Friday, December 2, 2011

Tiada Cerita

Tapi jari gatal je nak bercerita. Bajet nak buat entry kencang hari nih, tapi bila dah mengadap lappy ni, idea tak menggelupur nak keluar. Idea lebih tertib, sopan dan berhemah aje kat kepala otak nih. Mungkin lebih tenang berada kat sarang kepala aku kot. Mungkin lah, tak pasti. Baru jap tadi pergi bayar kereta. Dah masuk bulan baru, barulah terkial-kial nak pergi bayar. Tak kuasa nak keluar malam-malam. Lebih senang duduk kat rumah. Dulu, kalau kereta tak bayar, memalam pun aku redah pergi bayar. Lepas maghrib, telefon sepupu aku. ON. Sekarang, keadaan sudah berubah. Tak banyak sikit la. 

Esok nak kena jumpa dengan Dr. Ahmad. Asalnya minggu depan baru jumpa dia, tapi minggu depan tak boleh. Aku berada di luar kawasan. Eceh, bajet macam Celcom pulak ada kawasan-kawasan nih. Urmmm, sebenarnya aku mengarut tiada bertujuan nih. Umpama memandu mengabiskan minyak tanpa ada destinasi yang nak dipakirkan kenderaan. Tadi ada benda aku nak bercerita, tapi bila Puan Sri Mood tak datang, memang tak boleh buat apalah. Oh ya, jumpa Dr. Ahmad memang sebab nak dating dengan dia. Bukan aku lah, braces aku nih. Kalau ikutkan hati, aku nak spend masa kat rumah aje. Sebab banyak kerja rumah yang dah terbengkalai umpama projek yang mati tanpa isyarat. Plan baik punya, tapi tak semua menjadik. InsyaAllah minggu depan ok la kot. Ala, ada kot tu macam tak pasti jer. huuu. 

Otak mengisyaratkan tak perlu meleret mengarut. Nanti menjengkelkan bila dibaca di masa depan. Oleh itu, sekian.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.