Sunday, December 4, 2011

Siri I : Melaka


Terpaksa buat siri bersiri, bersambung macam cerita cerekarama jugak. Eh bukan, cerekarama tiada bersambung. Macam cerita kat dalam tv jugak. Tapi tak tahu nak bagi contoh cerita apa. Buat bersiri ni bersebab, bukan main ikut suka nak bagi naik bil letrik kat rumah. Tetiba cakap pasal bil ni, awat? he he he. Bulan ni dapat bil, tapi tak bayar-bayar lagi. Tadi petang baru teringat.

Dah sudah mukadimah. Panjang sokmo, nak start duk pung pang pung pang. hik :)

Hari tu pergi ke Melaka. Juga bukan suka-suka makan angin, dah makan angin dah sah-sah tak kenyang. Kalau makan makanan mesti kenyang. Poyo ayat nih. 

Sambung balik.

Untuk Siri I ni, kita akan disajikan dengan bahagian penginapan. Dalam siri ni, kita akan di bawa menyelusuri apa yang ada dalam hotel ini. Kalau semua nak tahu, hari tu kami semua yakni semua kawan sepejabat ditempatkan di Mahkota Hotel Melaka. 

Untuk rekod, kedatangan ke Melaka sudah mencapai kali ketiga. Pertama, masa zaman budak sekolah. Lawatan sekolah, bayar RM50 dapat pergi Johor, Melaka, Kuala Lumpur. Rasa macam teruja giler. Paling diingati, eh banyak. Budak-budak katakan, mau tak seronok pergi lawatan.

Kedua kali adalah pada 2006 yang lampau. Kali ni pergi kerana kerja bersama rakan sepejabat jugak. Pejabat lama. Best.

Dan kali ketiga ni, tujuan masih sama dengan 2006. Kerja. Ayuh, sama-samalah kita melapangkan masa selama 30 minit untuk Sesi I.

~ Iklan sat ~



Ini adalah pensil yang terdapat di dalam bilik kuliah atau lebih tepat, dewan seminar. Sempat aku rembat bawak balik dua batang. he he he. 

Mari kita masuk ke dalam bilik pulak eh.



Main colour dia Putih dan jugak Hijau. LIKKKKKKKEEEEEEE!! Geram giler sebab cantik. 




Hotel ni kebanyakkannya lebih berunsurkan apartment. Untuk bilik pertama, ada dua single bed. Selesa, siap ada bilik air lagi kat sebelah.




Ini pulak master bedroom. Tidur tak nak bangun kalau macam nih. ha ha ha. Tidur sampai demam.



Tiada kata-kata untuk gambar ni. Mari kita sama-sama melihat tanpa berkata-kata.



Living room dia. Luas tak luas. Tapi selesa lah. Kalau bawak keluarga, bawak anak-anak seramai 6 atau 7 orang. Rasa boleh lepas lagi. Bawak sepuluh orang pun ok lagi. Sumbat macam sardin. Meriah. Sangat sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga dan mempunyai budget yang sederhana. Satu malam adalah dalam RM500+ kalau tak silap. Jangan khuatir, rasanya kalau kita gunakan government rate, urmm, mesti dapat lagi murah. Murah sikit lah.



Ini masih di ruang tamu tadi. Kelihatan dapur di sana, boleh masak air. Buat air nescafe or tea, or ikut suka hatea :) Meja makan dia pun cantik. Kecik, boleh la lepak-lepak sambil makan-makan sembang pasal cerita Ombak Rindu. Wah, glamer betul cerita tu eh. Rasanya dulu pernah baca novel dia. Tapi lupa-lupa ingat, dah lama sangat dah. 



Kanak-kanak memang sukakan air. Berendam 40 jam pun tak apa kat dalam kolam. Memang macam dapat durian runtuh. Kita tinggalkan kolam renang ni, kita bergerak semula ke atas.



Saya suka giler sama awan. Jadi untuk gambar ni, kita tengok bandar Melaka sambil melihat awan yang terbentuk cantik kat langit sana.



Pandangan bandar Melaka. Tak jauh dengan Mahkota Parade, jadi sementara ada waktu, boleh lah jalan-jalan di sanaaaa. Ala, tak jauh. Jalan kaki pun boleh. Dekat sangat.



Ini rak tv. Jugak putih berseri. 



Lampu 




Keindahan malam diserikan lagi dengan neon yang berkelip-kelip dan memancar menghiasi kolam renang dan tak dilupakan turut menyimbah cahayanya kepada bangunan yang ada di situ.

Hotel yang letaknya betul-betul di tengah bandaraya Melaka ini, sangat sesuai untuk tuan/puan sekeluarga. Makanan pun sedap enak belaka. Tak Rugi. Memang akan berpuas hati. Err, itu terpulang pada citarasa masing-masing la ye. he he he. 

Nampaknya rancangan Siri I kita sudah menghampiri ke penghujungnya.

Saya berharap kita akan berjumpa lagi di Siri II yang akan datang yang pasti mengujakan untuk semua. Akhir kata, terimalah pantun dari saya.

Malam ini hujan renyai-renyai
Ok selamat malam

ha ha ha. Tak reti nak berpantun.

3 comments:

  1. rindu nak dok Melaka,jalan kaki je g Mahkota Patade,hihihi...tak sabar tunggu siri 2...

    ReplyDelete
  2. bukak pose kt hotel ni paling ummm...gerai berderet2...

    ReplyDelete
  3. HALIMATON SAADIAH LATIP :
    pernah duduk Melaka ke? wah mesti seronok kan? Ala Siri II biasa-biasa je, sebab takde idea :)


    PN. MALATOPS :
    ni mesti pernah bukak pose kat sini kan? boleh imagine, mesti MERIAH! ;p

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.