Friday, December 2, 2011

PAUSE


Keseorangan kat pejabat. Jangan tanya la sedang buat apa. Sedang menaip ni ha dalam MPS. Sambil buat keje, sambil dengar ilmu yang baik untuk di insafi dan di AMALKAN. Kalau dengar sesaje tapi tak amal buat apa aida oii, sama je macam tak dengar pape. Ok dah nak start bebel pulak la nih. 

Sambil-sambil dan sambil lagi, jari suka aje klik kat belog orang lain, baca dan baca. Mana yang best, ralit jugak duk baca. Tetiba rasa macam bosan. Sebenarnya dah terfikir dua 3 hari lepas, rasa macam nak tambah sport rim pada belog ni. he he he. Bukan sport rim tapi warna-kaler pada belog, tapi BUNTU. Nak-nak kalau guna bodbeng kat umah tu, memang slow. Lagi satu bila dah stick pada sesuatu benda, lama. Contoh bukak FB tengok pada hasil fotografi hamba Allah ni, memang berjam-jam la duk kat situ. Masuk fb berjam-jam tapi bukak satu je page. Kadang kadang, kalau tak kadang kadang semua aku redah. Adakala di tambang jugak fb tu. Apa maksud tambang? O bukan tambang bas ok. Maksudnya kita masuk dalam sesuatu benda la. Erk, benda ke. Benda la kita cakap, nak senang cite. Log in YM, FB, blogspot. Tapi kita tak buat pape pun. Biar je teronline macam tu. Habis tu buat apa? Tuan empunya diri pergi basuh baju ke, sidai kain ke, atau pergi beli makanan. Haa, ini namanya syndrom kelezian mengshut down lappy. Errr. Panas terasa weh!

Eh, nak cakap ni je tadi. Dah rasa bosan tengok belog pada keadaan yang tak berubah-ubah takde perubahan pembangunan yang menyedapkan pandangan empunya belog. Pandangan orang lain tak tahu lah macam mana.

AKHIRNYAA .. kini pasti. Eh, lagu kak nita tu.

Kelik kat situ sana sini ke mari. Aku saje pilih FONT YANG BESOR GEDABAK kali nih. Siap bold lagi ni. he he he. Biar terang mata orang, eh bajet macam ada orang baca belog nih. hik hik. Perasan sendiri. Wuu~! Rasa macam terang daripada biasa bila tengok font ni. Macam gagah berani aje kan? ha ha ha.

Lepas tu, nak buat list belog yang baru. Ala, tengok aje la kat side tepi tu ha. Ingat nak tambah belog best yang aku follow. Nak buat dari sehari ke sehari. Tapi tak TERBUAT jugak. Bila nak buat? Entah. Semangat ada tapi. Ah tak ada tapi tapi dan tapi lagi. Nak buat nak buat! Kena azam.

Sebut pasal azam. Dah masuk tahun baru Islam rupanya.

Salam Maal Hijrah 1433H

Semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun yang lalu. Klise tapi payah nak buat bukan? Kalau tak dapat 10 dapat 3 pun dah kira ok. Sikit sikit lama-lama menggunung. Tak faham? Takpe, abaikan. Aku tak marah pun kalau tak faham.

Dah masuk bulan dobelas jugak. Cepat sungguh masa berlari, aku je yang bertatih. Tak seirama kalau macam nih.

Random sungguh menulis kali nih. Tekanan kerja agaknya. Satu nak pesan, walau kerja banyak, jangan merungut, macam engko sorang je yang sibuk. Berlapang dada lah menghadapi kerja yang diamanahkan tu. Phewww! Tak berpeluh pun. he he he.

Akhir kata terima la gambar dari aku ni ha. Wah berani letak gambar yang gelap gelita lagi tak fotogenik nih? Berani de, apa nak di heran.



Simbolik gambar, walau lelah macam mana pun kamu. Pergi lah mencari ketenangan untuk diri sendiri. Contoh macam pantai. Ewah ewah, sastera di situ. Gambar ni sebenarnya anak buah aku yang snap. Gambar lama. Rasa macam ok background dia kan? Kan kan? Ala, korang kan ajelah. Ops, jangan amik kira subjek tau. Subjek tu sengaja digelapkan bagi cover kegelapan. hwa hwa ha ha ha.

Enough.

Nak sambung kerja.

Eh, jangan lupa solat Jumaat.

Iklan masyarakat penyayang.

Hik





2 comments:

  1. singgah sini... :)

    jangan buntu nak update blog pasti ada cerita disebalik cerita ;p

    ReplyDelete
  2. ADYLIA QARISSA :
    hai :) kalau idea beku, memang payah jugak nak update ..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.