Friday, December 30, 2011

Persoalan

Pernah tak apabila kamu ingin mengukir senyuman, namun hati kamu tidak membenarkannya. Bibir kaku tiada berperasaan.

Pernah tak apabila seorang budak perempuan comey, bergaun pink lo lo lo tomeynya dia mengukir senyuman yang sangat manis, namun kamu hanya memandangnya sepi tiada berbalas senyuman.

Pernah tak kamu merasakan suka akan sesuatu itu yakni benda/barang [eh bukan ke sama?], mungkin manusia, mungkin apa sahaja, namun pada akhirnya kamu menjadi tiada berperasaan. Suka pun tidak benci pun tidak. Natural aje perasaan itu. Saya pernah!

Pernah tak kamu berasa sangat sedih dengan tiba-tiba namun dalam masa yang sama kamu masih boleh tertawa. Kerana otot-otot ketawa masih aktif berperanan menyeimbangkan rasa kamu.

Pernah tak kamu gembira yang amat sangat, namun airmata pulak yang mengalir selari dengan kegembiraan itu. Itu normal bukan? Err, ke tak normal? 

Pernah tak kamu berasa sangat bahagia, sangat tenang di saat banyak masalah masih menyelubungi. Masalah itu seolah-olah faham akan diri kamu lantas ke tepi memberi ruang kepada bahagia untuk menjengah di dalam hati. Kalau rasa bahagia itu hadir, nikmati lah ia. Saya pernah berasa begitu. Manis rasanya. he he he.

Pernah tak kamu terasa sangat tidak bersemangat, namun tidak tahu untuk meluahkan kepada siapa. Hakikatnya ramai insan disekelilingmu. Pilih sahaja yang mana. Namun ianya tidak terjadi, lantas rasa tidak semangat itu hanya berlegar-legar di dalam diri dan hilang umpama asap di angkasa. eceh!

Urmm, pernah tak kamu berasakan diri kamu kosong hinggakan tidak tahu apa yang kamu akan temui di dalam hidup. Apa tujuan kamu hidup di muka bumi Allah yang luas ini. Mana jalan penamatnya, apa rintangan yang bakal say hye! pada kamu nanti. Sulit sungguh bukan. Berserahlah kepada Dia.

Pernah tak kamu memang nak sangat memaki hamun seseorang, konon berasa sangat marah. Tetapi kamu tidak melakukannya. Hanya mampu bercakap dengan diri sendiri lantas 'sabar ajelah' yang keluar di dalam hati.

Pernah tak kamu menangis di dalam hati, bibir terukir senyuman. Berpura-pura adakala tidak bagus untuk jiwa. Kamu perlu elakkan. Kalau aku la kan, pernah la jugak macam ni. Tapi tengok keadaan lah.

Pernah tak kamu urmmm, rindu pada seseorang namun ianya apabila diluahkan tidak akan sama dengan apa yang dirasakan. Kalau begitu kan, seeloknya berbicaralah dengan Yang Maha Esa, Dia lebih mengerti akan rasa itu.

Pernah tak kamu rasa tak bersyukur? ha a a, kamu jawab dengan jujur. er er er .. 

Pernah tak kamu mengidam tiba-tiba nak makan makanan yang sedap-sedap, sebagai reward kepada diri sendiri? Saya pernah, he he he.

Pernah tak,.. kalau sambung ni kan, memang berderet-deret lah tulisan dia. Banyak sungguh ayat yang boleh diciptakan apabila ayat 'Pernah tak..' dimulakan.

Rasanya cukuplah setakat ini dulu Pernah tak diutarakan. Kalau kamu nak sambung, boleh aja. Bagi aku, ianya tak salah kerana apabila anda berperasaan sebegitu itu menandakan anda manusia normal yang punya kelemahan dan ianya adalah sebahagian daripada kehidupan. he he he.

4.23 pm | Jumaat yang akhir di 2011 | 5 Safar 1433H 




2 comments:

  1. Pernah tak kamu.. mendapat idea untuk menulis ketika sedang mandi... tapi apabila sudah siap mandi dan menghadap komputer.. semuanya hilang lesap lepas tu sepatah haram tak boleh type!

    ITU AKU PERNAH DAN SELALU RASA.. hehe..

    Pernah tak kamu.. merasa ingin mengkomen n3 dlm blog orang yg kamu lawati tetapi akhirnya mem'backspace'kan semula komen itu. dan menekan butang X - tak jadi komen!

    er.. itu beberapa kali. kerana ragu-ragu dan rasa mentyampah dgn komen yg ku type sendiri..

    pernahkah kamu.. menulis komen yg sebegini panjang di dalam blog orang lain- buat mcm blog sendiri :)

    *Aku selalu buat macm tu :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    hahhaha. SANGAT PERNAH! DAN SELALU SANGAT MACAM TU. kadang2 masa drive, berkepul2 idea menghasut fikiran. bila ngadap laptop idea main sorok2 pulak. grrr!

    semuanya yang dicatat seperti komen di atas SAYA MENGALAMINYA, asyik DELETE lepas tu mengundur diri dengan sopan. hahhaha..

    *rasanya semua orang macam tu kan? hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.