgah terlebih dahulu ke kedai foto untuk mencuci gambar passport. Nada tulisan macam tengah buat report polis. ha ha ha.

Saya bawakan cd gambar kecik comey jer, kerana sekarang dah tak guna negatif filem macam dulu lagi. Sekarang dunia dah maju. Bunyi macam iklan pulak. Sementara menantikan gambar siap, eh sekejap jer gambar tu siap. Tak sampai sejam pun. Saya ulang lagi, sementara menantikan gambar siap, saya telah merayau-rayau di dalam kedai tersebut. Sekali pandang memang mencurigakan, boleh kasi tokei kedai berasa cuak. ha ha ha. Yelah, dengan muka yang macam tiada berduit jer, terhendap-hendap di depan cermin kedai mereka. Memang menimbulkan syak wasangka.

Saya bukan saja nak terhendap-hendap, saya sedang memandang wajah pujaan hati saya. Sukar untuk saya buang perangai melihat benda ini. Pergi ke kedai mana-mana pun, mata akan memandang dia. Tak dapat beli pun lagi, tapi bila dapat sentuh. Uhhhh, sukar dijelaskan dengan kata-kata. Sudah mampu buat saya gembira.



Nikon dah keluarkan kamera baru. Biasanya dslr biasa kan. Idaman saya adalah Nikon D90, rasanya dah masuk tahun ke berapa ni, tapi masih tak terbeli. Tak capai lagi idaman hati nih. Kalau korang perasan, sekarang dah ramai pengeluar kamera mengeluarkan kamera kompak yang di ubah menjadi ala-ala dslr. Bezanya, ianya masih berbody kompak NAMUN mempunyai lens. Untuk kamera yang sangat comel ini, ianya mempunyai dua lens. Pendek dan panjang. Boleh pilih nak yang mana. Sedia aja duit dong! he he he.

Gambar ni saya rakamkan secara rahsia. Takut kena marah. Saya dah pernah kena marah sebab suka amik gambar sesuka hati. ha ha ha. Mana lah tahu tak boleh ambik gambar, tak ada warning pun. Jadi kita apa lagi, barangan cantik. Geram pulak tiba-tiba hadir dalam diri, maka bertindak macam kedai tu kita yang punyalah. Tapi dia tak marah maki-maki pun, cuma just cakap 'amoi tak boleh tangkap gambar oo'. Ok.



Kamera yang menggoda ini didatangkan di dalam dua warna. Eh tiga lah, Nak pink? Hitam? atau Putih suci murni? Pilih sahaja nak yang mana. Kalau tanya aku kan, aku nak semua warna nih. ha ha ha. Tamak bukan? Sebab dia cantik. Warna dia buatkan kita rasa kita macam memiliki rumah ratusan ribu ringgit yang terletak di tengah sawah padi yang menghijau, lepas tu ada sungai pulak kat depan, tak cukup dengan tu, ada anak ikan pulak kat dalam sungai tu. Ni yang malas nak keluarkan angan-angan ni, sebab biasa memang agak terlampau. Sebab tu biasanya saya akan simpan angan-angan tutup rapat-rapat daripada di tulis di MPS nih. Segan noo. 

Harga yang ditawarkan juga berbeza-beza. Bagi yang mempunyai hanya satu cara penggunaan, maka harganya agak murah sedikit lah. Bagi yang mempunyai dua penggunaan, harga dia agak mahal sikit. Yang satu penggunaan macam kamera kompak biasa je, kita sekadar dapat mengambil gambar macam tu je. Macam mana nak terang ni eh? hu hu hu. Yang ada dua penggunaan pulak, kita dapat ambik gambar macam biasa dan jugak melalui kanta kat atas dia tu. Tak tahu orang panggil apa. 


Kalau tengok gambar kat atas ni kan. ha ha ha. Gigih mengedit gambar ni, tak reti nak pakai paint, jadi tak berapa jelas, urmm boleh la nampak kan? Yang pertama tu kan, nampak perbezaan dia. Yang pink tak ada benda yang petak tu, yang putih tu ada. Harga putih RM2,858 Nikon 1 | V1 manakala yang pink RM2,558 Nikon 1 | J1.



Kelihatan menawan bukan? Meronta nak beli. Sangat sesuai untuk perempuan sebab dia tak gedabak terlebih muatan sangat. Sedang elok je badan dia. Tapi apakan daya daku. huk! Promoter tu kasi pegang belek-belek, kita tanya A dia jawab. Kita tanya B dia jawab. Kira ok lah. 

Cumanya kamera ni masih tak boleh nak lawan dslr lah. Sebabnya dia tak ada manual, cuma auto. Yang beza dia hanyalah pada lens tu je. Kalau tuan kedai tu offer aku pinjam kamera ni untuk satu hari, rasanya aku sanggup. ha ha ha. Seronok wey!!!

*start simpan duit syiling dari sekarang. ha ha ha

Err, sebenarnya sebelum buat entry ni tadi, nak tengok Ombak Rindu kat you tube, tapi dah tak boleh dah. Dorang dah keluarkan agaknya movie tu dari youtube. Sapa tak hangin kalau tak langgan astro first tapi boleh tengok free macam tu je kat intenet. Ooo tak boleh jadi. ha ha ha. Tapi aku suka sebab free, almaklumlah tak langgan astro first, langgan yang biasa aje. Eh eh terkeluar pulak cerita Ombak Rindu. Best sangat ke eh? 




2 comments:

  1. kat mana ni, dh seminggu saya mencari, namun semua kedai kata takde stok.........hummmm......

    ReplyDelete
  2. oo yang ni kat terengganu..kuala terengganu..kedai dia betul2 depan bus stand MBKT.. try cari la kat sini..hari tu banyak je stok..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.