Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

InsyaAllah esok kita akan menyambut Ramadan. Ni entri tahun-tahun yang lepas, tak sangka pulak tajuk entri sama. he he he.

Ramadan 1430H .

9 September

Urmm, tak tahu nak tulis macam mana. Ok, aku pakat taip je la ek. Kadang-kadang bila tak tahu nak taip, nak mula dari mana. Payah jugak kan.

Pagi nanti dah start sahur. Tengah pening bile fikir nak masak apa la ek? Kalau terer kan best. Tadi dah pesan kat ayah aku, nanti sahur aku akan kejutkan. Ayah aku dah masuk tidur dah. Biar la dia, penat agaknye tu. 

Biasanya kan, kalau malam pertama nak berpuasa, mak aku dulu akan ajar kami niat puasa. Ah, tak kira la kami ni dah besar ke apa ke. Dia tetap akan cakap 'jangan lupa niat puasa'. Lepas tu mak aku akan ajar niat sebulan terus, tapi biasanya tiap-tiap malam dia akan ingatkan kami. NIAT JANGAN LUPE!

Walau kami dah besar, nak jugak ada orang ajar niat puasa. Dulu abang yang sulung akan sms/telefon tanya mak aku camne nak niat. Kadang-kadang bile difikirkan bukan susah pun niat tu kan. Tapi saje ngada-ngada nak dengar jugak niat mak aku tu.

RINDU~! 

Tadi jugak dah start terawih tau. Yang kelakar, tadi masa kat dalam surau, imam lupa kot rakaat tak cukup. Masing-masing dah confuse dah. Lepas dah solat, aku yang dah confuse ni, tanya kat makcik sebelah. Tak cukup 2 kan? A'aa.. Semua pakat gelak. Masing-masing tertanya-tanya. Suasana macam ni memang dah biasa dah. Manusia kadang-kadang lupa. Sebab tu kalau imam lupa ada cara nak tegur imam tu kan? [nak hurai tak reti, jadi korang gugel la ye. he he he]

Cumanya, harap kali ni berat badan akan naik. hi hi hi. Tetibe je kan. Bukan apa, semalam gatal pegi timbang berat badan ni ha. Tup-tup turun 2kg. GRRR! Tensen gwe. Harapnya akan naik balik 2kg yang amat berharga tu.

Urmm, apapun semoga Ramadan kali ni akan membawa seribu pengertian kepada kita. Semoga Ramadan yang bakal kita tempuhi ni nanti adalah Ramadan yang lebih baik berbanding sebelum ni. Amin. 

Mak selalu cakap, kita tak tahu lagi, sempat ke tak nak jumpa Ramadan akan datang.

Gunakan peluang yang kita ada ni sebaik mungkin dan moga Allah menerima amalan kita walau sebesar zarah. InsyaAllah.






Friday, July 29, 2011

27 Syaaban 1432H

Sebenarnya kalau diikutkan hati, nak tulis entri ni pagi-pagi tadi. Tapi line pulak ada problem. Jadinya, semua idea yang berpusu-pusu tadi, dah beransur-ansur pergi. Tak tahu nak start dari mana. Kalau nak tahu cite sebenar, boleh aje la tekan label Al-Fatihah. [sedang mencairkan idea ni. hu hu hu]

Jumaat iaitu hari ni la. Genap 2 tahun pemergian ibunda kami ke rahmatullah. 27 Syaaban 1432H. Kira-kira 3 hari lagi kite akan sambut bulan Ramadan. Dan ini merupakan Ramadan ke-3 kami tak bersama arwah. Apa yang mampu kami adik-beradik lakukan hanyalah menyedekahkan doa agar roh arwah ibu kami ditempatkan di kalangan orang yang beriman, di bawah rahmat dan kasih sayang Allah. Yang paling penting, kami semua berdoa, kami nak keluarga kami dapat berkumpul di akhirat kelak, disatukan dengan izin Allah.

Sungguh, tiada wanita lain yang dapat menggantikan arwah ibu kami. Bagi lah perempuan sebaik mana pun, mungkin tak sama. Ganti? Semua orang boleh menggantikan tempat seseorang itu, namun ianya tidak akan sama. Betul ada pepatah yang menyatakan 'patah tumbuh, hilang berganti'. Namun sejujurnya ianya tidak akan sama dengan yang asal. Melainkan yang asal itu tidak elok, maka apabila digantikan yang baru [lebih elok], maka pepatah tersebut sesuai untuk digunakan. Err, ini ayat umum je tau. Tak tertakluk kepada pengganti ibu saya. Ianya boleh merangkumi aspek kehidupan kita yang lain.

Yang paling kelakar, baru-baru ini kan, masa saya melawat pak cik saya kat hospital. Dia ada bertanya pada ayah saya [dengan nada bergurau]. Tak nak cari lain ke?? Saya pandang muka ayah sambil ketawa. Wajah ayah saya nampak lain macam je. hi hi hi. Saya tahu, kat dalam hati dia, penuh dengan kasih sayang arwah mak saya. Dan saya tak nampak ayah saya cenderung ke arah mencari mak baru. Eh, eh, macam best kan dapat mak baru [ngada-ngada].

Dapat sms daripada abang sulung 2 3 hari lepas kot. Syahdu sangat bile baca ayat dia yang last..

'Dari anak yang senantiasa merindui arwah cik'.

Kami semua memang rindu akan arwah ibu kami. Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati kami. InsyaAllah semoga dengan berkat doa anak-anak, moga Allah ringankan hisab ibunda kami di sana, temukan kami di akhirat kelak. Amin 

Al-Fatihah.






Thursday, July 28, 2011

Gooooo 10


Safieeeeeee Saliiiiiii kamu boleh. ha ha ha.
Nak tulis kat fb tapi segan, so tulis kat sini ajelah.

Pemakai jersi 10. hi hi hi

Malaysia sekarang dah 1 gol manakala Singapore masih 0.
Tapi apa pun masih tak pasti, kene main betul-betul sampai habis masa

Harimaaaauuuu Malayaaaa


[Semangat Tengah Membara]







Wednesday, July 27, 2011

Tak Jadi Update

Dah dua malam duk melepak kat satu belog ni. Satu belog je, tapi saya belek dari a-z.
Jadi nampaknye, malam ni tak boleh nak update panjang-panjang lagi. 

Eh, mee goreng dah siap.
Jom makan
T_T

Monday, July 25, 2011

Rindu!


Tadi hujan, ribut ada la sikit-sikit, sekali-sekala kilat ada jugak memanah angkasa raya, putih bile terpandang langit, cahaya terpancar dan membias pada tingkap. Takut gak. 

Saya : kesian kan kat kite..
Adek saya : he he he..
Saya : [kene kuat sebab saya kan kakak]

Rindu sangat pada 'arkitek' umah saya. Kalau mak saya masih ada, tentu dia faham dialog kami tu.

Mak saya arkitek terhebat pernah saya temui. Sedih sebab dia tiada? Mestilah, tipu la kalau tak sedih. Tapi takde la nak nangis meraung-raung, sebab kami tahu dan yakin bahawa Allah telah sediakan tempat untuk arwah mak kami di tempat yang terbaik dengan rahmatNya. Amin.







Saturday, July 23, 2011

Malaysia Sayang~!!!


Resah sungguh bile tengok Malaysia main dengan singapore. Asyik bolos jer. Memula dah rasa happy dah bile safee sali masukkan gol di minit awal tadi. Sebab tu la orang cakap, perjuangan itu tak kan selesai sehinggalah ke  tiupan wisel terakhir. Selagi ada masa, selagi tu la jangan beralah. 

Malaysia sayang, walaupun kamu kalah saya tetap sayang. Kalah atau apa pun, janji berjuang hingga ke keringat terakhir. Sekarang ni dah 4 - 1. Fuhhh~! Malaysia ketinggalan tu.. Berpeluh jugak nak kejar kan? huhuhu.


Thursday, July 21, 2011

Kita Akan Di Jemput Pulang


Ukay's




Lagu ni lagu lama. Tapi dulu tak pernah amik tahu apa yang cuba disampaikan oleh penyanyi/pencipta lagu ni. Bila dah dewasa sikit ni [ehem!] dah reti la sikit nak faham apa bait-bait lirik dalam lagu ni.

Dulu aku punye sorang kawan, dia punye hati lebih kurang tisu. Kalau feeling, mesti lebih-lebih. Masa study dulu kan, dia selalu beli kaset Spin [Acik dan Nana].  Macam-macam lagi la, pendek kata semua lagu yang tangkap leleh punye. Aku punye hati tak berapa nak faham dengan apa yang dia syok sangat kat tangkap-tangkap leleh macam tu.

Yang best, kalau ada lagu kat radio kan, dia akan bagi penerangan kat aku yang naif ni. Kadang-kadang ada jugak dia tanyakan aku [kalau time dia nak melayan aku la, si hati batu ni ha].. Dia tanya, samada aku faham ke tak lagu tu. Kadang-kadang aku tak berapa nak faham, sebab aku jenis suke bantai je. Janji sedap di halwa telinga aku, sedaplah bagi aku. Eh tak bagi kawan aku ni. Prinsip dia, kite kena tahu apa lirik tu. Lagu tu tentang apa. [Aku: terlopong sudah]. Dia cakap kat aku, 'mu ni takdok perasaan ke??'. ha ha ha. Lucu giler bile ingat. 

Aku suke sangat-sangat bile dia bagi penerangan tentang lirik. 'Kalau mu nak tahu, ini tentang cinta. Ini tentang putus kasih, ini tentang ..' arh! macam-macam la. Biasanya aku iyakan aje. Sebab aku tak reti nak dalami benda-benda puitis. Dah tak reti macam mana aku nak buat faham atau reti kan. Tapi walaupun aku naif, dia tetap sayang aku sebagai sahabat dia. [Rindu giler kat mung baby. ha ha ha. tiba-tiba panggil baby].

Dan hari ini, aku dah reti menghayati lirik-lirik lagu [ada gak yang aku tak faham kalau lirik-lirik yang terlampau berat]. Kalau kawan aku tahu akan perkembangan sihat aku ni kan, tentu dia berasa gembira, tentu dia akan cakap 'besar dah mu aida'. ha ha ha. Dialog tak boleh blah~!

Sungguh, dulu hati saya berunsurkan batu [sikit je], sekarang hati saya dah makin berubah menjadi kertas [aku tak nak tamak, aku nak kertas la dulu, kalau tisu terus lembik. ish! tak nak ar. hi hi hi]

Lagu ni kan, banyak sangat makna dia. 

Kite semua akan dijemput pulang oleh-Nya satu hari nanti. Indah nye lirik dia. Kenapa tak perasan dulu eh??? Urmmmm..









Wednesday, July 20, 2011

Ikan Singgang~! Yeayyyyyyyyyyy!!


Giler suke ar. Tadi masak ikan singgang. Tak sangka pulak menjadi. ha ha ha. Kalau korang nak tahu, juadah cincai ni amatlah payah bagi diri aku nak diterjemahkan ke dalam satu hidangan yang boleh dimakan oleh orang ramai. Punyelah payah, aku tak tahu la kenapa payah benor nak buat resepi ni. 

Biasanya kan, kalau buat ikan singgang. Selalu je tak jadi. Kalau masak resepi ni kan, peratus yang jadi adalah 35% sahaja, atau nisbah 1:10. ha ha ha. Teruk giler. Down wei kalau masak benda ni tapi tak jadi. 

Aku biasa kalau masak ikan singgang, lepas taruk garam, kenalah rasa apa rasa dia kan? Urmm, aku dah penah [aku pernah isytihar 'bendera putih' dengan ikan singgang ni] tak nak masak lagi resepi meletop ni. Sebab aku tak tahan untuk menanggung rasa kepeningan. Macam aku cakap, lepas taruk garam kite kena rasa kan, haaaa.. yang tu paling aku tak tahan. Bab merasa ikan singgang.

Satu petang [ni kejadian pertama la], aku buat ikan singgang, aku rasa. Lepas merasa kuah dia, kepala aku jadi pening, tekak aku kembang, rasa nak muntah. Siriyes, aku tak tahu apa yang aku masak. Memang tobat ar, aku dah tak nak masak lauk ni dah. Tak tahu la pasal apa jadi camtu. Dulu menjadi gak aku buat lauk ni, namun sejak akhir-akhir ni, terus tak menjadi. Lepas kejadian pertama tu kan, selalu je jadi macam tu. Aku naik fobia ar ngan resepi nih.

Kirenya, kat hati aku kan, ada sikit ar perasaan benci pada lauk ni. Tak suke sebab bila rasa ikan singgang, nak muntah. Whewww~!! Kene minum air banyak-banyak nak kasi hilang loya. 

Tadi, ayah aku beli ikan aya [ikan tongkol]. Jadi biasanya kalau ikan aya ianya merujuk kepada ikan singgang. Sinonim la kata orang. 

Buat-buat. Eh, bila rasa macam sedap la pulak. ha ha ha [episod puji diri sendiri]

Jadi, aku akan share resepi lauk yang sekejap ok sekejap tak ni [ntah-ntah saje nak manja dengan aku, tu pasal dia sengaja tak 'menjadikan' diri dia tu.. ayat berbelit, arh! tak yah faham la korang. hi hi hi]

RESEPI : IKAN SINGGANG
[sempena lauk ni menjadi. he he he]



Bahan-bahan:
1. Lengkuas [urmm, adalah dalam 5cm kot, aku hentam je tadi]
2. Kunyit hidup [sikit je, agak-agak kuning ok ar]
3. Bawang putih [dua biji]
4. Ikan aya [ikan tongkol]
5. Air
6. Garam
7. Lupe plak.. asam keping 2 

Cara-cara:
1. Amik periuk letak air, kalau nak kuah banyak, letak air banyak. Kalau nak kuah sikit, letak sikit dah ar. Tadi aku letak air banyak, sebab senang, tak payah masak lauk lagi [femalas. ki ki ki]

2. Masukkan bawang putih, lengkuas, asam keping. Kalau suke masam, letak asam keping banyak-banyak, kalau tak suke, letak 1 atau 2 dah la. Lepas tu masuk kunyit sekali.

3. Biarkan air tu menggelegak dulu, kasi air tu masak dulu [aku bajet kalau air tu masak, bawang tentu masak sekali, takde la bau bawang sangat]

4. Lepas dah menggelegak, masukkan ikan. Biarkan aje dia sampai ikan tu masak.

5. Letak garam, rasa macam mana. Agak-agak dah ok. Boleh la tutup api

Tu je resepi dia, senang kan.

Tapi tak tahu la lepas ni, kalau tak menjadi pulak, aku cerai 13 ar ngan ikan singgang ni. Tak nak ar aku buat lagi. Frusttt!

Macam mana rasa dia? Ayah aku cakap ok. he he he. Aku pulak, urmm, tak makan pun. Tak best ar nak makan apa yang kite masak, nak makan apa yang orang masak boleh?? hu hu hu.

Monday, July 18, 2011

Tulis Apa Saje

Apa yang ada kat dalam kepala otak....

1. mengantuk giler..jam baru je 923pm..tapi mata dah layu..
2. penat giler..balik keje, masak, berehat sat sebab penat sangat..makan..
3. sakit pinggang.. pinggan ke pinggang?? konpius la ejaan pinggang..yang pasti saya terasa sakit pinggang..kerusi kat pejabat tak selesa..nak kerusi macam kat pejabat lama boleh? ha ha ha.. ampun!
4. nak beli bantal sandar kat kerusi pejabat, nak kasi selesa.. kalau lama-lama macam tu, boleh rosak saya punye badan
5. bosan..
6. nak cutiiiiiiiiii..tapi..tak tahu nak buat apa..nak pegi mana
7. moga Allah permudahkan jalan hidup saya..
8. saya tak suke tinggalkan rekod tak cun pada mata orang.. hi hi hi.. [memang mengarut la nih]
9. kenapa line saya sangat lambat?? nak bukak satu belog, urmm..berjanggut la duk menunggu [termasuk belog sendiri..lambat lebih dari siput pakai high heels]
10. best baca belog orang, tapi jarang tinggal komen, sebab tak reti nak komen..terasa kekok pulak bile mengomen, tapi suke jadi silent reader..
11. saya memang dah di tahap maksimum mengantuknye nih..dah tak larat..
12. tido adalah lebih baik di kala ini
13. Assalamualaikum selamat malam kawan-kawan semua..
14. Moga hari-hari yang akan datang adalah bertambah baik dari hari ke hari
15. Eh, sat.. ada satu benda saya nak share..kita hanya ada 3 hari dalam hidup..'hari semalam, hari ini dan hari esok'.. kata-kata ni saya dapat ketika perjumpaan/briefing semalam..jadi gunakanlah hari yang kita ada dengan sebaiknya sebelum kita dijemput pulang..
16. eh, terasa haru pulak lepas tulis ayat tu :(
17. ini betul-betul last..selamat malam semua..marilah kite tido dengan tenang...
18. jangan lupa baca doa ye :)







Saturday, July 16, 2011

Tempat Baru


Alhamdulillah, minggu depan [esok] dah masuk minggu ke-3 kat tempat baru. Itu hari saya ada tulis pasal ini Namanya Hati   Kalau nak tahu, ianya sedikit sebanyak berkait dengan pertukaran ke tempat baru. Masa tu kan, tak tahu nak buat apa. Sebab nak kemas barang A, terasa keje pejabat masih ada yang tak beres lagi. Lepas tu, bila mengadap keje, terasa tak tahu nak buat apa. Lost. Eh, pegang barang B, tak tahu nak start mengemas. hu hu hu. 

Seminggu sebelum pindah, macam tu la perasaan berperang dengan diri sendiri.

Tapi semuanya dapat diselesaikan juga pada akhirnya. Urusan perpindahan ke pejabat baru diuruskan step by step pada hari minggu itu hari.




Masa ni datang untuk hantar barang-barang. Meja masih berserabut lagi. Ini lah meja yang bakal diduduki. Dulu saya duduk ramai-ramai je dengan kawan-kawan, dalam satu island. Kali ni kena duduk kat dalam partition. Sebenarnye, saya tak berapa gemar sangat nak duduk dalam partition [walaupun ia memang best, sebab ada privacy]. Tapi bila kita dapat privacy, kita akan hilang teman untuk berbual. Kalau kita duduk kat island ramai-ramai [takde privacy] tapi kita ada kawan nak berbual. ha ha ha. Nampak sangat suke bercakap. he he he. Bukan borak pasal apa pun, kadang-kadang pasal keje, sebab dulu yang depan mata adalah teman satu seksyen, jadi kalau ada pape.. terus discuss. Boleh borak-borak pasal keluarga, masalah. Pendek kata senang nak bercakap la :)

Sekarang ni senang jugak, tapi dengan syarat kene keluar untuk berborak dengan kawan-kawan yang lain. 

Saya masih dalam proses menyesuaikan diri di tempat baru ni [dah 95% dah] cuma dengan kerja masih di tahap 60%, banyak benda yang saya masih tak reti. hu hu hu.





Ada satu hari tu bosan sangat-sangat [refer pada entri Jaja dan Din, tu adalah salah satu hasil kebosanan. hi hi hi] jadi saya duk bukak intenet aje. Biasa saya jarang sangat nak layan-layan intenet masa keje [tapi bukan buka fb, itu hari dah lama sangat tak bukak fb]. Tapi oleh sebab duk tersengguk-sengguk kat meja [mengantuk ya ampun!], jadi curi-curi bukak. hi hi hi. Yelah, time ni keje masih takde lagi. Sikit-sikit je keje yang bos bagi, dia nak bagi kite sesuaikan diri dulu dengan keje kat situ. Sebab dari keje yang biasa ke keje akademik [jaga jadual dan rekod], memang banyak benda yang perlu dipelajari. Fuh~!

Urmm, bukak satu page photography, lepak kat situ. Mulalah terasa berkobar-kobar nak beli DSLR. Ceh! padahal bukannya mampu. Tak mampu pun, tapi saje gatal nak beli.

Bosan duk tengok pada web ni, nampak tak belakang tu kosong je kan? 

Jom kite cari keje sikit T_T



Dah pun siap menggantung segala jenis keychains kat belakang sana. Sekejap je nak settle tugas mudah ni. Lepas settle, jam dah hampir 1 pm. Fuh legaa! 

Motif cite ni, urmm. Saje je nak kongsi kebosanan yang adakala melanda kat pejabat and nilah tempat baru saya.




Friday, July 15, 2011

Nikmat


Semua ni aku terfikir dengan mendalam pada 8 Julai lalu, tapi biasalah bila dah buat keje lain. Lupa nak tulis untuk peringatan kat MPS. Urmmm, sedar tak sedar, sebenarnya dalam hidup kita, banyak nikmat yang Allah telah berikan. Tapi kita [aku la tu], adakala mengeluh jugak. Biasa la, nama manusia mana mungkin akan sempurna. Iman pun akan turun naik macam pasaran saham. Bila melihat hakikat kehidupan [tengah siriyes ni, jadi harap korang faham], aku semakin bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah yang Allah kurniakan ni. Lagi senang nak ingat pasal lima ni, kalau kita nyanyikan ikut Raihan..

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Nikmat kesihatan : Alhamdulillah, pada hari ini Allah masih sayang dengan diri aku dan diberinya kembali kesihatan yang tak ternilai dengan wang ringgit. Sakit macam demam, selsema, jarang menyinggah. Bukankah itu salah satu nikmat yang besar? :) Memang sangat besar, dan apabila kita berfikir dengan lebih jauh, kita akan lebih sedar akan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita apabila kita jatuh sakit. Aku pernah baca/dengar, apabila Allah memberi kita ujian sakit Dia akan memberi ubatnya sekali. Apakah ubat itu? Cari la dengan mata hati :)

Pendek kata, apa yang Allah bagi memang tak terbayar dengan wang ringgit/harta berjutaan/emas atau apa pun kadar yang kita ada. 

Pesanan pada diri sendiri : Sentiasa lah bersyukur dan menjaga nikmat yang Allah berikan dengan sebaiknya, kerana apa yang kita ada pada hari ini, MUNGKIN kita tidak akan miliki lagi pada hari akan datang.





Tuesday, July 12, 2011

Jaja & Din


2 minggu yang sedang dilalui ini dirasakan berlalu agak perlahan dan lambat sekali. Uarghh! bosannya. Dalam kebosanan, saya terjumpa review tentang satu kisah yang nampak macam menarik. Perasaan ingin tahu boleh disamakan macam gunung berapi nak muntahkan lahar [over].

Hari Ahad, lepas balik keje terus pergi kedai buku dengan satu hajat, nak pinang kisah Jaja & Din. Pergi Pustaka Seri Intan Gong Badak, hasilnya kuciwa. Ok takpe lagi, terus ke kedai buku di Batu 6, urmmm.. sama jugak. Yilek!

Malam pulak, lepas hantar adek 3 yang ada balik bercuti [hantar ke stesen bas], try cari lagi kat Pustaka Seri Intan tepi stesen bas, urmmm. Hampa. Pergi lagi kat Pustaka Seri Intan yang letaknya takdelah jauh sangat [hampir dengan Ambank KT]. Keputusannya jugak hampa. Terengganu ni payah betol la nak cari buku. ha ha ha. [kan dah start merungut]. Kan best kalau ada kedai buku macam Konikuniya ke, MPH ke kat Terengganu ni [berangan la pulak].

Nak tak nak, godek tenet. Maka jumpalah satu tempat yang boleh dibeli. YEAAAA!




Confirmed!



Shipped

Bajet sampai esok. Tup tup tadi.

Dah sampai.




Susah gile nak bukak, yang jadi susah sebab saya bukak pelan-pelan, bajet tak nak kasi kertas ni koyak dengan rabak yang jaya sekali. 




Penanda buku yang comel. Tak sangka pulak ada penanda buku.



Baru je 3 helai saya baca. Dah lama tak baca novel, plus saya punye pembacaan sebenarnye bukannya bagus sangat. Selalu je silap baca. Ada satu hari tu kan, tajuknya 'XXXXXX ........ bertunang'.. Tapi saya silap baca 'XXXXXXX .........bertudung'. Lepas baca isi dia, saya pelik sebab macam tak sama dengan tajuk. Bila baca sekali lagi 'oh! bertunang.. ingatkan bertudung'. Jadinya untuk buku ni, saya kene baca pelan-pelan, lambat habis pun takpelah. Janji tak silap X_X

Oh ye, nanti saya reviewkan buku ni eh. Sekarang ni tak boleh la, sebab tak tahu kisah lagi. Buku ni dah lama sebenarnya, ini dah cetakan ke 4 dah. Fuh~!! laris kan?




Sunday, July 10, 2011

Fofular Rupenye


2 hari lepas, merayau-rayau kat angkasa maya ni. Dari satu belog ke satu belog [bajet macam le tour de langkawi].

Terjumpa satu kata-kata ni:

SABAR ITU INDAH

Lebih kurang 9 tahun yang lepas, aku ada tulis kata-kata ni dan diselitkan di dalam frame gambar bercorak kartun [teddy bear]. Oleh sebab frame tu kecik, permukaan dia pulak adalah dalam sebesar duit 50 sen macam tu, jadinya tak boleh nak taruk gambar. Lepas tu, kat depan dia plastik je [biasa kalau frame kaca kan?] Jadi aku spontan tulis Sabar Itu Indah. Tulis dengan pen aje, bertulisan tangan sudah tentunya :) Frame tu aku letak kat almari dengan barang-barang hiasan lain [sekarang dah takde dah, kene buang agaknye]. 

Dan pada hari ini, 2011 rupanya apa yang pernah aku tulis dulu, adalah fofular digunakan dan kalau kita baca tentang motivasi berkaitan sabar, memang ianya sangat-sangat INDAH.

Dan terjumpa jugak kata-kata ini di dalam bahasa Arab [sebelum ni tak tahu].

FASABRUN JAMIL.

Sebab tu lah [pada pandangan aku la kan], tulisan kita yang merapu-rapu di dalam belog, apabila di baca balik [kadang-kadang malu nak ngaku tulisan sendiri.], sebenarnya ia amat berharga pada kita di satu hari nanti. Percayalah [ntah-ntah aku sorang je yang caye pasal ni T_T]

[mode : senyum dari hati. eces!]







Friday, July 8, 2011

Kisah Seorang Penjual Perempuan


Sebenarnya dah lama nak menceritakan pasal hal ni. Tapi selalu je tak jadi, sebab ada cite lain yang nak dicitekan terlebih dahulu.

Dulu, masa mak aku ada, dia la yang pergi pasarnya. Beli ikan, beli sayur, beli bawang, beli makanan macam apam balik [best!], beli macam-macam lah. Mak aku biasa pergi pasar dekat-dekat umah je. Kadang-kadang jalan kaki, bila diingat balik, kesian kan? Kadang-kadang beli dengan penjual bergerak je, ala.. yang masuk dalam kampung dengan van. Pernah tengok tak?? 

Lepas mak aku takde, biasa yang pergi pasar, ayah aku. Itu pun kalau hari minggu. Kalau hari-hari biasa, aku yang akan pergi pasar. Biasanya lepas balik keje, terus singgah kat pasar kalau stok kat umah dah habis. Kalau korang biasa baca MPS ni, selalu je aku duk gebang pergi pasar kan, sebenarnya di sebalik pergi pasar tu, terdapat cerita yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sebab bila pergi pasar je, mesti teringat kat dia. Siapa dia??

Kalau mengikut realiti, aku tak terer mana nak beli itu ini. Nak buat lauk pun tergagau-gagau. Ter uk ak uk ak :) Tak tahu pape.

Biasanya aku akan tulis apa yang nak dibeli [dulu la, skang ni ada jugak. he he he]. Lepas tu kan, Nak dijadikan cerita kan, masa aku pegi pasar aku singgah satu gerai. Penjual dia perempuan. Adalah dalam lingkungan 35-an kot. Tapi aku lupe nama dia apa [teruk nye aku]. Padahal dia selalu je bahasakan diri dia 'akak ...'. 

Contoh kalau aku buka kertas nak baca senarai barang yang aku nak beli, dia senyum je. he he he. [Malu saye]. Kalau aku cakap, 'saya nak bawang, nak kobis, nak itu nak ini..'. Dia akan tanya 'nak buat sayur ke?'. 'Aaa'. Kadang-kadang dia akan bagi cili merah free. Sebenarnya dah macam kebiasaan kat mana-mana pasar, dorang akan kasi apa-apa je lah tanpa apa-apa bayaran. Tapi bukan lah dalam amount yang banyak, biasa dorang kasi sikit jelah. Cili adalah benda yang fofulas dorang akan kasi.

Kalau nak tahu, akak ni baik sangat-sangat. Kalau aku macam lembap semacam je nak bagitahu apa yang aku nak beli. Dia senyum dan akan cakap kat aku.. 'tengok lah dulu eh..' Kalau kebetulan ada customer lain, dia akan layan dulu. Lepas aku dah ready dia akan layan aku pulak. Tapi akak ni sentiasa senyum, jarang nak nampak dia masam. 

Lepas tu, dia rajin melayan kerenah aku. Ye lah kan, nak cakap satu barang pun dah makan masa 5 minit, kalau 5 barang. Kire la sendiri berapa lama masa yang di ambil. ha ha ha. 

Setiap kali ke pasar, memang gerai dia la yang aku akan singgah. Akak ni dah kenal dah. Dan dia jugak tahu aku biasa beli santan kat gerai yang betul-betul depan gerai dia. 

Urmm, lepas tu kan, agak lama jugak aku tak ke pasar. Tak ingat la berapa lama.

Satu hari tu kan, aku ke pasar. Lepas tu, terus pergi ke gerai akak tu. Bila sampai kat gerai tu, gerai tu kosong. Barang-barang niaga langsung takde, tempat dia dah nampak macam berdebu. Time tu kan, memang terasa macam. Entah, payah nak cakap macam mana.

Aku tercegat kat depan gerai akak tu, lepas tu [sebab ingin tahu] aku tanya kat akak gerai sebelah, mana akak tu pergi. Dia bagitahu aku, yang akak tu dah tak berniaga lagi kat situ. Dah sebulan lebih kot time tu. Terkejut jugak bila tahu macam tu. Lepas tu pergi la beli kat gerai lain. Tapi tak sama.

Kalau pergi kat gerai lain, dah la senyum kadang-kadang tak. Kalau takde duit kecik, terus buat muka [padahal orang berniaga kenalah sedia duit syiling banyak-banyak. grrrr!] Memang tak mesra la dengan customer. Sebab tu sekarang, aku suke ke gerai yang muka penjual dia nampak baik. Kalau macam masam mencuka je, aku tak kan pergi. Entahpape kan? ha ha ha. 

Tiap kali datang pasar, mesti teringat kat akak ni. Mane la kan akak ni kerja sekarang? 

Hurrmmmm..





Wednesday, July 6, 2011

Sunday, July 3, 2011

Tom Yam Kuah Sayur


Balik keje, jalan macet giler. Biasa balik jalan biasa, nak tak nak balik jalan luar biasa. Sebab minyak kat tangki macam nyawa-nyawa itik je. Dah tukar jalan, still macet, tak tahu kenapa. Ingatkan ada kemalangan ke, apa ke. Takde pun. Pelik jugak. Tapi destinasi untuk ke petrol pump dan pasar perlu diteruskan.

Jam dah bergerak ke angka 6 lebih, isi minyak jam dah 630pm. Masuk dalam pasar, dah lewat sangat. Beli barang-barang nak buat tom yam. Yami yami! he he he. Bajet terer la konongg. Lepas beli barang tomyam, ada satu lagi haiwan yang perlu dibeli untuk melengkapkan tomyam. 

Pergi jengah kat barang basah. Mak cik kat gerai tanya.. 'tengok apa?'. 'Tengok ayam'. 'Orang dah balik dah'. 'Ooo...' [aku tau orang dah balik dah, sebab dah takde penjual ayam pun, dah ramai penjual yang dah bungkus gerai and bersihkan gerai tempat dorang berniaga]. 

Urmmm, ketandusan barangan penting!

Terpaksa la beli ikan, tapi gerai dah tutup jugak. Dorang tengah basuh tempat ikan, nasib baik ada lelaki nak beli ikan jugak. Jadi pakcik tu bukak tempat simpan ikan tu, penimbang dia. Terus amik ikan, timbang jual. [Laa.. boleh beli lagi ke?] Jadi, aku pun sama-sama .. 'saya nak ikan. RM.... je' malu nak tulis. ha ha ha.

Beli santan, balik umah buat kuah sayur. Apa ek nama dia yang betul. Urmmm.. ha! buat sayur kobis campur tauge. Tomyam? esok jelah, insyaAllah ayam akan ada esok. [Mesti mau sempat beli ayam esokkkkkk!!!!]







Friday, July 1, 2011

Namanya Hati


Dua tiga hari ni terasa agak berserabut. Bibir masih boleh mengukir senyuman, tapi hati mungkin tidak. Dah kalau namanya hati, mana pandai nak menipu tuannya. [ha ha ha. Agak klasik jugak rupanya ayat orang yang tengah berserabut nih]. Masa kat pejabat, memang tak tahu nak buat apa. Pegang itu tak kena, pegang ini pun tak kena. Nak kemas barang-barang yang nak dipindahkan, tapi macam sebu semacam je. Tak tahu nak buat apa.

Berenti sat buat keje, aku cari lagu. Lupa plak lagu apa, tapi bila dah klik kat angkasa maya tu, terjumpalah satu selawat yang memang menyenangkan halwa telinga. Terasa dekat denganNya. Padahal ini bukannya ayat penenang jiwa, tapi selawat murah rezki. Nampak macam kontra kan? Tapi tulah hakikatnya, terasa agak rileks sedikit bilemana duk putar selawat ni. Sebenarnya, aku tak tahu langsung ada video Nowseeheart ni [malu je kan? huk!] Sambil dengar alunan ni, aku sengaja bukak laman iluvislam, sebab kat situ banyak motivasi yang boleh kita baca. Sebenarnya, aku lebih suke diberi artikel motivasi [nah baca nih] berbanding cari sendiri artikel. Tapi memandangkan masa dan diri amat perlukan kata-kata motivasi, maka gigih mencari dan terjumpalah satu artikel yang aku rasa best. Artikel tu dah selamat aku post dalam entri sebelum ni. he he he.

Eh, jom kite pakat dengar SMR ni :)





Allahumma solli'ala Saidina Muhammad
solatan tuwassi'u biha'alainal arzaQ
wa tuhassinu biha
laanal akhlaQ
wa'ala alihi wa sohbihi wa sallim

wahai Allah rahmati dan kurniakanlah
kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah
dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami
dan menjadikan baiknya akhlak kami
dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya






Israk Mikraj - 27 Rejab 1432H


Lupa akan peristiwa penting ni, kalau tak buka fb itu hari. Sungguh tak ingat. Rabu itu hari, ternampak status Israk Mikraj pada sorang hamba Allah ni. Hanya dia seorang je yang tulis pasal Israk Mikraj tu. Semalam, aku semak kalendar. Lepas tu bile godek kat intenet, ada bagitau hari Selasa malam Rabu. 

Sekarang kat TV3 [Al-Hidayah] ada membicarakan tentang Israk Mikraj. Perlu diakui, ramai antara kita yang lupa/terlepas pandang pada peristiwa ini yang mana, kalau sebut pasal Israk Mikraj terus kepala otak ingat pada solat yang diwajibkan kepada umat Islam. 

Ilmu yang ada tak banyak, jadi entri ini sekurang-kurangnya mengingatkan diri sendiri akan kelalaian dalam diri. 





Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Al-Israa' :1]


Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.


Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu: 
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan). 
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. 
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. 
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat. 
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua. 
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat. Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu: 
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS. 
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS. 
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.


9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam. Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. 
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) 
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya. 
Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.


Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Yang kat atas ni, gugel kat intenet.

Mode : Muhasabah Diri