Thursday, June 30, 2011

Satu Kehidupan

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

Sempurna vs Terbaik?

Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.

Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.

Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.



Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar? Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.

Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.

Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindungku.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

[iluvislam]


Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #1





Agak-agak kan? Apakah ini?
O_o





Monday, June 27, 2011

Si Pemungkir Janji


29 hb Mei baru-baru ni. Anak buah yang sudah lama tidak ketemu dengan gwe, balik ke kampung. Hati tersangat lah gumbira kerana hampir setahun tidak ketemu. Bukan jauh sangat mereka tinggal, tapi untuk sampai ke negeri Pahang, ke daerah Mentakab, amatlah sukar sekali bagi aku. Umpama tiada kenderaan untuk ke sana. Untuk menelefon, oh~! jauh sekali. Aku bukan seorang yang pandai melayan orang di talian. 

Kesempatan yang diperolehi digunakan dengan sebaik yang mungkin.




Yang ni saat kami ketemu. Rindu gilerrr ok. Bila di ajak bergambar, terus je jari membuat peace. Memula agak terkejut la jugak, sebab nampak macam spontan and cumil. he he he. Masing-masing dah besar berbanding dulu. Kalau nak tahu, yang si kerinting tu namanya Piya. Manakala si lurus tu pulak bernama Sasa

Si Piya dulu nye kan, suka sangat perati gigi aku. ha ha ha. Kadang-kadang saje je aku bagi dia sentuh braces aku. Sambil sentuh, sambil dia senyum. Akak aku marah [bukan marah betul]. 'Ceh, kotor nguh!' ha ha ha. 

Petang masa dorang ambik aku kat airport, aku janji dengan Sasa nak belikan eskrem. Sungguh-sungguh punye janji ni. Lagipun dah lama sangat tak jumpe, dah lama sangat rasanya tak melayan kerenah mereka. Dah lama sangat rasanya aku tak marah pada Sasa sebab tamak yang ada pada dirinya. 

Nak tau, ada 1 hari tu kan, aku beli air yogurt peberet aku. Beli yang besar macam biasa, bila Sasa tengok. Dia nak, aku ok je bilamana dia mintak tu. Tapi yang aku naik hangin nye, dia tak nak sikit, dia nak semuaaaa. GRRRRRRRR! Geram giler, lepas tu aku bagi semua air tu kat dia. Aku tahan nangis, tahan nak jerit!! Sebab aku dah tak boleh buat apa. Saat tu, aku dah janji aku tak nak bagi apa-apa lagi kat dia. Janji sungguh-sungguh dengan diri sendiri [janji yang dah masuk kali ke2432]. Errr, tapi lepas tu, aku lupa janji aku. Kami berbaik semula. huk~!

Masa dia balik kan, aku janji nak beli eskrem [sambung balik. hik]. Plan nak makan sama-sama bertiga. Aku, Piya and Sasa. Masa kami turun tangga kan, Sasa tanya kat aku 'cuda, kite belum beli eskrem lagi kan?'. Aku jawab 'aa'aa..belum lagi, nanti bile kite naik kete cuda, kite pegi beli eyh'. Sasa senyum pandang aku sambil angguk kepala. Aku pun senyum sama.

Nak dijadikan cite, minggu tu aku agak sibuk dengan kerja kat pejabat. Hari minggu pun aku kena pergi pejabar, sebab ada lagi keje yang masih tak menemui titik noktah. Selepas berhempas pulas di pejabat, aku terpaksa pergi ke KL atas urusan keje. Bila balik KL, aku pergi Perlis atas urusan keluarga. Aih, masa tu la jugak budak-budak ni dah nak kena balik ke Pahang. Cuti sekolah dah nak habis. Jadi memang aku tak sempat nak jumpa dorang. 

Masa kat Perlis, aku teringat janji-janji manis yang telah aku taburkan pada Sasa and Piya. Lepas tu aku sms kat adek 4 aku tolong belikan eskrem dua batang. Kononnya nak kasi Piya and Sasa. Tapi tak sempat, mereka dah balik dah.

Bila aku balik ke umah dari Perlis itu hari, aku bukak peti ais. Aku nampak..

*



*



*


*

best plak kan main tekan, lepas tu tekan * and enter lagi, * .. ha ha ha. ok mengarut je nih.. sambung balik..




*





Dua eskrem ni masih ada kat dalam peti. Dorang tak sempat nak amek. Terasa berdosa sangat-sangat kat budak-budak nih. Dahlah payah nak jumpa. Entah bila la pulak boleh jumpa, entah lah. Raya nanti la kot. huk huk! Sebab tak nak bazirkan eskrem ni, aku makan dengan hati yang berbaur sedih. Habis jugak eskrem ni aku makan. Satu lagi adek 4 aku yang makan, kire upah untuk dia la kan. Sampai saat ni aku masih rasa kesal dengan apa yang terjadi.

Akulah Sipemungkir janji di bulan Jun 2011. [Korang janganlah buat macam ni. Menyesal weyh!]






Saturday, June 25, 2011

Tayanglah Balik

Kalau nak bercerita pasal filem-filem/ceritera yang ngetop pada zaman dulukala, haruslah dikarang pada masa yang sesuai. Masa yang betul-betul lapang. Dan sekarang masa tengah lapang, eh keje pejabat ada yang harus dibereskan, tapi errr. errr O_o


Nak cite ni jugak. Ok, dulu masa kecik-kecik [takdela kecik mana]. Suka sangat tengok cite:

Adik
Filem ni Os yang berlakon. Kelakar, lepas tu tengok berulang kali pun tak bosan. Cerita pasal mustapha kamal ada adek yang kurang sempurna. Macam tu la. Os ni ada geng, yang jadi geng-geng dia Tam Cili Padi tu ar, Buzen, ada la 2 orang lagi kot. Tapi lupa nama. Masa ni Noralbaniah masih hot lagi. Sekarang ni dah takde dah. Filem ni banyak sentuh elemen kasih sayang kekeluargaan. Banyak benda yang kita boleh amik dari cite ni. Sebab tu la dulu,citenya banyak pengajaran kan?

Orang Kampong Otak Kimia
Ha ha ha .. Cite kelakar. Yang ni pun Os jugak yang berlakon. Kononnya dia buat ramuan macam mana ntah. Lepas tu kambing boleh bercakap. Ada akak tu, anak dia bisu. Eh boleh bercakap bila minum ubat Os ni. Lawak giler. Anak yang rendah boleh jadi tinggi. Macam-macam. Memang otak kimia betol la cite nih.

Hikayat Hang Setia
Kalau nak tau, cite ni adalah dalam masa 30 minit je. Ditayangkan kat TV1, malam apa ntah. Tapi best sangat cite ni. Aku tak tau la kenapa boleh tengok cite ni. Tapi seingat aku, cite dia menarik sebab macam zaman-zaman dolukala. Lagu dia yang aku ingat '...satu cerita kononnya bermula di sebuah desa..' dah tak ingat lirik dah.. Pelakon dia, muka tu aku ingat la. Tapi nama tak berapa nak ingat. 

Opah
Cite ni best jugak. Ditayangkan kat tv pada malam hari. Pelakon yang pegang watak Opah tu betul-betul 'keopahan'. Dengan gaya dia, air muka dia. Memang sangat sempurna untuk cite ni. Pelakon dia urmmm, yang lelaki semua dah takde kat kaca tv sekarang. Apa nama ntah. Muka aku ingat [nama fail]. Razali Buyong, Norlia Ghani, lelaki yang bermisai tu.. sat noo aku gugel jap. ki ki ki. Nama dia Abu Bakar Kasim, lepas tu Yasmin Ahmad. Tak silap dia jadi omputih la masa tu. Tapi cite ni tak ingat secara details sangat. Sebab dah lama.

Rumah Kedai
Cite yang ditayangkan pada bulan puasa je. Bulan-bulan lain takde. Tak payah nak cari la wak, memang takde. Sungguh. Cerita dia pasal apa tak berapa nak ingat la. Pelakon dia yang ada jambang tu ar, lupa nama. he he he. Biasa cite ni tayang kat TV3. Masa tu betul-betul terasa bulan Ramadan, dengan suasana cite lagi, suasana kepuasaan lagi. Memang feeling habis. Sebab sekarang kalau bulan puasa. Yang lebih-lebih pasar ramadan. Semua berebut-rebut cari untung. Eh, cari rezki. hu hu hu. 

Cerita pendek 
Dulu kan, kat tv selalu je tayang cite-cite bermanfaat macam kat bawah ni. Walaupun pendek je, tapi banyak pengajaran. Jangan monyet .. jangan. Dialog ni sampai sekarang boleh hafal. Banyak lagi cite pendek yang TV1 tayang. Macam yang buaya gigit kaki kerbau tu, pas tu macam-macam la. Nak tulis mau 4 pages nanti. he he he.




Kan best kalau semua ni boleh ditayangkan balik T_T

Friday, June 24, 2011

Air




Ok tak gambar ni?
Hari tu masa nak buat WW. Eh, tak boleh upload pulak si gambar. 
Ini hari, ok jer.
Senang je nak upload.

Sebab kat ganu tengah hujan sekarang, jadi kita letak gambar ni. 
Hujan jugak, tapi dah reda.
Eh, kat luar masih renyai-renyai lagi.

Hujan pasangannya payung.
Payung pasangannya .. [dah merepek].
Full stop!





Terlintas

... kat dalam fikiran..

1. Warna baju raya untuk Idulfitri nanti. ki ki ki. Dah lama berkenan dengan kaler yang satu ni. Whoopp! yang penting pose perlu diberesin dulu ye dong :)

2. Mau keluar jalan-jalan meronda Kuala Terengganu. Hampir sebulan sudah tidak pusing-pusing bersama itu sepupu. Rinduuuu sangat

3. Mau makan-makan yang best-best. Wah!

4. Terasa mau beli tudung banyak-banyak. 

5. Mau beli itu kain cotton ganti baju yang dah lama. Baju lama, boleh kasi kat orang lain :)

6. Mau basuh kereta, dah dua bulan tak basuh. he he he. Orang rajin memang macam ni gaya dia. Wup!

7. Keluar shooting macam zaman dulu kala, tapi my bff udah pregnant. Takde masa lagi mau membuang masa seperti dulu.

8. Urmmmmmmmm.... 






Wednesday, June 22, 2011

Mee Rebus

Baru je tadi, TERmasak mee rebus. Plan asal nak masak mee goreng. Cara-cara nya ialah seperti di bawah. Resepi ni dijamin menjadi, boleh dibuat panduan, di salin tanpa rasa was-was dan tiada bayaran yang dikenakan. ho ho ho.

Bahan-bahannya [untuk 3 orang makan]: Aku + ayah aku + adek 4
Mee Kuning [separuh plastik tu]
Sawi [dalam 3 batang je]
Telur sebijik cukup
Garam
Aji no motorsikal
Bawang merah [sebiji] - tumbuk dush!
Bawang putih [3 ulas] - tumbuk jugak
Minyak masak 2 sudu
Air [ikut suka]
Lada hitam sikit - tumbuk sampai berubah menjadi debu-debuan 

Ini pula cara-cara nak buat :
1. Masukkan minyak kat dalam periuk.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih. Biarkan nampak cam garing [jangan hangit tau]
3. Lepas tu masukkan ape ek? ha ha ha. Ok, ok. masukkan air sikit demi sikit. Kita kasi bawang tu betul-betul masak dulu
4. Tibalah masa untuk kita masukkan lada hitam pulak
5. Masukkan air pulak. Air ni ikut suka la nak letak banyak mana, nak kuah banyak. Boleh letak banyak, nak kuah sikit, letak sikit cukup :)
6. Kuatkan api sebab nak kasi cepat masak, kasi bawang dia cepat masak [semua nak cepat aku ni]
7. Lepas tu masukkan garam, aji sikit. Rasa la dulu macam mana. Kalau tak ok, pandai-pandai la ejas eh.
8. Urmm, lepas tu kan boleh masukkan telur. Jangan kacau, nanti habis telur tu pecah. Tak cantik. Biar telur tu masak dulu baru la masukkan sayur sawi. 
9. Masukkan mee. Tunggu sekejap kasi mee masak.
10. Siapppppp!

Wah, dah siap jugak resepi ni untuk malam ni.

Tapi terlebih pedas. hi hi hi. Tersilap taruk lada hitam banyak sangat, tak tau nak bajet. huk!

Ok, selamat menerai ye





Tuesday, June 21, 2011

Dan Sekali Lagi

Dulu pernah buat entri ni :  BOLEH BACA KAT SINI

Dan tadi sekali lagi.

Masa tengah mandu nak balik rumah tadi, teringat kat Adek 1. Ada soalan penting yang aku nak tanya dia. Lalu, terus cari henpom dalam handbag bajet nak telefon dia, tapi takde. Cari-cari lagi. Takde jugak. Berkali-kali duk mencari, memang takde. Sah~!! tertinggal kat pejabat. Dahla henpom tu takde bateri. Sungguh haru biru. 

Ayah aku sokmo pesan 'barang-barang jangan wat dok ingat'. Gulppp~! tadi baru je komen kat blog hanis pasal lupa-lupa ni. huk.


"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah aku dari sifat lupa, lalai, malas dan iri hati. Ingatkanlah apa yang aku lupa, sedarkanlah bila aku lalai. Amin"







Sunday, June 19, 2011

Singgang Sotong


Sepanjang cuti 3 hari ni, tak keluar pergi mana-mana waima ke bandar. Wah~! Syabas kepada diri sendiri, satu pencapaian yang agak menakjubkan. Biasanya, kalau Jumaat, Sabtu/hari-hari cuti, kejenya mesti keluar. Biasanya keluar cari barang dapur, atau barang personal macam tu je. Tak pun keluar jalan-jalan cari makanan. 

Masa banyak dihabiskan di ruang maya. Bukan buat apa pun. Bukak fb, renung pada most recent tu. Scroll down sampai cemuh [bosan]. Lepas tu bukak blogspot. Urmm, lepak sini aje lah kot. [line sloww ya ampun].

Sambil lepak-lepak, sambil pergi masak.

Hari ni nak share cara-cara singgang sotong. Wah gitu. hik hik. Sebenarnya tadi, tak tahu nak masak apa. Dah kering idea dah. Plus, tak terer kan. Jadi mood macam urmmm T_T

Ok, ini resepi dia. Nak tiru, tirulah. Tak nak tak pe. Sebab resepi ni main ikut suka hati je.

Singgang Sotong:

Bahan-bahan dia : 

1. Sotong
2. Halia [hiris panjang-panjang]
3. bawang merah [mayang]
4. serai satu dah cukup ar [ketuk tau serai ni]
6. air ikut suka hati
7. Bahan perasa

Cara-cara dia :
Aku letak air dalam periuk agak-agak dalam separuh macam tu. Lepas tu letak bawang dengan halia. Dah menggelegak air dia, aku masukkan sotong. Lepas masuk sotong masukkan serai pulak. 

Letak garam, lepas tu letak aji [lama tak guna aji dalam masakan]. Rasa dulu macam mana. Urmmm, macam tak sedap je. Jadi aku letak lagi garam. Rasa lagi, macam kurang je. Aku pun amik sos tomato. Letak sikit kat dalam kuah ni, rasa lagi. Macam 'errrr, apa rasa ni haa??'. 

Ok, ternampak pes tom yam adabi. Jadi aku koyakkan pes tu, letak kat dalam kuah ni sikit. he he he. Sikit je la, tak banyak sangat. Rasa lagi. Urmmm, bertambah elok la sikit dari tadi. Dah siap. Senang kan??

Resepi ni sebetulnya takde ISO. Jadi tak berapa sesuai kalau korang nak tiru 100% cara amatur aku ni. Kan tak pasal-pasal ceri-beri. Yang lebih afdal, pergi la tanya pada yang pakar. he he he.

Sekian, mekaseh.





Potong Memotong


Sebut pasal kuku kan, yang terlintas kat kepala. Kuku panjang, kuku pendek. Tu je. Masa berumur 6/7 tahun dulu, seingat aku, ayah aku yang tolong potongkan kuku. Duduk kat tepi pintu, ayah akan amik plastik yang penuh dengan barang-barang keperluan dia. Macam kelakar je letak dalam plastik. he he he. Keluarkan pengetip kuku, tadah tangan. Dia akan potong satu, satu, satu sampai habis. 

Akibatnya??

Kalau kuku dah panjang sikit, dah jadi tak selesa, sebab dah biasa berkuku pendek. Pernah jugak zaman belajar dulu, gatal saje-saje simpan kuku. Nak kasi dia panjang, kunun nampak macam cantik la kan. Bila kuku dah panjang, asyik duk pandang kuku je sebab naik geram. ha ha ha. 'Bila la dapat potong ni'. Last, tak tahan, terus je potong. Lepas tu, dah takde niat nak simpan ape ke dah.

Malam tadi, lepak-lepak tengok tv. Aku pandang jari ayah aku. Comel je kuku dia. Pendek. Takde nye nak panjang-panjang. Sebab tu la, aku kadang-kadang suka usha kuku lelaki. ha ha ha. Sebab kalau kuku pompuan, dorang biasanya jaga leklok, buat manicure la apa la. Kalau lelaki, bila panjang. Urmm, panjang kat situ la. eeeee. ha ha ha. Sorry ini kenyataan, jangan la emo eyh *_* Sebenarnya tak cantik berkuku panjang, tapi jika itu kesukaan anda. Teruskan. Sebab tak semua orang punyai citarasa yang sama kan? Jadi takde hal. 

Kalau kita nak potong kuku, dia ada cara dia tau. Dulu aku main potoooonnng je. Sekarang sebolehnya ikut la yang macam gambar kat bawah ni. Dapatlah jugak pahala. Mula-mula memang tak terbiasa, lama-lama nanti ok la T_T.








RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya : Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Mudah-mudahan perkara kecik yang kita amalkan, akan mendapat rahmat dan keberkatan daripadaNya.

Amin







Saturday, June 18, 2011

Padi


Bukan kumpulan padi. Tapi ini padi yang betul-betul. Beberapa bulan lepas, selepas keluar makan beramai-ramai dengan sepupu. Kami ronda-ronda amek gambar kat kampung aku. Tempat aku membesar [ewah!] mengenal erti kehidupan kampung. Nama pun budak kampung kan? he he he. Lahir di kampung, membesar dengan pelbagai perkara yang memberi seribu pengalaman yang sungguh bernilai. Semasa kecik dulu, panjat pokok sampai jari terluka kena gergaji besi. Bukan gergaji biasa untuk potong kayu tau. Gergaji besi, sizenya lebih kecik berwarna biru. Berdarah dapat, parut pun dapat. Itu adalah habuan memanjat pokok. 

Tak cukup dengan itu, panjat pokok kekabu pulak [pokok tepi umah tok aku]. Menggelongsor macam apa, habis koyak baju yang aku pakai. ha ha ha. Baju klasik jahitan mak cik aku. Tangan ropol-ropol T__T

Banyak lagi pokok yang aku panjat. Yang lain-lain tu, cukuplah aku simpan untuk diri sendiri. Tak larat nak taip banyak sangat.

Aktiviti mengail ikan sawah adalah benda yang paling menarik untuk dikenang. Bila musim hujan, musim orang tanam padi. Gigih pergi beli mata kail. Untuk memancing kat sawah, cukuplah mata kail yang size kecik. Biasanya dalam 20 sen je, dapatlah 2/3 mata kail. Sekarang ni, kedai tu dah takde dah. Dulu, memang sangat kaya dengan ikan keli, haruan, sepat. Macam-macam ikan yang ada. Sekarang payah nak jumpa dah.

Eh, nak cakap pasal tanam padi kan? he he he. Sorry, tersasar.




Masa sekolah dulu kan, kalau tulis kat borang. Apa kerja ayah awak, jawapan biasa yang kami akan tulis adalah petani. Memang betul pun, dulu mak ayah aku tanam padi. Nun kat hujung sana, sawah milik mak ayah aku. Tempat ni dulu semua orang pakat tanam padi. Tapi sekarang dah takde lagi. 



Dah naik semak samun macam ni.


Yang seronok kan, kalau nak masuk sawah ni mak dan ayah aku akan pakai stoking siap-siap. Lepas tu diikat dengan tali. Tujuan dia, tak nak kasi lintah gigit. Kalau ada masa, aku akan turun sawah ni, pakai macam mak ayah aku pakai. Lepas tu tanam padi. he he he.




Macam mana padi ditanam? Ok, mula-mula padi akan ditabur kat sawah. Lepas tu akan tumbuh pokok-pokok padi yang renek. Lebih kurang la, biasa dipanggil semai padi. Macam gambar kat atas ni. Gambar ni aku amek masa pergi ke Perlis baru-baru ni.

Lepas tu, kita kena cabut anak-anak pokok yang tumbuh tadi, lepas tu kita ikat satu tompok, dan menjadi beberapa tompok ikatan. Mesti korang tak boleh nak imagine macam mana kan? ^_^ Lepas tu, anak pokok tadi tu kita akan tanam semula. Biasanya, sekali cucuk adalah dalam 3 batang macam tu. Ala, dulu dalam mata pelajaran Kajian Tempatan kan ada disebut tanam padi menggunakan kuku kambing. Kami tak guna benda alah tu, kami cucuk dengan tangan macam tu je. Err, korang baca je lah, faham ke tak lain cite. 




Biasanya sebelum nak tanam padi, kita akan bajak dulu sawah tu jadi macam gambar ni. 

Padi yang dah ditanam biasanya akan dibaja setiap minggu, sampailah padi masak. Time ni sangat la suke sebab semua nampak menguning je. Bila pagi-pagi kan, turun sawah mesti bawak bekal, macam jemput-jemput ke, lempeng ke. Air pulak biasanya air teh, atau kopi. Lepas penat kami berehat kat atas batas sawah nih. Biasanya, antara-antara sawah tu saling berjiran. Borak-borak dengan orang sebelah. Kalau dia ada makanan lebih, biasanya dia akan bagi kat kami ni. he he he. Sebab adek beradik aku ramai. Kadang-kadang datang urmm, mau 3 4 orang. Dah la kecik-kecik lagi [time tu la]. 




Nostalgia betul. Ni gambar arwah mak aku. Biasanya bila padi dah masak. Kami akan potong padi tu. Atau dipanggil cerut padi. he he he. Kami tak guna mesin, kami guna tenaga 4 kerat je. Lepas tu, padi yang dah dipotong tu akan di pukul kat tempat bersegi empat ni. Dipanggil tempat mukul padi. Klasik sungguh nama dia. Tempat ni mak ngan ayah aku buat sendiri je. Pukul padi, lepas tu padi akan luruh/jatuh pada guni yang kami tadah kat bawah tempat ni. Best sangat. Aku tak larat nak amik padi banyak-banyak untuk dipukul. Biasanya amik sikit-sikit je, lepas tu pukul sampai habis lerai padi-padi tu. Miang jangan cakap ar. Naik merah lengan ni. Tapi keseronokan tu, tak dapat digambar dengan kata-kata.

Padi yang dah siap letak dalam guni, hantar ke tempat orang mesin padi. Kat sini, padi tu akan menjadi beras. Dan kulit padi tu kan, kita akan amik dan dijadikan dedak. Wah gitu. Panjang jalan cite tanam padi nih.

Eh, kalau nak tau, gambar ni kan di ambil oleh budak cina. Banyak gak gambar yang dia amik. Gambar aku tengah dukung adik 4 aku bersekali dengan sepupu aku pun ada. Aku tak tahu budak cina mana, tapi arwah mak aku ingat pasal budak ni. he he he.

Err, cukuplah tu kan cite pasal tanam padi. he he he.






Friday, June 17, 2011

Mereka Yang Menyenangkan

Sebelum tu, tadi petang tak terasa nak pergi mana-mana. Lepak je kat umah. Betul-betul macam garfield. Dah lama berniat nak tukar layout, tapi masa tak mengizinkan. Dulu sangat la rajin create template, header sendiri. Sanggup menggodek adobe photoshop [tak ar terer sangat]. Sebab aku tak berapa gemar nak guna yang orang punya. Tapi sekarang, Ya ampun. Femalas yang amat.  Tadi dengan masa yang ada. Godek-godek, maka ini hasilnye. MPS berwajah baru O_o

yok, kite terus ke cite asal

*


*



SATU 

Tempat : Sogo, KL lebih spesifik di tempat handbag wanita
Date : 7 Jun 2011

Dengan masa yang terhad, pusing-pusing bahagian atas pakaian wanita. Lepas tu turun bawah, pusing-pusing pergi kat bahagian kasut pulak. Pusing lagi, sampai la kat tempat handbag. Dari jauh dah ternampak satu handbag yang sangat cantik dipandangan mata. Warna pastel dahla tu ada bunga-bunga kecik. Macam berkenan. Tengah-tengah belek, ada sorang akak ni. Aku perasan akak ni, tapi aku asyek duk belek handbag.

Akak Tu : beli la satu.
Aku : urmm, tu la.. macam berkenan jugak ni T_T
Akak Tu lagi : minggu lepas takde tau handbag ni, dia baru letak agaknya.
Aku : ye ke kak? 

Akak Tu lagi dan lagi : minggu lepas akak dah beli dah handbag ni. ni haa [sambil angkat satu handbag yang ada kat situ] macam ni. terasa rugi la pulak, sebab design yang ni lagi cantik. takkan nak beli dua..
Aku : akak dah datang ke last week?
Akak Tu : dah, time tu takde banyak pilihan macam ni. tengok la yang awak pegang tu, cantik..
Aku : tu la, tengah fikir gak ni. nak beli ke tak. he he he

Akak tu berlalu. Aku duk belek-belek handbag cantik tu lagi.

Eh, akak tu datang balik.

Akak Tu : beli la..cantek..akak pun berkenan, tapi akak dah beli..
Aku : hehehe.. yerp! memang nak beli pun. nanti menyesal. hi hi hi

Lepas tu kami berpecah.



DUA 

Tempat : Langkawi
Date : 11 Jun 2011

Jenis aku, kalau nak beli barang. Aku punye survey mengalahkan nak beli barang yang harganya ribuan ringgit. he he he. Dah habit kot, kalau tak survey tak sah. Masa datang itu hari, aku tak sempat [tak cukup fulus] nak beli beg pakaian. Jadinya, aku dah nekad datang kali ni nak jugak beli beg ni satu. Beg yang ada dah rosak. Beg free. he he he. 

Sebelum beli, aku pergi masuk dari satu kedai ke satu kedai. Masa ni aku berpecah dengan mak cik aku. Dorang pergi cari apa ntah. Itu hari ada satu kedai yang memang jual beg cantik. Kawan office aku ramai yang beli kat situ. Aku berkenan jugak, tapi tak mampu nak beli. huk! 

Aku pergi kat kedai tu. Tapi tak berkenan la pulak. Dah ramai yang beli beg macam tu, nanti sama dengan budak office, aku tak berapa suka sama-sama nih. ha ha ha. Entahpape. Keluar dari kedai tu, aku pergi lagi kedai lain. Tak berkenan gak. 

Last, aku telefon mak cik aku. Time ni aku dah buat keputusan, tak nak beli beg. Bila jumpa dengan mak cik aku. Dia tunjuk beg yang dia dah beli. Ok la. Aku duduk-duduk kat kerusi depan kedai.

Kat depan kedai banyak beg yang dorang display. Bangun. Aku belek-belek satu beg ni. Cantek gak. Tengok harga macam ok je. Terus berkenan. Try tolak kiri kanan. Ok. Kaler hijau and last. Dah takde stock dah. Pe lagi, terus bawak ke kaunter untuk bayar.

Kat kaunter, ada satu family cina. Uncle yang pakai topi [tengok picture kat bawah] tanya aku.

Uncle : berapa harga dia?
Aku : oh beg ni? RM95..
Uncle : yeah?? eh, murahnye. yang ni kan, kecik tapi harga dia RM80 [lebih kurang la kot. aku lupe harga yang uncle ni bagitau]
Aku : oo. sama la kaler beg kita. he he he.
Uncle tu beli beg sama kaler je dengan yang aku punye, tapi dia punye kecik. Uncle tu pandang je kat beg aku, lepas tu..

Uncle : amek kat mana?
Aku : tu haa, depan tu je. tapi yang ni last.
Lepas tu, uncle tu tanya budak cashier beg yang sejibik macam aku masih ada ke tak.

Uncle tu berkenan jugak beg nih. Lepas aku dah bayar aku duduk kat kerusi depan kedai ni [tunggu makcik aku yang pergi membeli lagi dan lagi] sambil perati dia kat tempat cashier tu. he he he. Aku amek picture ni. Sorry *_*


Uncle ni amek yang warna coklat. Sebab dah takde pilihan dah. Sekarang beg kami dah sama size, cuma kaler je berbeza T_T


Mode : Gumbira. Ini hanyalah sebahagian orang yang peramah yang pernah aku jumpa






Kisah 2 Ekor Kucing



Semalam, kami berempat pergi makan pagi. Kami pergi port biasa, kedai nasi kuning. Kenapa nama dia kedai nasi kuning? Sebab dia ada jual nasi kuning. Kedai ni fofulas jugak dengan kari kepala ikan dia. Tapi bagi aku, kari kepala ikan kat Pazi Catering lagi sedap. Sungguh tak dusta nok!

Lepas dah dapat makanan masing-masing, memula nak bayar dulu, tapi tak jadi sebab cashier takde. Jadi kami makan la dulu bayar kendian. Makan borak-borak. Eh, tak sedar makanan kami dah habis. 

Tiba-tiba:

Kak Ti : cuba tengok kucing dua ekor tu. Duk tengok je orang makan.
Kak Ayu : hahaha.. molek nye duduk..

Time tu kucing tu ada kat meja sebelah membelakangi aku. Bila toleh ke belakang, nampak dua ekor kucing yang Kak Ti bagitau tu. Semua pakat pandang kat kucing tu. Yang menariknya. Dua ekor kucing tu, tak mengiooww atau naik kat atas meja macam kurang didikan. Dia duk tercongok je kat bawah sambil pandang kat orang yang sedang makan. Mungkin pandangan yang penuh dengan harapan 'bagi lah makanan kat kami nei manusia'.



Macam ni la lebih kurang kucing ni duduk. Tapi takde la tangan macam tu gaya. hik! Gambar aku amek kat gugel. Sebab semalam tak bawak henpom, kalau tak boleh tangkap gambar kucing cooomeeeelllll nih.


2 ekor kucing ni, tak macam kucing jalanan yang lain. Bulu dia bersih, sopan. hehhehe. Perlakuan kucing ni memang menarik pandangan kami.

Aku : adik beradik ke tu?
Kak Ti : adik beradik la kot.

Bila kucing tu bangun dari tempat mereka duduk tadi. Dia terus ke meja sebelah pulak.

Kak Ti : eh yang tu jantan.
Aku : mesti husband and wife ni.
[Kami gelak]

Sweet giler, yang betina jalan dulu. Yang jantan jalan kendian. Pas tu, bila dah sampai meja sebelah. Mereka tercongok kat bawah macam meja sebelah tadi. Dongak kepala dengan harapan akan ada makanan. Dorang duk dendiam je kat bawah. Kami duk perati kat kucing tu.

Aku : nak bagi makanan, dah takde sisa. Tak kan nak bagi acar kot.
Kak Ti : nak bagi tulang ni, besar sangat. Nanti lekat.

Dua lagi kakak, asyik duk perati je. Dialog panjang sangat, jadi aku banyak cut. hehhehhe.



Macam ni la pandangan mereka kat orang yang sedang makan. Rasa nak pegi peluk cium je kucing ni. hahhahaha. [padahal aku tak suke kucing. Kalau setakat tengok and amek gambar, ok la]

Lepas takde makanan kat meja tu, 2 ekor kucing ni berlalu ke meja hujung. Meja ketiga. Betul-betul macam orang mintak sedekah. Sampai kat meja ni kan, mereka dapat makanan. Yeaa! Meja ni, ada dua budak laki tengah makan. Sorang lelaki tu kasi kucing ni makan. Sweeet sungguh bila nampak macam tu. Yang kami gelak, bila lelaki tu kasi makanan, si betina yang makan. Yang jantan tengok je. Kucing betina tu kan, bawak makanan tu kat tempat lain, oh yang jantan ekori jerk. hahhahaha. Mereka tak berebut. Gentleman giler. Bahagia sungguh pasangan nih.

Bila tengok semua ni kan, malu la manusia kalau tak bersikap macam kucing ni. Faham? Tak faham? Fikirkan sendiri T_T.





Wednesday, June 15, 2011

Dulu


Tadi balik keje, pergi pasar malam. Bila ada pasar malam itu tandanya dapur tidak berasap. hehehe. Sememangnya hari Rabu adalah hari yang ditunggu. Lepas bunyi alunan music punch card ding dong ding dong. Aku boleh goyang kaki lagi, layan intenet. Bila jam dah bergerak agak-agak 530 pm, baru terhegeh-hegeh bangun dari kerusi dengan niat nak balik umah nak pergi pasar malam T__T

Parking kete agak jauh dari biasa, hati mula terasa 'arhhhhh'. Syetang kuat sangat menggoda hati, asyek nak mengeluh je. Esok pagi kene datang awal ke tempat keje, baru la dapat parking dekat. hihihi [azam dah masuk patplohkali dah ni].

Lepas balik dari pasar malam, terserempak dengan seorang budak laki yang tengah bawak motor. Budak laki ni dipanggil Mat. Budak kampung sebelah. Tapi selalu la lalu depan umah aku. Setahu aku, dia ala-ala lurus bendul la sikit. Mungkin jugak istimewa, tapi dia tak cacat. Tak tahu la nak diklasifikasikan dalam kategori mana. Bila ternampak dia tadi kan, terbayang satu insiden lucu.

Dulu kan, aku masih belajar lagi [lupa masa sekolah menengah atau zaman kampus]. Aku ada ajar mak aku bawak motor. ha ha ha. Petang tu, kami hidupkan enjin motor. Lepas dah berjaya hidupkan enjin, aku bonceng kat belakang. Mak aku bawakkan motor tu. Semua geng-geng mak aku yang tengah lepak-lepak kat umah Mek Teh pandang mak aku. Mak aku senyum bagaikan juara olimpik. Aku kat belakang bangga la wey. Mak aku pandai bawak motor, mak dorang tak pandai bawak. Ngeee! 

Sampai kat satu simpang ni kan, tak jauh dari kubur. Entah macam mana, nak konar. Jadi aku suruh la mak aku tekan brek. 'Brekkkk'. Mak aku tak jumpe brekk. Hasilnya kami masuk dalam semak. LOL

Kami berdua ketawa entahpape. Lawak tak hingat. Lepas tu, aku dah tak bagi mak aku bawak motor tu. Aku pulak yang bawak, tukar pilot O_o. Yang buat aku rasa nak tergelak...

Mak aku : kalau tak boleh bawak motor, malu kat Mat ar..

Mak aku confident dia boleh pandai bawak motor. Sampai ke sudah mak aku tak reti bawak motor, [malu kat Mat]. hihihihi. Itu dulu la. Alih-alih yang reti bawak motor ialah ayah aku. Sekarang, urmmm.. Skill bawak motor dah hilang kot. Yang paling dia terer bawak beskal. hehehehhehe







Tuesday, June 14, 2011

Cantik [Sumpah Tak Tipu]


sori i cilok dari fb dia. huk!

Tak tahu nak cakap camne. Tapi sangat suke tengok Irma bertudung.
Cantik. Sungguh!

Ralit duk menggodek fb dia. hehhehehe. Stalker terhebat lo.

Kalau perasan, si Farah Anuar pun dah pakai tudung gak.
Suke sangat-sangat bila tengok dia dalam rancangan Rasa Halal Orient.
Muka penuh, pakai pape pun cantek kan?

T__T

Monday, June 13, 2011

Inai Di Jari


Baru-baru ni, kan ke cuti sekolah. Jadi segerombolan anak-anak buah datang kat rumah silih berganti. Mula-mula yang sampai kat umah adalah akak aku. Dengan anak-anak seramai 6 orang dah cukup buatkan rumah sendat. Erkk! Kecoh jangan cakap ar.

Perangai macam-macam gaya. Ada gak nak tergelak bila tengok perangai dorang, eh kadang-kadang sakit hati boleh tahan jugak tau.

Ada hari tu kan, mereka ni semua pergi kat umah mak cik aku. Bila mereka ni balik umah aku, semua tangan keras semacam. Hairan gak. Rupa-rupanya jari mereka ni penuh dengan inai. Korang tau inai? hehhee. Tapi ini bukan inai yang instant tu tau. Bukan yang serbuk, lepas tu bancuh air, tempek kat jari. Bukan jugak inai yang orang biasa lukis-lukis kat tangan tu. Bukan tau. Ini inai asli. Nak tahu? Meh ceq habaq kat korang ye T__T




Semua jari berinai. Macam main kawin-kawin pulak. Kalau nak tahu, aku dulu pun pernah gak tempek inai macam ni kat jari. Memang suka sangat la kalau bertempek inai. Dulu, dia ada musim berinai. Sekarang ni kurang la, budak-budak jarang nak berinai kecuali ada 'kepala' yang tukang tempek atau cari inai.

Dulu [aku cite pasal kenangan zaman kecik-kecik], kami [biasa dengan kawan-kawan/kakak] akan cari daun inai dari pokok inai. Aku tau ada yang tak pernah tengok pokok inai kan? Pokok dia rendah je. Lepas tu daun je memanjang. Kononnye dulu, kalau daun dia macam ada hitam-hitam kan, adalah sangat elok untuk kita ambik. Konon lagi, inai dia sangat merah. hahahha. Mitos, tapi terpedaya jugak aku tau. Kecik lagi. hehhehe.

Lepas kita amik daun inai tu kan, kita kena tumbuk dalam lesung batu. Biasanya kalau nak bagi merah, kami letak beras, kunyit, arang macam tu. Tak tau la petua ni datang dari mana, tapi seingat aku memang aku ikut sepenuh hati petua ni. Daun tu kita tumbuk [letak air sikit], tumbuk lelumat sampai jadi macam tahi lembu. hehheheh. Siyes lebih kurang macam tu la kite kene tumbuk.

Lepas dah lumat. Kita tempek kat kuku, tak nak kasi jatuh inai tu kan, kita balut tangan kita dengan plastik. Berpeluh tangan tu jangan cakap ar. Tapi nak merah punya pasal, sanggup hadapi dugaan. ngee! Macam-macam kan? Biasanya tempek inai makan masa antara 3 4 jam. Lebih elok kita tempek pada malam hari, sebab tak ar terasa lama sangat pakai inai. Bila dah bangun dah boleh buang semua inai-inai tu. 




Ni adalah hasil pemakaian inai. hahahha. Sorry, macam dokumentari la pulak entri ni. Tapi yang ni tak cukup merah. Nampak kuning kan? Sebab dorang ni pakai kejap je. Adalah dalam 1 jam je kot. Ni semua keje si Along. hehhehe

Ok, dah cukup setakat ni, esok nak kena keje. Nite x_x

Terengganu & Piala FA


Assalamualaikum semua dan selamat siang.

Hari ni tak pergi keje, padahal tak plan pun nak cuti. Malam semalam sampai kat umah jam dah menunjukkan 120 pagi. Dengan sisa-sisa kepenatan yang dah lama tergalas kat bahu, arhh! memang boleh dijadikan alasan yang konkrit untuk EL. hehehhee. Tahun ni adalah tahun bercutian yang paling banyak, kalau nak diikutkan aku tak berapa nak gemar cuti duduk lepak kat umah, macam membazir aje kan?

[Kenapa mukadimah selalu nak taip pepanjang??] Ok, nak cite pasal Terengganu yang dah menang piala FA. Oyeaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh!!! [suke hati tak tau nak describe macam mana].

Biasanya, kalau ada final yang melibatkan Terengganu, biasanya kami seolah-olah menantikan saat pengumuman bila nak raya. Tak sabar. Macam final yang ni, awal-awal semua dah tahu yang akan dibuat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Adik 4 aku dah siap beli t-shirt terengganu dengan headband sekali. Tayang kat akak dia yang takde pape nih. Cantik gak baju yang dia beli tu. Semangat berkobar-kobar alam ngko.

Pada malam Ahad itu yakni 11 Jun 2011. Tragis sungguh rasa di hati. hahhaha. Ingatkan kami sempat lah balik rumah tumpangan untuk tengok bola dengan aman damai, namun hakikatnya tidak begitu. Tidak secantik skrip Nora Elena [eh eh, nak jugak selit NE].

Jam 850 kot macam tu, kami berhenti pulak kat kedai mamak. GRRRR! [dalam hati je siyes li geram]. Tapi apakan daya, terpaksa mengikut jugak apa yang dibuat. huhuhu. 

TERENGGANU VS KELANTAN 



Barisan pejuang yang dipertaruhkan. Sorry agak blur kan?

Kami kat kedai mamak. Sebetulnya time ni, dorang bukak channel lain. Aku dah naek geram time ni, jadi aku mintak pelayan restoran ni tukar channel TV1. Mula-mula mamat ni tak nak, dia cakap tak dapat siaran la. Woit! nak tipu pun agak-agak ar. Tahu la ni bukan negeri aku, negeri ngko. Tapi kesian ar kat hati nurani aku ni. Dia tukar channel jugak akhirnya. hehehhe. 




Formasi untuk malam tu. 

Dorang main start lebih kurang jam 9 malam. Tengok sat, lepas tu dah makan, terpaksa blah. Blah ok. huhuhuhu. Time ni terasa nak balik umah lepak-lepak dengan family sambil tengok bola. Heaven ar!

Kami terus ke rumah saudara kami yang terletak agak jauhla jugak. Perjalanan adalah dalam 30 minit kot. Kepala otak dah tak fokus untuk rumah saudara tu, tapi asyek fikir 'bola bola bola'.

Bila dah sampai umah saudara. Rasa LEGA jangan cakap ar. Rasa nak meloncat jer. Semua duk bersembang, aku fokus bola. Tak puas hati la tengok kat sini. Dahlah bukak volume pelan mak aihhh. Tensen aku. Bajet nak pergi kuatkan volume, tapi masih sedar diri yang ni bukan umah aku. Layan ajelah.

Masa tengok kan, masih terikat 0 - 0. Lebih kurang dah nak habis game, eh eh Kelantan pulak pergi sumbat gol pertama dorang. Frusttt weeyy! Mana tak frust, dah nak habis masa dah, macam mustahil la kan Terengganu boleh attack bagi sama kedudukan 1 - 1. Memang tak nampak bayangan piala FA la time ni. Kuciwa sungguh. Lepas tu pakcik aku siap duk tanya aku 'tunggu sikit lagi eh'. Aku jawab tak nak jawab je. hehhehe. Hati panas beb!! Pakcik aku cakap, boleh lagi. Masa masih ada. Urmmm. Bila dah masuk 1 - 0, draf terus menjunam nak tengok sampai habis, sebab aku fikir dah tentu kalah Ganu malam ni. Bila tengok kat tv kan, dah ramai penonton/penyokong yang balik, bangun dari tempat duduk. Tengah sibuk duk mengomel dalam hati. Tup Tup GOOOOOOOLLLLLLLL!!!!

Wahhh! Ingatkan Manaf Mamat yang sumbat, tetapi rupanya Daudsu yang TERsumbat gol sendiri. Time ni, hati kembali gumbira. hahhahahaha. Dah tak frust dah. Semangat mencanak naik baliklah.blogspot.com.

Pakcik aku senyum sambil pandang aku. hehehhe. Mane la aku tau Ganu boleh bikin ini kejutan. Sebab aku dah stress bagai dah bila Kelate masukkan gol pertama tadi [tak boleh jadi pemain kalau macam ni. hahhaha]

Sementara masa tambahan, pak cik aku ajak kami satu family balik. Sebab dah lewat malam, padahal kata tadi nak pergi sat je, ambil syarat jumpa saudara mara. hehhehee. Time ni TV OFF. Urmmm, tak boleh buat apa lah dek non oiii. Kami meredah malam balik ke rumah tumpangan [rumah saudara sape ntah. hehhehe]

Sampai kat umah tumpangan, mak bapak budak-budak ni takde. Keluar katanya, jadi pe lagi. Raya la aku kat dalam umah tu. huhuhuhu. Boleh bersorak bagai.  

Kami dah terlepas 15 minit pertama. Lepas tu, Ismail Faruqi dikeluarkan [lupe dia keluar pada minit ke berapa]. Masa dia dikeluarkan, dia diganti oleh Nasir apa ntah [pemain baru kot, sebab jarang dengar nama dia]. Masa dia masuk tu la dia sumbat lagi satu gol. Happy gilerrr! 

TAHNIAH



Terengganu menang jugak akhirnya. Alhamdulillah.



Players la yang paling hepi macam dapat gapai bintang pada malam tu. Mau nye tak, dah nampak terang-terang macam nak kalah, eh eh menang rupanya ngko. Rezki T_T.

Moral: 
Daudsu adalah penyebab suntikan semangat untuk pemain Terengganu bangkit menyerang, dah ianya telah tertulis lebih awal dari pengetahuan kita. Yang lebih tahu, hanya Dia [smile].

Kadang kala kite selalu nampak yang sesuatu itu adalah atau akan menjadi milik kita. Terang-terang dah dalam genggaman pun. Tapi kita kadang kala lupa, Allah penentu setiap kejadian. Apabila Allah kata itu rezki kita, macam mana payah pun, InsyaAllah ia akan tetap menjadi rezki kita.

Sebab itu la, kite perlu berusaha hingga ke titisan yang terakhir. Contoh apabila kita berdoa kepada Allah, berdoa la bersungguh-sungguh. Mungkin doa yang kita tadahkan baru 99, tapi Allah menunggu doa kita yang ke 100 untuk dikabulkanNya. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia. Ye Dia 0_o


Keyboard off



Saturday, June 11, 2011

Adaaa


Ni gambar yang di mms kan oleh akak aku. Gambar anak dia, macam biasa, anak-anak buah aku memang agak aktif. Setakat almari baju terbalik itu biasa. Setakat lebam-lebam kat muka, arrh! apa ada hal nok! Itu semua adalah latihan ketenteraan bagi mereka.

Dan ini adalah salah satu cabang seni yang mereka ada iaitu




Gunting rambut sendiri. Kalau cantek takpe ar jugak. Ini macam hape ntah. Bertompok-tompok. Sebenarnye perkara ni kecik je, sebab adek-adek laki aku dah pernah buat keje ni masa zaman kegemilangan dorang dulu. Sekarang anak buah pulak yang amik tempat. hehehhe.

Kesimpulannye, simpanlah gunting di tempat yang tinggi, atau dalam peti besi. Atau mana-mana jua tempat yang dirasakan selamat. Bahaya kalau budak-budak jadikan permainan, gunting kan tajam. 

Jumpe lagi di lain entri. Urmmm, mungkin hari Selasa baru boleh update lagi kot. hehhehe.



Friday, June 10, 2011

11 JUN 2011


TERENGGANU 

VS

KELANTAN

agak-agak sape akan menang PIALA FA???

Kalau terengganu menang, tentu dapat cuti kan? hehhehe. Harapnye terengganu menang la kali ni. huhuhuhu

Jangan lupe tengok tau. Malam esokkkkkkk!!







Thursday, June 9, 2011

Khas Untuk Braces

Dah acap kali berjanji nak tulis pasal braces. Tapi tak ada kesempatan. Sebab kadang-kadang, masa terluang kat tempat lain. Untuk kali ni, aku akan tulis kaw-kaw punye pasal braces. hehehhe. Semangat jangan cakap ar. Tengok jelah macam mana entri ni akan jadi. Aku kadang-kadang tak percaya jugak dengan diri sendiri kalau dah start menaip ni. Selalu sangat terbabas. huk!

Baru-baru ni pada bulan 5 [dah tahap basi dah ni]. Ada appointment dengan doktor gigi. Lepas tu, kebetulan berus gigi ortho dah perlu ditukar, dah nampak macam penyapu dah. Teruk sangat [sebenarnye takde la teruk sangat, imaginasi lelebih ar aku ni]. 

Jadi kononnya, adalah lebih senang kalau ada dua berus gigi ortho. Satu kat umah dan satu lagi untuk kat pejabat. Senang sebab aku kadang-kadang selalu gak tertinggal berus gigi ni. Nak patah balik kadang-kadang malas. Jadi biasa, kalau tertinggal guna ajelah berus gigi biasa yang ada kat umah. 


Yang ni berus gigi ortho aku yang baru. Macam biasa, harga dia RM5 je. Try jugak cari kat kedai kot-kot ada la kan orang jual berus gigi macam ni. Cari punye cari, takde rupanya. Nak tak nak, kene beli jugak kat klinik nih. Harga takde la mahal sangat [kalau tak atas RM5 kire tak mahal la kan?] Cuma nak kene pergi klinik tu la, yang aku liat sikit nak pergi. huhuhu. 

Ok, nak dijadikan cerita. Berus gigi ortho dah ada dua. Memang senang la hati ini. Eces! Lepas tu kan, bebaru ni aku ke Kedah. Kebetulan ada bengkel. Berenti la kat satu hentian ni. R&R apa ntah. Tak ingat sangat nama dia. Berenti nak solat subuh, gosok gigi, amek wuduk. Lepas selesai solat, terus keluar. Dah sampai Langkawi, baru la perasan. Bekas berus gigi aku tertinggal kat tempat amik wuduk tu. GRRRRRR! TENSEN GILER OK! Bayangkan la, baru je beli berus gigi tu, dah tertinggal. Kat dalam bekas tu semua ada, dua berus gigi ortho, satu berus gigi biasa, pembersih gigi ortho, dan pencuci muka baru aku. Gawat giler. Tapi kalau dah geram tahap maksimum, biasa aku akan menjadi tiada perasaan. Pergi la kedai beli berus gigi biasa, dan sampai la sekarang aku takde berus gigi ortho. Nak pergi beli kat klinik, memang payah la sikit. Lain ar kalau ada appointment. ishhhh!


Hahahhaha. Gambar sengal [refer memek muka diri sendiri]. Plus mengarut la jugak gambar ni. Tapi tak kire, nak tempek jugak. Kenapa nak tempek? Sebab nak tunjuk muke sengal anak buah aku. Time ni kami amek gambar, lepas tu pepandai dia buat muka macam tu. Bukan aku ajar perangai-perangai sengal macam ni. Tak tahu la dari mana dia belajar ni. hehhehe.

Eh, nampak tak gigi kite?? hahhaha. Soalan ntahpape. Bukan apa, aku nak tunjuk kaler braces aku. Ada lagi gambar yang lebih jelas, tapi aku segan nak letak gigi macam tu je. Ish, nanti korang mengigau. Tak pasal-pasal aku penyebab korang terkejut brookee kan. hehhehe.

Untuk kali ni kan, lepas doktor tukar wayar kat gigi atas dan bawah. Agak ketat la sikit [eh, aku sebenarnya dah pernah post ke belum eh cite pasal ni??? kalau dah, abaikan aje la eh]. Kali ni doktor tukar dengan wire kaler grey. Cantek. Mula-mula ok lagi, bila dah masuk hari kedua. Barulah kita terasa macam 'eh makin ketat'. Lepas tu, gigi macam longgar. Siyes, macam nak tercabut. Cuak gak aku. Tapi lama-lama dia akan ketat balik. hehehe. Nak cakap sakit, takde la sangat. Biasa je. Boleh makan lagik.

Bila malam, gigi akan bergerak. Korang boleh dengar gigi tu bergerak macam mana. Tak sakit, merdu je bunyi gerakan dia T_T. Kalau korang nak tahu lagi, wire yang doktor gunakan ni adalah dari.. errr, errrrrrr, New Zealand, atau Australia. Tak sure, padahal depan-depan mata aku doktor tu dah tunjukkan wire tu dari mana. 

Sebenarnye banyak gambar gigi yang aku ambik. Motif?? Sebab nak sangat-sangat-sangat tunjukkan macam mana pergerakan dia. Tapi aku ni penyegan sikit, jadi aku tak upload ar pictures tu semua. Untuk pengetahuan korang, banyak gak faedah sepanjang aku pakai braces ni. Contoh kan, dulu kalau gosok gigi asyik berdarah je. Walaupun tak kerap, tapi berdarah la jugak. Sekarang, Alhamdulillah tak berdarah dah. Lepas tu, kalau korang kacip gigi korang kan, gigi kat depan tu biasanya akan melebihi gigi bawah. Dan sekarang, gigi aku ok je. Urmm, sebenarnya sebelum korang mengambil keputusan untuk memakai braces, perlu la dibuat survey secukupnya. Ilmu braces perlu dicari sebanyak yang mungkin.

Bagi aku, kalau korang nak pakai semata-mata untuk cantek. Nak suruh orang puji, eh canteknye gigi dia. Tak payah la. Sebab kecantikan itu tidak kekal. Dan bagi aku [pernah aku tulis dalam entri sebelum ni], kadang-kadang orang yang gigi dia tak bersusun elok, lebih sweet dari orang yang bergigi lurus. Tu pandangan aku la kan [kalau nak tahu nape aku pakai braces. gugel la kat dalam MPS ni. ngeee!]

Nanti-nanti aku update lagi cite ni eh, urmmm.. Nampaknye kena tinggal lagi la lappy ni untuk beberapa hari. Ok lah, nak siap-siap entri auto [kalau ada idea, kalau tak memang bersawang ar blog ni].

Jaga diri leklok






Wednesday, June 8, 2011

Scawaii! dan Al-Islam


Sebelum entri ni diteruskan. Ok, tahu dan sangat tahu. Satu majalah hiburan fesyen, dan satu lagi majalah ilmiah [agama]. Sepatutnya tak berapa elok nak diletakkan sekali kan? Tapi oleh sebab nanti kalau buat berasingan, kene tulis dua entri. Jadi tak nak ar buat 2 entri, kite sekali kan aje. 

Dah berhari-hari tinggalkan miss lappy ni, jadi malam ni kite suruh dia buat OT. Ala, apa la sangat, dengan majikan pun nak berkire jugak ke? [tibe-tibe].

Hari tu, lepas bayar kereta. Eh?? Entah, lupa la lepas buat apa. Terus lepak kat kedai buku [Pustaka Sri Intan]. Kat Terengganu takde MPH, kalau tak, dah lama lepak sampai lebam. Tapi takpelah. Apa yang ada ni, dah dikire orait la beb.

Belek punye belek, berkenan pada dua majalah ni. Satu majalah fesyen. Satu lagi majalah menambahkan ilmu di dada. Maklumlah, ilmu masih tak cukup. Jadi ni la salah satu sumber penambah pelengkap ilmu. 



OooOOO! agak seksi la gambar ni. Comey giler cover gal ni. Kalau tak silap, majalah ni baru je ada kat pasaran. 1st edition. Kalau tak silap, kalau silap kene tapor. Majalah ni banyak paparkan fesyen-fesyen semasa, kalau korang minat fesyen. Urmm, mungkin majalah ni sesuai untuk korang. Tapi gaya berpakaian agak ranggi la. Tapi takpe, kite bukan cedok 1000% cara dorang berpakaian. Mana yang elok, kita ambik. Mana yang tak elok, kite jangan ambik. 



Salah satu page yang ada kat dalam nih. Kalau tak silap lagi la kan, majalah ni adalah idea dari majalah jepun/korea. Harga pun dorang buat dalam yen kot. Tak rajin la pulak nak belek majalah ni untuk kepastian. hehhehe. 


SENYUM.. tak perlu kata apa-apa

Lepas duk free reading kan, nampak majalah Al-Islam ni. Bile belek-belek dan belek. Macam banyak je ilmu yang kita boleh dapat.




Ada artikel pasal kapsul gelatin suplemen. Jadi kite boleh tahu apa penyebab yang diragui itu? sumber apa. Dan apa.. [tak boleh nak hurai lelebih, sebab tak habis baca pun lagik]




Senyum. Ala bukan kene bayar pun kalau kite senyum. hehehe. Cuma jangan la senyum sampai orang naek pelik duk menengok kita. Yang penting bersederhana T_T




Zikir. 



Artikel pasal ubat lagi. Biasa kalau kite dapat ubat, kite terus makan je kan? Takde nak fikir sangat sumber dia dari mana. Apa yang pasti nama vavi sangat glamer dalam perubatan, kosmetik. Jadi sangat kene berhati-hati, kalau silap haribulan, boleh jadi darah daging. Mintak jauh la kan.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal dua majalahs nih, boleh la pergi beli kat kedai buku. hehhehe. Kedai buku la kan? tak kan kedai beskal pulak. huhuhu.


*untuk sebelum-sebelum ni kan, asyek buat auto post je. sebenarnye kan, tak best langsung kalau buat scheduled entry, tak boleh nak bebel lelebih. yang ni baru la ok sikit. hehhehe