Saturday, April 30, 2011

Bubur Ayam Mekdi


Tapi ini bukan bubur ayam dari mekdi. 

Pada suatu malam, jam menunjukkan hampir 12 malam. Ding dong! 
Perut saya terasa sangat-sangat-sangat lapar. 
Kalau dibiarkan, tentu akan berubah menjadi kebuluran.




Nasib saya sangat baek. Akak ipar ada buatkan bubur ayam untuk kami seisi keluarga.
Orang lain dah makan awal-awal.
Saya agak ketinggalan, jadi saya makan ketika perut saya menggila kelaparan.

Rupanya mungkin tidak secantik mana.
Macam bubur bayi je kan?
Tapi rasanya sangat sedap.
Betullll, sangat sedap rasanya.
Kalau tak, tak kan saya tambah lagi sekali.
Hehehehe.

Friday, April 29, 2011

Sunway Lagoon Bukan, Bukit Gambang Resort City Pun Bukan


Petang-petang duk melayan Royal Wedding [countdown] pun best gak. Layan belog petang-petang pun ok gak. Yelah, biasa kalau update belog, malam hari je. Hari ni tak keje, sebab Jumaat. Jadi memang heaven la duk rileks je kat umah. Pekena lak air sirap. Rasa macam permaisuri sungguh.

7 hari yang lepas, kami sempat berpeluang ke satu tempat yang sungguh best. Kene kenang sepanjang hidup [selagi boleh]. Kenapa? Sebab 1st time tengok ayah aku berenang. Yok, kite terusin aje.. hehhehe.




Saje je besarkan gambar ni. Sebab nak kasi nampak air dia yang jernih macam kaca. Dari jauh nampak kehijauan. Bagi budak-budak bandar, mungkin Sunway Lagoon tempat yang paling best untuk dorang. Sebab kat sana payah nak cari pantai. Kesian kan? Dulu kan, bila tengok Sunway Lagoon dari tingkap sunway piramid [kalau tak silap, sebab dah lama dah] memang terasa dan teringin sangat nak masuk kat dalam sunway lagoon tu. Sebab tak pernah pergi, bila tengok dari tingkap tu kan, nampak penuh manusia kat sana. Semua nampak happy giler duk mandi-manda. Biasa la, benda yang tak pernah kita rasai tu tentu akan nampak macam seronok. hehhehe.

Ok, lupakan sunway lagoon. Tempat ni, namanya Hutan Lipur Lata Payong. Mungkin agak asing bagi korang dan juga aku sendiri X_x. Tapi sangat berbaloi dapat kenal tempat nih. Sesuai sangat untuk release tension atau berlibur bersama-sama keluarga tersayang. Kos nak ke sini takde la banyak mana. Parking free, nak masuk ke sini free, takde bayaran pun. Sebab ni kampung orang je. hhehehhe.




Teringin jugak nak pergi Gambang Water Park kat pahang sana. Tapi tak de kesempatan lagi. Tapi bila tengok air terjun kat sini. Terus lupa akan Gambang. Hebat sungguh penangan ni kan? Tengok ar, air dia, macam tak terusik langsung dengan pencemaran [terasa skema tahap ketat sungguh tulis entri ni. hehhehe] Haa, ni bukan Sekayu yang glamer tu. Ini tempat lain yang di cadangkan oleh kakak ipar saya T__T




Budak-budak kecik yang tak takut air. Padahal air dalam la jugak untuk budak-budak macam dia. Budak-budak ni baru je umur 6 tahun. 



Cuaca sangat ok!




Ikan panggang, budu, buah pelam yang diracik, lada, tembikai. Perghhhh! Takde lauk yang lebih sedap melainkan nih. Ikan singgang pun ada. Kalau diikutkan aku bukan peminat budu, walau memang asal kat Terengganu. Tapi hari tu kan, terasa terliur giler nak makan. Sempat ambik sesudu dua budu tu. Sedap, tapi masin. huhuhuhu. Yang ni, semua ni mak teh yang buat. Mak cik aku dah pesan awal-awal, yang dia akan masakkan untuk aku bertiga. hehhehe. Suke sangat ler teman. Bawak pinggan je, tapi sampai sana. Dah ada pinggan polisterine. Jadi guna yang tu je la. hehehe.





Bukan setakat tu tau. Ada sup tulang, sambal belacan. Sedap sedap dan sedap. Kalau nak tahu, aku memang suke sangat-sangat pada sup tulang ni. Yang ni masakan mak kepada akak ipar aku. Dulu masa bulan Ramadan kan, family akak ipar aku ajak kami berbuka kat umah dia. Dia buatkan sup tulang, dengan muka tak malu. Aku tambah nasi dengan jayanya. heheheh. Sup tulang dia macam kat kedai. Lagi best dari kat sesetengah kedai.



Abang 2, adek 4, baju biru tu cousin dan ayah aku. Syok giler duk tengok dorang mandi-manda. 



Dan yang paling syok lagi kan, ayah aku terel berenang. Seumur hidup aku, ni la kali pertama aku tengok dia berenang [kalau ada mak aku lagi best T_T]. Sebelum ni, memang kami tau yang dia pandai berenang. Tapi tak pernah tengok. Kali ni kan, kami semua duk gelak tengok dia. Sebab macam tak nak naik, asyek berenang je. Siap buat u-turn lagi. hahhaha. Lawak giler bila tengok. Semestinya ayah aku cam happy benor la datang sini. Padahal mulanye kan, dia tak nak datang [50/50 je]. Siap tanya "kat mane tempat tu? kat mana tempat orang yang mati lemas?" Ayah aku seorang yang sangat-sangat.. Entahlah, tak tahu nak cakap macam mana. Protective kot. Sebab masa dia tengah-tengah berenang aku jerit "ajar la saya berenang" Jawab dia "tak boleh, air dalam". Lepas tu, aku, adek 4 dan abang 2 pergi kat air yang agak deras. Tapi cetek je tempat tu. Best lepak-lepak situ. Tapi ayah aku siap datang panggil kami semua, dan suruh ke tempat yang airnya lebih tenang. Seperti kat gambar atas tu la. Kat sini je yang kami boleh mandi. hahahhaha. Kelakar, sebab risau sangat. Kami saje je buat-buat lambat nak beredar dari tempat air deras tu. Bila dah kena marah, barula sorang-sorang beredar. hehehhe. 




Hati-hati. Sangat kena berhati-hati sebab kat sini ada jugak batu yang licin. Sakit giler sebab aku jatuh kat atas batu. Berdarah la jugak kaki nih. Time tu dah sehabis berhati-hati dah, tapi dah nak jatuh, nak buat camne kan. Sakit jangan cakap ar. huhuhu. [p/s: suka tengok view macam ni. kuasa Allah yang menciptakan alam secantik nih]

**Nanti aku sambung balek entri ni. 



Ok, sambung balek. Kalau korang perasan. Nampak tak dua lelaki kat sana tu? Haa, kat situ air deras sikit. Tapi cetek je. Lenkali, kalau pergi lagi. Aku nak lepak situ je. hehhehe.



Lagi bukti air dia sangat jernih. Boleh nampak pasir dengan jelas  T_T




Sempat bakar ikan. 



Ingatkan tak ramai yang pergi. Rupanya keluarga akak ipar aku aje dah 3 family, aku 1 family, mak cik aku 1 family. Happening. Siap pasang khemah lagi. Tempat ni dah biasa bagi family akak ipar aku, tapi bagi kami agak asing la. Sebab kami lebih tahu Sekayu berbanding air terjun kat sini. Tapi yang kami dimaklumkan, kat sini lagi best berbanding Sekayu. Dorang cakap sekayu air dia dah keruh dah berbanding air kat sini.




Dan lagi bukti air jernih, tengok jelas batu-batan kat bawah. 




Kanak-kanak riang ni adalah dari keluarga akak ipar aku. Patutla kereta dorang penuh. hahhahaha. Mandi sampai bibir bertukar biru. Mau tak biru, air sejuk macam air batu. 




Thursday, April 28, 2011

Manusia Memang Banyak Ragam Perangai


Assalamualaikum, dah lama giler benor tak menaip. Dah lama sungguh tak tekan button 'PUBLISH POST'. huk! Keadaan tak begitu mengijinkan. Balek keje, penat, mengantuk, bereskan perkara-perkara yang perlu diselesaikan [line kena barred dan baru active semula. hehehhe] dan ZzzzZ mungkin adalah lebih baek. heheheh.

Malam lalu, sempat keluar bandar dengan mak teh dan Naa. Tujuan utama nak pergi bayar ansuran kereta. Aku tak bayar online, sebab memang rajin dan lebih suka pergi bayar secara manual. Tapi ada satu insiden, yang sampai ke la ni. Aku nak sangat tengok muka pompuan yang kurang bertamadun malam tu.

Sebelum kami pergi bayar ansuran kete, kami gi ronda-ronda kat pasaraya jap. Lepas beli barang-barang, kami masuk kereta. Bila aku buat u-turn, aku bagi signal nak masuk lorong kiri [ada dua lane]. Aku ada nampak satu kereta putih jauh kat belakang. Dah nampak ok, aku terus masuk lorong kiri, lepas tu dengar ada bunyi hon. Tapi tak tau dari mana bunyi hon tu. Bawak kete macam biasa.

Tiba-tiba.........

"baaaa b******"

Terkejut sebab kuatnye menjerit. Tingkap aku tertutup tapi masih boleh dengar ayat keramat tu. Tapi pasal ape menjerit nama binatang pendek berkulit kadangkala pink tu? Bila dia sebut babbb** tahulah aku hon yang aku dengar tadi, rupanya hon dari kereta pompuan nih.

Cousin aku : awak dengar tak? dia sebut baaabb**
Aku : dengar, tapi kenapa? bukan saya masuk lorong time kereta dia betul-betul belakang kete saya. jarak kete dia jauh lagi, selow je bawaknye.. 

Aku dah hangen, sebab kalau aku salah masuk lane time kereta dia betul-betul belakang kete aku. Fine! takpelah jugak kalau dia bunyikan hon dan sebut babbb** [tapi kan, takde binatang lain ke nak sebut???]. Tapi ini TAK, aku tak halang jalan dia dan aku masuk lorong time jarak kete dia masih jauh lagi. Jalan tu luas, dan ada dua lane. Aku amek lane kiri. Dia boleh lalu je kat lorong kanan.

Lepas tu kan, pompuan tu cuba nak potong sebelah kanan, jadi aku menunjuk protes dengan cara aku. Aku tak kasi jalan [part ni memang korang akan konpius, sebab keadaan jalan kat sini agak payah  nak diceritakan].. Sorry la, sepatutnya tak perlu nak diceritakan semua ni. Tapi sebagai pengajaran kepada diri aku sendiri.

Minah ni hangen. Mungkin sebab aku bawak kereta katak je, tiba-tiba tak bagi jalan kat dia yang bawak Hongda. [Aku tak bagi jalan sebab dia cakap kat aku babbbb*** dan aku tau dia bunyikan hon tanpa sebab yang konkrit] Sejujur-jujurnya, aku bukan memandang kereta apa yang kamu bawak. Hongda, Toyota ke, BMW ke, kalau dah takde didikan bahasa macam tu. Memang kene ajar. Warna kereta dia putih dan masih baru. TBB ***. Lepas dia tak dapat nak masuk lane kanan, sebab ada kereta lain dari arah kanan [time ni, dah nak masuk simpang yang sehala].

Aku masuk lane tengah [sekarang masuk jalan yang ada 3 lanes], eh eh dia masuk lane kiri. Siap honkan aku. Ok! Aku honkannnnnn lagi kuaaatt. Terus dia mencelah masuk ke lane aku. Berenti depan-depan kete aku. Sebab time tu lampu merah. Sepatutnya pompuan ni tak boleh masuk lane kiri nih untuk ke lane tengah, sebab lane kiri ni untuk orang yang nak ke kiri [ada lagi satu simpang. hahhaha. mesti pening korang pening kan??]. Kalau aku bawak bulldozer dah lama aku sodok kete dia, Aku masuk lane kanan. Sebab tak kuasa aku nak duduk belakang kete dia. Panas kat hati jangan cite lah. Tak cukup dengan tu. Pompuan tu siap bukakan tingkap kete dia, baiki tudung sambil menjeling kat aku. Aku dengan sepupu aku pandang sekilas tapi sempat lihat apa yang dia buat. 

Lepas dah lampu hijau, aku masuk lane kanan nak pergi bayar kete. Kete dia selow cam siput je kat belakang lane kiri [tengok, saje je kan nak buat orang saket hati??]

Bodo kan? [aku pun dah sama vodo cam dia]. Aku tak faham dengan jenis perangai pompuan yang macam nih. Menyebut babbb*** semudah menyebut 'jom makan' [nak jugak selitkan ayat makan kat sini]

*lepas sehari berlalu, barulah cousin aku betul-betul faham apa yang terjadi pada malam tu [kenapa pompuan tu cakap babbbb** dan bunyikan hon]..hahahha. kelakar.


**entri ni adalah entri yang paling payah untuk aku taip 



Saturday, April 23, 2011

Rugi Kalau Tak Pergi


Ok la, ikhlas dinyatakan. Mood untuk bercerita tentang Team Building Perdana yang aku pergi bebaru ni agak suam-suam kuku. Gambar pun aku tak transfer kat laptop. Tapi dalam hati beria-ia nak bercerita pasal team building yang pernah aku pergi zaman tok kadok dulu. Aku mampu bercerita hanyalah sekadar 65% aje. Sebab program dia dan program entahpape kami banyak sangat T_T

Ok, tahun kedua masuk keje, dah kene pergi ke kem Nadi kat Sungkai, Perak. Best, sebab pergi dengan bas. Ramai-ramai, seronok sungguh. Tapi yang lagi best adalah disebabkan pengisian program dia yang betul-betul berkesan. Program camni ar aku suke.


Kami tengah buat satu game di mana semua kene cari jalan angkat tong hitam tu. Jenuh wei nak angkat. Macam-macam idea diberi. Ini la itu la. At last, berjaya jugak kami buat. Kalau nak tahu kan, bangunan putih tu adalah dewan makan. Pagi petang malam, kat situ la kami makan. Kat dinding dining hall tu kan, ada banyak kata-kata motivasi. Tapi aku lupe kata-kata yang dorang tampal tu. Sebab dah lama, jadi lupe. hehhehe


Main lagi. Time ni dah petang. Konon-konon buta. Lepas tu kutip seberapa banyak botol dengan straw kalau tak silap. Disebabkan tak tahu nak buat camne kan, aku main sapu je tangan kat rumput tu. Banyak la jugak dapat mengutip barang-barang tu. Sebab kalau korang main raba-raba camtu, payah ar nak jumpa barang. Sebab padang tu luas. Jadi kene tamak kat situ. hahahha. Takdelah, korang kene kreatif untuk capai maksud game nih. Pengajaran : hargai nikmat pancaindera yang kita ada.



Benda yang paaaling aku suke buat. Flying fox. Best sungguh. Padahal menjerit jugak weii time terbang kat atas sana. Tapi setiap orang kene buat sekali je. huhuhu. Sebelum turn kita kan, setiap orang kene panjat tiang tu. Ada tangga kalau tak silap, macam bertingkat camtu. Lepas tu. Korang kena berenti sat sebelum fasilitator panggil naek kat atas. Best jugak landing atas tempat tinggi camtu. Layan angin petang O_o



Rileks selepas dah selesai terbang


Lepas tu, ada lagi acara yang best. Mandi lumpur!! Yang ni kalau tak silap, kena merangkak di bawah kawat besi. Korang panggil apa, aku tak pasti la pulak. Tengok kat dalam gambar ni, yang ada tiang pendek kaler biru tu. Tu la kawat besi [kalau silap, kire halal je lah] Setiap orang kene buat tugasan ni. Tak terbit perasaan risau 'eh habislah baju kotor'. Yang ada perasaan excited giler babeng. Mungkin tak puas lagi kot bermain lumpur time bebudak dulu. Tu pasal jadi camtu. Cuma yang tak bestnye, kasut tu la, kotor sungguh. Risau kotor sebab tu kasut pinjam. hahahha. Sempat lagi pinjam meminjam dengan seorang budak manis [sekarang dah tak keje kat aku dah]. Nama dia Nisa [p/s: sis rindu giler kat Nisa + borak-borak bodo]



Tak cukup dengan itu, kami semua kene lepasi halangan ni. Penat jugak nak memanjat benteng negara ni. Dahlah tinggi, lepas tu badan kite berat. Sangat berat time nak panjat benteng tu. Terasa iyahhh iyahhh! hnsshhh! hnsshhh! Setiap orang saling bantu-membantu [secara automatik], tolak-menolak sesama sendiri untuk pastikan agenda berjaya. Rasa nak patah tulang bila angkat yang mana melebihi muatan. hehehhehe


Mane ada pernah kem macam ni. Santai gilers. Hampar alas biru. Duduk. Lepas tu ada air masak satu jag. Sorry kepada empunya diri yang ada dalam gambar ni. hehhe. Sebab utama aku letak gambar ni adalah sebab nak tunjuk kat korang sungai kat belakang tu. Nampak tak?? Kat sungai tu la kami mandi-manda, bersihkan pakaian yang kotor sebab lumpur. Air dia memang la agak keruh sikit. Tapi sejuk dan boleh tahan laju jugak air kat sungai tu.


Bergambar kenangan secara berkumpulan. Yang tengah-tengah tiga kat depan tu kan, adalah fasilitator. Best walau dorang dah berumur. Tapi ilmu yang mereka ada. Boleh la kita jadikan panduan.


Laa, ada rupanya gambar kat dining hall. hehhehe. Ni group aku. Yang tu Harman Najib, Piyang, Kak Ara tengah berjalan [zasssss], Kak Fid dan jugak Encek Yusof Musa. Makanan yang diberikan adalah biasa je. Tapi ok lah. Terasa betul-betul macam pergi kem. Kami pernah dihidangkan dengan ubi kayu rebus. Ke ubi keledek. Lupe T_T. Sangat sedap untuk menu minum petang. Kalau perasan, yang bertampal-tampal kat belakang tu la kata-kata motivasi yang aku duk gebang tadi. Lagi satu, pinggan yang korang makan ni, kene basuh sendiri. Sini tak de orang yang nak basuhkan pinggan untuk korang. Dah ada tukang masak, dah kire ok la tu. Bila nak makan tu, masing-masing dah macam keluarga kite. Tolong sendukkan nasi ke dalam pinggan yang ada. Kalau ada 6 pinggan, maka 6 tu, kene terisi. Macam tu la. Semua group macam tu. Kire elemen kekeluargaan diterapkan agak menebal kat sini.



Yang ni kalau tak silap, lepas dah buat senaman ringan. Open air. Takde kelas kat dalam dewan. Kami semua kene berkumpul kat sini untuk slot seterusnya. Tak ingat la slot apa.



Ramai-ramai rentas sungai yang aku tunjuk tadi tu. Kami masuk semak samun, jalan lagi. Lepas tu sampai ke Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah. Best! Sebab kat sana ada resort yang sangat cantek. Lepas tu kalau tak silap, dia punye tempat macam sunway lagoon camtu. Lebih kurang ar. Kami sempat pergi ke tempat air panas. Macam-macam cerita time kat sana. 

Untuk aktiviti malam, kami semua di bawa menyusuri anak sungai. Dah la tak dibenarkan bawak torch light. Lepas tu redah la korang dengan kudrat yang ada untuk ke step seterusnya. Time tu aku lead bagi group aku. Masa meredah anak sungai tu kan [air adalah setakat lutut/betis] tak terfikir langsung kot-kot ada binatang macam pacat, ul**. Eee. Geli giler dengan binatang ni. Nak-nak ul**. Lepas tu, dah sampai satu lokasi. Setiap orang kene berjalan sorang diri untuk pulang ke kem. Fuhhh! Seram sejuk jugak. Sebab kat sini ladang getah. Gelap gulitaa. Masa kene berjalan sensorang tu, semua ayat kuar kat mulut. Takuttt. Tapi bila dah nampak kem kite tu kan, senyuummmm sampai ke telinga. Happy gilers!

Kesimpulannye, ni la satu-satunya program yang paling best pernah aku join. Yang zaman study tak kira ek. Dahla tempat ni jauh dari bandar, takde line telefon ok, yang pakai celcom ok la, dapat la 2 bar. Yang pakai maxis boleh senyum je la. Takde coverage. Sape-sape yang smoking, memang mati kutu. Kat dalam ni takde kedai. Jauhhh dari dunia luar. 

Terfikir jugak, agaknye macam mana la ek tukang-tukang masak kat kem nadi tu sekarang. Lepas tu, fasilitator pulak. Adakah masih kat sana?? Rindu gak nak pergi kem ni. Tapi untuk nak macam dulu-dulu, mungkin tak la. Sebab kite bukan hidup dalam kenangan. Tapi kenangan adalah pengalaman yang paling berharga dalam hidup kita. Kenangan dan pengalaman tu la yang membezakan kita dengan mereka-mereka yang lain X_x

TQ sebab baca entry ni [buat report malas, buat entri panjang giler macam ni, rajin la pulak. hehhehe] 



'sumimie-kawai baby collection opening blog giveaway'




Sebenarnya banyak berhutang dengan diri sendiri. Ada satu hutang tu, dah tak boleh pakai dah. Closing date dia pada 12 April rupanya. Segmen Puan Anum iaitu "jom join bloglist frommetoyou". Yang ni di tag oleh Cik Wan. Sorry, saya tertinggal siaran [slow sungguh tindakan kan?] huk. 

Ok, lepas tu saya tau salah satu hutang lagi ialah GA Mama Shifa.Nasib baek bile pergi jengah blog dia. Deadline 5 Mei 2011 T_T. Masih boleh join la. 

Mama Shifa ni baru berjinak-jinak. Tak sesuai sangat ayat ni. Ok saya tukar kepada, baru menceburi bisnes secara online. Jadi GA ini adalah sempena pembukaan blog baru bisnes dia [Kawai Baby Collection].  Kalau korang nak tengok blog dia tu boleh KE SINI.

Semoga berjaya Mama Shifa dalam berbisnes ye x_x

Friday, April 22, 2011

Weekend Yang Manis


Sebelum ke kem tempoh hari. Kami sekeluarga buat makan-makan. Jemput Mak Teh sekeluarga datang makan. Biasanya, kami je yang dijemput makan kat umah dia. Jadi macam malu la jugak, asyek pergi makan umah orang je. Plan dah lama dah pasal hal ni, tapi asyek tak jadi je. 

Jadi, pada hari Jumaat dua minggu lalu, ini la hasilnya T_T
[sori, kene publish bebelan ini dulu ye. sebab dah lama terperap dalam draft]


Nasi Ayam Kak Amani
Abaikan alas tikar yang paling glamer dari dulu hingga kini tu. hehehhe. Alas dengan surat kabar je. Senang nak buang x_x. Mak Teh siap bawakan ulam sebab dia ingat kami buat nasi biasa.



Hasil masakan kakak ipar kite. Kak Amani buat nasi ayam. Sebab senang katanya. Kite angguk je, sebab kite hanya tolong bersihkan beras, bagitau sukatan air nak masak nasi, lepas tu tolong potong tomato dengan timun je. Yang lain-lain dia uruskan. Rileks sungguh part kite kan? huhuhu. 

Benda yang memang tak plan. Ape dia?? 

Lepas makan nasi secara beramai-ramai. Terasa nak makan kek. Nak sangat-sangat-sangat. Jadi kite ajak cousin kite, adek ipar dengan anak buah pergi beli kek. Gambar ni kite sengaja blurkan, sebab terasa segan nak tampal gambar besar-besar + tak fotogenik. [kesian Along kat belakang, sebab tak nampak. hehheheh]



Kalau korang nak tahu. Ini lah jambatan Sultan Mahmud. Jalan ni akan menjadi sangat sesak bila time raya [jadi macam sardin], bila dah habes office hour, bile ada road block. Tapi sekarang tak tentu jugak sesak dia.  Kalau hujan dan ada accident pun dah cukup syarat untuk berubah menjadi sesak nafas.



Sangat suke ambik gambar kat sini. Sebab view nampak cantek. Kalau toleh sebelah kanan, akan nampak Masjid Kristal [Taman Tamadun Islam].



Ini vespa ke skuter ek? Nampak kat depan kedai kek. Cantek. Dah la warna pink. Klasik.



Kami lalu kat Kampong Cina. Suke pemandangan kat sini, sebab nampak ala-ala Petaling Street gitu.Kat sini banyak bangunan lama.



Ramai kaki-kaki 'menembak' suke ambik gambar kat sini. Masa kami lalu kat sini, nampak ada satu group tengah menembak. Bang! Errkk. 






Ini la kek yang kami beli dengan hasil kutipan duit secara ramai-ramai. hihihi. Makan ramai-ramai. Tapi time ni Pak Teh, Mak Teh dan dua anak dia dah balek. Sedap? Boleh la. Tapi kite nak kek lain. Kek apa? Urmmm, nanti bile dah jumpe kite bagitau eh.


*dah lama tak bahasakan diri sendiri dengan 'kite'

T_T

Take care


Wednesday, April 20, 2011

Kalau tak sengal, tak sah


Pernah tak, nak update belog. Tapi idea tiba-tiba tersekat. Pastu kan, taip delete, taip backspace kan dia. Sampai jadi kosong balek ruang new post. Pernah? Aku pernah dan tengah mengalaminya sekarang! [tanda seruan tak membawa maksud nak marah or pape pun. saje je letak] Hidung masih lagi sok sek sok sek. Mata pulak berair je. Dahla nak bersin, tapi asyek tak jadi je. Tension tau kalau tak boleh nak bersin. Penangan team building kot, hehehe. Tapi sekarang cuaca tak menentu. Kat sini, sangat-sangat panas. Panas yang macam kering. Tapi tak kisah lah, sebab boleh basuh baju, boleh hantar kereta ke snow wash [tengok la macam mana nanti] 

Urmmm, orang cakap zaman budak-budak adalah zaman yang paaaalingg best sekali kan? Betul la tu, memang best. Tak payah nak fikir pasal kenapa ulat jadi rama-rama lepas tu mati. Haa, kan dah bagi contoh yang ntahpape. Dulu..


  • Masa darjah 6. Cekgu BI bagi tugasan. Dia bagi satu kertas, lepas tu kita kene potong gambar tu and tempek kat buku. Gambar cerita tentang seekor katak, jatuh dalam baldi yang dipenuhi dengan susu. Lepas tu, katak tu melompat-lompat dan susu tu jadi macam dadih [lebih kurang macam tu la jadinya]. Aku yang sengal, TERPENGARUH baekk punye dengan cite nih. Aku pergi cari sekor katak. Lepas tu duduk kat umah Tok aku. Ambik 1 baldi, taruk susu pekat cap junjung letak air. Lepas tu, letak katak kat dalam [dulu tak kisah pegang katak. wa rock bro. hahaha. tibe-tibe], bajet katak lompat-lompat lepas tu  susu tu akan jadi beku. Tunggu punye tunggu, tak jadi. Haruu!

  • Tengok cite Ultrameng. Dulu cite ultrameng paling top sekali kat tivi. Seingat aku dulu, ultrameng main tetiap hari Sabtu, waktu aku lupe. Pukul 10 kot. Lepas tu kan, ada satu episod ni. Kalau korang rajing [saje letak G kat belakang]. Korang search ar episod mana ek. TQ. hehehe. Anak gergasi raksasa tu dalam telur. Lepas tu bile dia nak menetas kan, mak dia takde. Masa telur tu pecah, muka yang mula-mula dia tengok, muke orang lain. Jadi dia ingat muke yang dia tengok tu, mak dia. Padahal tak. Aku percaya ar. Ooo.. gitu eh? Lepas tu, aku pergi [lupe plak, hari yang sama or hari yang lain] kat telur ayam. Konon-konon lepas ayam tu menetas, dia akan tengok muka aku and ingat aku mak dia. Berjanggut jugak duk menunggu. Hasilnye? Jangan cakap ar. Sebak hati aku bile ingat kisah nih.

  • Masa darjah 3, kalau korang pernah tengok cite Miss Comet Dewi Sakti. Mesti korang akan tahu tentang keterelan budak pompuan ni buat magic. Dia ada magic, eh.. ni cite Jepun tau. Ok, sambung balek. Dia ada magic [repeat la pulak]. Kalau dia nak buat apa-apa pun. Dia just hayunkan tangan dia, lepas tu akan keluar satu tongkat yang ada bintang kat hujung tongkat tu. Ting! maka jadi la macam tu. Ting! jadilah macam ni pulak. Wahhh! Best gilerr. Terpegun jangan cakap ar. Aku rasa nak masuk je dalam tv tu. Lepas tengok cite tu, berangan kat tepi pokok kapas dekat umah tok aku. Hayunkan tangan dengan harapan tongkat sakti akan keluar. Tapiiii... ok, anda sudah ada jawapan dia kan? Jadi tak payah aku habiskan ayat-ayat aku. Budak-budak memang macam ni gaya dia menjana akal menjadi kreatif. Ceh!

  • Dulu, zaman tadika. Ok, aku cite tak ikut susunan umur tau. Sebab aku main hentam je menulis. Ikut idea yang ada. Jadi baca je la, kalau pening pergi tengok tv. Sekarang ni Kedah tengah lawan Harimau Muda. Masih 0 - 0. Eeh, tercerita benda lain pulak dah. Sambung baleekkkk! Ok, zaman tadika kan. Kalau ada 5sen dah dikire kaya dah. Kalau ada sepuloh sen, dah dikire jutawan la diperingkat 7 6 tahun. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu. Aku ada 5 sen. Lepas tu, balek dari sekolah tadika. Jalan kaki je dengan kawan-kawan. Padahal tadika tu jauh. Adalah dalam 15 minit kot kalau berjalan kaki. Dulu takde culik menculik, jadi aman sentosa je beb. Dengan duit 5 sen tu, aku singgah kat kedai makcik and pakcik ni. [Nama panggilan kedai ni, aku masih ingat lagi. Tapi malas ar nak tulis. Sebab kelakar, kalau akak-akak aku baca. Tentu dorang gelak sorang-sorang] Dorang dah tua dah. Kalau nak pergi kedai dia tu, kena lalu satu lorong semak samun. Kire dulu, aku dengan kawan-kawan berani la kan? [baru terpikir. hahahhaha]. Singgah dengan niat nak beli gula-gula, sebab kalau 5sen biasa dapat 1 biji gula-gula. Tapi oleh sebab duit aku berkarat. Sangat-sangat berkarat. Makcik tu tak terima. hahahhhaa. Sedih gilerr. Lepas tu balek dengan hampa. Hampa sebab dah sampai kat kedai. Kalau tak sampai kedai, lain cite ar. huk!

  • Pada satu petang, ambik sunquick, lepas tu campur dengan susu. Konon nak buat kelainan. Tengah-tengah bancuh tu kan, dah sengih-sengih dah. Sebab bajet mesti sedap mabeles giler ar air nih. Bila siap kan, dia jadi berketul-ketul. Macam air susu dah basi. hahahhaha. Tak jadi aku nak minum. Korang try ar kalau tak caya. Errr, yang ni zaman study dulu-dulu. Sengal jugak. Ingat kan dah habes time zaman budak-budak. hehhehe.

  • Yang ni pulak. Kalau ingat balek, rasa geleng kepala 242 x 2. Ambik bunga kertas. Tau tak bunga kertas tu ape? "Di villa indah ini, pernah menjadi saksi.." Ye betol, bouganvilla murid-murid sekalian. Lepas tu amik kaca. Bunga kertas sekali dengan kaca tu kan, kite tanam dalam pasir untuk dijadikan GULI. Ye. Konon-konon ni lah caranye nak buat guli. Tanam biarkan dalam seminggu macam tu, lepas tu dapat la hasil guli yang kita nak tu. Sape punye ajaran pun aku tak pasti lah. hahahhaha. Entahpape. Serious. Aku pun tak tahu kenapa aku dan kawan-kawan begitu n a i f sekali. ish ish! [nak jugak libatkan kawan-kawan sebab tak nak nampak naif sorang-sorang. hehehe].. 


Macam tak masuk dek akal bila difikirkan kan? Tapi tu lah hakikat zaman budak-budak dulu. Best! Tapi sengal. Budak-budak sekarang takde nye macam kami. Semua dah berfikir jauh ke depan. huhuhuh. Masih berhutang cerita Team Building. hehehhe. Nanti-nanti la ye. Janji!



Monday, April 18, 2011

Delete? Mungkin Tidak


14 April 2011 | Khamis

Tik tik [p/s: bunyi sms lebih sedap bile di dengar secara live]

"Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya, dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. [panjang rupanya sms ni]. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya. Keeping your smile always. Adios Azie"

Yang di bawah ni, sms zaman pak kaduk punye. Saje nak baca balek o_o

"Life is a gift. Never regret a day in your life. Good day gives you happiness. Bad day gives you experience. Zizzie"

"Friendship is like a garden. It's beautiful when watered with love, hugs, tears and cheers. But it dries up if left untouched. Keep in touch. Hepi always (",). Azz"

Dan kalau nak di tulis semua sms kat sini. Memang tak tertulis. Fakta: saya takkan delete sms ni semua. Sayang ooo. [err, ok saya memang berhati hijau-pink-biru-semua warna, pensil warna-luna]. 

Sungguh! Rindu gilers pada korang. Tapi malas nak tunjuk. Bajet cool la konon. Sebab dah lama tak bersapa, lama tak berjumpa. Lama tak sembang-sembang, lama tak bergelak ketawa. Lama lama.. lama.. lama.. 

Saya nak hubungan ini terus dan tiada noktah. Saya sayaaannnnnnggg semua kawan-sahabat-rakan saya.

Fuhhh! ada unsur jiwang/melodrama/puitis di sini kan? Tak bajet pun.


I wish i could ... er, sori saya minat Dian, jadi saya letak gambar dia. hehehe


Mood: macam nak demam|dah dilanda selesema cekgu|tapi saya still kuat and boleh pegi keje x_x

P/s lagi: Jaga diri, jaga hati, jaga-jaga-jeng-jeng-jeng, berhati-hati di jalanraya, berhati-hati di dalam kehidupan




Saturday, April 16, 2011

I'm Back!


Eh eh. Assalamualaikum tawang-tawang. Sokmo lupe nak bagi salam sebab kadang-kadang je bagi salam dalam entri. hehehhe.

Ok, sebelum ni dah janji kite jumpe pada Sabtu kan? So, dengan rela aku buat satu entri ni [saje je lepas rindu]. Eh tengok, sungguh menepati janji sekali. hahahhaha [bab-bab gini memang ar, laju sungguh]

Sedikit perbualan..

Aku : mung tettt tuutt dok lagi?? gi la dulu..
Adek 4 : tettt tuutt doh la..

Aku : bile??
Adek 4 : mareng...
sambung
Adek 4: urmm, dok agi la..aku dok rok ni. mu rok dakpe ar.

Aku : aku pun dok rok gak nih.
Adek 4 : jap g aku gi la.

Ok, cerita sebenar. Balek umah tadi, memang mengantuk gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Err, sebenarnye aku pergi kem Team Building Perdana kat kem PLKN Merang Setiu. Ramai gile staf yang kene pergi, untuk 1st session ni adalah dalam 500 lebih. Ah tak nak ar cakap pasal intipati dia. Sebab tak de idea. hehhehe. Kalau fasilitator baca ayat aku ni, urrrmm macam sia-sia je dia duk pung-pang-pung-pang kat atas stage tu kan? Nanti ar aku cite eh apa aktiviti dia. 

Kat umah tadi, lepak-lepak jap. Lepas tu baca paper online, tengok perkembangan terkini yang sedang berlaku kat negara kita.

Lepas tu.. errr

Errr..

Errr..

Tak boleh tahan sudah. Tidur macam orang mati. Tapi tak lama, adalah dalam 2 jam je. Penat sungguh. Bangun-bangun, memang terasa sakit badan. Padahal sebelum ni, orang kecoh-kecoh [roommate] cakap sakit kaki la, lutut la, lenguh ini itu. Tapi aku tak rasa sangat. Jadi aku diam jelah.

Amek ko, balek umah baru la terasa semuanya.

Dan sekarang aku rasa nak makan banyak-banyak-banyak.

Terasa nak makan ayang goreng kentaki, pijah pizza, char kue tiow, pas tu aku nak makan urmm urmm [haloba gile. hahahha]. Eh, dengar ni, lepas tu terasa nak makan urm, mekdi, burger dia tu. Lepas tu nak minum air yogurt nestle stroberi. Weeeee. Nikmat. [ni aku dah skip dah, kasi pendek list makanan yang aku nak] 

Errr, rasa cam tak begitu rajin nak pergi keje esok. hehhehee.

Tapi tak boleh, kene pegi jugak even badan terasa kene rehat lagi [baru teringat cuti dibekukan]. Ada jugak beku membeku cuti eh? Kalau nyahbeku camne? Macam polis lak cuti kene beku. Layan aje lah.

Sekian, terima kasih tuan/puan atas pembacaan entri yang takde motif ni.





Thursday, April 14, 2011

Jauh ....


.. dari lappy [semalam dah jauh, sebab adek 1 pinjam. Huhuhu]
.. dari MPS |my personal space
.. dari umah 
.. dari office
.. dari kampong
.. dari family [eh tapi dekat dengan adek 1. Hehehe]
.. dari kamu semua
.. dari ............ [sila sambung sendiri]

 
ketika entri ini dipublish, saya telah berada jauh di sana. errr, tak ar jauh mana. masih di dalam negeri Darul Iman.

ketika entri ni ditulis, saya masih tak tahu apa yang nak dibuat untuk persiapan pada hari esok. Dah buat tapi tak cukup lengkap.

ketika entri ni ditulis, saya sebenarnya..... [kalau la saya boleh tulis ....]

oh ya lupa pulak..

RALAT : pihak penulis memohon maaf di atas kesilapan fakta pada entri 'Cikgu Stopa Yang Hot!'. Di mana yang tukang mencari video itu ialah Adek 1 dan bukannya Adek 2. hehehe. Kesilapan amatlah dikesali [sambil geleng-geleng kepala tanda kesal. eh tak ar, yang ni saje je ni tokok tambah. hihihihi]

sebelum saya log out, jaga diri jumpe lagi .. InsyaAllah pada hari Sabtu ini [urrmm, mungkin T_T]

XOXO | aida lela |12.05am 



Tuesday, April 12, 2011

Definisi BAHAGIA


Tak tahu nak start dari mana. Terasa excited giler nak bercerita. Pagi tadi, lepas hantar ayah aku ke tempat keje. Lepak-lepak dulu kat umah. Lepas tu, siap-siapkan diri pergi umah mak cik aku. Jumpa cousin aku. Sambil tu, main-main dulu dengan Arif si budak kecik yang umurnya adalah lebih kurang 2 tahun kot. Baru pandai berjalan. Tapi malu-malu nak bergurau dengan aku. Bila aku tengah telefon, Arif datang dia kuis kan kertas yang aku pegang. Senyap je, sebab Arif tak pandai cakap lagi o_O

Baca Kosmo jap, lepas tu menanti panggilan telefon untuk buat insurance kete. Dalam pada tu duk sembang-bincang-gebang dengan cousin aku. Cukup ke tak ongkos nya nanti? Huhuhu. Aku paling tak suke menunggu dan di tunggu. Sungguh menyakitkan hati. Sejam dah berlalu, terasa membazir masa je. Orang tu cakap nak tolong, jadi aku tak ar susah payah nak ke sana ke mari. Kononnye la..

Blah dari umah mak cik aku tu, aku ke Bandar. Bagi aku, lebih baik buat sendiri daripada mengharapkan orang lain. Dah la lambat gilerrrs! Lagipun selagi kita boleh buat, baik kita redah je. Tanya orang kalau tak tahu.

Sampai kat Bandar, dalam bank untuk lebih tepat lagi. Heheheh. Adalah sorang mamat ni datang bersama wife dia. Dahlah datang lambat, potong pulak queue aku. Hangen gak. Tapi aku tak rasa nak marah. Aku tengok je kat mamat tu. Nak bagi dia sedar akan kesalahan dia. Tapi bukannya sedar pun. Ni 1st impression aku lah kat mamat nih. Wife dia kat sebelah aku, tengah ribakan anak dia. Aku tak tengok wajah wife dia tu. Nanti kan, ringan je mulut aku cakap ‘husband awak tu memang macam tu ke? Main redah je queue orang?’ Tapi aku malas ar. Lagipun aku cuti hari ni, jadi tak ar rushing mana. Takde apa nak dikejarkan.

Sampai kat kaunter kan, bile turn aku. Tengah-tengah nak settlekan hal aku. Akak kat kaunter tu pergi cari dokumen untuk aku. Eh si mamat tu datang. Dari jauh dia cakap mintak akak tu cancelkan apa yang dia nak buat. Akak kaunter cakap ok. Lepas tu [hahahhaha. semua benda aku nak tulis. biaq pi la] akak tu cakap kat kawan dia, yang mamat tu nak cepat. Tak nak tunggu sedangkan dokumen untuk dia dah ready dah. 

Lepas tu aku cakap ar kat akak tu yang mamat tu potong queue aku. Sebab tu dia nak cepat. Akak tu dan-dan je mintak maap kat aku sebab dia layan mamat tu dulu. Aku tak kisah sebab bukan salah akak tu. Lepas settle semua hal aku, terasa happy giler sebab ingatkan tak cukup budget tadi. Rupanya ngam-ngam, ada balance lagi T_T. 

Ok, cukup untuk pengenalan entri kita pada hari ini. hahhahaha. Panjang giler.

Tadi kan, lepas balek dari bank. Tempat yang aku paling suke-suke-dan-suke lepak adalah tempat yang ada buku. heheh. Masuk dalam Pustaka Sri Intan jap. Belek-belek-baca buku. Dari satu majalah ke satu majalah. Tapi tadi, tak terasa nak beli majalah. Tengok Nona tadi, tebal gile majalah dia. Sebab apa ntah, harga dia adalah dalam RM11.90 kot, kalau tak silap la. Kalau silap, kene denda jalan itik eh? Cover depan si mizz nina. Lawa gile. Suke tengok muka dia. Belek Nur, tapi tak rasa gak nak beli. Belek Pengantin, ntah sape ntah cover dia. Lupe. hehhehe. Harga adalah dalam RM14.90 kot [ntah-ntah tertukar harga Nona dengan Pengantin. hihihi]. Semua majalah ni aku tak beli, sebab terasa cam mahal lah. hahahha. Time angin kedekut aku datang, jangan cite ar. Memang aku tak beli punye. Free reading cukup. hik.

Aku pegi kat rak lain. Tup-tup! Yeeaaaaaaahhhh!!! [rasa dah lama tak main tukar-tukar kaler nih] 




Jumpe buku ni. Tak sangka sungguh Encik Abd. Jalil Ali [saje je buat skema tulis encik kat depan] ada buku sendiri. Sebab biasa aku baca penulisan dia dalam paper Sinar Harian je, kadang-kadang dalam majalah yang aku beli. Lagipun dia under karangkraf kalau tak silap. Kalau korang selalu baca hasil tulisan dia kan, banyak benda yang boleh kita cedok. Ilmu dan pengalaman dia, tak boring. Mungkin hasil garapan penulisan dia kot yang ada aura tersendiri. hehehhe. Eh, try la beli buku ni. Tak mahal, dalam RM13.00 je. Rupanya dia dah keluarkan 3 siri buku. Yang ni yang 2nd, yang 1st aku tak beli. Urmmm, next time la kot. Tengok la macam mana nanti.

Tengah-tengah pegang buku TTKM, ternampak pulak buku nih..



Haaa?? Ada buku jugak ke??? Double gumbira hati ini. Sebelum ni, time balek keje, aku selalu dengar Keluarga Sakinah dalam radio. Memang aku cukup-cukup suka dan minat sangat dengan Prof. Dato' Dr. Sidek Baba nih. Kata-kata dia, pergghh! Cair jap. Aku selalu duk berangan dan fikir, macam mana ye dia dengan keluarga dia. Dari apa yang aku dengar, cara dia solve masalah. Sangat-sangatlah gentleman. Sungguh kebapaan sekali. Kalau korang dengar kan, memang tak kan rasa bosan. Sebab motivasi dia, cukup buatkan kita rasa tenang. Pendek kata, dia seorang bapa yang baek dan sangat-sangat understanding [aku agak je].


Inilah dia wajah yang memang dari dulu lagi aku nak tengok. Memang nak sangat tengok. Dan tercapai jugak hasrat aku. hehhee. Dulu aku ingatkan dia ni, pakai kopiah. Macam ustaz-ustaz gitu.. Klise gile pikiran aku. Harga dia adalah dalam RM10 hinggit sahaje. Err, itupun kalau korang suka pembacaan motivasi. Kalau tak, korang boleh beli buku lain. Contoh majalah ujang ke, gila-gila ke [dah lama tak beli majalah ni. best!]

Tak sabar nak baca dua buku nih x__x


Hari ni cuaca agak terik, panas la jugak. Jadi kita minum air susu ni untuk menambah tenaga. Rasa susu ni sedap giler, sebab semalam aku beli yang dalam botol terasa tak sedap sangat. huhuhu. [dah berapa kali duk tulis gilerrr nih].



Tiramisu. Pelengkap hari ini. Sebenarnya balas dendam. Sebab aku nak makan kek lain, tapi dapat kek lain. Yang ni pun, masih tak menepati selera, tapi takpelah. Nanti-nanti aku beli lagi yang lain.

Oh ya, definisi B A H A G I A aku adalah dengan memiliki 2 buah buku itu. Itu je. hehhehe.



Monday, April 11, 2011

Cikgu Stopa Yang Hot!


Sape suke tengok layan you tube?? Mesti korang suke kan? hik. Tak ar, sebenarnya nak sambung entri lepas, nak join contest mama shifa, nak join GA wan. Tapi malam ni tak sempat kot. Sebab daya aku menulis agak selow T_T.  Jadi aku nak share benda takde pekdah ni dengan korang [tapi best tau! nak menjawab jugak]

Dulu, aku ingat you tube ni tajuk lagu. hehheheh [nerd giler] Tapi aku tak berapa suke sangat layan you tube. Sekali-sekala je bukak, tu pun kalau ada lagu-lagu best dan kadang-kadang terasa nak tengok wajah si penyanyi. 

Malam Sabtu lepas, lepas layan maharaja lawak gilerr. Kebetulan adek 2 datang umah lepak-lepak tengok tv. Eh, tak best kan nanti maharaja lawak dah takde kat 105. Pandai betul la astro ni nak pow duit rakyat malaysia yang tak berapa nak ...... Dia suke-suke hati buat strategi kalau nak tengok maharaja lawak kena langgan astro mustika eh? ke astro warna? Ee, tak kuasa nak langgan benda-benda stupid duniawi macam nih [hangen je tetibe]. Bile tulis duniawi? apa yang korang fikir? hehehe. Aku saje je tulis x_x

Ok, ok kite sambung balek. Suke sangat menyimpang dari entri yang sebenar.

Malam tu aku, adek 2 [tukang cari video] dan abang 2 pakat duk tengok video ni. Aku tak pernah tahu, tak sangka ada video macam nih. Gelepor suke tengok video ni. Jom kite nonton Cikgu Stopa sama-sama ya ibu, bapak sekalian.

#Gelepor = ketawa yang melampau [dok baek ketawa melampau ye anak-anak sekalian] tapi ia jugak boleh bawa maksud yang lain iaitu menggelupur. hahahha [berat kalau jadi cekgu gini, pening anak murid]





Zizan nampak lucu giler, selekeh pun ada. Tapi aku suke baju dia yang green kaler tu o__O 
Ok, kat sini aku explainkan sikit bahasa/dialek terengganu ye [tiba-tiba terasa nak jadi cekgu tuisyen]
Cikgu Mustafa kalau kat terengganu terus akan jadi Cikgu Stopa. Macam jugak nama-nama lain, contoh Amran, terus akan jadi Merang. hahhahahah. Indah sungguh kan? Jadi elakkan memberi nama kepada anak-anak yang boleh ditukar atau yang mempunyai potensi tinggi untuk ditukar dengan dialek terengganu dan menjadi sangat udoh.

#udoh = huduh hodoh/tak cantik

Bahasa terengganu sebenarnya susah untuk diikuti atau ditiru dialeknya kerana kebiasaannya lidah-lidah orang luar agak keras dan adakala bile disebut loghat terengganu ia menjadi sangat menyakitkan hati. hahahha. Contoh dalam video tu, yang Nabil tu. Over giler. Lepas tu Khairiah tu yang cakap 'makang ikanggg'. Eh hellooo! Sebenarnya orang terengganu tak cakap makanggg ikanggg macam tu. Lidah terengganu ada kesopanan dan kelembutan yang tersendiri. hehehhe. Dulu kan, masa study dulu. Ada kawan baek aku. Suke sangat cakap 'makang ikang.. makang ikangg'. Rasa nak tenyeh je muka dia. Over giler. Sangat-sangat menyakitkan hati aku. Biasanya aku akan cakap 'mu jangan cakap ar bahasa aku gitu. bukan betul pun. G teganung bukan gitu. mu je over'. Haa, kalau nak tahu dialek-dialek lain, korang kene bayar [hahahha. malam-malam terus jadi mata duitan]

Ok, kita terus ke video yang lagha ke dua. Patutnya ada satu lagi video, tapi adek aku cari tak jumpe. Owner dia dah delete kot video tu.

Kenal man belon tak? hahahha. Kesian pun ada [sebab selalu kena buli], lawak pun ada bila tengok dia. 



Kami gelak pasal rambut dorang ni yang macam mop lantai, dah la muka jadi lawak semacam je. Lepas tu yang paling kami tak tahan bila si mamat masuk. Dahla rambut cun habes. Selak-selak rambut cam iklan sunsilk plak. Muka cam apa, lawak lawak. Time man belon datang, lawak giler. Bila dah bukak baju. Gelak tak tahu nak cakap. Rambut dahla panjang giler. Seram jugak bile tengok lama-lama. 

Aku tau, mesti ayat ni akan keluar kat minda korang kan? 'apalah yang lucu sangat dalam video ni. biasa-biasa je. tak lawak pun. nampak cam lawak vodo ada la'.. [atau apa-apa je lah. sebab aku pun tak tahu pe korang fikir. hehhehe] Sebenarnya kami memang tak boleh tengok benda-benda lawak macam ni. Mesti gelak ramai-ramai. Tapi bagi korang yang memang berada di dalam kategori serius, mungkin video ini umpama korang sedang melihat satu dokumentari cara-cara membuat bangunan. hehehehe. Nampak cam pedas sikit ayat ni. Tapi betul, sebab lain orang lain pulak perangai dia kan? 

Aida minta permisi dulu la yek dah lewat sangat ni  T_T

p/s: jangan selalu serious, nanti cepat uban. hikhik..





Saturday, April 9, 2011

Pemikiran Orang Tak Belajar Tinggi!


Sudah terhantuk baru tergadah. Tetiba bunyi peribahasa ni dikeluarkan sambil dia melihat berita jam 1.30 tadi. Ergh! aku sendiri jarang menggunakan peribahasa/perumpaan seperti ini. Kalau orang cakap pemikiran orang tak belajar tinggi amat rendah. Aku tak berapa nak sokong atau setuju 100%. Kenapa? Kerana setiap manusia mempunyai kelebihan yang tersendiri. Yang telah Allah tetapkan. 

Contoh macam si A, dia tak pergi sekolah menengah. Tapi tak bermakna hidupnya akan gelap, kelam, suram, ibarat sumbu kat pelita dah nak habes. Tidak. 

Dan tak bermakna si B, yang pergi sekolah sampai bertingkat-tingkat, lepas tu masuk U, eh keluar U masuk U. Akan gemilang terbilang berbling-bling hidupnya. Mungkin tidak. 

Bagi aku, ada dua contoh insan terdekat dengan hati aku yang mana tak belajar tinggi tapi punyai pemikiran setaraf dengan orang yang terpelajar. 

Politik.
Jangan ar sentap dulu. Baca dulu apa aku nak tulis. Di kala warga emas lain [aku amik kira orang-orang kampung ye] duduk lepak-lepak kat warung, kat rumah orang sambil cakap-cakap kosong. Dua insan ini pulak lepak-lepak umah sambil borak-borak cakap pasal politik. Macam ini macam itu. Mata aku terbukak dan minda berfikir, sebab sedikit pengaruh dua insan bercinta ini. Sebab tu la apa yang aku nampak, tak mudah orang nak pergunakan mereka. Nak gula-gulakan mereka. Tidak, mereka ada pegangan mereka yang tersendiri. Bangga sat noo T_T.

Ekonomi.
Bukan setakat itu, bila bercakap pasal ekonomi. Hal ehwal ekonomi negara. Ferghh! walau dua insan ini tak delah terel mana, tapi ok lah setakat borak-sembang mereka. Boleh diambil pot lah. Sebab tu lah, untuk hal pengurusan ekonomi rumahtangga, wanita adalah yang terbaek. Ini pendapat aku berdasarkan hari ini, esok lusa tak tahu la X_X.

Sosial.
Yang mana sangat-sangat dititik beratkan oleh dua insan ini. Berkawan biarlah kene caranya. Jaga perilaku, jangan duk menggatal dengan lelaki/perempuan macam tak de didikan. Juga digusarkan macam mana nasib untuk anak-anak cucu di masa akan datang [sebak! huk.] Keadaan sosial pada masa sekarang telah menggambarkan berapa peratus kerosakan di masa mendatang. Yang penting jaga diri. Balik rumah jangan sampai lewat malam, merayau malam-malam takde tujuan, bagitahu mana nak pergi supaya orang tak runsing, lepak tanpa faedah elakkan la yob, apabila maghrib kena tahu apa yang patut dan tidak patut dibuat. Dan banyak lagi.

Hiburan.
Eh eh, hiburan pun ada? Mestilah ada, barulah seimbang. hehheh. Dua insan ini juga masih berhibur. Bukan berhibur ronggeng-ronggeng. Dokk gitu. Sekadar tengok tv, sambil ikuti mana-mana cite yang mereka nak. Kenal jugaklah setakat dengan nama-nama atau wajah-wajah di kaca tv tu. hik! 'Itu anak nagasari' hahhahah. Bila di ingat terasa lucu giler. Mungkin susah kot nak disebut, nama Ngasrizal Ngasri (Bell) tu dah jadi anak nagasari. hahhaha. Siti Musliha. Semua ingat? Ye, nama itu juga bermain dibibir tua mereka. Wajah siti musliha juga masih mereka ingat. Teringat satu peristiwa nih. Dulu kat tv3 ada cite [lupe tajuk tapi tengah berusaha mengingatinya]. Haa, La Dolce Amira. Yip! ingat jugak tajuk dia. Dalam cite tu, Vee adalah kawan kepada Amira. Ala yang muka macam cina tu. Si Vee ni muka dia kan ala-ala.. urm, malas ar nak cite. Sebab panjang. 

Sukan.
Kelas kan. Tak cukup hiburan sukan pun dirembatnya. hehehhe. Dalam banyak-banyak sukan, bolasepak yang paling diminati dua insan nih. Kalau nak tahu, gamat jugak tau rumah ni kalau tengok bola. Si ibu boleh tahan jugak riuhnya. hehhehe. Sudah menjadi perkara biasa ayat-ayat ni dituturkan 'malam ni Terengganu menang 2-0' siap berdoa lagi. 'Lepas ni masuk la gol'.. macam-macam lagi ayat yang dikeluarkan. Masa tengok bola la masa yang paling best kami lepak-lepak. Itu 2 tahun yang lalu la, sekarang seronok tapi tak delah seseronok dulu sebab sorang dah takde. Setakat nama sharbinee alwee tu. Enteng je. Kenal sangat la. hikhik. Mana ada orang tua lain macam dua insan nih. Badminton setakat chong wei tu boleh la mereka borakkan. Nicol jugak. Yang tak glamer, mereka tak tahu la. ngeee!

Agama.
Mana nak datang ilmu kalau tak dicari. Kerana peri pentingnya ilmu agama, tanpa jemu dan malu, mereka berusaha semampu mereka. Dari tangga ke tangga, dari rumah ke rumah mencari ilmu. Gigih semangat si ibu melebihi semangat si ayah T_T . Dan terasa kerdil diri ini apabila nak dibandingkan dengan mereka. Teringat apabila bacaan ayat-ayat suci dibaca ketika susah nak tidur, sambil tangan tua itu mengusap kepala agar tidur dengan lena. Syahdu! Terasa selamat berada di bawah mereka. Tenang. Sebarang persoalan mengenai hukum hakam agama, tak payah nak kena pergi jauh. Sudah ada orang yang boleh memberikan panduan walau dia bukan seorang ustazah. Lupa ini, kita tanya. Lupa itu kite tanya. Itu dulu la. Semasa ada si ibu.

Takdir hak ALLAH. Ikhtiar hak manusia. Renung-renungkan dan sila beramal. Kredit pada buku kartun anak buah aku.
Insan yang saya maksud kan itu adalah arwah mak dan jugak ayah aku.

Sebenarnya RINDU nak dengar perbualan dua insan ni. RINDU nak dengar mereka bergelak ketawa bagaikan kekasih yang tengah bercinta. RINDU nak tengok mereka gaduh-gaduh manja lepas tu mereka gelak. RINDU nak masam-masam muka lepas tu baek balek dengan si ibu O_o. RINDU nak terasa hati, RINDU nak manja-manja, RINDU nak membebel dengan si ibu. RINDU nak jalan-jalan dengan dua insan nih. RINDU nak tengok TV secara bertiga. RINDU nakk nakk nakkk ..... [kalau tulis semua pun,tak kan hilang rasa RINDU nih!] Mereka sangat-sangat melengkapi antara satu sama lain. Cinta sampai akhir usia. Makin lama makin manis walau di usia emas. Tapi Allah lebih sayangkan si ibu T_T. Moga saya akan jumpa cinta sebegini jugak. ngeee! [malu] hahhahaha. InsyaAllah Amin x_x

*sayangilah orang-orang yang kamu sayang sebelum mereka tiadaaaa daaa daaa daaa [sound effect nih]



Thursday, April 7, 2011

Langsung Tak Macho!


Malam ni terasa agak rajin nak merepek. Jangan tanya ar knape. Takde jawapan. Petang dua hari yang lalu, balek keje mengikut jalan biasa, takde jalan luar biasanye kalau nak balek umah. Masa yang diambil untuk balek pun lebih kurang macam biasa jugak. Adalah dalam 15 - 20 minit. Tak la sampai berjam-jam baru nak sampai umah. Erk, itu pun kalau tak singgah pegi memana la kan. Ok, cukuplah untuk mukadimmah. Panjang-panjang pun tak de markah jugak.

Tengah-tengah best drive kan, aku selalu je perasan dengan sikap-sikap pemandu kita di jalanraya, aku tak nak ar luaskan skop pemandu di Malaysia. Aku just khususkan di jalan yang aku lalui menuju ke tempat keje je. Haa, kecik la sikit skop kan? hehehhe. Ok, sambung lagi. Moh.. 

Pagi yang hening [masa nak pegi cari nafkah ni]:
Jam 7.33am biasanye aku dah terpacak berada dengan sopan kat dalam kete. Sambil nantikan enjin kete panas. Buat apa yang patut [tak yah korang tau pe aku buat, ala.. macam ada orang nak amik tahu. huk!] Biasa kalau nasib aku baik, sampai simpang empat dan-dan je lampu hijau. Hooyeahh!! Suke la sebab dah jimat 2 3 minit kat situ. Korang ape tahu tentang strategi masa untuk pegi keje. 

Biasanye lampu kedua yakni simpang kedua yang perlu aku lalui, kadang-kadang nasib tak berapa nak baek jugak. Selalu sangat bila dah nak sampai simpang tu kan, hijau terus je bertukar kuning. Cam tau-tau je aku nak lalu. Menci la jugak. Tapi aku ok je. Sebab biasanya aku akan gunakan strategi pintar. Bagi signal kiri. Kite guna jalan kiri. Sebab nanti jalan kiri ni dia punye turn lampu hijau. kikiki. Jimat masa. Pernah terserempak dengan abang aku time buat u-turn secara haram. Habis-habis kami pandang-memandang dan senyum je.

Bila dah lepas kesemua lampu, biasanya pemanduan akan diteruskan dengan kelajuan yang telah disetkan. Tapi ada satu hari tu, adalah cik kak ni. Aku dah perasan dah dia ni, sebab kete dia belakang. Kete aku depan. Time jalan tak busyyy. Dia bawak lebih kurang 80 cam tu je kot. Aku pun bawak 80 gak, tapi aku duduk depan dari dia. Tak tahu la kenapa. Kalau korang sanggup, baca je lah entri ni. hehehhe. Time tu ok lagi. Aihhh! Ada ke patut, masa dah masuk jalan yang boleh dikategorikan agak payah nak menyelit la. Cik akak ni nak tunjuk terel. Ada ke tengah sosak-sosak cenggitu. Dia pegi cucuk-cucuk kete depan. Aku lane kanan, dia lane kiri. Woooo! Memang baran la jugak wei aku yang menengoknye. Nak tunjuk terel benor ko mandu pun agak-agak la weii. Lepas tu ada hati nak masuk lane aku. Sorrryy la fomfuan. Gua tak kan bagi punye. Takde kesopanan, memang aku tak layan. Aku punye kesabaran atas jalan ni, biasa menipis sikit. Tapi masih beradab la. Nak jugak. hehehhe.

Lepas tu tak tahu la camne dengan fomfuan tu. Tak amek port aku. Sebab tumpuan aku satu je NAK SAMPAI KE TEMPAT KEJE JE. wah! sejuk hati bila baca niat ni [patut tak boleh tulis, nanti riak, setan akan bergendang kat hati!]. Tak rajen ar nak delete. Anggap je aku tak tulis. 

Petang [ni time balek, haa. refer balek pada mukadimmah aku kat atas tadi T__T]:
Time tu, kat depan pemandu lelaki, depan-depan lagi pemandu laki jugek, eh belakang aku pun pemandu laki gak, kiri aku pun pemandu laki gak. Aku je wanita [dan-dan je tulis wanita] yang tersesat kat tengah-tengah. Ok, aku tahu kete belakang nak potong aku. Kete depan pulak sibuk duk cucuk-cucuk kete depan atau dalam erti kata lain 'nyah kau, ke lane kiri bolehh?? dah la terhegeh-hegeh'. Lepas dapat potong kete depan kan, macam ribut tsunami orang tu bawak kete. Laju gilerrr. Bajet macho ar tu, tak langsung! 

Sebab tu la masa kecoh-kecoh kat paper itu hari, yang pasal pemanduan wanita berbahaya. Bagi aku, ada betulnye jugak. Tapi lelaki pun sama je. Contoh masuk tak kasi signal, dahla tu terhegeh-hegeh bila nak tukar lane. Bawak slow aihh buat muka tak bersalah duk lane kanan. Amboi cik kak/abang, minum angin ke?? Semua sama je. Termasuk yang tukang tulis ni. Wa ilek je, sebab tak semua yang kita buat betul kan? 


40 hari


Buat masa sekarang, pendamkan dulu keinginan nak pakai tudung berwarna-warni bila datang ke pejabat.
Lipat leklok tudung-tudung tu semua simpan kat dalam almari.
Nanti bila dah 29 April baru boleh pakai balek. Ala kejap je.  [terasa macam cekgu tengah pujuk budak-budak supaya masuk dalam kelas].



Gugel jer. Sebab aku takde koleksi tudung secantik nih 

Oleh kerana sekarang semua [pegawai dan kakitangan awam] dikehendaki untuk berkabung kerana kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Shah Alhaj.
Maka bagi semua wanita Muslim dikehendaki memakai tudung putih selama 40 hari sehingga 29 April 2011 [amek contoh wanita je].

Al-Fatihah




 *****(.....dari segi pematuhan, ianya bergantung kepada tahap kesedaran dan jati diri sebagai seorang rakyat di negeri ...... from: me to X and cc to XX)





Monday, April 4, 2011

Bertambah Umur


4 APRIL 2011


Dah lama tak buat kad untuk kawan-kawan, orang-orang tersayang


Sedap gilerrRRRR! err. gugel je T _ T

Umur akan bertambah secara auto sum setiap tahun. 
Tak payah nak larik dari kenyataan.
heheheh

O_o

Happy Birthday to My Sista
Sayang banyak-banyak


Sunday, April 3, 2011

Idaman Hati


Lappy baru bertukar tangan. 
x___x

Just update sikit pasal ABPH. Malam ni rupanya, tak tahu pun. 
Jijang ops Zizan. Lawak gilerssssss!! Baju merah 'merrang' Silau mata. hehehe.
Lisa Surihani. I love youuuu! Cantek. Simple.
Yuna [minat dia. huk!].. eh eh! kenapa lagu awak macam tu?? 
gadis semasa? urmm, tak pernah dengar [ketinggalan zamangg betol] 
 Channel terus ditukar. sorry. 



Ok dah, balek ke pangkal entry yang sebenar T_T



Dulu [dulu la]. Sangat berharap si satria gti ini akan menjadi milik diri sendiri.
Nampak macam gempak gile.
Sebab sporty.
Tapi skang ni, dah tak minat mana dah.
Lagipun, kalau tak silap dah takde kot keluaran gti ni kan?
Ke ada??




Si comey Jazz. Nampak macam agak feminin.
Ok la, macam padan dengan pompuan. 
Tapi sekarang jazz dah keluarkan edisi baru.
Tak cun langsung.
Nampak macam debab.




Tadi time balek keje, ternampak jugak satria neo kat jalan. Selama ni tak pedulik pun.


Tak tahulah kenapa 2 3 4 hari ni, mula berputik minat sama ini Satria Neo.
Cantek giler. Sporty. Rasa nak tukar kete, nak kete ni. huhuhu. [rasa je lah]
Mungkin sebab pengaruh adek 4 kot.
Dia bagitahu, yang dia minat gile and nak beli satria neo [konon]. Hahahah. Dalam mimpi je.
Dapat motorsikal dah cukup baek.
 Berangan boleh ar. $$$$$ yilekk!
Tapi takpelah, pasang impian dulu.
Mungkin lepas ni boleh jadi kenyataan.
Mana tahu kan? [berjanggut jugak nak dapat tuh]
p/s: Boleh gak tumpang naek sekaki satu badan.



Alphard pak pak. Thanks gugel atas semua pictures kete ni.

Nampak macam mewah gilerrrr kan? Bagi orang yang minat la. Aku tak minat langsung kete nih.
Nampak buruk benor kete ni. Dah la besar gedabak.
Bila jumpa kat atas jalan, nak-nak time aku follow si pak pak ni. Urm, nampak macam kabin bergerak.
Mewah tapi tak cun. Selalu jadi tukang fikir, kenapa la ada yang minat kete camnih. 
Tapi entah la, ini semua atas selera jiwa minat masing-masing ar.
Errr, entah-entah kan, kalau ada orang ajak naek alphard. Ada yang takmo turun. Mesti malu kan?? hehehhee.

#Terkejut wei tengok pompuan naek vespa. Tak pernah tengok. huhuh. Rasa nak tumpang jerk. Cool.