Tuesday, December 6, 2011

Manual dan Automatik

Sekarang pilih, nak butang P R N D 2 1 dan sewaktu dengannya atau pun 1 2 3 4 5 R. Ni bukan main teka-teki, bukan. Ini adalah kombinasi nombor dan huruf yang terdapat pada gear kereta kita. Malam ni nak tulis secara cepat, jadinya maaf banyak-banyak, Siri II Melaka akan disambung nanti. Ianya akan disambung, cuma mengikut masa yang ada.

Sambung eh.

Pagi tadi, adik 3 ngada-ngada tak nak hantar pergi kerja. Disuruhnya kakaknya pandu sendiri kereta adik 2. Wow! Aku ok je. Takde hal. Tapi dah lama sangat tak bawak kereta MANUAL. Di repeat, MANUAL. dum dum dum. Sangat mengujakan mendebarkan dug dag dug dag.

Mana kereta aku? Ada, nak hantar ke hospital pakar, nak diinject enjin dia, nak cuci darah dia. Alhamdulillah, dah selesai tadi. Siap dibasuhkan jugak, sebab dah lama tak basuh kereta.

Malam ni penulisan terus aje eh, sebab nak kejar masa. kwek kwek :)

Masuk je dalam kereta, aduhai. Senyum sorang-sorang. Start enjin, 

Bukak kasut satu je, eh eh. Yang ni kena gunakan dua belah kaki. Tekan tapi tak bergerak langsung kereta tu. Kenapa nih?? Aku dah la lambat. Tekan punya tekan, sebab dah agak lama, aku lepas. Jangan bimbang, kita fikir. Tenang. A B C, sambil tengok kat bawah kaki. Tu je yang terlintas kat kepala. A untuk apa ntah. B untuk Brake, C Clutch. Patut kereta tak jalan, tekan clutch dengan brake. Mana nak jalan. ha ha ha. 

Tekan clutch dengan minyak. OYEAAHHH! Dah jalan dah. Tapi tersengguk-sengguk macam kuda. ha ha ha. Ngam-ngam aje bila melepasi bumper, ENJIN MATI. Mati pulak kat tengah jalan. Kelam kabut giler. 

Jangan bimbang, perjalanan ke tempat kerja masih dapat diteruskan :) 

Menggelabah bawak kereta ni, maunya tak dah hampir setahun lebih tak bawak kereta manual. Semua kepandaian tu hilang lesap. Amboi pandai tu. ha ha ha. Ok ok, skill manual semua menghilang sedikit demi sedikit.

Oleh itu, jangan tinggalkan manual terlalu lama untuk automatik. Bila manual dah merajuk, pujuk dengan kaki. hik hik hik.

Mari sini aku ajar cara-cara nak kendalikan kereta Proton, sebab dia lain sikit.



  1. Signal - letaknya kat sebelah KIRI bukan KANAN. Tadi aku terkocoh-kocoh bagi signal, tarik la tombol sebelah kanan. ha ha ha. Habis wiper duk mengelap cermin. Bila nak kasi signal sebelah kanan, bagi signal sebelah kiri. Adus!
  2. Wiper - letaknya sebelah KANAN bukan KIRI eh. Ingat tu.
  3. Clutch dengan minyak perlu diseimbangkan dengan baik, kalau tak enjin akan mati. Kereta boleh melompat-lompat macam kuda. Yeeehaa!
  4. Lock - korang kena lock sendiri sebab dia bukan auto lock. Untuk keselamatan, pastikan kereta sentiasa di kunci, nak-nak kalau ada anak-anak kecil, nak-nak kalau kita ni orang perempuan. Jadikan tabiat bila masuk kereta, kunci pintu. Tak rugi pun ;)
Hasil daripada pemanduan ini, kena hon beberapa kali dek kereta belakang. ha ha ha. Terhegeh-hegeh, hu hu hu. Lama sangat nak boleh jalankan kereta nak-nak masa berhenti kat traffic light. Fuhh! Hangat giler dalam kereta tadi. Gelak sensorang, rasa macam kena uji dengan JPJ jerk. 

Sampai sekarang, hujung-hujung jari masih sakit. Sebab pemandu ni bawak kereta tanggalkan kasut. hi hi hi.
Jari kaki dah macam melecet. Keras sangat pedal dia.

Untuk sekalian, selamat memandu kereta manual ye.

Ok, majlis bersurai.



2 comments:

  1. haha..x biasa bawak manual yer :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    dulu biasa, sekarang tak berapa nak biasa. rugi hilang satu skill

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.