Tuesday, May 31, 2011

Baby May


Assalamualaikum semua. 

Seperti yang dijanjikan saya kembali semula. hehehhe.
Sementara mak cik saya menonton Nora Elena, adalah lebih afdal saya menaip. 

Tentu anda tertanya-tanya, siapakah saya yang tiba-tiba muncul dengan salam sebagai pembuka bicara ini? T_T
Untuk pengetahuan semua, saya telah selamat dilahirkan pada 5 Mei 2011 | Khamis. Cantek kan date nih. Kalau nak tahu, umi saya cakaplah kan. Dia nak sangat saya lahir pada 5 Mei. Dia suruh saya bertahan. Dan saya bertahan sehinggalah saya selamat dilahirkan selepas azan maghrib.

SubhanaAllah, Alhamdulillah. 
Setelah sekian lama saya berada di dalam kegelapan perot umi saya, akhirnya dengan izin Allah, saya dapat juga melihat dunia yang penuh dengan pancaroba. 
Maaf lah bahasa saya sedikit puitis, terikut-ikut mak cik saya la nih. hehehhe.




Ini adalah saya. 2 hari selepas dilahirkan. Abaikan tangan mak cik saya tu. Dia bajet nak buat gambar cumil, tapi tak jadi sangat. Rimas la tangan mak cik ada kat situ. Nak tidur pun tak best.



Ini adalah sepupu saya. Nama dia Rayyan. Yang baju merah tu ayah dia tau. Time ni, Rayyan baru je abes nanges. Dia nanges sebab terkejut bila nampak Tokki. hahahha. Masa Rayyan masuk bilik nak tengok wajah saya, kebetulan Tokki terbatuk. Jadi Rayyan terkejut lantas menangis. hihihihi. Saya rasa nak gelak je tengok abang Rayyan menangis. Apalah, dah besar macam tu pun masih nangis ke? Ayah dia bagi susu sebagai tanda mulut ditutup. Bila mulut dah ditutup, secara automatik abang Rayyan diam. Habislah saya, tentu saya pun akan diperlakukan sebegitu rupa. Saya bersedia untuk itu!




Masa saya mula-mula lahir kan, saya asyek tidur je. Tengok la nih, sampaikan ayah saya terpaksa agahkan saya. Tujuan dia nak kasi saya bangun. Tapi saya ngantuk la.



Lagi cubaan nak kejutkan saya. Rimas betul la.



Saje amik hati bukak mata. Semua orang bergumbira masa saya bukak mata. Sebab hampir sejam dorang duk pujuk saya bukak mata. Tapi hampir 1 jam, barulah saya bukak mata. Sorry ye semua.



Ayah saya kasi saya minum air zam-zam. 



Ini ketika saya berusia seminggu. Yang ini adalah mak saudara kepada mak cik saya. Tak tahulah apa pangkat dia kepada saya. Panggil Tok Teh aje lah. hehehhe. Saya tak boleh nak fikir lagi bab-bab pertalian persaudaraan ni, maklumlah saya masih kecil.



Saya tidur lagi sampaikan kena kuning. Lepas tu saya masuk wad untuk beberapa hari. Lepas ni, saya berjanji saya takkan tidur dengan jayanya lagi. Saya tidur sikit-sikit je. Tak nak ar susahkan nenek dan umi dan ayah saya. Kesian kat dorang.

Ok la, setakat ni ajelah catatan saya. Semoga akak-akak, pakcik semua berbahagia selalu. Amin.

Ikhlas : Muhammad Afiq Amsyar [nama saya la nih]



Interesting Cupcakes Contest

Sementara lunch hour, jadi nye curik masa sat mengapdet. hihihi. Itu hari ada dapat emel dari my bff. Jadi, saje ar nak share apa isi emel tu. Deng deng deng!! [konon bunyik drum]

Macam-macam peseng cupcakes yang dorang buat. Giler kreatif sungguh. Kalau aku, aku tau ngap je. hehehhe.





 Comey giler cupcakes ni semua.




Mesti cerewet giler nak buat biri-biri tu sekor. Kalau sepuluh ekor, urmmm.. [kalau aku ar kan].. aku buat tang kepala dia je. hahahha. Senang koje. Berpeluh wei buat benda alah ni.





Tumil kan mata sesame street eh? Ntah lupe ar nama katun nih. Tapi biasa la jugak tengok kat dalam TV. Bulu mata dia lebat cam pelepah kelapa. hahahha.




Yang ni kan, kalau di kasi kat orang yang baru dapat baby. Mesti senyum sampai ke telinga. Pas tu sayang giler nak makan, kalau boleh nak awet, tengok je bukan untuk dimakan. [Mengarut!]




Sedap? Mungkin takde la sedap mana kot. Tapi presentation dia cantek. Terguda saya X_x




Nak makan cream dia aje, boleh tak? hehehhe



Dan lagiiiiiiiii





Antara sebahagian gambar cupcakes T__T



Snow white pun ada.


Agak-agak kan, sape la yang menang contest nih? Urmmm..



Wow! Evo


Sebenarnya dah lewat malam giler ni. Tapi masih gigih nak mengapdet. Sebab minggu ni agak sibuk dan dah boleh bajet memang tak sempat nak menaip.

Hari tu, balek dari keje. Sampai kat roundabout. Ternampak kereta merah ni.


Kereta ni betul-betul kat depan kete aku. Lepas tu warna merah sepertimana rajah yang dipaparkan di atas. Terus 'wow! evo. cantek nye kaler' Tapi bila dah pandang-pandang dengan lebih betul lagi. Hurmmm, rupanya toingg! Ternampak lambang proton. Uikss! hahahha. Kiyah tertipu noks!

Selepas kejadian tu, bila ternampak aje kereta ni. Terus amati lambang samada proton ka, atau mitsubishi evo. Kalau tak, terus tertipu dengan pandangan sekali imbas. huhuhuh. Sebab saling tak tumpah dengan evo. Bagi yang terasa nak bawak kereta macam evo, tapi tak berapa nak mampu beli. Bolehlah sambar kereta INSPIRA ni satu T_T





Hai, saya la mitsubishi evo [hahahha. aku tak pandai sangat bab-bab kereta ni. betul ke idok nama kereta ni, hantam sajelah]



Hai saya abang Inspira. 


Ok lah, ni je yang sempat di taip. Nanti-nanti ada masa, aku update cite yang sepatutnya di publish terlebih dahulu. huk!

Followers MPS : take care and tQQQQ [nanti-nanti saya singgah umah korang]




Sunday, May 29, 2011

Tidak Tenteram


Nak sambung menaip, tapi oleh kerna kedatangan skuad-skuad anak buahs yang tidak dijangka.
Maka saya terpaksa mengenepikan hasrat menaip untuk seketika.




Dipaparkan di sini, sebahagian batalion yang datang ke umah tokki

Ketua angkatan tentera berasa sangat pening melihat kerenah-kerenah skuads ini.

Erkkkk!!!




Saturday, May 28, 2011

Siapa Saya??


Nak kenal siapa saya?? Nantikan entry mak cik saya nanti.
Malam ni dia sibuk nak tengok cite.
Dia tengok cite dengan tidak berperasaan. huhuhuhu.



Mak cik saya kene tido awal.
Esok dia keje.
Tengok cite sikit-sikit udah le mok cik oi.

Ok.
Jumpa esok la ye.

Jeruk Pekasam


Selamat Pagi Sabtu semua. Sorry lah kalau entry dalam MPS akan bertambah dari minit ke minit DAN membuatkan korang busan. Owh! 

Hari tu kan, masa lappy ni tak boleh nak ON. Rajinlah diri ni nak mengemas almari. Sepatutnya bab kemas mengemas ni, tak perlulah diceritakan kat sini. Kenapa? Sebab tak perlu sebenarnya. Tapi kenapa nak tulis jugak? Sebab aku rasa perlu ditulis. hehhehe.

Kalau nak diikutkan, dah lama giler tak mengemas almari nih. Dah bertahun lamanya kalau tak silap. 
Dan hasil yang ditemui adalah..




  1. Menemui bag oren yang masih tak dipakai lagi. Bag free ni dah berusia 2 tahun kot. Entah, tak sure. Sebenarnya betul-betul lupa akan kewujudan bag nih T_T
  2. Lilin yang dihadiahkan oleh ex-boss. Dia beli kat ikea. Sayang nak guna. hehhehe
  3. Duit syiling dalam tupperware. Takde lah banyak mana, dalam beberapa hinggit je. Tapi yang specialnya kan, duit-duit ni adalah dikumpul mengikut tahun. Tak faham? Kesukaan yang tengah menaip ni adalah mengumpul duit syiling contoh macam tahun 1971, 1972, 1973.. macam tu la. Dah lama berhenti mengumpul syiling mengikut tahun macam tu. Bila dah jumpa balek ni, terasa macam.. urmm, boleh sambung hobi. hehehhe
  4. Duit syiling dalam dompet kecil coklat. Hampir penuh, tapi rasanya dah lama kot syiling kat dalam ni. Takde lah banyak sangat amount dia. Tapi itu tak penting.
  5. Manik. Konon-konon nak jahit kat baju. Manik ni dah lama beli, 2 tahun lepas kot. Tapi tak terbuat pun. huhuhu. Mungkin kalau rajin, boleh sambung balek niat di hati.
  6. Candle. Seingat aku, beli masa bulan Ramadan. Tahun bila? Ntah, den tak sure. hahhaha. Banyak sangat barang-barang ntahpape. Jadi memang kadang-kadang kewujudan mereka ni semua, tenggelam dek masa X__X
  7. Koleksi price tag. Banyak jugak rupanya aku kumpul. Kad prepaid pun simpan, kalau adek aku tau mesti kene kutuk. hahhaha.
  8. Nose blackhead remover. Tak terguna pun lagi. Ntah-ntah dah expired. huhuhuhu

Dan yang paaaaalingggg besttttttt! ialah



Kaset-kaset zaman pop yeh yeh! Sekarang ni mana ada orang beli kaset dah. Tak main ar, sekarang ni semua CD. Dalam kereta pun CD. Terasa jugak nak pasang balek semua kaset-kaset ni, tapi tak tahu nak pasang kat mana. Mungkin kena beli radio la kot. hehehhe. 




Saje nak close up



Sentimental value. Daun pandan yang arwah mak aku letak dalam almari. hehehhe. Urmm, bila dicongak-congak, maknanya daun pandan ni dah hampir 2 tahun lebih ada kat dalam almari, tak buang-buang. Padahal daunnya dah kering giler. Bila letak daun pandan dalam almari, lipas takde satu hal. Almari berbau wangi & segar je. Try la letak jugak kalau korang nak almari korang wangi O_o

Ni je untuk kali ni, TQ.



Friday, May 27, 2011

Holaaa!


Assalamualaikum..

Dah lama tak menaip, terasa beku sedikit cerita-cerita yang nak ditulis.

Sekadar update seciput aje nih. Salah satu langkah nak mencairkan idea. hahhaha. Takde lah, saje je merapu.

Alhamdulillah, dah berjaya memiliki charger baru. Baru je tadi pergi beli. hehhehe. Semangat sungguh. Yang pasti happy sangat-sangat bila dah boleh ON my lappy nih. Entah berapa minggu ntah tak ON. Tak berapa ingat.

Ketika lappy OFF, macam-macam benda dah jadi. Nanti ceq update eh. Tapi sikit sikit la. Sebab bila cerita dah lemau, semangat dia lain macam sikit.

Apapun, selamat berhujung minggu semua.

Daaaaa


Monday, May 16, 2011

Rinduuu!


Tunggu la bila i dah beli charger baru nanti T__T

Rindu manyak-manyak kat MPS

Take Care

Dah ni je yang sempat nak ditulis. hihihihi


Wednesday, May 11, 2011

AKU, KAU BERBEZA :: AKU, KAU ISTIMEWA

Dah berhari-hari tak update belog. Ini pun cilok masa je kejap. Sebab bateri + charger lappy ada sedikit masalah. Urmmm, mungkin kena beli yang baru. Tapi pulus nggak cukup lagi. Jadi, entri dalam MPS ini mungkin akan berkurangan la ye. Nak update kat office, tak best sangat. Mane nak buat keje lagi, nak rehat lagi. huhuhuh.

Oh, ya. Hari ni, inbox saya penuh. Dah lama tak penuh macam ni. Sampaikan tak sempat nak baca satu persatu emel yang diberi. Jadinya saya copy paste kan salah satu emel yang diberi. Baca dan hayati la kata-kata dalam emel ni. Oh ya, saya lebih gemarkan emel yang berunsur motivasi macam artikel kat bawah ni. heheheh [nak godek-godek dalam tenet, agak kurang rajin O_o. tapi kalau ada yang tolong forwardkan, saya suke simpan T__T].


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.  Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya". (Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "




Sunday, May 8, 2011

Atas Nama APC

Apakah itu APC?? Ok, aku terus bagi jawapan la. Lagipun ini bukan segmen main teka-teki atau rancangan Pop Kuiz? Eh ingat lagi tak pop kuiz?? Dulu Rina Khan atau Aznil kot yang jadi pengacara. Lepas tu, bertukar kepada Ally Iskandar. Comey gile ally, lepas tu terus jatuh minat kat dia. hahahhaa. Normal la kan? Kalau nama kumpulan, mesti nama yang best-best. Lepas tu gaya bukan main lagi. Eh, bukan nak cite pasal Pop Kuizzzzz! Nak cite pasal benda lain.  

APC atau nama manjanya adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sejauh mana kecemerlangan itu, tidak lah dapat dipastikan. Anugerah ini adalah anugerah tahunan yang mana meraikan menghargai jasa-jasa/sumbangan kakitangan yang mana tidak putus-putus memberikan khidmat yang terbaek. Terasa macam Norzie Pak Wan Chik pulak. 

Sekarang saya bawakan hadirin sekalian untuk menyaksikan revlolusi err revolusi [ceh! eja revolusi pun salah] APC ini.

Jeng jeng jenggg! [drum roll]

Tahun 2007

Tahun ketiga saya mencari rezki di sini T__T 
Jadi umur saya adalah 40 tahun la kan? hahahha. Ok, siyes!!

Di sini saya akan paparkan suasana pada 2007.




Menu untuk dinner APC 2007. Chinese food kalau tak silap. Tak berapa ngam dengan tekak. Tapi habes jugak. Tak baek membazir. hehhehe



Macam perkara wajib la. Bergambar secara beramai-ramai. Time ni seronok sebab satu office berkerjasama umpama semut membawa gula demi merealisasikan APC nih. Err, nak menunjukkan dah lama sangat picture nih, sampaikan big boss kami dah selamat bersara x_X 



Macam biasa, meja kami kat belakang je. Itu pun dah cukup terasa cukup riang wey dapat join sama.


2008 
Takde, sebab saya.. malu ar nak cakap. Tak amek gambar. Takde kenangan jugak. Dalam hati ada la kenangan tu. Eces! Bahasa nak berbunga aje.


2009



Duduk belakang pentas je. Eh, kalau tak silap. Ada penah buat entry pasal APC nih. Selak la MPS ni kalau korang rajin, kalau tak rajin tak payah la [cam pernah taip la ayat ni, de javu]



Gambar beramai-ramai. Lepas tu buat kat dewan je. Jimat bajet. Dah selesai majlis anugerah tahunan terus kami ke gerai makanan. Time ni ada jamuan raya. Makan lagiiiiiiiiiiiiiiiii [suke benor dapat makangggg]


2010



Eh, tak banyak rupanya upload gambar 2010. Tapi takpelah. Yang ni makanan 2010. Western food. Sedap la jugak. Contoh macam gambar atas ni kan, tak tahu la nama apa. Tapi ada rasa mayonis. Boleh la. 



Menu 2010. Tak nampak kan? Sebab tak resize gambar nih. Takpela, kalau baca menu pun, tak kenyang jugak kan? hehehhe [ayat boleh tak sopan sikit?? ok ok!]


2011

Sepatutnya dah lama cite pasal ni. Tapi banyak sangat agenda hidup. Jadi kehidupan perlu diutamakan.

Tanggal 27 April 2011


Gambar ni nampak kabur kan? Sebab malam tu dorang pasang lampu malap je. Tak tahu la kenapa. Dahla kamera tak banyak membantu. Kamera cikai jadi gambar tak cantek sangat. Cikai-cikai dia pun, saya tetap sayang T__T



Tema hitam dan putih. Macam manusia la kan, ada kulit hitam ada kulit putih. 
Ada rambut hitam, ada rambut putih. Hati lain-lain. 
Eh, chop! Tahun ni temanya hitam putih sebab berkabung. ngeee!




Ni tengah melalak menyanyi dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh. Saya miming je. hahhaha. 



Ini buku program. MAT ke APC ke, nama je berbeza. Tapi intipati dia sama je. Nak kasi sijil dan penghargaan eh duit jugak kepada mereka yang cemerlang. Jadi buat la keje dengan sehabis baik [yang ni pesan kat diri sendiri, takmo pesan kat orang lain sebab diri sendiri tak betol lagi. heheheh]
 Jangan harapkan ganjaran je memanjang, sebab kalau Allah dah tetapkan rezki kita.
InsyaAllah ia tetap ada.
Percayalah.

Banyak perubahan dari tahun ke tahun untuk APC/MAT nih. Kire ok la. Tapi saya vote APC 2007. Sebab best! O_o

Mungkin tahun depan, kalau panjang umor. Tak merasa lagi la buat event ni beramai-ramai. hehehe. 
Err, padahal tukang sibuk je. huk!

Ok la, dadaaaaaaa






Saturday, May 7, 2011

A&W Drive Thru, Petaling Jaya [PJDI] - Part 2


Malam ni terasa agak perlahan. Apa yang perlahan tak dapek den nak gamborkan eih. Sobolum eden menyambung keje dan persiapan untuk koje esok eh, eden ghaso la ey baek la eden manyambung cerita dulu. Cerito apo?? Cerito basi namanyo. Kenapa awak cakap nogori??? Ontahlah T__T

Masa itu emas, jadi kite terus ke motif sebenar penulisan pada malam ini ye kawan-kawan. Kalau nak diikutkan, penulis tidak begitu mahir/pandai/berkebolehan untuk menulis cerita-cerita yang berunsurkan episod. Ala, macam cite ayah Shamsoll tu la. Sampai beriban-riban berpuluh-puluh episod dia. Sekarang, tibalah masa untuk penulis menyambung semula entri ini ENTRI 1. Untuk makluman semua, cerita tersebut telah ditulis pada errr, beberapa bulan yang lepas. Jadi agak memang terkebelakang penyambungan cerita nih. Penulis sedar cuma buat-buat tak sedar. Kire ni dah episod last la eh. Takde part 3 takde part 4.

Kat mane ek aku nak sambung?? hahahaha. Macam tak perlu disambung la. Urmmm..

Saya Aida, nak order apa ye encek??

Ok, seperti mana gambar di atas. Itu adalah tag nama saya. Yang mana perlu dipakai sepanjang masa ketika bekerja. Oh syok habis la. Terasa macam cekgu-cekgu pulak. 'Anak murid sekalian, sila buka buku dan lihat halaman 64 ye' [rentikanlah berlakon tu. teruskan ke agenda asal]. Ok! 

Masa kerja kat A&W ni, ada satu masa tu. Perisa ayam diperkenalkan. Perisa baru noo. Hamboii, gembira sakan la time tu. Asal rehat je. Sebat ayam. hehehhe. Sebenarnya, ayam ni kita tak boleh makan sebarangan walau kita adalah staf A&W. Kalau tak silap, hanya hari Sabtu yang dapat makan dengan kadar yang agak mewah. Kalau hari-hari biasa, makan pun biasa-biasa je. Tapi mencukupi. Untuk staf, kita ada potongan dalam beberapa percent. Errr, eden lupe, jadi sengih aje la. hehehhe.

Aku pernah kene lap cermin yang mak aiii. Dahla tinggi, lepas tu luas. Letih giler. Sampaikan ada staf kat situ jugak, kesian kat aku. Dia tanya 'ko ada kelulusan apa?' Aku jawab ar apa yang aku ada je. Dia suruh buat satu resume dan bagi kat dia. Nak tolong aku dapatkan keje lain. Tapi aku kan, lampi sikit. Jadi takde rezki la keje kat Pusat Bandar Damansara. 

Sepanjang keje kat sini, sempat bekerja di dalam bulan Ramadan. Tapi tak terasa penat sangat. Sebab kawan-kawan ramai. Jadi asyek duk sembang, jadi tak la terasa sangat. Yang paling sadis, masa dah berbuka puasa, customers ramai. Jadi kita tak boleh nak tinggal kaunter, nak tak nak, kena ikut turn. Teguk air milo kat kaunter je. hehhehe. Lepas tu sambung keje balek. Kalau nak solat pun macam tu, kene ikut turn. Tak boleh tinggalkan kaunter kosong. Biasanya kalau ada non-muslim, dorang la yang akan tolong gantikan tempat kita. Tapi biasanya tak la, sebab kita kene bertanggungjawab pada duit-duit yang ada tu. Kalau hilang, mati!

Masa keje kat sini, ramai jugak la artis yang pernah datang makan-makan. Contoh macam Anuar Zain, dia pernah datang pakai baju melayu. Memang hensem la wey. Dah lupa apa yang selalu dia order. Kopi kalau tak silap, dengan coney dog. Serina anak chef wan pun pernah datang sini, cantek gile. Nampak dalam TV cam tinggi je kan, bila tengok live. Tak la tinggi mana. Si apa ek.. Ala, urmm. Pernah jadi pengetua AF dulu tu la. Lelaki tu haaa [memang tak dapat recall].. Pernah jugak datang sini. Tapi dia take away je. Cantek kete dia T_T. Haaa, Ramli MS la yang aku nak habaq tadi. Tapi biasanya, kalau nampak artis-artis ni, kami takde la heran sangat. Sebab mungkin dah selalu sangat kot nampak. Err, aku jarang-jarang je boleh jumpa artis. hehhehe.

Dah la, aku rasa setakat ni je la cite A&W ni. Sebab dah tak tahu apa nak cite. Padahal banyak sangatttt citenya. 

Urmmm, pada adek-adek yang kat luar sana. Apabila kita dah habis belajar. Tak semestinya, kita akan terus dapat keje yang diidamkan. Jadi, kalau berpeluang untuk membuat kerja part time. Buat je, rebut peluang tu untuk menimba pengalaman. Kerana, pengalaman adalah sesuatu yang kita tak boleh beli di mana-mana. Kalau korang cari kat kedai pun takkan ada dijualnya pengalaman tu. Dan lagi satu, jangan rasa 'aku ada ilmu tinggi, jadi tak kan la nak buat keje-keje lap sapu lantai, lap meja ke apa semua nih'. Jangan macam tu. Sebab apabila kita bermula dari bawah, kita biasanya akan lebih faham apa yang orang bawah rasa. Nanti bila dah jadi boss [bila la nak jadi pemimpin nih. hehehe], takde la berlagak tak tentu hala. Tapi ingat, tak semua la orang macam ni. Apa yang penting, selagi buat keje halal, jangan malu tau X_X


*sebelum kelupaan.TQ 201 O_o




Friday, May 6, 2011

Hari Ini


1. Nak ada mood mudah je. Nak takde mood pun mudah jugak. Setahu aku, payah kot orang nak detect aku ada mood atau takde mood. hehehhe. Tadi petang, lepas balek keje pergi kedai, nak beli something. Tak tahu bajet ukuran. Down giler rasanya. Sampai terasa nak blah je dari kedai tu. Dalam otak duk fikir 'kenapa aku tak terel macam arwah che dulu??  kalau dia ada senang'

2. Kalau nak marah [padahal tadi marah kat diri sendiri]. Secara automatik punat untuk berpot-pet-pot-pet akan bertukar kepada OFF! Last-last tadi, 'mata pengsan' dalam kemarahan + penat. zzZZzz

3. Sedih. Tetibe pulak sedih. Tapi jap je lah. Aku tau knape. Tapi malas ar nak tulis. Simpan dalam hati cukup.

4. Gumbira giler. Nanti ar aku cite eh. Sekarang kalau cite pun, tak best gak. Sebab mamai. 

5. Orang main-main, kite ingat betul. Orang betul-betul, kite ingat main-main. Aish! Kadang-kadang tak terfikir. Banyak-banyak sorry la kalau cam nih. Jangan mudah amek hati ok! Contoh kan, ada akak ni dia cakap 'bla bla bla bla.. ' aku dan-dan je percaya 'haaa?? ye ke??' akak ni jawab 'wat lolok je la aida..' aku 'oooo..' dalam hati 'cehh!! camne leh terpedaya ni? hahahha. vongok.' Jadi, tulunglah jangan buat aku keliru. p/s: lolok = tipu. Ada 1 lagi contoh, tapi malu ar nak tulis. hahhahah.

6. Berharap hari ini adalah lebih baik dari semalam. Berharap agar azam-azam yang tergantung kat atas dahan pokok akan dapat di cashkan dengan jayanya. Azam hari ini nak sambung keje sampai siap T__T

7. Errr, cukuplah kan untuk hari ini O_o



Wednesday, May 4, 2011

Maaf Akan Tiada Ceritera Baru

Baru berpeluang nak menaip. huhuhu. Urmm, 2 3 malam ni kan, rasanya saya tak sempat nak tulis panjang berjela-jela. Atau mungkin tak kan ada cite baru. Kerna untuk tempoh tersebut, saya perlu fokuskan hal yang lebih penting. Untuk waktu itu, saya perlu korbankan masa saya sendiri demi adek 3 saya T_T. Bila dah balek keje, memang waktu akan menjelesi saya. Tapi saya selalu buat derk. Konon banyak masa. Rugi sungguh rasanya -__- . Kena banyak belajar lagi lah untuk menguruskan masa. huhuhuhu.

Di sini saya paparkan hari-hari yang saya lalui. Ayat ini kedengaran agak sayu. Awat ni hang? Ntahla, tak tahu kenapa. Mungkin dah lewat malam terlalu di awal pagi kot, tu pasal saya jadi lalok. Waktu sebegini sepatutnya saya MESTI TIDO.  Esok keje. Arghhh! Ala, baru jam 1 pagi. Apa ada hal tido lewat? Excuse me, aku masih baby. Jadi kena cukup 8 jam. Ngeee! [ni monolog dengan diri ni. jadi layan aje la] Tapi kan, oleh kerna masih banyak keje yang perlu dibereskan untuk malam-malam mendatang ni, maka waktu tido saya agak akan lari berbanding biasa. Ayuh, kite terus ke gelanggang pecut.

Ini lah hari-hari yang saya lalui..
Pagi : selepas .. tak best ar tulis macam ni. Nanti mesti aku akan tulis panjang-panjang. Padahal masa dah suntuk. Mata dah kantuk.  

Ok, aku skip dan terus ke petang hari yakni time balek keje eh.

Petang : Balek keje jam urrmmm, ikut hati aku jer. Biasa dalam jam 5 lebih aku dah ada dalam kete di atas jalan menuju umah atau pasar. Sampai umah biasa jam 6 atau 5.45 pm macam tu la. Lepas tu buat itu ini, jam 6.30 tengok tv jap. 

Malam : Masa yang ada tak panjang. Lepas tu kan, kalau tolak dengan keje umah. Adalah baki dalam 3 jam camtu. Update belog plak kadang-kadang makan masa 1 jam gak. Aku menaip lambat. Kadang-kadang je bertukar menjadi laju. Tapi kalau takde idea, memang aku menaip satu s a t u d a n s a t u. S u n g g u h l a m b a t. Jadi banyak masa dah aku bazir. Tak macam aku buat keje kat office, cepat je wey aku menaip. Baru je nak tekan a. Ah! tak sempat tekan keyboard dah keluar huruf a. Fuhh! pantas ye kamu aida. Oh! Musti [jangan di alam fantasi sangat boleh tak???? Yelah-yelah]. 

Oleh itu, kalau nak ceritera baru. Saya rasa kamu mungkin boleh ke belog lain yang lebih menarik. 

Sebelum saya tekan publish post ni. Saya pesankan pada yang TERbaca entri ni dan diri saya jugak. Jaga diri, hargai hidup yang kite ada. Ini kerana, biasanya kita akan menghargai sesuatu itu bila sesuatu tu dah tiada tiadaaa tiadaaaaa [kenapa rasa cam nada yusssooofff taayyyooubbb] 

Papai




Monday, May 2, 2011

Lelaki Memang Macam Tuh


Eh hai, korang tunggu entri saya ke?? hahahha. Gurau je la, jangan muntah dulu o_O. Urmm, tibe-tibe terasa tak pandai nak bergurau di alam maya ni. Bergurau secara live lagi best kan? hehehhe. Dah start merepek nih T__T.

Nak cite nih, satu hari tu kan, ada segerombolan mak kiah dan seorang pak cik jalan-jalan kat bandar. Lepas tu kan, berenti kat kedai pertama nih. Sambil belek-belek barang elektrik, terus pak cik ni tangkap cintan dan berkenan kat satu barang nih. Kalau tak tarik tangan dia, mak kiah rasa, pak cik ni dah tentu beli dah. Aihhh, mane boleh. Tak boleh secepat tu. Nggak boleh pak.

Mak kiah rasa la kan, ada baeknye kite pergi tengok seluruh kedai elektrik yang ada kat bandar ni haa. Bukan apa, takut kedai Fahrin harganya RM190. Nanti kan kalau kat kedai Farid Kamil rege dia RM150 pulak. Haa, kan dah naya kat situ. Kerugian akan berlaku. Hahahaha. Nampak benor berkira. Sebenornye kan, Mak kiah tak kisah kalau minyak kete habes satu tangki. Tak kisah jugak kalau mak kiah kene drive sampai lenguh kepala lutut ni. Takde hal. Padahal kan, kadang-kadang harga dapat la kurang dalam 2 hinggit je atau paling koman 20 hinggit je. Nampak tak berbaloi kan?? Tapi percayalah, kepuasan di hati mak kiahs akan menjadi tak ternilai rasanya selepas dapat buat kajian pasaran [tiba-tiba masuk subjek ekonomi plak].

Ok, sambung balek. Sambung balek [time bersemangat nak menaip, tak boleh melalut banyak sangat]. Pak cik mengikut geng mak kiahs dengan berat hati. Dari satu kedai ke satu kedai. Dengan harapan akan bertemu dengan pujaan hati pak cik tadi. Namun hampa, barang tersebut tiada. Gengs mak kiahs tahu yang hati pak cik berada di kedai pertama tadi. Lepas dah cari kat semua kedai, tapi tak jumpa jugak, maka mak kiahs pun ambik keputusan untuk pergi balek ke kedai pertama tadi. Yelah, kat situ dah ada cinta hati pak cik. Opss! bakal cinta hati pak cik [sebab tak beli lagi jadi kene gunakan ayat bakal].

Sampai sana [kedai pertama tu la], terus buat perdebatan harga, runding-runding sikit. Pantun takde ar, yelah setakat nak beli barang elektrik apa la sangat nak berpantun bagai kan? Lepas bersetuju, terus di angkut pulang ke rumah. Wahhhh! Sonyum sampai ko tolingo yooo pok cik. Amboiiii.

Nampak tak pengajaran dari entri nih? Jangan tengok kecincaian entri ni je yek. Tapi sini ada pengajaran dia. Meh aku kabo eh. Luper plak. Kabo tu dalam bahasa modennya adalah beritahu X_X

Di dalam kehidupan kita, seperti yang kita sedia maklum. Perempuan dan lelaki adalah berbeza [arh! korang lebih terel ar dari aku]. Dalam hal pak cik ni, dia simple jerk. Apabila dia tengok barang yang dia berkenan. Terus jer nak beli. Tawar-menawar sekali dua je. Dari harga RM190 jadi RM170. Eh terus bersetuju. Dorang tak reti nak pusing-pusing. Aku rasa lelaki ni segan nak tawar-menawar, tak pun ego, tak pun duit dorang banyak sangat kot.

Tak macam mak kiahs tu kan, dah memang jenis pompuan. Nak jugak pusing satu bandar cari benda yang sama dengan harapan akan dapat harga RM100. hahahhaha. Serius! Mak kiahs tak kan malu nak tawar-menawar sampailah dia dapat harga yang dia nak. Tokey kedai yang baek akan mengeluarkan kata-kata sebegini 'haiyaaa, lugi ar ini macam mek. mane boleh, boleh tutup kedai la ini macam' Gugur rambut apek tu disebabkan kepeningan melayan mak kiah. Arrhh! tak kire. Mak kiahs nak jugak harga tu. 

Perbezaan macam ni la yang selalunya akan buatkan kite terfikir. Lelaki adakala memandang sesuatu benda tu ringkas, tak berbelit-belit. Perempuan pulak, biasanya akan memandang dari semua genap dan sudut, sampai berpintal-pintal kepala otak duk fikir. Errkkk!

Kesimpulan dia :: 
Mak kiahs TAK KISAH kalau berjumpa dengan lelaki macam tu. Sebab mak kiahs tahu memang lelaki dah ditakdirkan macam tu. Peranan mak kiahs sebagai perempuan yang nak masuk golongan prihatin ingin menyelamatkan $$$$ pak cik tu je. Yelah, mana boleh nak biarkan duit pak cik tu mengalir macam tu je kan. Kesian penat lelah dia nak dapatkan $$$$$. Tapi mak kiahs akan KISAH kalau berjumpa dengan lelaki yang  lebih berkira dari mak kiahs. Lebih dan lebih dan lebih berkire sampai boleh dikategorikan kedekut/kupik. Errrrkkkkkkkkk! Wey lu, agak-agak la. Kalau ko pak cik, biarlah jadi pak cik. Jangan nak jadi mak kiahs pulak. Ko tu lelaki. Jadi kene macho ok T_T [hahahha. teringat kat anak buah aku. macho = pandai] Jadinya tuan/puan sekalian, sama-samalah kite fikir akan hal ini [fikir sekejap jadi ar, err itupun kalau awak dan awak rajin fikir], kalau tak rajin boleh je terus BW ke belog orang lain T__T. 


XOXO : saya sayang ayah saya dan mak kiahs yang lain





Sunday, May 1, 2011

Kejora dan Bintang


Selamat Hari Buruh semua. Janggal giler guna ayat buruh, biasa guna pekerja T__T. Hari ni 1 Mei maka semua orang duk lepak-lepak kat umah. Best! Tapi esok dah keje. huk. Dah lama tak tengok Nona, Vanidah Imran memang cantek. Manis walau dah ada anak 2. Manis dan cantek berbeza kan? Tengok, kalau dah menaip tak sah kalau tak melalut-lalut.

Nak kabo nih, minggu ni adalah minggu last untuk cerita Bintang dan Kejora. Kalau sape-sape yang selalu ikuti sinetron ni, mesti dah familiar dengan gambar-gambar pelakon di bawah yang mana aku cilok dari pakcik gugel. Kalau tak ikuti dari awal, urmm.. try la tengok minggu ni. Lepas tu buat kesimpulan sendiri. hahahha. Selalu kalau tak sempat nak follow cite dari awal, aku selalu gak sesuka hati buat kesimpulan sendiri. Ala, kalau tak betul pun. Tak jadi masalah. Sebab bukan masuk exam, lagipun tak de orang akan potong gaji korang kalau tak ingat jalan cite sesuatu cite. Prinsip tak boleh ikut kan? hehehhe. 

Mari kite mulakan penceritaan dengan lebih mendalam dan diharap tidak tersasar dengan tajuk x_x

Tayangan : Isnin -Jumaat [minggu ni last tau. saje tulis secara acap kali. remind kat korang]
Jam : 6.30 pm - 7.30 pm
Channel : 104 [ke 105? aishh! dia mai confuse pulak dah]




4 bintang utama kat atas ni adalah penggerak cerita Kejora dan Bintang. Cite ni asalnya aku tak tengok sangat. Tapi oleh sebab pengaruh dari ayah aku yang asyek duk layan cite ni. Maka kami semua, sama-sama melayan cite ni yang boleh tahan jugak bestnya. Namun ia menguji kesabaran kita, menguji kesetiaan kite untuk ikuti hari-hari dan macam-macam ujian la.

Erlangga : seorang anak yang mana ibunya tak tahu di mana. Terpisah la kononnya. Dia ni dibela oleh nenek dia. Ayah takde kot. Entah, sepanjang tengok cite ni. Tak nampak pulak ayah dia. Aku rasa watak ayah dia, memang sengaja tak di adakan. Erlangga ni seorang yang cepat mengeluarkan air mata. Bosan betul la. Aku paling tak berapa nak gemar kalau lelaki cepat nangis. Ye, tahu. Dalam cite je dorang kene nangis dan jugak pengarah + skrip yang mintak dorang keluarkan air mata. Tapi tolong la. Asyek-asyek nangis. Rimas jugak kite menengoknya. Nape tak bajet macho je. Biarlah ego sikit. hahahha. Tetiba lawan director. Erlangga ni, kalau tak silap dia couple dengan si Jenek.. Opss! Janet. Lepas tu dia couple dengan Kejora pulak. Entah, tak tahu camne asal dorang berpasangan. Termiss episod di awal dulu. Yang kelakar, adek 4 aku tak suke Erlangga nih. Tak tahu la kenapa. Aku pulak, urmm.. biasa-biasa je. Takde lah minat sangat, tapi tak pulak rasa tak suka O_o

Kejora : Budak pompuan yang manis. Dia la yang mak aku suke tengok. Sekarang, aku pun suke tengok air muka dia. Sweet. Dulu dia pernah berlakon cite Laura Apik dan Rabu? hahhaha. Entah, silap kot. Aku tak tengok sangat cite tu. Dia ni kononnya tabah, baek sangat la. Tapi aku tak suka sangat-sangat sebab bila dah diacuankan sebagai seorang yang baek. Nampak macam senang kene buli. Lepas tu nampak tak tegas. Secara realitinya, kite boleh menyatakan apa yang kita tak puas hati. Contoh macam mama Janet dan Janet yang tak kasi masuk dalam umah jumpa papa dia. Kalau aku, dah lama aku rempuh masuk dalam rumah tu. Sebab rumah sendiri. Naek gerammm!! Sebab Kejora balek bodo camtu je. Aduuusss! Bertegaslah dengan dua watak jahat nih. 

Bintang : Geram. Slow sangat budak nih. Asyek nangis jer macam Kejora. Dia ni fobia [tak tahu nak tulis istilah apa] sebab masa kecik mak dia mati kene langgar kete. Sebab tu dia macam tak berapa nak boleh bercakap. Tapi lama-lama boleh bercakap la. Yang langgar mak K&B ni adalah mak Erlangga. Sebab tu mak Erlangga lari dan tinggalkan Erlangga. Dah besar baru jumpa balek. Tapi sebelum jumpa, macam-macam dugaan yang dorang kene tempuh. Naek pening bile kite tengok. 

Lupe pulak nama lelaki nih : watak dia, seorang yang sukakan dan cintakan Kejora. Tapi dia bertepuk sebelah tangan. Jadi tak bunyi. Watak dia lebih kepada, memanjangkan cite dan meramaikan pelakon.



Papa Kejora. Masuk penjara, dan ada jugak la scene yang mana buatkan kita geram. Kadang-kala tak logik. Masuk penjara, keluar penjara, jadi orang lumpuh, jadi pekerja kepada lelaki yang aku lupe nama tadi, jadi/menyamar jadi orang mabuk untuk bagi pengajaran kepada Mama Janet dan Janet. Banyak sungguh peranan dia dalam cite ni. Macam-macam watak. Patutla berbulan-bulan baru cite ni nak habis. Pengarah ni boleh la geng dengan ayah Shamsul Yusof. hehehhehe. Cerita kalau tak beratus-ratus episod tak sah. Sampai dah tahap merepek. 




Yang ni memang jahat. Namanya Janet. Tengok muka memang dah tahu jahat. hahahhaa. Menyampah sangat kat dia sebab selalu je ada idea nak kenakan K&B. Memang kalau kite tengok, ada jugak benda yang tak logik yang dia buat. Biasanya, benda-benda ni adalah hasil kesepakatan dan usahama Janet dengan Mama Dia, dan juga Minah. Minah pun boleh tahan otak jahat dia. Hati ketiga-tiga manusia ni sangattttttt lahh busuk dan kotor sekali. Sebab tu la, apabila perasaan hasad dengki beraja kat hati. Seseorang itu akan melakukan perkara-perkara yang tak logik dan tak tercapai oleh akal kita. Tapi hukum karma, setiap kejahatan yang dilakukan mesti akan ada balasan. Cuma cepat atau lambat je. Realiti kehidupan macam tu la. Fantasi tv kadang-kadang lain sikit ending dia. Semuanya atas pengarah.




Suke tengok wajah mama erlangga. Dah berusia, tapi nampak cantek je. Watak dia, urmmm. Langgar mama Erlangga lepas tu kawin lain dan ada anak. Nama apa ntah. Tak ingat tapi rupa aku ingat. Dia ni rasa bersalah sangat la atas perbuatan dia dulu. Munculkan diri sebab nak mintak maap macam-macam la. Tengok la esok macam mana. 

Panjang la pulak entri nih. Sekali menaip terus macam tak nak berenti. 



Nenek. hahahhaha. Kadang-kadang nenek ni nampak lucu. Menakutkan pun ada jugak. Hari tu kan, ada satu episod ni. Yang mana Janet baru je minum air yang diletakkan ubat gila [ubat yang nak kasi Kejora gile, tp papa kejora dah tukarkan ubat tu ke dalam gelas dia] Time tu mesyuarat tengah berjalan. Janet dah pening kepala dah. Lepas tu, dia nampak muka nenek berubah menjadi kecik besar kecik besar. Serius!! Sangat menakutkan, aku tak berani nak pandang tv time tu. Muka macam hantu.

Kadang-kadang nenek ni, suke dengar dari 1 pihak je. Lepas tu terus jatuhkan hukum kat Erlangga atau pun Kejora. Tak best langsung. Kalau nenek nih dah jengilkan mata dia luas-luas, jangan harap ada can nak terangkan kenapa dan mengapa. Time tu, kite penonton yang kat luar ni, dah dung-dang-dung-dang dah menumbuk lantai tanda geram. hahhaha. Emo wey tengok cite nih. 

Nanti la kite tengok macam mana ending dia. Lepas cite K&B nih, cite yang tajuk 'Cinta apa ntah' akan amik alih. Yang aku ingat lagu dia 'walau kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat....lallalalalla.." Nak tahu lagu ni, boleh rujuk entri INI ye.





Ok, permisi dulu ya semua.