Wednesday, March 30, 2011

Terbit jugak pasal poco-poco

Sementara rehat, rasanya lebih baik share benda yang boleh mendatangkan manfaat [takde la kita tahu sesuatu maklumat tu sorang-sorang. eh, korang boleh gugel untuk maklumat yang lebih dan lebih lagi x_x]

Ketika tengah buat keje tadi, bukak emel.

: Hukum Tarian Pocong-Pocong





Elok la ada orang yang mengantar emel nih. Sebab dulu kan, dah lama la. Rasanya adalah dalam 1 @ 2 tahun yang lepas. Aku ada bagitau pandangan aku [berdasarkan pembacaan rawak dalam gugel. kalau tak baca, tentu aku tak tahu pasal ni jugak] bahawa tarian ni diadaptasi dari satu agama lain.

Tapi ada seorang hamba Allah ini menyatakan dan tidak berapa setuju dengan aku.

Sebagai orang biasa, aku hanya cakap 'ok ar kalau macam tu'. Tapi dalam hati dan fikiran, aku dah plan dah apa aku nak buat. hahahahha [jahat!] Aku memang tak kan ikut benda yang aku rasa 50/50. Sebab bagi aku, adalah lebih baek buat benda yang lebih berfaedah. Banyak lagi benda yang boleh kita buat dan tak semestinya pocong-pocong tu! 

Tapi tak lama, senyap je. Tak jalan pun apa yang dirancang. Tak pelah, takde hal.

Sebab tu la, bila dapat emel tentang tu tadi. Terasa macam 'haa, eloklah ni. At least boleh bukak mata and MINDA sebagai peringatan kepada semua'. Sebab kita bukan 100% perfect.

Ok. Tu je nak cite.

Tuesday, March 29, 2011

Update LajuLaju


Sebenarnya nak update cite lain. Tapi bila upload gambar, lembab semacam. Jadi malas nak menunggu. Sebab dah 11 malam. huk!

Tadi terbaca 1 artikel ni. Ni antara petikan yang saya suka. Jadi saya sharekan di sini eh. Selamat membaca ye o_O

Eh, lupa plak nak kabo. Urm, tak yah ar. Eh kene kabo. Saya just kaitkan dia dengan dunia maya sekarang ye [sebab artikel ni bermaksudkan dunia yang satu lagi [dunia dot tik tok. tak faham? tak pelah. sebab memang saya terpaksa buat ayat blur. hehehhe]

Drama Kehidupan: Antara Realiti dan Fantasi

1. Rupanya drama kehidupan juga ada dua darjat: satunya fantasi dan satunya realiti. Saban hari kita menyaksikan pelbagai peristiwa yang mewarnai perjalanan hidup individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun dunia. Ia ibarat menyaksikan drama-drama kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan bermacam agenda beraksi di atas pentas yang fana atau maya ini [termasuk kamu. hehehhe. ok ok, dan termasuk aku sekali]

2. Seperti menyaksikan program drama di kaca TV ia mungkin menghiburkan, melekakan [dengar tak tu??] dan juga boleh mengalihkan tumpuan kita daripada drama kehidupan realiti yang sedang berlaku di depan mata [kadang-kadang mengadap belog, macam takde dunia. kadang-kadang ar terasa macam ni, tak selalu].

3. Kadangkala kita tidak dapat membezakan atau dapat menilai yang mana lebih penting untuk diberikan tumpuan kerana lazimnya drama fantasi lebih menarik daripada drama realiti [betol gak. Sebab tu la bila kite tengok cite kat TV/baca cite kat mana-mana/belog.. kita akan rasa/fikir "eh eh, bestnye dia. eh eh dan eh eh." err, saje nak bagitau ketulusan apa yang aku fikir]

Sebab tu la aku dulu berangan nak jumpa dunia yang macam cite hansel and gretel. Jumpe rumah yang dibuat daripada biskut, kek dan bermacam-macam makanan lagi. sedapp nye T_T . Seingat saya aku la kan, pagar dia dibuat daripada biskut, coklat. Nak makan, ambik je. Ngap. wee! Best. Berangan makanan sebab aku suke makan.  ngeee!

Ok, dah. Esok kalau sempat buat entri lagi. Kalau tak sempat i bw je la. 

Eh sebelum beredar dan menekan sign out dan shut down dan dan dan ....

TQ 163 T__T




Hujan


Update cuaca:
Sebut pasal hujan, teringat kat HUJAN. 
HUJAN pulak teringat kat payung
Payung antara benda penting yang perlu ada ketika ini.

Dah masuk minggu ke tiga.
Hujan masih turun dengan renyai-renyai, kadang kala berubah menjadi lebat.
Sangat lebat. Dan bunyi hujan yang lebat memang agak menakutkan. huk huk.

Dan ops! astro terganggu.
Adakah anda sudah membayar bil anda?
Jika belum, sila ke mana-mana tempat yang boleh dibayar bil.
[Iklan ini adalah iklan berbayar]

Ok, kite sambung balek.



: Sabtu :
Bumi Terengganu sentiasa basah


: Sabtu jugak :
Kawan-kawan, kat luar masih hujan. Macam mana kita nak pergi main? [keluar suara nobita pulak]



: Ahad punye hari :
Dan tadi, cuaca masih begini. Kedinginan menyelaputi menyelubungi diri. 
[saje je nak test buat ayat sastera]

Dan tadi, masa pergi keje.
Air dah melimpah kat jalan.
Perlu hati-hati sebab takut disebalik air adanya lubang.
Lupa plak hari ni dah Selasa rupanya. Ingatkan Isnin.
Dah nak penghujung Mac rupanya. Bulan depan dah April.

 



Saturday, March 26, 2011

Jom buat aiskrim nak??


Hai, alls. Kat sini i nak ajar u ols macam mana nak buat Aiskrim AL. Tujuan utama entry ini ialah ingin mengajar anda semua macam mana nak buat aiskrim yang sedap medap nih. Yummyliciouss! [muke bersungguh].

Bahan-bahannya ialah, ok awak semua perlu beli biskut tau. Boleh beli biskut oreo ke, urm, biskut mana-mana aje lah. Saya just beli biskut biasa je T_T


Ini biskut yang dah selamat aku beli. Lupe plak ape nama dia.bukan oreo la. Kenapa asyik sebut oreo-oreo-oreo-corio-morio?? Dah merepek.


Aiskrim yang berperisakan vanilla.  Perisa lain tak mo tau, sebab nanti kita nak campur dengan barang bahan-bahan lain pulak. Takut rasa dia lain macam [padahal tak pernah try guna perisa lain, so duk imagine mesti rasa akan pelik] Brand pulak tak kisah la, nestle ke apa ke. Janji aiskrim.


Ok, mula-mula kita masukkan aiskrim ke dalam bekas. Ikut suka la nak masukkan banyak mana aiskrim tu tau. Bergantung pada diri masing-masing. Kalau ramai, kita letak banyak sikit aiskrim ni. Kalau setakat 2 3 orang aje yang nak makan. Sikit-sikit cukuplah.


Lepas tu, kita masukkan chocolate rice. Harga adalah dalam RM1.00 lebih kot. Lupa plak rege dia. hehehhe. Yang ni aku main tabur je, korang main tabur jugaklah. Ikut citarasa masing-masing eh [maklumlah, saya ni amatur je dalam memberi resepi. hehehhe]



Lepas tu lagi kan, kita masukkan choc chipsmore. Kalau terasa nak menaikkan kerasaan coklat tu, haa masuklah banyak-banyak. Tuang satu botol pun takpe. Tapi aku kedekut sikit. Aku just masukkan ala-ala je. Ambik syarat je. Sebab nanti tak payah nak pegi beli bahan-bahan ni lagi. At least boleh 2 3 kali guna. heheheh [kedekut nak mati]


Ok, dah masukkan choc chips dan juga choc rice tadi kan. Tibalah masa kita masukkan pula biskut. Macam gambar ni la. Sebab bahan-bahan  lain dah berunsurkan kecoklatan, kali ni aku taruk biskut adalah dalam 2 3 keping je. Nanti terlebih manis susah pulak. Sayang takut effect kat braces ni pulak. hehehhe.



Ok, kita gaulkan dia. Patah-patah kan biskut tu sampai menjadi debu kepingan yang kecil.


TADAAAAA!! Sudah siap X__x untuk dijamu selerakan. Senang bukan nak buat resepi ni? Kalau nak nampak lagi cantek kan, boleh jugak beli coklat smarties tu. Aku lupa nak beli. huhuhu. Lepas tu lupa jugak nak masukkan kismis dalam ni. Padahal kismis dah beli dah. Takpe, lenkali boleh try buat lagi. Letak macam-macam bahan. Baru best. Ni first time ngada-ngada buat macam nih. Biasanya beli aiskrim, beli roti. Lepas tu taruk je aiskrim dalam roti. Ala-ala sandwich gitu. Tapi yang ni .. Urmm, saje jelah kot T__T

Selamat mencuba tau.

Entry ni aku buat pada jam 10.30pm malam tadi, tapi upload gambar ni semua, hampir jam 1am, baru la selesai. Punye la lama. Dah la tu, skang ni asyik tidur lambat je. Jam 1 2am pun, masih duk terkelip-kelip lagi. Padahal kalau dulu, jam 12 pun dah rasa lewat giler kalau masih terjaga. Ni gara-gara hari tu la nih, boleh refer entry sebelum ni [kalau rajin, kalau malas tak payah]. Ok la, tak elok berjaga lama-lama, nanti mata macam panda. Ah tak nak ah macam tu. Ok, nite..


*buat autopublish la ek, hehehhehe.

Thursday, March 24, 2011

Hargai Masa Yang Ada


Assalamualaikum semua [bagi yang Islam sahaja] T_T

Agak lama tak menulis di MPS nih, sebab line sangat slow, plus kalau hari bekerja, memang tak sempat sangat nak melayan belog kadang-kadang je buat sempat. Eh, bil broadband tak dibayar lagi. hehehhe. Tapi kadang-kadang kalau bil dah dibayar pun, masih seloww. Tapi malam ni, line sangat berperangai baik. Sungguh berdedikasi dan cemerlang la awak malam ni. Saya suke! sangat-sangat suke.

Hari Khamis lepas, kami sempat keluar ramai-ramai pergi makan-makan. Kalau nak tahu, untuk makan secara beramai-ramai di luar MEMANG AGAK SUSAH untuk dilaksanakan. Ayah aku bukan suke sangat makan kat luar. Kadang-kadang dah bawak kat tempat yang paling best dan explore la jugak tempat yang berbeza. Tapi lepas makan kan, still dia akan cakap "tak payah pergi la lain kali atau tak berapa ni la . itu la.... ". Jadi, faham-faham sendiri la ye. huhuhu.



ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU
Aminnn .. Ayat ni terpampang besar-besar di atas bukit. Terasa sejuk hati melihat dan baca dalam hati  ayat keramat ni.



Ini kedai pilihan ayah saya. Macam mana dia tahu kedai ni wujud? Sebab pakcik saya yang bawak kan dia ke sini bersama-sama dengan abang ipar saya. hehehhe



Terletak di tepi sungai. Hampir dengan bawah jambatan. Orang memang ramai kat sini. 1st time aku datang sini dan tahu wujudnya restoran ni.


Abaikan shawl aku tu yang entahpape. Bukan silap shawl, tapi silap aku yang pakai lebih kurang je. huk. Eh eh, diperkenalkan ini la ayah saya. Bila tua nanti [kalau umur panjang], saya nak awet muda macam dia jugak. Rambut masih tak dipenuhi uban, masih sihat kecuali kaki dia yang sakit sikit [sikit je], masih bertenaga, masih lucu-lucu. Alhamdulillah sangat-sangat. Ya Allah, sayang saya pada dia lebih tinggi dari gunung everest, lebih bernilai dari jongkong emas permata. [erkk, sebenarnya aku tak suka sangat pamerkan sayang aku ni pada ayah aku, kepada orang atau secara umum macam ni. tapi kadang kala aku nak jugak luahkan, kerana aku tak nak lepas ayah aku tiada nanti, baru saya nak luah tak sanggup kehilangan dia, kenapa la fikir macam nih!] Bersyukur tau kalau awak-awak semua, masih ada mak ayah. Hargai masa yang ada bersama-sama dorang tau. Kalau dah takde mak ayah, jangan bimbang. Kita masih boleh sedekahkan doa untuk mereka di sana. InsyaAllah, semoga doa-doa kita akan sampai kepada mak ayah kita. Amin.



Eh, panjang pulak caption kat atas rupanya. hehehhee. Ok ok, yang ni makanan untuk kami malam tu. Abang  aku pilih kerang bakar. Woow! 1st time makan tau [ye ke?? eh, ye lah kalau tak silap]. Sebab aku tak tahu apa fungsi lidi tu pada mulanya. Rupa-rupanya untuk mencungkil isi kerang. OooO cenggitu rupanya. heheheh. Oh ya, lagi satu kailan ikan masin dia sangat sedap. Entah macam mana ntah dia masak.




Ikan pari bakar. Memang sedap betul sos dia. Masin, manis terasa bersatu ramuan dia [hahahhaa. terasa macam juri dalam Top Chef]. Sebab dah pernah try makan ikan bakar kat tempat lain kan, urmm. Takde la sebest macam ni. Ada satu kedai tu kan, memang glamer habis la. Tersohor sebab orang cakap ikan bakar dia best. Tapi bila aku pergi beli, try makan. Urmmm, aku tahu taste pelanggan kedai tu macam mana. Tak sedap mana pun. Sos dia tak pekat, lepas tu rasa plak. Ntah, korang kene try sendiri la. Sebab lain orang lain rasa dia. hehehhe.

Esok dah Jumaat. Dah dipenghujung Mac, masa berlalu macam air bukan? Cuaca pulak tak menentu sekarang. Hujan je. Bukan tak suka hujan, tapi nak bagitahu hujan macam musim tengkujuh. Apa jua keadaan, perlu INGATKAN DIRI KITE, BERSYUKUR la dengan apa yang ada.

Ok, lah. Jumpe lagi di next entry ye. Jaga diri leklok...




Monday, March 21, 2011

Gerammmm!!

Nak tulis, tak nak tulis..
Nak tulis, tak nak tulis..
Nak tulisssss.. err, tulis aje lah.

Tajuk dah nampak EMO gilak!
Memang agak emo.
Geram pada diri sendiri.

Benda yang paling aku tak suka adalah melakukan stupid mistake.
Nak-nak dalam kerja.
Giler tak sukee!!

Setiap hari sentiasa ada azam, nak lebih baek dari hari semalam.
Sebab azam bukan hanya untuk tahun baru aje [bagi aku lah, mungkin korang macam ni jugak kot]
Nak jadi anak yang baek jadi seorang yang lebih baek dalam melakukan kerja.
Dalam melakukan apa jua kerja, tak kira kat rumah atau kat pejabat ke.

Tapi itu lah, eeee. Gerammm!
Sebab saya nak jadi yang terbaek dalam hidup saya [at least kita mencuba ok], erk, fight dengan diri sendiri.
Whoaa! Teruk gile rasanya nak melawan anasir-anasir negatif ni.

Ok, dah. Kene sambung keje yang terbengkalai.


*sekali update, tup-tup pasal emo. hahhaha. tak best langsung kan?? tapi ok lah, sekarang dah release sikit.



Saturday, March 19, 2011

Rayyan


Malam tadi, Rayyan datang umah. Dah lebih dua minggu kot tak datang umah Tokki. hehehhe. Dulu dah tembam macam belon, sekarang makin tembam. Malam tadi, bila dia datang, benda pertama kami semua usha adalah pipi dia.




Rambut kat depan nampak tebal, tapi kat belakang jarang-jarang. hehehe



Muka bersemangat. Dah pandai senyum, kekekkeke. Badan dah tegap, sampaikan tengkuk takde, sebab tembam sangat muka tu. Tak pandai lagi nak meniarap sebab kepala dia berat. hahahhaha.


Pipi makin bolat macam belon. Kalau picit pipi dia kan, terasa pejal. 

Rayyan kuat minum susu botol. Lepas tu, puting kat mulut macam tak nak lepas. Kalau tak, mesti nak nages. hehheh. Rayyan, sile datang umah Tokki lagi ye O_o

Friday, March 18, 2011

Kun Fayakun itu tetap milik Allah


..................
Betul Allah sedang murka. Laut sedang bergelora dan bumi sedang menangis. Kemusnahan itu meranapkan semua yang dimajukan sepanjang 140 tahun lalu, semenjak kali akhir musibah melanda Jepun.

.................
.................

Oleh itu, disematkan dalam ingatan, bahawa SECANGGIH mana pun teknologi memantau tsunami dan gegaran, KUN FAYAKUN itu tetap milik ALLAH SWT.

* macam biasa, artikel di atas dipetik dari tulisan Sri Diah.

{Muhasabah Diri}
Dunia sudah akhir zaman, tapi kita kadang kala alpa dengan dunia, diri sendiri, dengan bermacam-macam perkara yang melalaikan [me la tu]. Hurmmmm.....





Top Chef Season 5


Mata tak boleh nak lelap. Padahal dah pukul 1.24am. Tadi macam biasa tengok Top Chef. 
Tak tahu la, yang TC tadi tu just ulangan ke ape.
Macam biasa, aku tak follow dari awal. Jadi jangan tanya lebih-lebih.
Aku memang fail bab-bab nak bercerita semula dengan penuh perasaan, gaya intonasi yang mengagumkan.

Semalam, dah miss dua episode. Sebab, bila weekdays macam ni, tak boleh tidur lewat. Nanti tak cukup waktu tidur. Rugi la waktu tidur aku. hahahhaha.
Yelah, esok nak kerja. Mane lebih penting antara TC atau tidur??
Tiduurrrrrrrr lebih penting than TC!!
hahahhaha.
Okeh
T_T

*Kalau idea kureng, saya akan tulis dengan gaya macam ni. Gaya ntahpape.
Saje nak bagi nampak panjang entry ni, padahal .. uh!


 Smart gile gaya macam ni. Bawak pisau tajam-tajam lepas tu posing! Mengarut. 


Cantek gilak pompuan ni. Natural beauty. 
Make up dia biasa-biasa je. Tapi cantek ar. 
Malas nak panjang lebarkan ayat. Hurmm, lupe plak nama dia, yang laki tu pun sama. Tak tahu nama. 
Korang gugel sendiri ar. hehhehe.


Tadi ada ke patut kena masak buaya. Bluweeeeeeeeeekkk! Jijik giler. 
Nak muntah bila terpandang cara dia potong buaya. 
Geram gak, sebab TERpandang, padahal takmo tengok benda-benda rubbish macam tu. 
Mangsa dia adalah Stefan. Tak suke la dia. Kenapa? Ntah, takde sebab.

Yang paling aku tak sangka, Jamie dah out, si Carla boleh masuk finale??
Tak puas hati betol la.
Kalau aku jadi juri [hahahhaha], aku nak singkir dia awal-awal.
Kenapa??
Sebab dia ni kan, bila bercakap, suka sangat besarkan mata dia [menjengil eh orang cakap?]
Ohhh! please la buk. Wa manyak talak suke orang yang punye gaya macam itu.
Hahahaha. Emo, padahal pompuan tu pandai masak.
Lagi terel dari yang sedang menulis ni. hik.
Pedulik arh.

Hosea yang jadi juara TC untuk season 5.
Wah, cayalah. Tapi tak ar minat pun.

Aku minat Jeff, sebab nampak macam cool.
Hik.

Kalau dulu kan, aku tak berapa suka nak tengok rancangan masak-masak nih.
Tapi ini semua adalah pengaruh abang 2 aku.
Pada zaman dahulu, kaki dia patah, angkara main futsal.
Bila balik kerja kan, aku terpaksa layan cerita yang dia buka.
Tiap-tiap hari, mesti AFC jadi pilihan.
Mula-mula memang agak hangen.
"takde cite lain ke??"
Lama-lama 'urmm, best jugak' hehehheh
Tapi jangan ar tanya pasal resepi pulak dengan aku tak terel bab nih

Ok, dah ..

Tata titu tipah tomkrus


Selamat Hari Jumaat



Thursday, March 17, 2011

Online Games


Pertamanya, nak mintak maap banyak-banyak pada yang selalu request untuk ajak main game. 
Dulu, penah la jugak approved. Sekarang tak layan sangat.
Aku biarkan macam tu je dalam fb.
Nanti-nanti aku akan approve eh. InsyaAllah, kan janji beria, tapi tak tunai. Terasa bersalah la pulak. huk!

Kenapa??
Sebab aku tak pandai main games. Yang solitaire tu pun aku tak lepas. Kalau ambik exam, confirm dapat F.


88 menanti. Dulu kalau tak silap cecah 100 jugak, tapi camtu la. Tak reti den. huk!

Tapi, dalam banyak-banyak games online kan. Aku suke game ikan. Pernah aku buat entry ni KLIK LAH Dan jugak game pacman tu ha. Best ooo. Tapi ini semua, dah lama aku tak main. 


Kalau nak tahu, adek-adek aku rajin layan games entah-apa-kebenda-ntah. Sanggup berkongsi duit ke apa. Lepas tu siap bagi duit la, lepas tu tolong derma la. Tak faham sangat la aku pasal benda ni.


Nilah game yang dorang layan. Zynga poker. Dia akan ada stage untuk ke satu peringkat profesional. Aku tengok macam berjudi je. Sebab nampak macam bertaruh, letak duit lepas tu dapat duit. Berdosa tak kalau main benda alah nih?? Sori, teramek siyes pulak bab nih. 



Menuju ke puncak tertinggi kununnya. Tak faham aku, budak-budak laki akan bersemangat kalau buat benda-benda lagha macam ni.


Tapi yang paling tak tahan, bila adek 3 aku bagitahu, kawan dia. Hurmm, entah-ntah dia sendiri. hahahha.

"Jadi tension bila bela ikan, ikan mati. Lepas tu pergi bercucuk tanam, kutip hasil tanaman. bla bla bla. [memang lawak tak ingat bile dia cakap pasal games kat fb. Tapi banyak aku lupe apa yang dicakapkannya] "


* Nak gak try main farmville, main masak-masak tu [tak tahu la apa nama], bela-bela ikan. hahhahahha] Vengong jugak wei nak dapat layan semua ni. Tengok lah, aku tau belum tentu aku rajin bab-bab macam ni. Tengok tv lagi BEST!





Wednesday, March 16, 2011

Tips Menghadiri Temuduga


Jangan terperanjat pulak, tiba-tiba je menulis entry pasal interview.

Ok, bila bercakap pasal interview, semua orang akan buat 150% persediaan yang betul-betul teliti, pendek kata macam nak pergi meminang anak orang. Macam tu la lebih kurangnya.

Dulu aku bila dapat surat interview, memang dah cukup gembira. Yelah, time tu kerja tetap takde lagi. Jadi bila dah dapat surat interview, terasa macam dah dapat kerja. heheheh.

Bercerita pasal interview ni, antara benda yang perlu kita sediakan adalah [macam nak main masak-masak pulak]:

Eces! hehehhe. Tulisan ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengamatan disekeliling. Jadinya, mungkin tak berapa bagus la kalau nak dibandingkan dengan tips penulis lain [boleh gugel kalau nak tips yang lagi best].

1. Pakaian/Warna
Ok, kalau dari segi pakaian. Warna memainkan peranan juga. Tak silap aku, kita disarankan agar memilih warna yang lembut. Elakkan macam nak pergi kenduri kendara. Lip lap lip lap di sana sini. Ini untuk pompuan ye. hehehe. Just pakai simple tapi biar nampak sedap mata memandang. Mengikut keselesaan. Lebih sesuai memakai baju kurung. Bagi lelaki pulak, haa. Senang je. Pakai seluar berwarna gelap, ini untuk selamat lah sebab boleh match kan dengan warna contoh biru, apa jua warna kemeja. Tapi tolong lah elakkan daripada memakai warna pink, merah menyinar, hijau 'berapi' atau warna-warna panas.

2. Rambut
Kasi potong kemas-kemas, jangan nak buat rambut ala-ala rockers kat sini eh. Tak boleh. Yang perempuan, takde masalah sangat. Bagi yang bertudung, pakai elok-elok, yang tak bertudung pulak. Apa kata sanggul rambut tu, kasi nampak ok. Atau apa jua la yang boleh menampakkan korang tak macam cite 'mak limah'. hehehhe.



Biar nampak kemas macam ni. Haa, kan hensem macam ni kan? [Picture : gugel]


3. Kasut
Kalau boleh untuk lelaki tu, pakai la kasut berserta stoking nya sekali. [stoking ada G kan?] Pilih warna gelap. Kasut tu, tak semestinya baru. Yang penting bersih, kalau boleh kilatkan dengan ala. apa ek yang warna hitam tu. Yang bekas dia tu, ada burung tu ha. Urmm, boleh guna benda alah tu untuk kilatkan kasut. Aku dulu guna yang tu je untuk kilatkan kasut. Senang sebab dia berserta span. Untuk perempuan, pakai kasut tertutup ye. Elakkan kasut terbuka tau. Sebab tak nampak macam formal. Dulu, time nak interview kasut makcik aku la yang jadi mangsa. Pinjam je, time tu takde kasut formal. Selipar adalah. hahaha. Eh, tak cukup dengan kasut. Dengan stoking sekali aku pinjam. Sebelah mak aku punye, sebelah makcik aku punye. Agak haru biru, dahlah kasut besar 1 size. Jalan pelan-pelan takut tercabut. hahhaha. Sadis, sweet giler bile diingat balek. Terbayang macam yo soy betty la fea [rindu cite ni] Kelam kabut.





Teringin sangat-sangat nak pakai macam ni kat pejabat. Tapi .......


4. Ilmu/Pengetahuan Semasa
Ok, kite tutup bab baju semua tu. Sekarang kite cakap pasal ilmu/pengetahuan semasa yang perlu kita ada semasa interview. Macam pelik la pulak bile tulis macam ni. Takde words yang sesuai nak sampaikan. Biasanya kalau kita dapat interview contohnya di sektor yang tak payah ar sebut nama dia, biasanya soalan-soalan yang ditanyakan adalah tak boleh dijangka. Pengalaman menghadapi beberapa interview di sektor itu kan menunjukkan bahawa soalan yang diutarakan kadang-kadang mengikut ikut suka dia je kespontanan mereka. Ada yang bertanyakan pasal keluarga [ok lagi], pasal kerja yang kita buat sebelum ni [pun masih ok lagi], tanya pasal harapan kita sekiranya kite ditawarkan kerja [best!] dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang, ada jugak kita duk menghafal pasal organisasi mereka. Tup-tup lain yang ditanyakan. Itu biasa. Lumrah. Rileks ok. Yang penting kita sediakan info-info semasa sebanyak yang mungkin. Kerana, kalau dapat Dean's List every sem pun tak guna jugak kalau panel tanya contohnya "siapakah Menteri Kewangan sekarang?" urmm. Hambek ko, mane nak cekau jawapan. Aku kalau tak gugel pun tak tahu. Kadang-kadang tak hafal benda-benda ni semua. Ada yang tahu, ada jugak yang aku tak tahu. huhuhu.

5. Jujur
Kalau tahu, jawab, kalau tak tahu cakap je "Maaf, saya tak pasti tentang perkara tersebut". Dulu time interview ada jugak soalan yang aku tak tahu nak jawab. Lepas tu memang berterus terang je lah, cakap tak tahu. Last-last tak dapat kerja. hehehhe. Tapi ada satu ni kan, aku berterus terang cakap je apa yang aku tahu buat, bagitahu jugak apa kelemahan aku. Eh eh, dapat lah pulak kerja tu. hihihihi.

6. Sijil-sijil original ok
Haaa, yang ni kene ambik perhatian lebih-lebih. Benda ni penting sebab apabila interview, biasanya mereka akan belek sijil korang yang original. Jadi, sediakan sijil-sijil berkenaan dengan sebaiknya. Ini la sebab musabab aku sediakan entry ni kali ni. Ada ke tadi, adek 1 aku pergi interview tapi tak bawak sijil original. Eeeee. Memang geram, tapi sebagai kakak cuba berlagak selamba, padahal kalau boleh nak bebel je sekarung dua kasi pengajaran. Tapi tak nak ar kacau mood dia. Naseb baek sempat balek rumah untuk ambil sijil-sijil dia. Lega. Bayangkan kalau, kalau ye. Interview di KL, lepas tu kampong korang kat Kedah sana. Macam mana? Nak patah balek pada hari yang sama? Jawapannya, selamat tinggal romeo la beb. Takde rezki la nampaknye.

7. Punctuality
Ok, ketepatan masa amat penting dalam hal ni. Dulu aku pernah terlewat datang interview. Kelam kabut. Tak best sangat. Sebab tak jumpa bangunan, sesat, jalan bersimpang-siur. Tapi tu semua pengalaman. Yang penting korang kene datang awal. Sebab, bila datang awal. Masa yang ada, kita boleh rilekskan diri kita. Baca apa yang patut, atau borak-borak dengan kawan-kawan baru sementara menantikan turn kita.

8. Doa
Yang ni PENTING. Selepas korang dah buat yang terbaek, berdoalah kepada Allah sebelum, semasa dan selepas temuduga tu ha. Sebabnya, tak guna jugak kalau berdoa tapi semua yang di atas [1-7] korang tak buat. Kite kena faham, berdoa perlu disertai dengan usaha. Sebab rezki tak kan datang bergolek-golek-golek depan mata kita, kecuali kite berusaha [tapi ada jugak rezki yang tak disangka-sangak. Contoh tetibe ada orang offer korang kerja. Itu semua di tangan Allah]. Dan jugak penting, kalau korang ada mak ayah. Mintak mereka tolong doakan, atau buat solat hajat agar Allah mudahkan urusan interview korang. Dulu, kalau ada mak, kami mesti suruh buatkan solat hajat untuk hadapi interview ke apa ke. Sebab terasa macam selamat je. hehehe. Sebab tahu doa mak mengiringi kita dengan izin Allah O_o

Ni lah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi, tapi perlu diingat. Tak semestinya pandangan/tips aku ni betul. Yelah, bukan terel pasal benda ni. Sekadar pengalaman ciput je.

Kalau ada rezki kita, insyaAllah tak ke mana, mesti kerja tu akan jadi milik kita. Macam aku, naik turun pergi balek dalam 5 6 interview baru la dapat kerja. huhuu. Tapi tulah, kalau dah bukan rezki kita, memang tak kan jadi rezki kita jugak. Bak kata mak aku dedulu 'sedangkan makanan dalam mulut kita pun masih boleh jatuh'....

{Good luck}




Monday, March 14, 2011

Tak Suke!!


Salah satu nye.....




Gambar hiasan milik peribadi mangsa yang tak bernasib baek : silky white berimej lama



Beria-ia pegi Watson's
Tabur duit kurang dari sepuloh hinggit
Memang tak banyak mana
Namun
Itu duit jugak

Eh eh
Dia main jatuh-jatuh pulak
Kalau jatuh pelan-pelan
Takde effect tak pelah jugak
10 kali jatuh pun takde hal

Ini tak
Habis hancur berderai
Bunyi terkilan di sini
Ish! cover tunjuk cool
T_T

Dah jadi serpihan bongkah tak berais
Rasa sayang masih menebal setinggi everest
Eh, tinggi lagi kot

Yang aku tak sukenye
Paling aku tak gemor
Pakai tak semengah mana
Tak sempat nak habis sampai ke kerak
Tak sempat nak merasakan berbaloi-baloi beli compact powder ni
Dah tamat riwayat
Ok ini di luar kawalan kite
Insaf

Eh, kene beli yang baru balek
Musti
Kalau tak, nak pakai ape nanti

Kali ni tak tahu la macam mana
Riwayat dia lama ke tak
Nampak macam ok je
Setakat ni lah

Lupe nak habaq
Dia dah tak berwajah coklat dah
Dah berwajah baru
Berwarna putih bersih
Ngee
Comey la jugak

Urmm
Harapnya kekal sampai ke kerak
Erk!



Sunday, March 13, 2011

Panda & Jerawat


Bangun pagi rambut macam singa?? Kini tidak lagi. hahahha. Kelakar pulak tengok iklan ni petang tadi. Bukan nak cite pasal singa, tapi nak cite pasal pandai panda.

Sebut panda terbayang kecomelan dia kan? Nak-nak kalau yang berbulu putih bersih.




Ini panda hasil lukisan saya. Bile dah pakai paint, jadinya tak cantek mana lah. Tapi boleh la kan? hahhaha [kalau anak buah tengok, confirm kene kutuk]. Cekgu lukisan nanges takde air mata. huk!

Dua minggu yang sudah, oleh sebab waktu tidur agak kelam kabut. Hasilnya, mata menjadi semakin kepandaan.


Ok, ini gambar panda yang betul-betul panda. Omey bukan?


Bila dah mata macam panda, memang agak susah untuk mengembalikan kepada asal. Dulu pernah jugak beli eye roll on yang Garnier punye. Tapi tak jalan jugak. Payah jugak rupanye nak hilangkan kesan hitam/gelap bawah mata tu. Kalau ada pemadam, dah lama aku padam.

Pernah jugak letak hirisan timun kat mata. Segar la sekejap, tapi tak lah hilang kesan panda tu. Try jugak letak uncang teh. Urmm, sama jugak dek non oii. Sama jugak. Takde hasil. Mungkin kene letak berhari-hari tanpa jemu baru nampak kesan kot.

Lepas tu, jerawat pulak tumbuh melata kat muka. Aih! Tadi pagi, bangun-bangun bertambah lagi rakan jerawat. Jenis yang tumbuh dari dalam tu, memang saket sangat-sangat. Kiri kanan bawah atas semua ada. Mungkin stress atau perubahan hormon kot. Kalau tak silap, jerawat mula tumbuh dengan jayanya selepas balek dari Bandung itu hari. Eh, lama gile nak sembuh. Surut satu, naek satu. Macam tu la. Tapi untuk jerawat, takde ubat dia. Biasanye just gune bedak sejuk atau tunggu dia hilang sendiri je.

Mungkin gaya hidup perlu ditukar kepada yang lebih sihat. Err, bile nak start??? he he he



Saturday, March 12, 2011

Amaran 9 Mac 2011 dan Tsunami



Malam tadi tak tengok berita sebab ter'pengsan' lebih awal daripada biasa. Bangun-bangun dah jam 9 malam. Lepas tu, bukak belog dan semua duk cite pasal tsunami. Eh? Ooo. Lepas dah belek satu persatu belog. Ok tsunami kali ni kat Japan. Teruk jugak kesan daripada tsunami tu.

Siang tadi, jam 7am, yang membawa maksud 'waktu untuk berita'. Terus tukar channel. Masing-masing tak lepas duk pandang video dalam tv. Air dia, mak aihh. Air nampak cam rilek je, mungkin sebab kamera fokus daripada atas kot. Tapi sekali hempas, habis semua kapal [bot], kereta, rumah, macam-macam terdampar macam tu je. Sama je keadaan macam kat Indonesia dulu. Air hitam pekat.

Tadi, hujan memang turun di bumi Darul Iman [kawasan tertentu je kot]. Tapi kami tetap gigih keluar menghabiskan masa membeli keperluan diri. Time tu dah petang dah. Cuaca memang tak menentu sejak seminggu yang lepas kat sini. Hujan, lepas tu reda, lepas tu hujan balek. Macam tu la.

Berdasarkan keadaan cuaca dan video dalam fb, yang mana menunjukkan air naik sampai kat jalan Pantai Batu Buruk. Kalau dah tahap macam tu, memang ombak betul-betul kuat malam tadi. Memang tak dinafikan hujan ni adalah mungkin, mungkin ok. Salah satu kesan tsunami yang melanda Japan. Kenapa kata macam tu? Sebab, bulan Mac biasanya hujan tak macam ni. Ni dah macam musim tengkujuh. Lebat sangat-sangat.


Kat depan traffic light, tapi nampak kabur je.





Petang tadi hujan memang tersangat lebat. Tapi sekarang ni [malam ni], cuaca ok je x_x


Baru je tadi, sambil-sambil tengok berita pasal tsunami. Kami semua terbaca pasal satu artikel menarik ni kat dalam Kosmo. Dah berzaman baru nak baca. huhuhu.


Saintis beri amaran bencana alam minggu depan | Kosmo 9 Mac 2011 | Rabu

New York, Amerika Syarikat - Saintis-saintis memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi pada minggu depan disebabkan daya tarikan graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.

Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatat pada tahun-tahun berkenaan.

Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005.


*Kuasa manusia hanya mampu untuk meramal, namun Allah jua yang menentukan segalanya.

Tak tahu nak tulis apa lagi, btw hope Hanis yang berada kat Sendai, Japan sana selamat hendaknya. Amin, InsyaAllah.



Friday, March 11, 2011

Dunia Belog


Sementara ada kesempatan untuk terus mengudpate MPS ni, maka tak wajar saya lepaskan peluang yang terbentang di depan mata ni. Cite ni dah berhabuk dah, tapi tak sempat nak cite je.

Hari tu, saya ada join BPM untuk segmen SAHABAT BPM. Saje je suke-suke join, sebab kalau ikutkan baru je follow BPM ni. Tapi tak sangka pulak MPS ada terpapar kat Sahabat BPM. Time tu jari duk scroll pasal segmen ape tah, tup-tup terpandang MPS kat situ. Eh eh. Apakah?? Gumbira sangat-sangat.

1. Kalau kite sungguh-sungguh nak masuk dalam list tu lain ar kan, ini tak. Kite just suke-suke join, tup-tup masuk dalam list. Heyy walle! sape yang tak seronok kan? TQ BPM.





Kegembiraan di hati T_T


Urmmm, nak tulis ke tak nih? Sebelum tu, baca dengan rasional bukan dengan emo bagai yerk. Ok, kalau tak silap bulan lepas. Dengan rela hati selepas mengikut kata. Aku secara officialnye dah tak jadi geng pada beberapa group ni. Kenapa? Kalau korang ikuti belog ni, aku biasa mention yang aku buat belog kerana suke menulis. Bukan untuk popular. Dan jika diikutkan, pada tahun ini la. Tahun yang kata orang, aku baru rajin buat blogwalking [dulu jarang-jarang. hehehhe]. Tup-tup, tahun ini jugak la aku lebih mengenal apa itu DUNIA BELOG. Kat sini aku boleh jumpa pelbagai ragam manusia, ada yang bergaduh ntahpape. Serious. Aku tak berapa gemar dengan bergaduh di alam maya ni. Padahal kite bukan kenal pun. Maka dari situ, aku boleh baca, fahami dan buat satu keputusan 'ok, ini bukan yang aku nak!' Sebab sesuatu benda yang kita buat, kite kene fikir masak-masak. Jangan ikut orang dengan membuta tuli.

Tapi itu realiti, berebut mengejar traffic, followers, macam-macam hal [menyesal gak terbaca semua ni. huh!] Bukan tak boleh, BOLEH. Sape cakap TAK BOLEH. Tapi jangan ar sampai over mak limah ok! Nanti tak pasal-pasal hantu kak limah tak nak balek umah kan. Aku sendiri suke kalau ada followers ikhlas macam korang. Ye macam korang ni lah. Sebab tu la, aku kembali kepada asal. Blogwalking pada belog, tapi belog yang biasa-biasa je. Join mana-mana contest yang aku rasa nak join [duk tulis nak join, nak join. Tapi so far tak join jugak. Biasa untuk contest aku suke pegi ke belog Dila. Lupe plak link dia. Sori. Sebab kat situ banyak info contest. hehehe. Erk, bile ntah boleh join contest secara suke-suki ni].

Lepas tu jugak, kat dunia belog ni la aku dapat kenal ini satu group, ini pulak satu group. See, entahpape. Kenapa aku tulis benda ni? Sebab terasa sedikit meluat dan urmmm, pasal belog pun boleh timbulkan isu. Bagi aku, jika kamu menulis dengan ikhlas. InsyaAllah semua itu akan datang kepada kamu. Tak payah nak gaduh-gaduh. Heii, korang dah besar ok.

Dan ekoran daripada itu, aku dapat mengenal satu belog ni. Best! Tabik spring sebab kat dalam belog dia tu, takde satu pun nuff or advert macam aku letak ni. hahhahaha. Betul-betul menulis dengan ikhlas. Aku letak macam-macam bagai, bukan aku tengok pun. Tengok orang letak, kite pun letak. Aishh! Nanti bile dah bosan, aku buang jugak si advert tu nanti. hik.

Ok, la. Cerita banyak pun tak de guna jugak. Yang penting ingat apa tujuan kamu di DUNIA BELOG ni. Tu je. Nakmo gaduh-gaduh ok, p e a c e!


# Tak tengok berita tadi, tapi ada terbaca kat belog kawan-kawan. Dengarnye kat Jepun dilanda earthquake and tsunami. Harap-harap semua selamat. InsyaAllah..



Akhirnyaaa . . .


Alhamdulillah, selepas dua minggu berlalu. Akhirnya selesai dan menemui jalan penamat juga semua kerja-kerja yang dilakukan. Benda ni la yang aku cakap 'kebolokan' itu hari. Boleh selak entri lepas. hehehe. Kali ni nak sentuh dan bercerita sedikit saje tentang kerja di kantor. Kronologi 2 minggu yang menyebabkan tak berapa nak aktif dalam belog. Thanks pada readers semua sebab sudi jugak jengah MPS ni walau tuan tanah dia tenggelam timbul. [eh, sebab dah lama tak menulis, terasa beku]

  • Sebenarnye, dalam masa tersebut rutin harian berubah 360 darjah. Seperti biasa, tiap 3 bulan sekali akan diadakan satu mesyuarat Lembaga yang mana akan melibatkan Pengerusi Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan lain-lain. Dan sebelum ini, mesyuarat ni biasanye diadakan di KL. Tetapi kali ni, mesyuarat ni diadakan di sini saje [tempat keje aku je]. Jadinya semua preparation untuk mesyuarat tu perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Semua benda perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan kecil. Contoh, semua tempahan flight hendaklah dibuat mengikut masa yang dikehendaki oleh chairman/ahli mesyuarat [yang mana tinggal di luar Pantai Timur]. Macam biasa juga, jikalau ada pindaan masa pada tempahan tadi, kite perlu uruskan semula dengan pihak penerbangan. Biasanya kami hanya gunakan agen aje. Dari segi urusan mengambil dan menghantar semua tetamu ni, pengangkutan perlu disediakan supaya perjalanan mereka dari hotel ke tempat mesyuarat lancar. Pendek kata semua hal-hal logistik perlu dibuat dengan baik. Selepas selesai mesyuarat tu, wah. Terasa nak menjerit YEAAAA! lega sangat-sangat bile habes je mesyuarat tu. Walaupun tak involve dan sekadar menguruskan apa yang patut. Tapi setiap tanggungjawab yang dipikul tak boleh dipandang enteng.
  • Dalam masa yang sama, kami juga perlu menyelesaikan lagi satu tugas yang penting iaitu KPI [Key Performance Indicator]. Kalau diikutkan ni adalah kali pertama aku perlu mengumpul data-data daripada semua ketua seksyen yang ada di dalam kantor [sebelum ni mintak dari satu-satu bahagian je]. Memang agak berasap jugak wei buat benda ni. Proses pengumpulan data memang memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi. Dan kat sini apa yang penting kerjasama dari semua pihak amatlah di tagih bagi menjamin kelancaran proses seterusnya. Berlumus tungkus untuk pastikan semua berjalan lancar. Dan semalam, sesi perbentangan telah selamat di buat oleh big boss pejabat kami. Alhamdulillah.
Kalau nak tahu, kebetulan semua program ni, datang serentak, hampir sesak nafas. Tapi sesak nafas dengan kerja masih boleh diterima. Dan agak pantang bagi aku, kalau sesak nafas dengan manusia. hahha. Bukan apa, kadang-kadang kerja yang kita lakukan akan menjadi seronok, dan tak menjadi hal walaupun ianya mengambil masa untuk disudahi. Kerana kerenah manusia yang entahpape akan melambatkan lagi proses kerja kite [sometimes lah... Ok dan yerp! aku jugak punye kerenah yang menjengkelkan. hahahha. Normal la untuk setiap orang punyai kerenah kerana kesempurnaan tidak menjadi milik manusia]

# Naseb baek ada kawan yang sangat-sangat membantu. Thanks Kak Sa. Appreciate sangat-sangat semua pertolongan tu. Buat keje sambil ketawa memang seronok. hik!


Bile bercakap tentang rutin harian yang berubah tadi, seperti yang kite sedia maklum, apabila kite terpaksa memberikan masa kite kepada kerja. Akan ada masa lain yang perlu diketepikan untuk seketika. Untuk dua minggu ini, tak de lagi aktiviti berjimba di bandar. hahhaa. Cousin aku ada bertanyakan hal ni kat sister in law aku. Mane aku pergi. hahaha. Padahal aku bertapa di pejabat. Dan yang paling aku hargai sangat-sangat. Pada kesabaran ayah aku. huk! Pergi keje di kala mentari muncul, balek keje pula di kala matahari sudah tiada, yang ada hanya sang bulan. Yang menjadi penunggu setia tiap kali balek dari pejabat, semestinya ayah aku. Sebenarnye, ini adalah normal kalau aku balek lambat. Cumanye, dulu mak aku yang tunggu. Kali ni ayah aku pulak. heheheh. [eh sebelum tu, paham leklok noo, ni bukan nak mention 'aku la sorang balek lambat, aku la sorang yang busy, aku sorang je la yang itu.. yang ini...' BUKAN. Sebab bukan selalu pun camni. Setahun ada la sekali. Tapi nak TEGASKAN bahawa kesabaran dan kesetiaan seorang ayah O_o yang mana buatkan semua penat lelah itu hilang tah ke mana tah. hehhehe.

Ada satu malam tu, memang sangat-sangat lega bile pagar umah makcik aku dah dibuka [mesti konpius kan? umah aku takde pagar, tapi kene masukkan kete kat umah makcik aku. Parking istimewa kat bawah umah dia. hahhaha.] Ok, bile tengok pagar dah dibuka, tak payah nak turun dari kete bukak pintu pagar tu. hahahhaha. Bertuah punye anak. Lepas tu, ayah aku bangun dari tidur dipasangnye lampu kat luar umah supaya terang dan aku tak takut nak berjalan dalam gelap Lepas aku dah masuk umah, ayah aku kunci pintu baru lah dia masuk tidur semula. Wahh! terharu. Seingat aku, ada lah dalam 2 malam yang ayah aku tak nantikan aku balek, malam-malam lain, dia tetap setia. Saya sayang sepenuh hati kat Pok! [Bapak bile disingkatkan menjadi Pok. hahhaha. Unik giler]

Apa yang pasti, banyak pengalaman yang dapat diambil. Bile dah melalui semua ni, aku merenungi segala kekurangan diri dalam proses penyediaan kerja. Dan mungkin, untuk tahun depan. Akan ada penambahbaikan yang boleh dilakukan. Kata orang, kite belajar dari kesilapan.

Yeahh! yea! Hajat di hati nak pergi jenjalan. Dah lama tak tengok bandar Kuala Terengganu. Tapi tak tahulah, kot-kot tidur lebih enak. hehehe T_T

Take care, senyum selalu [nak-nak bile tengok Raja Lawak ni. hahhahaha]



Sunday, March 6, 2011

Burung Belatuk


Masa kecik-kecik dulu, bile dengar burung belatuk sedang bertukang [lebih biasa memanggilnya burung tukang. hik]. Mesti dalam kepala terbayang rumah dia yang comey, siap dengan dapur, katil, serba lengkap.

Biasanya dulu time adek-adek masih kecik, bile adek-adek nanges. Arwah mak akan cakap "syyhh! diam, dengar tak? tu burung tukang tengah bertukang?". Aku yang kat sebelah mak pun akan pasang telinga dengar burung tu duk mematuk. Time tu kami tidur ramai-ramai je. Budak kecik. Lepas tu, adek-adek yang menangis akan terdiam, sebab takut. hahaha. Kalau ikutkan, memang best sangat 'music' dari tukangan burung ni. Bunyi dia cam tenang je, yelah malam-malam hari duk mematuk pokok.

Selalu jugak fikir, tak sakit ke paruh dia tu? tak tumpul ke? hahahha. Budak-budak punye imaginasi.



Hasil gugel. Burung belatuk ni sedang mematuk pokok kat luar umah. Kalau tengok jam, hampir 12 malam. Bunyi cengkerik jangan cite la. Lagi bersahutan. Tapi sekarang ni, bunyi burung tukang ni melebihi segalanya. Rasa nak record je bunyi dia. Tapi tak boleh la, sebab malam ni keje masih tak siap. Tapi idea dah agak tepu. Jadinye, bile dengar bunyi burung tu. Terasa nak buat entri ni o_o



Lebih kurang macam nilah rupe katil yang aku cite tadi. Lepas tu, boleh jemput kawan-kawan datang umah. Bestnye. Dalam cite katun, selalu je ada benda tak logik, sampaikan ada jugak pengaruh fantasi katun yang terbias kat diri. hehehhehe. [seb baek ada picture woody woodpecker]

Ok, la. Keje tak siap, tapi entri siap. hehehhe. Esok kene sambung balek, saya nak 'back to a normal life'. Oh! cepatlah berakhir semua ni. Selagi tak bertitik noktah, saya tak kan cite.

Ok, take care semua. Selamat tidur.



Friday, March 4, 2011

Hutang . Bukan Hutan


Hidup ini sebenarnya kita berhutang dengan Allah. Kita berhutang nyawa dan segala kesenangan yang kita dapat. Kita berhutang rezeki kenyang yang kita nikmati hari-hari. Kita juga berhutang setiap desah nafas yang kita tarik dan kita lepaskan dari lubang hidung, yang juga kita pinjam daripada Allah yang meminjamkan kita nyawa.

Sekiranya kita pening kepala dengan hutang material yang mengelilingi diri, kita juga harus takut dengan hutang kita kepada Allah. Ini adalah hutang kita kepada Allah. Ini adalah hutang yang tidak boleh dibayar semula. Hutang ini akan dibawa kembali menemui-Nya.

Biasanya hutang yang kita nampak depan mata, itulah yang kita terkejar-kejar nak bayar. Alasannya takut, tetapi hutang yang kita tak sedar, tak nampak, itu juga patut kita bayar. Ada banyak jalan boleh kita bayar semua hutang itu tapi kita masih lengahkan .. buat-buat tak tahu .. kononnya kita bebas hutang.


Tidak dinafikan kita banyak berhutang solat. Waktu solat masa kita remaja, ketika uzur dan sewaktu dalam perjalanan. Ini belum termasuk waktu solat sunat, solat fardhu yang wajib pun kita culas.

Bagaimana kita hendak bayar hutang-hutang ini? Hutang fardhu kifayah, fardhu ain, hutang perasaan pada ibu bapa, pada keluarga, adik beradik, jiran-jiran, pada teman-teman .. Mahukah kita menipu diri sendiri?

Menipu diri sendiri samalah seperti kita menipu pada Allah. Bayangkan kalau umur kita pendek dan belum sempat membayar hutang-hutang itu. Padahal kita sudah berjanji dengan Pencipta kita pada saat nyawa dimasukkan ke tubuh, akan menjadi hamba-Nya yang baik, patuh pada suruhan-Nya.

Apabila rakan saya Sophia di FB memberi komen isu ini, saya terpana seketika. Tulisnya; walaupun kita banyak berhutang kepada-Nya, namun kasih sayang dan Rahmat Allah tetap tidak putus. Setiap saat, kita terus diberi kesempatan meneruskan hidup ini.

Mengapa? Kerana Allah SWT tetap memberi kita peluang bertaubat, menyesali dan berdoa berharap hanya kepada-Nya. Kita patuh pada pada suruhan-Nya. Namun, masih ramai tidak ambil peluang yang diberikan sedangkan Allah amat suka bila hamba-Nya merayu dan berdoa kepada kepada-Nya. Sesungguhnya janji-Nya tidak pernah dusta sepertimana janji-janji manusia.


Risiko menanggung hutang ini antaranya disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasullullah SAW yang maksudnya: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan".

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radiallahuanhu, Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya.

"Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham". [Hadis riwayat Ibnu Majah].

Bagi keturunan Adam kehidupan dunia bukanlah akhir dari kehidupan. Kehidupan dunia adalah pembuka menuju kehidupan setelah kehidupan. Kehidupan setelah kematian ini yang akan muncul sebagai kehidupan yang kekal. Kehidupan yang diawali dengan perjumpaan dengan Rabbul Alamin.

Maka ketahuilah setiap nafas kita adalah satu langkah menuju perjumpaan dengan Allah SWT. Hari di mana manusia harus berhadapan dengan Rabbul Alamin. Saat itu semakin dekat dan tidak bisa diundur-undur terkecuali semakin dekat.


# Buat renungan untuk diri sendiri T_T Artikel ini aku ambil dari surat kabar yang dibeli oleh ayah aku. Secebis Bicara oleh Sri Diah [Pengurus Besar Editorial Group Buku Karangkraf]

# Tak sabar nak tunggu ke'kucalanaan' dan 'kebolokan' ini berakhir. Nanti me update ya! Dhaaa..




Tuesday, March 1, 2011

Ambil Nafas Sat!!

Assalamualaikum cemua.

Just update.

Sedang dilanda dengan sedikit kesibukan dah masuk hari ke berapa ntah.
Mungkin esok atau lusa atau beberapa hari lagi, barulah keadaan akan kembali OK!

Ada sedikit lagi keje-keje rutin di kantor [eh! tetibe bahasa seberang keluar], masih belum dibereskan.
Dan sekarang, sedang TAKE 5 sebelum menyambung keje-keje yang belum menemui titik noktah.

Berdoa agar Allah permudahkan semua keje yang menunggu, dan masa sehari-hari akan berubah kepada normal. hik!

AMIN


Kan best boleh pegi spa [konon je ok], buat facial muke. ferghh! best. Manjakan diri. huhuhu.