Sunday, February 27, 2011

Aishiteru


Ini entri singkat, sebab tadi kebetulan masa naek kete opismate sempat dengar lagu ni dalam radio Hot. fm. Rupenye lagu ni baru nak glamer kat Malaysia [aku agak je sebab dah lama tak dengar radio. huk!]. Sedangkan lagu ni dah lama kalau tak silap.

Nak dijadikan cite, time pegi kat Bandung last month, [boleh refer entri lepas-lepas. hehehe] Bile je kami naek angkutan kota, mesti ada penyanyi jalanan yang akan nyanyikan lagu. Lagu pulak, bermacam-macam jenis.



Lagu yang paling best ialah lagu Aishiteru. Kalau ikutkan dua budak pompuan yang nyanyi. Ni gambar hiasan semata-mata, sebab lupe nak tangkap gambar budak pompuan tu. Yang laki ni pun best jugak suara dia. Kalau tak, takkan abang aku sanggup record suara dia. ngee!


Lepas tu time kami ke Pasar Baru, kami tanya kat budak yang jual telekung [time tu tengah beli telekung]. Lepas tu dorang cakap ar, lagu tu Aishiteru nyanyian Zifhilia. So, sempatlah kami bluetooth lagu ni dengan pekerja kat kedai telekung tu. hehehhe.


Ini video clip untuk lagu Aishiteru x_x

Lagi satu kan, kalau kat Bandung sana [sebab kat tempat lain di Indonesia aku tak pasti]. Dorang JARANG SANGAT-SANGAT putarkan lagu Malaysia. Sepanjang aku pergi sana, ada satu kedai je yang pasang lagu Malaysia, itu pun lagu Exist zaman budak-budak dulu, sebelum dorang jadi bapak budak. Lepas tu dorang tak kenal sangat dengan penyanyi kite, yang dorang kenal NewBoys [err, betul ke eja camni]. Sedangkan NB tu dah pergi mana ntah. ahahhaa. Zaman populas dorang dah lama berlalu. Beza kan dengan negara kite? Kalau kite, kat mana-mana pun asyek duk putar lagu seberang. Kenapa? Bagi aku senang je. Sebab SEDAP! sampaikan album fb aku pun bertitle kan Aishiteru. hehehe

Saturday, February 26, 2011

Menang Setiap Minggu di Shell


Haaa. Meh nak kabo kat korang semua. Semalam kan, dalam entri Jom Heboh | KT [boleh refer kat entri sebelum ni], aku ada mention pegi isi minyak kan. Macam biasa, kalau kite isi minyak at least RM30, kite akan dapat borang peraduan Menang Setiap Minggu di Shell. hehehhee.

Wooww! bunyi macam hebat. Nak tahu ape hadiah dia? Nanti aku bagitau.


Ini dia rupe borang peraduan kat Shell tu. Oh ye, kalau tak silap ini untuk v-power 97 aje, kalau 95 pulak.. urmm, aku tak pasti. Sama je kot. Asyek kumpul je, tak sempat nak isi lagik. Bile dikire-kire adalah dalam berbelas-belas borang. Tak sabar nak isi. hehehhe [hope semangat maintain. hik]


Ok, cakap pasal hadiah dia kan. Memang meriah dan lumayan.

1 x RM30,000 lepas tu
3 x RM3,000
300 x RM300
600 x Baucer RM50 Shell

Best kan? Tapi kalau peraduan macam gini. Biasa nak menang susah. Sebab nye, bukan kite sorang yang join. Beribu-ribu orang yang masuk. Tapi tu tak jadi hal, yang penting masuk je. Cube nasib kata orang *_*

So, pe lagi. Korang semua, cepatlah join. Kalau tak silap tarikh tutup dia 16 April 2011 kot. Untuk kepastian lebih lanjut, boleh tengok pada borang peraduan. hehehehhe.

Good Luck semua.



Jom Heboh | K. Terengganu


Tadi cousin aku tanya nak pergi ke tak kat Jom Heboh [JH]. Kalau ikutkan hati nak pegi. Tapi sebetulnya, nak pergi satu family. Kununnya. Tapi ayah aku tak nak pergi sama. Jadinya, kami pergi dua buah kereta, mak cik dan my cousins satu kereta, aku dengan adek 3 aku satu kete. Tapi aku pegi lewat sikit la berbanding dengan dorang.

Dah la turun lewat, dalam 4pm lebih camtu. Lepas tu pegi isi minyak lagi, nak bayar bil tapi mesin out of service pulak. Sementara adek aku pegi bank kat sebelah, macam biasa aku masuk dalam Pustaka Seri Intan [kedai buku]. Kat sini best. Aku suke datang sini sebab boleh free reading. he he he. Kadang-kadang lepak dalam 30 minit blah ar [malu].



Magazines yang sempat dibeli tadi. Kalau nak tanya, magazines mane yang jadi pilihan hati? Urm, takde jawapan. Biasanya aku beli lepas aku belek-belek-belek isi kat dalam. Kalau isi best, aku beli je tak kisah ar magazine mana. Kalau tak, belek sampai kulit belakang pun, tapi kalau isi kureng, tak beli gak. hehehe. Yelah, macam membazir duit je kalau beli tapi isi tak menarik sangat.


Jalan dah mula sesak. Paling best, aku tak payah nak drive susah payah sebab adek aku yang tolong drive kete. hehehe! Biasanya memang macam ni la, kalau ada adek-adek, biasanya mereka yang akan bawak kete aku. Sebab macam tak macho ar akak yang bawakkan. Wek!



Kat sini orang panggil bulatan Ladang. Time ni agak sesak, sebabnye kereta depan takut-malu-segan nak cucuk-cucuk masuk lane. Akibatnye, lambat la sikit dapat jalan. Sementara tu, tengok kat sana tu ha. Batu Bersurat. Replika je tau, tapi terasa cam 'eh eh, canteknye view ni'. Padahal sebelum ni penah lalu kat sini, cume tak sempat nak menghayati pemandangan kat sini. Err, kalau diri sendiri drive.. mesti kite [sometimes] jadi tak alert kan view yang gah sebegitu.


Toleh kiri. Ternampak iklan ni. Terasa nak tukar kepada Maxis la. Sebab berokbeng aku sekarang sangat-sangat slow. Bikin gwa marah je!! Saya mau PANTAS dalam berinternet. Ececeh!


Sebab jalan dah sesak sana-sini, aku dengan adek aku cari jalan alternatif. Perghh! nak pegi JH macam nak pergi mana ntah. Tengok semua kat sebelah kiri ni [banyak tengok kiri. hehehhe]. Ni pulak bangunan Wisma Darul Iman. Macam best je kan keje kat dalam ni [macam je la]. Tersergam indah bangunan ni dan terasa bangga sat jadi anak Terengganu [tetibe semangat patriotik kenegerian muncul]


Sesak jugak! Last kan, kami parking kete jauh-jauh, lepas tu jalan kaki. Dah takde can nak parking rapat-rapat dengan tempat JH. Itu pun disebabkan idea bernas adek aku. Dia cakap, kalau dia tengok bola pun, takde nye nak parking depan stadium. Parking jauh sikit takpe, senang nak balek, tak ar sesak sangat ok. Aku no hal, jauh ke tak jalan je la. Lagipun tak ar lama sangat kami jalan, adalah dalam 10 minit camtu.



Time ni baru je sampai sini. Nah, nak pergi sangat kan?? Mak oiiii orang penuh gilosss. Berpusu-pusu, berhimpit-himpit macam sardin cap ayam. Kebetulan aku berenti kat booth Berita Harian. Jadi boleh tengok macam-macam aktiviti. Kat booth ni ada perkhidmatan gambar. Dorang akan amek gambar korang, lepas tu dia akan print dan bayarlah dalam berapa hengget ntah. Pompuan tu tanya, nak amek gambar ke? Just geleng kepala je. Tak berminat ar aku. Kat sebelah pulak ada orang nyanyi, tak tahu la sape yang nyanyi tu. Sebab tak penah tengok dan tak kenal.

Lepas tu, jalan-jalan lagi dan jumpe dengan cousins aku kat booth Wanita Hari Ini. Mak cik aku pulak, tak tahu la dorang pegi mana. Tempat macam ni tak sesuai untuk dorang. Serius! Naseb baek ayah aku tak ikut. Aku sendiri angkat 'bendera putih', apatah lagi kalau orang tua.



Candid! [tapi still omey] Dynas sori i upload pictures you ni tanpa kebenaran. Err, boleh kan??


Dynas yang sangat-sangat tantek. Tak caya dah ada anak satu. Ada lagi 1 picture, tapi 2 dah cukup la ek T ____ T

Ni je pictures artis yang nak aku amek. Yang lain-lain tak de. Kalau ikutkan kat pentas tu kan, ada si .. urmm, ape ntah namanye. Tengah nyanyi, aku ingat sapelah yang nyanyi tu. Lagu tak pernah dengar. heheh. Rupenye dia. Pemenang AF, lupe nama dia. Sori.

Lepas tu, aku berpecah dengan cousins aku.



Nilah yang diheboh-heboh kan dalam tv tu. Urmm, kalau tahu macam ni. Tak nak ar pegi. Tak best. Mungkin keadaan yang terlalu sesak. Lepas tu feel dah kureng dengan tempat macam ni [payah nak explain camne].



Singgah kat booth Silky Girl. Adek aku beli perfume, aku pulak beli compact powder ni dengan lipstick. Saje je la buat stock. Eh, ada sebab tau nape aku beli sedangkan bedak ni tak habes pun lagi. Sebabnye MURAH! hahahah. Tak boleh nampak barang murah, cepat je. Ok, kalau nak tahu compact powder ni hanya berharga RM10. Kalau tak silap harga asal dia, adalah dalam berbelas-belas hengget. Lipstick tu pulak, hanya berharga RM7 je tau. Harga asal, tak pasti. Tapi murah kan?

Bosan dah sampai tahap maksimum, aku ajak adek aku balek. huk!

Betul la kan, kadang-kadang dalam hidup kite, kite nampak sesuatu benda tu MACAM BEST je, tapi bile kite dah dapat or whatever la. Kite akan tahu jawapan dia, yang NAMPAK CAM BEST tu la, errr TAKDE LA BEST MANA.




Wednesday, February 23, 2011

Blog Pink



Eh! eh! entri sebelum ni tak siap lagi nak disambung, dah sambung dengan entri lain pulak. Nak buat macam mana, dah ternampak kat 'green carpet' yang bagitau ada segmen Kumpulan Blog Pink dari BPM. Kalau nak tahu boleh kelik BPM tu terus, untuk tengok syarat-syarat dia. Ni link dia tau Blog Pilihan Malaysia. Boleh kelik terus. Zasss!

Urmm, macam mane ek nak cerita kenapa pilih warna ni. Lepas tu dengan menarik pulak. Aku tak reti nak bercerita dengan menarik. huk! Kite bantai je la.

Kenapa pilih kaler ni??

Tersebutlah kisah, kalau nak diikutkan hati. Hati lebih tertarik dan stick kepada warna H I J A U dalam bahasa melayu. Dan dalam bahasa tak melayu nya lebih dikenali sebagai G R E E N. Lepas tu bajet nak ngamkan hijau dengan warna putih [aishh! terpengaruh dengan cite I'm Not Single. hik] Tapi bile berbelog, aku lebih prefer memilih warna yang mesra di mata aku dan juga mesra di mata pengunjung My Personal Space nih. Nak bagi mata dorang macam tak terkejut dengan warna-warna pelik yang mana boleh membuatkan penglihatan pengunjung bekerja keras. Kelik sana, kelik situ. Eh eh! dah jadi warna pink sebagai warna utama dan jugak putih sebagai warna penyokong setia.

Tak pasal-pasal kombinasi kaler putih dan pink menjadi pilihan hati. Itu pun dah naek berpinor mata ni duk memilih warna-warna yang terhampar kat design. Naek pening nak pilih kaler yang cantek. Kalau tanya Eric Cantek Takkk??? hahahha. Tetibe je. Mesti Eric akan cakap 'haiyaa, talak cantek oo. Kene letak bunga kat sini bunga kat situ'. Eh eh, Eric ni. Ok, bile dah cakap pasal bunga ni kan. Nak dijadikan cerita, pilih punye pilih, background UteHil jugak yang di kelik, yang mana background ni juga berwarna kepink-ping'ngan gitu. Bunga-bunga kecik bertebaran melata. Ala-ala cop kat kain batik. Auw! Lantas macam ni lah jadinye. Seolah-olah dah ditakdirkan pink dan warna-warna asas yang lain sebagai pelengkap wajah di muke belog ini.

Solekan dan mainan warna telah bersatu dan menghasilkan..

tadaaaaaaaaaa


ini lah identiti MPS buat sementara ini O_O


....


Untuk itu, saya tag dua adek manis ini x_x yang mana belog dorang pink jugak! [hope sudi join]






Tuesday, February 22, 2011

Bloglist Sahabat BPM

Ini entri cepat-cepat, ikat aku erat-erat! [eh betul ke lirik dia nih? bantai je]

Terasa dah lama tak ikuti buat segmen. Ni adalah segmen PERTAMA yang aku join untuk Blog Pilihan Malaysia 2011 sejak follow BPM ni sebulan yang lalu yaitu sewaktu jalan-jalan belog dilakukan.

Ok, segmen ni simple je.

Tajuk "Bloglist Sahabat BPM" DONE!

Jawab soalan ini : Siapakah pengasas BPM? jangan lupa sertakan link blognya sekali.
Jawapan saya : Encek Azman Roslan [AZMAN ROSLAN] atau lebih jelas http://www.azmanroslan.com/

Nyatakan dengan ringkas kenapa anda mahu blog anda masuk dalam bloglist BPM.
Kerana 1st impression saya pada belog ni sangat-sangat rileks. Header dia dah mencuri pandangan saya. Sebabnye, dalam header itu terdapat Blog Personal Wanita, Blog Personal Lelaki, Blog Personal Suami, Blog Personal Isteri, Blog Lawak dan juga Blog Tutorial. Eh, tak lupe jugak pada labels dia tu 'Blogger Terengganu' . Ok, kat situ semua COMPLETE!

Sebenarnye, saya tak mengharapkan masuk dalam bloglist BPM, walaupun saya suke dengan BPM. Kenapa? Kerana yang lebih penting sebenarnye, saya mahu join segmen BPM, sebab segmen-segmen sebelum ni tak boleh nak join, sebab tak layak. huhuhu.

At last, dapat gak join segmen BPM. Yipppiii!

Sape-sape yang nak join boleh KE SINI ye X_X


Monday, February 21, 2011

A&W Drive Thru, Petaling Jaya [PJDI] - Part 1

Gambar hiasan : A&W Batu Buruk | 1 Januari 2010


Ni adalah cerita kenangan zaman silam. Rentetan itu hari aku dapat emel daripada kawan lama aku. Boleh baca ENTRI NI Baru hari ni dapat bercerita pasal ni. Selesai satu hutang T_T

Dulu, lepas abes study masih tak dapat keje. Menanam anggur dan buah-buahan? Sempat la jugak dalam 3 bulan lebih kurang. Lepas tu, aku redah buat keje part time sementara dapat keje yang betul-betul sesuai.

Tempat keje ni paling BEST bagi aku. Sumpah tak tipu! Sampaikan tak nak berenti cari keje lain. hahhaa. Kalau nak citer sampai esok hari pun tak habes. Tapi aku sedaya upaya cite jugak la. Tapi entri mungkin akan panjanggggggggg.

A&W Drive Thru Petaling Jaya atau A&W PJDI

Nak dijadikan cite, cari punye cari keje. Terlekat kat restoran ni. Restoran yang terletak dekat LRT Taman Jaya, tak jauh jugak dengan Amcorp Mall. heheh. Gaji murah je, adalah dalam RM3.50 satu jam. Tapi tak jadi hal, sebab bile dah kire tolak itu ini, agak banyak la jugak. Lagipun time tu, tak kisah sangat janji lebih dari RM500. hehehhe [banyak kan?]

Boleh dikatakan semua kawan-kawan yang ada, memang best. Nak sebut memang tak tersebut lah. Tapi aku ringkaskan jugak.

Sir Zaki :
eh, eh! nama dia teratas. hahaha. Dia ni kalau bagi briefing. Ayat 'so' mesti tak tinggal. Hensem macam Ashraf Muslim, tapi ashraf muslim lagi ensem lorh. Naek kete kelisa kaler biru. [Err, sir. Kalau sir baca entri ni, sile belanja saya ok! hik]

Sir Sazali :
macam bapak-bapak saya daaa. Sangat-sangat baek sama saya and the gangs. Sir, miss you daddy. hahahha. Kalau nak tahu sir ni sangat-sangat men'yapok' aku. Sebelum aku di up kan menjadi cashier, aku jadi tukang sapu je. Ala, crew macam tu je. Tukang sapu, tukang angkat gelas. Fuh! gelas dia banyak berat. Naek muscle lengan aku. hehehe. Ok, nak cite nih. Lepas aku jadi cashier, selalu aje short $$$$. Sebelum masuk keje, kite akan diberi duit lepas tu kene kire betul-betul. Dan duit tu perlu balance dengan setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan. Tapi ada bulan tu kan, aku asyek short duit je. Padahal kire dah sehabes baek dah [ikutkan aku dah naek heran pikir pasal ni] Kadang-kadang RM40 kadang-kadang belas-belas ringgit. Tapi Alhamdulillah, sir tu tak suruh aku ganti. huhuhu. Kalau kene ganti pun, mesti tak banyak. Memang syukur sangat-sangat sebab kalau aku ganti mengikut duit yang short tu kan, aku seolah-olah 'menderma' kepada a&w [lain ar kalau betul-betul silap kite] Lepas tu, Sir ni, selalu sangat-sangat buat lawak. Kalau dia buat lawak, kami selaku anak ni memang gelak kaw-kaw punye. Tak tahan kalau tengok spek dia, hehehhe. Old style *_o Err, sir Sazali ni ada jual biskut raya tau. Dia jual tart nanas. Sedap! wife dia yang buat. Sempat la jugak beli sekali sebelum aku berhenti keje. Entah macam mana keadaan dia sekarang?? Urmmm.

Wak :
Hahahahha. Sangat kelakar, kalau nak tahu time tu ramai jugak la student UM and jugak staf UM yang buat part time kat situ. Memang meriah, havoc giler. Kalau si Wak ni, lagi lah. Dia punye pekat Jawoo dia tu. Memang asyek gelak je keje kiteorang. 'Kaunter mane?? kaunter seben??" hahahha. Kaunter seven ok = 7. hahhahaha. Dia ni staf UM, pas tu selalu la miss briefing sebab masuk lambat. Suke sangat tanya 'sir zaki itu masih dengan so so nye lagi?' hahahha. wak wak. lawak ar!

Alfred:
Alfred.. si kecik yang comey. Sori Alfred, i cakap u kecik comey yer. Jangan marah nanti you kene jual. Si Alfred ni budak sabah or sarawak kalau tak silap. Juge student UM. Tak silap hari tu dia buat Master. Ayat yang paling best ialah 'Haida, kamu kan kalao datang keje, siapa yang kamu akan cari dulu? Kalau aku kan, mesti aku akan cari kamu lepas tu Haida'. hahahaa dengan pekat loghat dia tu. Alfred comey ok soalan ni. Sangat comey macam spek mata kamu yang bulat itu. hehehe. Dulu aku ngan Haida bantai gelak je dengar ayat ni. Sekarang baru la terasa 'weiiii, jom kite keje kat A&W macam dolu-dolu". Ko kat mane ek sekarang??

Sori la, entri ni betul-betul aku 'in'. Sebab kite cakap pasal benda yang kite suke. hehehe. Memang macam ni la jadinye.

Haida :
macam entri yang lepas, aku dengan dia ni. kire ngam ooo. Panjang stori kalau tulis ni. Selalu gelak sama-sama. Entah macam ape. Dia pun cashier macam aku. Suara dia comey. [aku puji hang ni, mohon belanja aku root beer float ok! nak double. Ceh! tamak]

Siti :
ini lagi sorang satu kepala. Manis orangnya [hahaha. dulu tak nak puji, sekarang baru nak puji]. Alhamdulillah, persahabatan kami kekal sampai sekarang. Dah kawen dan dah punya anak kalau tak silap. Juga cashier macam aku. Penat oo melayan kerenah dorang ni. Hari-hari terasa mau pigi keje. Best!

Wah, ramainye lagi orang-orang yang best kat sini. Ok, mula-mula keje kan, kami semua kalau yang pompuan kene pakai lipstick. Time tu aku memang tak pandang ar benda ni semua. Nak dijadikan cite, satu hari tu time briefing. Miss Akma ni sound aku 'nape kamu tak pakai lipstick? alergik ke?' Aku memang hangen ar, sebab kasar sangat dia cakap. Aku jawab je la 'aa'aa.. Alergik!' Padahal baru masuk keje tu. huhuhu. Tapi nak tahu, lepas pada tu kan, kami jadi kawan baek. Even dia cakap ala-ala kasar camtu, tapi hati dia baek. Satu negeri pulak dengan aku.

Err, sebelum aku jadi cashier kan. Aku bergandingan tangan dan tenaga dengan Lan Kelate [budak UiTM buat part time sini] Penat ya Ampun! customers ramai, tak cukup kakitangan kami duk lap meja, amek gelas semua, lap tray. Last-last Miss Nora kesian kat aku, lalu dia suh aku masuk kaunter buat waffle. Heheheh. Lan yang sorang-sorang kat luar kene amek tugas aku. hik. Lan, mesti ko dah keje best kan? Teringat kat motor dia, pernah pancit. Pastu mintak duit kat aku, tapi aku takde duit nak kasi pinjam. Sian.

Sebenarnye banyak suke duke kat sini. Banyak benda yang kami kongsi dan lakukan bersama-sama. Semangat kerjasama tu kan, memang tinggi. Akrab sangat-sangat. Pengalaman kat sini banyak ajar menghargai erti persahabatan.

Nanti part 2 aku sambung balek eh. Harap tak jemu la, sebab ni kisah lama. hu hu hu .



Sunday, February 20, 2011

Bersyukur!


Entri ini seriuos! Ada masa boleh gurau-gurau. Ada masa TAK BOLEH! Tengok, eja serious pun silap. Nak gelak ke macam mane nih? hik. Ok, baru je balek dari hospital. Sebut pasal hospital, yang terbayang pada benak kepala otak kite kan, mesti accident, orang nak bersalin la, macam-macam la pendek katanya.

Jejak kaki ke hospital ada lah satu perkara yang susah, payah. Macam-macam perasaan. Tadi, pergi hantar ayah aku ke hospital. Just rawatan biasa je. Sebab kaki ayah aku kene gigit dek semut, tapi tak sembuh-sembuh sampai sekarang. Dah naek bengkak dah. Tapi boleh berjalan lagi. Cume nampak macam kudis. Nampak macam saket. Kite yang tengok ni dah terasa 'macam saket' apatah lagi tuan empunya badan. Tak tahu la macam mana rasanya. Dah jenis takut akan perkataan 'suntik' 'doktor' 'hospital'. Memang agak payah nak korek rahsia, 'pakcik macam mana? saket ke tak?'. Nak tak nak je jawab. 'Bile kene ni pak cik?' Rasa nak je jawab 'dah lama dah doktor, dah bertahun-tahun dah. Adalah 2 tahun lebih-lebih'. Tapi tak boleh, tengok muke ayah aku pun dah syahdu. Jadi aku pandang muke ayah aku, ayah aku pandang muke aku. Last, kami sama-sama senyum bile ayah aku jawab 'err, adalah dalam 5 6 bulan'. Atoiii, ayah ku bapak ku ini. Dah lepas jumpe doktor, baru la boleh gelak-gelak. 'Kan saya dah cakap, tak saket kan?' 'Ateeeekkk' Sokmo jawab gitu. hahahha.

Dan dalam masa yang sama, tadi bile kami balek dari amek ubat. Ada sorang makcik ni terlantar atas bed, kat hidung dia kalau tak silap ada wayar. Sori, aku hanya pandang sekilas pada makcik ni. Macam mana rupe dia, aku tak tahu. Yang aku nampak wayar dia tu ada bendalir warna merah/macam air coke lebih kurang la. Doktor dan pompuan yang aku rasa, anak dia kot, masuk sekali dalam lif bersama kami. Aku tanya dorang nak ke tingkat berapa, tapi aku tak pandang pun muke dorang ni [dorang ada kat belakang]. Kuwang hajau bukan? Sori, bukan niat aku macam tu. Tapi aku memang tak boleh nak tengok pada pesakit-pesakit macam ni. Sebab tu la aku tak berapa suke datang spital ni. Berada di dalam kategori sensitip, memang agak payah. Walaupun kite tak kenal dengan dorang, tapi mesti nak nanges bile dah tengok. Urmm, bagus kan orang yang jadi nurse/doctor. Boleh hadapi semua ni, dengan pesakit yang bermacam ragam.

Time kami dalam lif tu kan, minda aku dengan minda ayah aku seolah-olah bercakap. Sebab aku dapat bajet apa yang ada dalam benak ayah aku tu. Faham sangat, mesti dia teringat kat mak aku. Aku agak la [sebab aku pun sama. sob sob!] Kiteorang boleh dengar makcik ni bernafas. Paling aku tak tahan, Ya Allah, sedih sangat-sangat [nak start nangis nih]. Payah sangat-sangat dia nak bernafas, bunyi aje dah cukup menggambarkan derita dia. [Semoga Allah bagi dia ruang ketenangan walau sedang diuji. Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk hambaNya.] Sedih, sebab umur makcik ni aku rasa dah tua dah. Warga emas. Sama je dengan ayah aku. Lagi satu, aku fikir. Macam mana nasib ayah aku kelak? hu hu hu . Sebab, arwah mak aku meninggal ketika dia sihat. Tak saket apa-apa, Alhamdulillah. Allah mengambil nyawa mak aku dengan cara yang mudah, aturan dia sangat-sangat mudah. Macam ada lorong yang lurus untuk mak aku. Syukur. Ayah aku?? Sebagai anak, kami sentiasa mendoakan yang terbaek untuknya. Amin.

Di hospital la, kite akan belajar menghargai nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Di saat kite masih boleh bernafas, bergelak ketawa, menaip entri belog ni, membaca belog orang lain, menonton tv, kite kadangkala alpa dan tak sedar, dalam masa yang sama ada insan-insan yang sedang berjuang untuk 1 kehidupan.

Teringat akan satu topik kat radio, time tu aku dengar sambil-sambil tunggu cousin aku. Ustaz ni pesan. Bersyukur la kite atas setiap nikmat yang Allah bagi. Tak kire apa nikmat yang diberikan, ucapkanlah syukur. Dan apabila Allah menarik 1/10 nikmat yang kite ada, jangan la mengeluh. Pandanglah 9 nikmat lagi yang kite ada. Jika dihitung nikmat yang diberikanNya, terlalu banyak. Tak terkira dek jari.

Andai kite ada sebuah kereta, tetapi penuh dengan bunyi-bunyian 'kruk krek kruk krek krioook'. Bersyukurlah, walau bunyian itu tidak kite gemari. Kenapa? kerana di saat kite mengeluh dengan bunyian itu, ada lagi insan-insan yang basah kehujanan di luar sana. Yang mana tidak mampu untuk memiliki kereta.

Setiap yang muda pasti akan merasai tua. Yang sihat pasti kan merasai saket. Sementara yang hidup pasti kan merasai mati. Ianya adalah kitaran kehidupan yang tidak dapat tidak, mesti dilalui oleh semua orang di dunia.

Cume bezanya, adakah kite bersedia untuk semua itu?? Dalam hidup, kadang kala kite alpa [aku la] Oleh itu, bersyukur lah dengan apa yang kita ada pada hari ini. Kerana, apa yang kite ada pada hari ini, belum tentu akan kite miliki pada hari depan.


------------------------------

Aida Lela
20 Februari 2011 | Baju keje tak iron lagi

Coincidence Instinct


Semua orang pernah mengalami ini bukan??

Selalu gerak hati betul. Tapi kadang kala orang cakap ianya kebetulan.
Tapi setiap gerak geri rasa adalah anugerah dari Allah.

Tadi tertengok sorang hamba Allah ni. Mirip sangat dengan staf yang dah lama berhenti dari tempat keje ni ha.

Tup-tup tadi petang, staf yang dah berhenti tu ada datang opis. Wahh! baru tadi.. errr, aku.. aku..

Ok, sebenarnye jika disebut instinct biasanya aku akan terus ingat pada seseorang yang kuat instinctnye. Sape dia? Er, arwah mak aku.

Allah kurniakan dia satu instinct yang agak kuat. Mungkin dia seorang ibu kot. Tak tahulah aku nak bagitau macam mana. Contoh, kalau ada barang hilang atau kite lupe letak ke apa. Biasanya mak aku akan bagitahu "Tak hilang, ada la tu". Dan biasanya, barang tu akan dijumpai semula [dengan izin Allah]. Tapi ada jugak benda yang memang tak dapat semula. Contoh purse mak aku yang tertinggal kat dalam masjid. Time tu kami berenti solat. Patah balek ke masjid tu kan, nak cari semula bile dah sedar purse takde. urmm. Tiada lagi rezki kami. Bayang purse pun tak ada. Hilang macam tu je. huhuhu. Berhati-hatilah ye walau dalam masjid. Pencilok ni tak kire masa dan tempat.


T_T

Sebenarnye ni update seciput je, sementara nantikan big boss siap-siap. Plan nak pergi bawak jumpe doktor. Ha, tau takut. hahhaha [sian kat ayah aku]


Saturday, February 19, 2011

Minyak Berlebihan??



Kite bukan bercakap pasal kenaikan minyak ke ape ye. Tapi ni haa. Eh, sebelum tu nak tanya, adakah anda mengalami minyak yang berlebihan di permukaan wajah?? Jike jawapan anda adalah YA, maka saya sarankan anda agar menggunakan kertas pembasmi minyak yang boleh diperolehi di kedai-kedai berdekatan anda. Di sini saya sertakan oil control film yang paling best untuk dipilih.



Yang ni adalah jenama Watsons sendiri. Berwarna pink [err, sape suke pink? angkat tangan] Cumenye oil control ni jenis roll. Nampak cam senang je kan nak bajet. Sebab kalau kite nak gune banyak, kite tarik banyak-banyak. Kalau nak gune sikit, sikit je la yang kite tarik. Bergantung kepada penggunaan anda sendiri. Tapi yang TAK BESTNYA, kertas yang digunekan ni, agak kasar sedikit dan mudah koyak. Kalau korang gune tu kan, kene berhati-hati sebab ia boleh mencederakan muka kite [tapi takde lah sampai berdarah] Tapi memang tak best. Benda alah ni aku beli sebab nampak cam comel. Tapi tu lah, tak semua benda comel tu ok.




Try jugak beli yang ZA punye. Pun tak best untuk digunakan. Kertas dia nipis, dan terlalu 'kertas'. Bile kite tenyeh kat muka, tak terasa sangat kemeresapan dia tu. Mungkin sebab nipis kot, jadi tak berapa nak nampak banyak mana minyak yang dah ditapis.



Ini kertas nya. Kalau kene kasi bintang kan, aku just bagi 3/5 bintang je.



Yang ni aku memang sangat-sangat suke gune. Paling best setakat nih.



Ini rupe oil control film dari Clean & Clear. Best. Sebab kite dapat tengok banyak mana minyak yang diserap dari muka kite. Walaupun kadang-kadang takde lah banyak mana minyak kat muka aku ni, tapi nak jugak beli benda nih. Tapi kalau sapu muke time lepas memasak tu kan, memang lencun satu sheet ni. Boleh beli lepas tu try sendiri, tengok macam mana result dia. Ok ke tak.

Setelah bermacam-macam jenis oil control yang aku beli. Maka disepakati, untuk memilih clean n clear by j&j. Maka itu, pilihlah oil control film yang berkualiti dan berpadanan dengan $$$$ kita semua T_T




Friday, February 18, 2011

Ustaz Amirul


Pengenalan

Masih gigih lagi nak update ni, tengah best menulis, eh!! teroff pulak lappy ni. Aku tak pakai bateri. hehehe. Padan muka, naseb baek autosaved. Fuh! Selamat. Dahla line tenet macam hape. Tak tahu la, seloooo giler. Bukak belog korang, tau ape yang kuar? L O A D I N G . Tak cukup dengan itu, ada setengah belog yang aku bukak, sampai ke sudah kosong. Tak kuar pape. Ribut sungguh. Sebab tu la, lepas bukak belog biasanye dah lama sangat menunggu. Aku terus close. BW terbantut. Dan aku paling suke line tenet kat opis. Laju giler. Kalau upload gambar tu kan, kelip mata sekali je dah settle gambar tu terpampang kat new entry. Simpan draf banyak-banyak dulu, baru update cite. Tak payah berzaman duk menunggu. Sebab tu la, satu entri biasanya mengambil masa berjam-jam lamanye kalau kat umah ni. hehehhe. Dahla malam tadi, aku punye FB kene spam/virus kot. Terus deactivated. Tak tahu la ape jadi kat fb aku tu.

Isi

Jangan lupe eh jam 9 malam nanti kat TV3. Ustaz Amirul akan bersiaran. Dalam masa yang sama, eh eh Raja Lawak pun ada sama. Tapi di channel yang laen. Oleh itu buat la keputusan yang cerdik. Nak tengok mana satu. Aku pilih Ustaz Amirul dan Raja Lawak jugak. Jujai oo Jujai. he he he.

Nak kata follow cite ni dari awal, takde la jugak. Seingat aku memula aku TERtengok cite ni adalah beberapa minggu lepas, pastu tengok pun tak lama. Adalah dalam setengah jam je. Tapi bile dah tengok, bajet cam best je. Jadinye, akibat daripada itu maka tetiap minggu mesti nak kene tengok. Nak jugak tahu cammane kisahnye.


Ini watak penting dalam cite tu. Ustaz Amirul dan jugak Aidawiyah. Bile tengok si Ashraf ni, teringat pulak time dia pakai jubah kelabu itu malam. he he he [my sista + my cousin, do you remember??]. Macam episod minggu lepas, saket hati sungguh. hahah. Emo nih. Tu la, sape suruh tak sabar, kan dah pegi pinang si pompuan sorang lagi tu ha. Lupe pulak nama dia. Tup tup si Aidawiyah ni balek. Haa, mula la gelabah tak tahu nak buat ape. Kan dah serba salah, macam mana nak buat? Yang ni pengarah dah sediakan jawapan. Cume kite ni sebagai penonton jadi tak sabar nak tahu macam mana jadinye.



Ni Aidawiyah T_T Kalau kakak aku baca belog ni. Mesti dia tahu nape aku tulis macam ni. Tak sabar nak tengok cite ni malam nih. Tak sabar jugak nak makan kek [tetibe mengidam]


Penutup

Ok, dah nak cau cin cau dulu. Hampir 3 jam untuk entri ni. Dari orang tak pegi solat Jumaat, sampaikan dah balek Jumaat. Dari lapar sampaikan aku dah kenyang, barulah boleh siap entri ni.

TAMAT

Eh lupe nak kabo. Gambar tu aku cilok kat encek gugel je v_v


Thursday, February 17, 2011

Festival Pelamin dan Rias Pengantin - II


Ok, tak nak cakap banyak. Terus je kite sambung entri lepas. Meh kite jenguk..



Terasa seperti cinderella tang-tang tu jugak. Hik. Maunye tak, dah macam dalam fantasi. Cantek giler pelamin nih. Bunga-bungaan pulak, semuanye nampak fresh, padahal plastik je. Kalau buat kat taman tentu sesuai dan amat bertepatan sekali la. Tengok tema pun dah boleh agak. Agak-agak kan, lelaki suke ke tak pelamin macam ni? Kalau tanya aku, aku akan jawab 'LOIKKKKEEEE!' Tapi hanya sesuai untuk ditonton sahaja, kalau untuk hari besar. Tak berapa nak sesuai. Aku prefer pada yang simple. Nyit!




Sebab terlalu cantek. Kite amek lagi kat angle ni. Jelita sungguh! Siap ada beskal putih, sepasu bunga dan jugak kek yang bertingkat-tingkat kat para beskal tu ha. Kek tu nampak cam real [nampak je ok!] Kalau kek betul, dah lama aku pi 'colek' kasi tanda pengenalan x_x




Dan lagi gambar, sori aku berkenan sangat tengok pelamin nih. Kerete kuda. Bajet naek kete ni, pastu bawak aku gi jenjalan kat satu taman bunga yang indah. Ferhh! [ni yang malas nak tulis nih, mesti 'koya lebih']




Kat tepi pelamin ni ada dua beskal, yang satu ni ada dua ekor burung merpati. Elok je tak lari terbang. Tapi tak berapa nampak sangat sebab kaler beskal tu putih. Serious! suke sangat-sangat-sangat pada pelamin ni. Angau! Kalau perasan, sebelah kiri tu ada budak pompuan. Eh! patung budak pompuan. Kalau nak tahu, dia ni berdua ngan akak dia kot. Gaun dia punyelah cantek. Tapi seksi. he he he




Dah, beralih ke pelamin lain. Yang ni pun cantek. Simple je. Kalau perasan, kebanyakkan pelamin mesti kaler wajib dia putih! Lepas tu campur dengan kaler asas-asas lain, macam pink, or yellow pages atau merahnye mak ngah.




Saya nak ini! Nak ini jugak. hahahha. Pelamin kesukaan. Simple je. Tapi urmm, perlu diubahsuai sikit kat kain tu. Kasi bukak sikit. Tak ar nampak cam lemas sangat time nak bergambar reramai dengan family nanti. Wek! hahahha. Berangan sampai esok. Eh! yang ni saya chop tau.




Suke gaun ni! Dah la kaler cantek giler. Nak kata pink, takde la pink sangat. Er, nak try boleh??? [GALOKKKS!] hahahha




Ok, ok. Yang ni kene sopam sikit. Tengok pelamin dah tahu kan. Ala-ala tradisional gitu. Nampak macam spa pun ada. hehehheh.




Close up sikit. Tadi cam jauh sangat kan. Ginilah rupenye.



Yang ni memang meriah. Kalau korang rasa bantal tak cukup. Tok sah bimbang, kat sini banyak haa. Pilih je nak kaler ape. Nak berapa. Amek kalau tak malu. Err, tak tahu la pelamin pesen ape ni. Tak pernah tengok katakan. hu hu hu.




Tapi baju ni cantek kan? Kalau dalam gambar, nampak cam 'berserrrrriiiii'. Gunelah sabun Top. Tetibe!




Yang ni ketua kepada pelamin-pelamin yang ada. Pelamin ni dorang reka khas untuk letak kat atas pentas. Cantek kan? sebab simple. Dua kaler je. Jimat. Kuning putih tu jerk yang dorang gune.



Tak boleh nak ambil full. Separuh je sayap yang nampak. huhuhuh. Yang ni pun ok, ala-ala angel gitu. Tengok la kipas dia tu ha. Bapok besor. Sekali kibas, mau terbang bulu mata pelsu.


Fuh! penat gak duk tengok pelamin-pelamin ni. Terasa tak nak balek umah, sebab cantek sangat-sangat. Tu tak termasuk tengok model-model pengantin lagi. Tapi sori la, aku tak ambil sangat gambar dorang, sebab aku nak tengok pelamin bukan pada model [ikhlas sungguh kalau menulis. Tak tapis langsung, jangan ada yang kecik ati sudah]

Ok, dah berakhir sudah lawatan kite ke pameran pelamin *_o . Ada yang berkenan tak? hehehhe.

Ok [untuk kali kedua] Jaga diri. Taaaa.



Wednesday, February 16, 2011

Festival Pelamin dan Rias Pengantin - I


Lepas makan-makan, perut dah penuh. Terus drive nak balek umah, tapi ada satu tempat yang kiteorang plan nak pegi tapi belum berkesempatan. Lalu, terus je ke TTC nak tengok pameran tu. Tapi masa agak suntuk, kami pegi adalah dalam 30 minit je. Yang ni penutup aktiviti pada Sabtu lepas.

Sampai-sampai, ada majlis yang baru je selesai berlangsung. Majlis sape ntah. Kalau nak tahu, TTC ni ada dua dewan. Satu A dan satu B.


Festival Pelamin dan Rias Pengantin 2011

Sape nak kawen?? Boleh la tengok contoh-contoh pelamin ni. Kot-kot berkenan. Tengok lah ni, kerusi untuk singgahsana, empuk untuk diduduki oleh pengantin. Kalau tahun lepas, err boleh buka entri lama ni 2010 kerusi ni tak banyak sangat. Takde lagi pilihan macam-macam jenis macam ni. Kerusi yang ada pun, biasa-biasa je.

Jom masuk kat dalam dewan [arghhh! sana-sini cantek. Terkesima *_* ]




Pelamin 1, masuk je dalam dewan kan, pelamin ni antara yang terkedepan sekali kat pintu masuk. hehehhe. Cantek jugak kaler dia.




Yang ni rasanye sekadar promosi kain. Kain batek dari butik terkenal kat Terengganu.




Tantekkk! Dah pasang macam ni, tentu sayang nak bukak balek kan? Kombinasi dia cantek giler. Tengok la sofa yang dorang gunekan tu. Boleh terlelap kat atas tu. Dah nampak cam ala-ala taman gitu. Pink dan hitam, naek seri betol.




Ungu dan putih. Sweet kan? Simple je pelamin ni. Tapi bolehlah, cume tang bunga tu je yang tak berapa berkenan. Kalau bunga-bunga tu nampak tersusun, mesti lagi cantek. Nak-nak kalau gune besar-besar. Bunga putih tu tak sesuai sangat letak kat situ. Background dah kaler putih, bunga pun putih. Mane nak nampak seri. [sesuke ati je komen. ish!]




Tengok sofa yang digunekan tu. Siap jenis yang melengkung lagi. Cantek-cantek [cantek memanjang aku ni]





Sebahagian daripada koleksi hantaran. Hiasan kat tepi pun gune bunga yang sama. Jadi nampak agak tenggelam hantaran ni.




Ni antara pelamin moden yang pernah aku tengok. Kalau korang perasan, pelamin ni dorang deco kan ala-ala dalam laut gitu. Yang silver tu, kunun-kununnye kerang/tiram kot. Kat tepi pelamin tu ada buih-buih umpama di lautan. Lepas tu siap ada asap lagi, tapi tak ar tebal mane. Pelamin ni nampak agak sarat dengan hiasan kain, lepas tu ada bunga lagi. Silap haribulan orang tak perasan pengantin ada kat situ. hehehhe.



Ok, sekarang kite beralih pula ke pelamin ni haa. Aku pun tak terfikir, akan adanya pelamin macam ni. Pelamin ni pun sama/lebih kurang je dengan yang atas. Bajet ala-ala 'Cintailah Sungai Kita' atau 'Selamatkan Penyu Kite'. Motif pelamin ni, urmm. Tak tahu la aku ape motifnye. Kalau perasan, kat pelamin ni ada hiasan penyu kat tepi sana tu ha. Lepas tu, belakang depan, siap ada akuarium lagi. Naya la kalau ada budak-budak terlanggar ni karang. Habes melimpah air satu dewan. Kalau korang rasa pelamin ni cantek kan, boleh la undi ke 1234 [nombor sape nih ha? pinjam sat]




Sukeee! Baju ni cantek giler. Kaler dia pun cantek. Silver and black kalau kene digayakan, memang meletop! Kenapalah baju ni cantek sangat? Naek geram menengoknye. Kalau boleh try kan best *_o

Urrmm, ada lagi pelamin yang cantek-cantek. Tunggu part II ok [saya update laju-laju eh, sehabes laju. nyitt!]




Tuesday, February 15, 2011

Petang Sabtu


Balek dari service kete [aktiviti di hujung minggu tak abes lagi. he he he] Selesaikan keje kat umah, buat apa yang patut. Lepas tu macam biasa, rutin di hujung minggu bermula. Ronda-ronda, makan-makan, beli-blah atau apa je. Partner wajib untuk aktiviti begini adalah my cousin. TQ dan bersyukur sebab ada kazen macam ni o_o

Kalau harapkan nak jenjalan pada hari bekerja, memang tak lah. Tak sempat. Petang Sabtu tu kan, kami sepakat ke Pizza Hut. Lepas ni, kami dah plan nak buat benda yang dah lama kami tak buat. Mungkin kalau ada masa, InsyaAllah bermula pada Jumaat ni.


EAT.LAUGH.SHARE



Sementara menunggu pesanan sampai, try buat soduku dulu. Kazen aku yang try buat, aku tak. Kalau korang perasan, benda alah ni dorang letak kat atas meja, promo pasal pizza baru. Try belek kat belakang kertas ni kan, dia ada game. Leh uji minda time petang-petang. Tapi lupe nak ambik bawak balek. Kalau tak, mesti boleh buat kat umah. Urm, dah nampak makanan, lupe semua benda. hehehe



Sup yang menjadi kegilaan kami. Tobat sedap sup ni. Macam biasa, dua mangkuk sorang. hik hik. Kalau boleh, nak bungkus lagi bawak balek. Tamok! hik




Tak sabor nak ngappp! biasanya pizza yang di order, sama je. Tiap kali datang, pizza super supreme aje yang kami order. Pernah gak mintak pizza lain, tapi tak berapa ngam. Jadi kami lebih prefer pizza nih.



Panaszzz! hahahha. Macam budak kicik. Paling best kalau angkat-angkat pizza, bergetah macam nih. Nampak cam mabeles. Huurrmmm! Baunye, segar! [rasa nak makan lagi, nak sekarang jugak!]




Meatball. Biasa dia letak dalam mangkuk kaca, kali ni urmm, malas nak basuh bekas ke? hehehe [pandai-pandai buat andaian] Kalau nak ikutkan, semua sos kami dah try, tapi sos carbonara ni jugak yang sedap. Agak muak sebab dia letak cheese, tapi lebih ok berbanding dengan sos-sos lain. Macam sos tomato kan, brrrbrr! masam. Carbonara ni the best lah. Err, tapi tak tahulah meatball kat Ikea macam ni jugak ke atau macam mana. Sebab pernah baca kat belog orang lain kan, ada sebut pasal meatball kat Ikea. Urmm, terasa cam sodap je. [pasal makanan, laju je. hu hu hu ] Satu lagik, macam lah Ikea tu dekat. huk! Berangan.

Lepas aje dah kenyang, kami ke satu tempat yang best! Sangat-sangat best! Jamu mata & berangan. ha ha ha.

Update nanti ye, mau bw dulu.

Enjoy your day *_*