Monday, January 31, 2011

Jelmaan Safee Sali



Ok, weekend dah tamat. Maka bermula lah tugas sebagai pekerja. Untuk makluman, bile hari bekerja agak sibuk la sikit. Jengah belog kadang-kadang sempat, tapi nak tulis pepanjang tu, kadang-kadang terpaksa fikir banyak-banyak kali. Sebab sampai umah dah lewat, malam plak nak kene tidor awal. [Entri ni aje dah makan masa +- 2 jam]

Err, korang tak tahu, rutin sebagai anak, sebagai pekerja ni haa. Pagi bangun, pastu pegi keje. Kat pejabat buat keje, lepas tu kan. Nak bersembang lagi, kadang-kadang tak sempat. Eh tipu! sempat la jugak. Lepas tu nak makan lagi, nak jumpe dengan bos lagi. Memang agak sibuk lah. Itu tak tambah lagi nak tengok tv3 bile dah sampai umah. Kene fikir plak jalan cite err. Asmaradana tu ha. Kalau tak silap cite tu dah lama dah. Tapi baru nak tengok. Ok! ketinggalan di sini. [yang ni saje je ngada-ngada cakap sibuk]

Tadi lepas je balek keje, tercongok depan tv. Duk menungguh la jugak cite Asmaradana tu. Tapi hampa, takde la pulak ini hari. Ke dah habes?Tapi, jangan tanya la camne jalan cite dia, aku tak berapa nak ingat. Err, sape ek pelakon dia?? Parah!

Mukadimah dah setebal 124 muka surat. Jadi sebelum terbabas dengan lebih teruk. Aku sebenarnye kan, teringin sangat-sangat-rindu-sangat-sangat pada


F U T S A L ! ! !


Gara-gara tadi, nampak satu emel masuk dalam inbox. Bagitau futsal akan dipertandingkan pada bulan Februari nanti. Yuhuuuu!!



Beberapa tahun yang lalu. Ini lah team yang memang best yang paling aku suke.




Berangan macam Gol dan Gincu. Oh! my kentaki.. [saje cakap kentaki sebab baru je makan K ep Ci] Time ni kan, terasa macam World Cup pun ada. Dapat tunjuk dan cari skill baru. Lepas tu kan, time game plak, fuhh! terasa cam Safee Sali [hai Pi'ee] Kejar bola, tendang bola tu kekuat. Goooollll! wowww! Aku ke yang buat gol tadi?? [dalam mimpi je]



Yang baju pink itu adalah seangkatan dengan Khairul Fahmi Che Mat. Goal keeper terhangat time tu la. Sekarang ni, prestasi dia tak di uji lagi. Namanye Kak Na. Tengok baju la beb! I tatooott you!



Game sedang berlangsung dengan sengit. Tapi nampak cam tak sengit kan, tak tahu nape semua orang tercegat cam nampak Farid Kamil buat lintasan hurmat. Tak tahu la aku.




Kan dah cakap, ni lah keeper terhangat yang digeruni lawan. Aku rasa la kan, si Khairul Fahmi tu kan. Kak Na lah yang ajar. Tu pasai dia dah cekap. Bile dapat je bola, peluk kemas-kemas, pastu terus rebahkan badan kat padang. Nampak sangat skill tu.




Err. Jangan tak tahu wak. Kami menang tau dalam game nih. 1st and last, lepas tu kan. So far takde lagi join MAKSAK ni.


Urmm, rindu pada nak tendang bola mungkin tak dapat dihajati. Sebabnye, sejak berbraces ni, aku takut la nak main lasak-lasak. Kan nanti kan, terkena bola time main, haaa. Tak pasal-pasal cari nahas.

Err, agak-agak kan, ada tak lelaki yang tak minat bola dan tak pandai main bola??

Err. errr. Ok lah, sebelum kene baling ngan botol. Aku sudahi dengan Selamat Menyambut Hari Selasa!

Oyeaa





Saturday, January 29, 2011

Ayam Penyet


Ok, nak sambung entri negara seberang. Padahal cite dah agak lapuk, sebab entri melompat-lompat. Sebelum ni dah bercerita pasal gedung pakaian yang ada kat Bandung. Sekarang ni nak cite pasal makanan yang ada kat sana. Kalau nak ikutkan, ada dua posts yang akan ceritakan perihal makanan. Yang ni kirenye post 1. Proses nak upload gambar teramatlah lambat. Jenuh nak menunggu.

Jom kite tengok ape makanan yang kami nikmati ketika kat sana. Yok!



Yang ni kat dalam restoran. Nampak je cam eksklusif, tapi harga dia maintain je. Takde la mahal mana. Kalau kat negara kite, tentu harga dah di upkan, yelah restoran dah cantek. Harga pun mau cantek la jugak [tapi tak semua la camtu]. Kalau kite perhatikan restoran ni kan, dia memang mengutamakan rotan dalam seni hiasan mereka. Memang kreatif! [ayat cam rancangan Nona]




Nama restoran ni 'Rumah Makan Khas Sunda' Riungsari. Lebih kurang lah. Terletak tak jauh dari factory outlet, tapi lupe plak jalan ape. huhuhu. Tengok lah buku menu dorang, pun cantek dan kreatif. Payah nak rosak kalau macam nih.




Pepes itu steamed ye ibu-ibu. Manakala untuk gorengan ada di muka sebelah bapak-bapak sekalian. Macam-macam jenis masakan yang mereka sediakan. Kalau tekak korang boleh terima, takde hal la. Boleh order je terus, tak yah nak pikir-pikir. Tapi aku punye tekak, agak payah nak terima masakan dorang. huhuhu.




Ini pulak, otak-otak. Macam mane rasanye, tak tahu lah. Yang ni my big brother yang try. Tekak dia nih, semua boleh telan. Tolak kayu ngan batu bata je. hehhehe. Ampun!



Ok, yang ni semua kenal. KFC. Jagonya Ayam?? Err, tak pasti ape maksudnye. Ayam kat sini, lebih kurang la dengan yang Malaysia punye. Tapi aku rasa kan, ayam kat negara kita lagi best kot. huhuhu. Sori terlalu ikhlas dalam menaipkan kata-kata. Tapi it's true. Lepas tu kan, dalam menu yang tu, contoh la kan, untuk dinner plate, dorang akan hidangkan set tu dengan nasi. Macam pelik la sikit. Tu bezanya dengan negara kita. Lepas tu kan, dia ada spagetti lagi. Kalau tak silap, kat kite kan, takde spagetti. Err, ada ke tak eh?? [tibe-tibe konpius]




Gambar ni macam dah wajib amek dah. hehhehe. Last trip pun tangkap gambar ni jugak. Eskrem yang wallaweh! sodap nye. Tapi tak beli pun. huhuhu. Just tangkap gambar lepas tu blah. Kalau tak silap ni kat kedai makan sebelah dengan Rumah Mode.



Cube teka ini ape? Ini ialah pisang. Err. Bukan pisang kot. Ok! tak ingat. Payah benor nak ingatkan nama makanan kat sini. Yang ni pun aku tak makan. Just tengok je. Rugi kan?



Haa. Yang ni pisang. Tapi aku lupe nama penuh dia. Rasa dia? boleh la tahan. Tapi agak muak. Pisang ni dia goreng mentah-mentah cam tu. Lepas tu.. Ok, dah ingat. hahahah. Pisang keju. Lepas tu dorang letak cheese kat atas tu kan, dan letak pulak chocolate rice. Boleh je kite buat kat umah, tapi biasalah. Bile pegi kat tempat orang tu lah kite akan makan. Nak buat sendiri? urmm. Tok sah mimpi ler.



Yang ni menepati selera aku. Kalau tak silap ni kat Wendy ape ntah. Restoran ni kat Cihampelas Walk. Makan fries dia, terasa berada di Malaysia. Sedap! Tekak aku boleh terima. hehhe. [Ceh! macam la jauh Bandung ngan negara kite. Poyo jerk!]



Time kat sana kan, kami jugak dihidangkan dengan nasi padang. Lauk dia, perghh! jangan cite la. Naek rambang mata dibuatnye. Tengoklah pinggan dorang gune tu, klasik kan? Macam zaman dolu-dolu.






Adakah ini ayam penyet??



Daging ape ntah. Nampak cam lebih kurang sama je dorang masakkan. Cume beza ini daging, itu ayam. hehehhe





Kuah sotong dan sotong ni aku boleh makan. Yang lain-lain tu, tak berapa nak boleh. Mungkin sebab rasanye kot. Agak berbeza sedikit dengan masakan kat negara kita. Ini baru pegi seberang, kalau pergi negara-negara lain contoh cam negara-negara Eropah ke.. Aku tak tahulah macam mana nak survive.



Lepas makan, tengok terel ke tak dorang bawak pinggan-pinggan ni semua. Kalau aku, tobat tak lepas. Mau berderai pecah. Tapi sebab dorang dah biasa, hari-hari bawak pinggan. So, terel tahap gaban la. Boleh tunjuk skill lagi. Kiteorang pulak yang cuak takut pinggan tu terlepas, jatuh. Ish! Bimbang tak pasal-pasal.

Ok, dah-dah. Esok keje. Entri berakhir kat sini. Dhaaa -_-



Tuesday, January 25, 2011

Pantai Airport

Ok, cite ni sepatutnye dah dipublishkan beberapa hari yang lalu. Tapinye, oleh kerana line tak berapa nak cantek [malam tadi ok la sikit, dan malam ni agak ok jugak, err bil masih tak bayar lagi. hu hu hu]

Jumaat dan Sabtu, macam biasa cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu. Suke tau X_o. Dan pada waktu-waktu macam ni lah, boleh keluar jalan-jalan tengok apa yang ada kat luar pejabat. Kalau hari bekerja memang masa agak terhad nak keluar. Nak-nak kerja pejabat masih banyak yang tak selesai. Tanggungjawab masih lagi tak langsai dengan sepenuhnya. Ish! Ok, dah plan apa nak dibuat pada esoknye. Harap semua ok. Amin.

Dah panjang plak cite tentang hal-hal pejabat selagi keje tak siap, memang rasa tak best.

Petang Jumaat dah keluar dengan my cousin, petang Sabtu kami keluar lagi. Lepas balek dari pejabat [pegi sat je kat opis tu], kami ke Pantai Airport. Wah~! lama sungguh tak datang sini.

Ape yang best kat sini?? Meh sini nak cite eh.

Tengok, kat sini kamu boleh lepak-lepak hilangkan stress. Tengok bebudak main layang-layang. Semua 1 family boleh datang sini. [dah macam promo ape lak nih. hehhehe]




Kalau korang perati gambar ni bebetul kan. Korang akan nampak penghujung sana. Haa, yang tu jalan mengelilingi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu [kite kasik nama penuh lagi awak]. Kirenye kat tengah-tengah tu airport. Agaknye, sebab tu la pantai ni dipanggil 'pantai airport'. Tapi kan, sebelum ni, takde jalan cam tu. Jalan asal nye lain sangat-sangat. Dulu asalnye laut, time tu tak ditambak lagi dengan pasir. Lepas je dorang besarkan airport nih. Terus dah jadi jalanraya. Tentu korang tak paham kan? hehehe.




Kalau korang tengok picture atas nih, semuanye dorang letak batu sebagai penahan hakisan. Tak nak bagi pantai ni terhakis. Dulunye, semua ni takde. Lepas dorang tambak ngan pasir, maka jadilah macam nih.




Korang nampak tak nih? he he he. Banyak sungguh kulit kerang kat pantai tu. Bajet nak jugak bawak balek. Tapi bile fikir-fikir ikan dah mati, akuarium kecik dah takde. Jadinye, tak nak ar kutip kulit kerang ni. Nanti makin banyak pulak duk mengumpul sampah.



View di pantai airport. Time ni dah petang dah. Adalah dalam jam 630 pm. Cantek kan??


Ini pantainye. Kelihatan ombak menghempas pantai, eceh eceh! Eh, batu batan tu, bukan original tau. Itu kirenye buatan manusia. Er, manusia yang letak kat situ. [abaikan ayat nih]



Yang ditunggu-tunggu. Bilemana dengar ombak pukul pantai. Ceburrrrrr! muzik asli ni tau



Lagi view yang di terkam. Kalau ikutkan hati, nak je amek semua angle. Tapi kene sedar diri. Kamera tu bukan kamu yang punye!




Kalau nak tahu, kat tepi-tepi pantai ni. Ada macam-macam gerai yang boleh kite pilih. Terasa nak makan. Urmm..

ABCDE - ada [tengok je contoh gambar kat atas. Sedap!]
Ikan celup tepong? - ada
Sotong Celup tepong? - pom ada
Kerepok lekor? - eh lagi la ada


Korang pilih je, banyak lagi menu yang ada sebenarnye.





Eh, dah abes dah Abc saya. hehehhehe.


Ok, petang tu kami makan sotong celup tepong. Bolehlah tahan sedapnye. Kenapa cakap camni? Sebabnye, ada lagi tempat yang lagi power sotong celup tepong dia tau. Kalau kat sini, korang kene pandai pilih tempat. Sebabnye ada gak tempat yang mahal. Kesian gak kalau orang luar dari Terengganu yang datang makan, silap haribulan korang kene 'pow' dalam diam. huhuhu [tapi tak semua la ye]



Kerepok goreng. Trylah, mesti tak rugi.


Saje nak close up ini gambar sotong. Walau nampak agak hangit, tapi rasa dia. Yummi yummy!


Yang ni pemandangan dari dalam kedai yang kami lepak. Kalau bawak anak-anak, bolehlah main kat taman sana.



Ok, semua pictures ni kan di taja oleh encek Canon. Wah! dslr. Suke suke!



Nilah Canon dlsr yang tersergam indah. Bukan nak riak tau, sebabnye..........





Cam aku cakap tadi lah, kene sedar diri. Encek Canon ni, bukan yang aku punye pun. Yang ni my cousin yang punye. Aku just pinjam sangkut kat leher, pastu tumpang bergaya ngan rete orang. huhuhu. Sebab tu lah, muke ceq blur je. Sogan ar nak over. Tulah, nak beli tak mampu, yang mampu urm, tengok aje la labu. hehhehe.

Haa, nanti senang-senang aku bawak pantai yang lagi best eh. Kat situ memang perghh!



Monday, January 24, 2011

Ni jer yang sempat!



Sebenarnye, saya nak buat blogwalking.

Saya nak reply komen-komen kat chatbox [sebab saya suke. hehehhe]

Saya nak post satu entry ni kan, tapi tak lepas-lepas jugak.


Sebabnye:










Err. Sebabnye, ada kat atas. hu hu hu

Ok, ni jer dulu, nanti-nanti saya upload lagi yer.

TQ


*ingatkan bil saya takde yang sangkut. clean n clear, tapinye. hu hu hu


Saturday, January 22, 2011

Hati Wanita

Sebelum pembacaan diteruskan, ingin saya jelaskan di sini. Entry pada post kali ini agak panjang dan jikalau pembaca sekalian ingin meneruskan pembacaan, baca lah dari hati. Kerana ianya memang untuk wanita namun ianya tidak terhad, sesiapa sahaja waima kaum lelaki, anda masih boleh membacanya. Tiada denda yang dikenakan. he he he. Err, sebab entry ni panjang, bolehlah pembaca sediakan 1 mug milo sambil membaca x_x enjoy reading ye [smile]


Allah s.w.t telah menciptakan wanita sebagai mahkluk yang sangat istimewa, asasnya sebagai peneman kesunyian kepada kaum lelaki, sebagaimana terciptanya Hawa untuk Adam.

Tentunya apabila seseorang lelaki dan wanita bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan, maka hadirlah kegembiraan, ketenangan dan kedamaian dalam jiwa pasangan. Akan wujudlah seorang pendorong semangat, teman untuk senyum tawa dalam bergurau senda, berkasih sayang dan berkongsi rasa apa saja sehingga ke akhir hayat.

Walau bagaimanapun, sebelum wanita ini melangkah jauh mencari kecemerlangan diri - daripada menjadi seorang anak sehinggalah mereka pula bergelar seorang ibu - langkah kakinya sangatlah panjang di dunia yang terbentang luas ini. Maka haruslah terlebih dahulu mereka memahami apakah penceritaan Al-Quran terhadap penciptaan mereka di dunia ini.





Al-Quran telah menyatakan secara rumusnya bahawa wanita ini terbahagi kepada tiga keadaan umum; ada wanita yang dirinya mampu menjadi fitnah dan musuh kepada manusia lain, ada juga wanita yang menjadi ujian besar kepada kaum lelaki kerana penampilannya yang amat mempesonakan kepada setiap mata yang memandang, dan tentunya pilihan akhir ini adalah impian setiap daripada kita, menjadi wanita yang menjadi anugerah paling bernilai kepada seorang lelaki yang bergelar suami dalam mencari syurga di dunia ini.

Wanita dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan wajah yang cantik, sedap mata apabila memandangnya. Ada manis dan mulusnya. Tetapi sebenarnya cantik pada wanita itu bukanlah pada solekan yang dikenakannya, bukan pada pakaian yang digayakannya, bukan pada ukuran badannya yang meliuk lintuk, bahkan cantiknya yang sebenar adalah terletak pada akalnya untuk bijak memilih jalan yang terbaik dalam kehidupannya.

Untuk melahirkan dan membentuk wanita yang baik inilah kita memerlukan suatu asuhan dan didikan yang sempurna, mengikut acuan Islam sejak dari kecil lagi. Maka tentunya kita juga memerlukan seorang ibu, yang juga merupakan seorang wanita yang elok pekerti dalam mendidiknya. Wanita bermaruah InsyaAllah akan menyumbang kepada lahirnya generasi yang sempurna perwatakannya. Inilah suatu kitaran hidup yang terbaik telah diaturcarakan oleh Allah s.w.t.


Daripada pandangan mata kasar kita hanya dapat melihat wanita adalah suatu makhluk Allah s.w.t yang lemah fizikalnya. Kadangkala juga melihat wanita menggunakan air matanya sebagai senjata untuk meraih simpati. Tetapi sebenarnya air mata itu kurniaan besar daripada Allah s.w.t dalam memberi peluang untuk mereka mengekspresikan emosi dalam pelbagai keadaan, baik ketika mereka sedang sedih, bahagia, bangga dan sebagainya.

Unik

Tetapi jika kita perhalusi ciptaan ini sebenarnya wanita sangatlah unik. Mereka dikurniakan sifat yang berlemah-lembut, tetapi ada ketegasan dalam jiwanya. Lazimnya mereka mampu menanggung bebanan kejiwaan yang kuat. Walau dalam keadaan sukar sekalipun, wanita yang baik seringkali berhabisan mempertahankan maruh dirinya walau diuji seteruk mana sekalipun. Mereka tetap akan berusaha untuk menjaga kehormatan dirinya daripada diganggu anasir jahat di luar sana.


Lebih-lebih lagi apabila wanita diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk melalui proses mengandung yang meletihkan, dan begitu mencabar dari segi fizikal dan mental sepanjang tempoh sembilan bulan. Seterusnya kesusahan untuk melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan, langsung membesarkan dan mendidik anak-anak ini dengan penuh kasih sayang.

Jika kita berpandukan logik akal, proses mengandung sepatutnya dikurniakan kepada kaum lelaki, kerana mereka mempunyai kekuatan fizikal untuk menanggung beban kandungan tersebut yang beratnya berkilo-kilo, dan alahan sepanjang sesi tersebut.

Tetapi disinilah istimewanya wanita apabila Allah s.w.t memilihnya untuk diberi kelayakan tersebut. Ini kerana mereka memiliki jiwa dalaman yang lebih kuat. Mereka lebih bersifat penyabar, lemah-lembut dan penyayang, dimana sifat-sifat inilah yang akan diguna pakai untuk menjaga seeloknya zuriat yang dikandungnya itu. Mereka lebih peka dalam memberi kasih sayang kepada zuriatnya dalam keadaan mana sekalipun.

Kaum lelaki agak sukar untuk meluahkan kasih sayang mereka secara jelas. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan sebagai suami dan ayah, mereka sebenarnya lebih tegar untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.

Jalan Hidup

Seorang ibu yang baik akan cuba membentuk keluarganya dengan ciri-ciri sebuah rumahtangga Muslim yang sempurna. Dengan harapan semoga zuriatnya ini mampu menjadi seorang yang patuh, bertanggungjawab, amanah, berdisiplin, bermotivasi dan tahu bagaimana memilih jalan hidup yang terbaik, atas kesedaran dan kefahaman tentang peraturan dan hukum-hakam yang telah ditetapkan dalam kehidupan Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa wanita yang bergelar ibulah yang akan membina pemimpin dan generasi terbaik pada masa hadapan. Ibu yang baik akan bersedia menyediakan dirinya sebagai guru dalam memberi didikan awalan kepada anak-anak. Istimewanya apabila mereka mampu mengajar anak-anak secara praktikal - bukan sekadar amali - tentang soal akhlak, adab sopan, tingkah laku seiring dengan kehendak Islam, dengan memberi contoh teladan yang sempurna kepada anak-anak ini.

Peranan seorang wanita sangatlah besar dalam melindungi generasi baru dari terus terjebak dalam pelbagai anasir jahat di luar sana. Anak-anak sememangnya sangat memerlukan perhatian daripada seorang ibu, apabila bapa mereka telah sibuk keluar untuk mencari rezeki bagi menampung sebuah keluarga. Maka disinilah peranan ibu sangat diperlukan sebagai penyokong kepada tumbesaran dan perkembangan maksimum anak-anak mereka.

Dari sini kita dapat melihat bahawa Islam telah meletakkan suatu kedudukan yang sempurna elok kepada wanita di dunia ini. Tiada agama lain di dunia yang memberi fokus seistimewa ini terhadap wanita melainkan Islam. Wanita telah dikurniakan hak dan dilayani sesuai dengan fitrah dan kejadian mereka.


Jika seorang anak gadis telah dididik sempurna oleh seorang ibu yang bermaruah, maka akan lahirlah seorang wanita yang mampu menjadi anak yang taat kepada kedua ibubapanya, menjadi isteri yang terbaik kepada suaminya apabila dia berjaya dalam menjamin kerukunan dan kesejahteraan rumahtangganya, seterusnya turut menjadi ibu yang cemerlang dalam membentuk peribadi mulia zuriatnya, langsung menjadi hamba Allah s.w.t yang patuh pada agamanya.

Fitrah

Fitrah wanita yang bersifat lemah-lembut ini sewajarnya mendapat perhatian dan layanan yang sempurna daripada seorang lelaki yang bergelar suami. Hiburkanlah jiwa mereka dengan kasih sayang sejati sepanjang hayat, mudah-mudahan ia berbaloi buat suami mendapat khidmat terbaik dalam sebuah rumahtangga yang sungguh diberkati Allah s.w.t.

Namun, seindah-indah ciptaan wanita ini, kebanyakan daripada kita langsung tidak menghargai betapa istimewanya kejadian seorang wanita di dunia ini. Sebagai wanita, marilah kita bersama menghargai diri sendiri. Perlu untuk kita terlebih dahulu menghargai diri kita sendiri sebelum orang lain tahu bagaimana untuk menghargai diri kita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka dalam membuat pilihan dalam hidup.

Wanita harus memilih untuk memperjuangkan identiti diri yang bersih dan istimewa seanggun anugerah Maha Pencipta-Nya. Kita semua harus berkeyakinan tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk diri dalam kehidupan hari ini. Setiap wanita harus kekal dalam sifat fitrah azalinya walau sehebat manapun status mereka di mata dunia hari ini. Mereka seharusnya mempunyai sikap bersopan santun, penuh beraadab, manis tingkahnya dan masih menyimpan sifat malu yang menjadi tabir terakhir dalam melakukan perkara yang sia-sia.

*Artikel ini saya ambil daripada akhbar Siasah yang dibeli oleh ayah saya semalam [Jumaat] namun saya baru berkesempatan untuk membacanya pada hari ini. Artikel ini ditulis oleh saudari Nik Amalina Nik Abdul Aziz. Dan kalau tak silap, artikel ini tiada di dalam laman internet [sile gugel kalau inginkan kepastian]. Namun artikel ini, saya tulis semula untuk dikongsikan bersama-sama pembaca kerana saya suke membaca sebarang cerita/bahan pembacaan/artikel yang terselit motivasi di dalamnya. Err, semua pictures saya ambil dari encek Gugel. Sebab tu takde watermark. he he he


Friday, January 21, 2011

Ayu Raudhah - Zaquan Kahwin~!!


Eh hey! Tadi kan kuar ngan my cousin. Dia bagitau yang Ayu dan Zaquan dah kawen. Sebenarnye kalau nak dikire minat. Takde lah minat mana pada Zaquan nih. Tapi kalau Ayu tu, suke la jugak tengok air muka dia. Nampak cam budak-budak baek je. Nak-nak kalau berlakon pakai tudung cam contoh dalam, urrmmm.. cite ape ek? haaa. Nur Kasih dulu. Lepas tu ada cite yang dia berlakon dalam TV3 jugak. Cite yang sheila rosli jadi jahat tu. Tapi lupe ape tajuk dia. Abaikan lah.

Tapi suke tengok time dia berlakon bertudung ajelah. Soal peribadi dia tak nak campur/komen ar. Sebab kite tak kenal dia. Tapi wajah dia cam arab-arab gitu. Cantek kan? [Eh! Nampak cam aku tulis arnab-arnab plak. hahahha.]


Ni gambar-gambar kawen dia. Cantek betol.





Cuak je muke Zaquan. hehehhe. Ramai betol photographer dia.




Suwitttt! Kalau time kawen, gambar camni memang cam wajib la geng-geng poto amek. Nampak cam kelas gitu nyah!





Tantek! Tapi sorilah, takde la tahap kipas susah mati yerk! Sekadar tengok dan moga Ayu akan bertudung jugak satu hari nanti. Tapi aku tak berapa minat si Rozita Che Wan. huhuhuhuh
[sape kisah kau minat ke tak, takpelah nak bitau jugak!]


Bile tengok semua gambar-gambar ni kan, teringat kat hasil SaifulNang O_o




Oh ye! ni kad kawen dorang. Aku cilok kat murai. Hahhaha. Malam ni penah tak penah pulak bukak page murai ngan beautifulnara. Sebab aku tak beli paper arini [dah lama tak beli paper. huhuhu] Jadinye tak tahu sangat perkembangan semasa kat dunia. hehehhe [malu plak!]

Oklah, tu je. Kalau nak tau cite panjang-panjang, boleh lah gugel kat tenet.