Monday, August 29, 2011

Akhir Itu Indah

Bumi Kuala Terengganu basah dengan hujan, di dalam yang putih itu juga basah dengan mutiara jernih.

Sebentar tadi, berakhir terawih terakhir di Ramadan 1432H. 

Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk diri yang tidak sempurna ini untuk menikmatinya.
Untuk merasainya.
Untuk sama-sama memeriahkannya.
Untuk dicelikkan dengan ilmu yang baru.


Akhir itu indah.
Sangat indah.
Semat rapat-rapat dalam kotak ingatan, paku kemas-kemas di lubuk hati.

Semoga akan jumpa lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Semoga Allah memberkati dan menerima amalan kita semua walaupun sebesar zarah.
InsyaAllah.



Saturday, August 27, 2011

26 Ramadan 1432H


Hari ni dah pun 26 Ramadan. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik, makan tidur, dah sampai ke penghujung Ramadan. Renungi semula sepanjang di bulan yang penuh barakah ni, apa yang kita [eh aku lah] dapat. Jawapan ada pada diri sendiri. Hati selalu mengharapkan Ramadan kali ini adalah lebih baik berbanding Ramadan yang sebelumnya. Namun diri masih rapuh untuk berpaut kukuh pada paksinya.

Hari ini juga merupakan Jumaat yang terakhir pada bulan mulia ini. Urmmm. Malam ini juga, hujan membasahi bumi Allah, menyejukkan isi alam. Memberi nafas baru kepada hidupan dan ciptaan Allah yang lain.

Hari-hari terakhir Ramadan pada kita manusia biasa, yang mana imannya hanyalah senipis kulit bawang [nafsu sentiasa memerangkap hati manusia yang lalai] mungkin sekadar sama seperti hari-hari biasa yang lain. Setakat menahan lapar dan dahaga, namun yang lain diabaikan. Bila difikirkan, alangkah ruginya kan? 

Sedikit syahdu tulisan pada malam ini kerana..




Tadi, terdengar bacaan imam daripada Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kat dalam radio. Getaran suaranya menyentuh perasaan. Kerdil bukan bila dibandingkan dengannya? Alunan suara imam itu yang bercampur sebak menghiasi ruang kereta. Ah, bukan senang seorang adam mengeluarkan airmata, meluah kesyahduan diri mereka. Sesiapa pun yang mendengar bacaan tu tadi, samada live atau tidak, tentu akan gugur jua mutiara putih. Manis bukan apabila mengetahui dan memahami pengertian Ramadan dengan sepenuh jiwa. Si pendengar pula, hanya mampu mengagumi, hanya mampu berfikir, hanya mampu merenung diri yang masih banyak lompang-lompong kekurangan. 

Ramadan dirindui oleh warga-warga akhir usia. Kerana mereka lebih faham dan sedar tentang rahmat umur yang diberikan kepada mereka [pendapat sendiri]. Mereka telah melalui seribu satu rencah kehidupan. Dan pada akhirnya, mereka sedar dan faham dengan sebenar faham. Kematian dengan mereka adalah dekat [berdasarkan ayat-ayat yang pernah mak si pemikir luahkan satu ketika dulu]

'Kita tidak tahu, sempat atau tidak menemui Ramadan pada tahun hadapan'.

Namun perlu diingat, Ramadan juga dirindui oleh mereka-mereka yang diberi rasa oleh Allah, tidak mengira usia. Rasa dan nikmat yang hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.

Si pemikir pula, hanya mampu berfikir lagi dan lagi dan masih berharap agar diri menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Untuk berubah memerlukan satu semangat yang kuat, bukan setakat pada tulisan, bukan setakat ucapan manis bibir, bukan setakat pada fikiran, bukan setakat di angin lalu. 

Oh, semangat, kekuatan dan azam, tolonglah datang kepadaku.



Friday, August 26, 2011

Nekbat

Warning : Entri yang dah lama terperap, baru nak lepas bersiaran 

Hari ni nak share satu cerita yang best dan resepi yang best. Suka bajet resepi best, padahal takde la best sangat. Tapi ok la :)

Cerita
Sebelum ni kan, ada pernah cakap pergi ke pasar borong [LINK]. Semasa pergi ke pasar tu kan, sempat beli nekbat kononnya nak buat pencuci mulut selepas berbuka puasa.

Tapi ada cerita yang sangat tak best, tapi Allah gantikan dengan cerita yang best. 

Apa dia? Jom baca [ha ha ha, macam iklan apa ntah].

Perkarangan orang menjual sayur-sayuran:

Me : mak cik nekbat ni ada jual sikit-sikit tak?
Makcik : ada..yang ni RMXX yang ni RMX.. [sori tak ingat berapa ringgit harga nekbat yang makcik tu cakap]

Bila makcik tu cakap boleh beli dengan kuantiti yang sedikit. Aku cakap ar nak RM1. Dapat lah 4.

Makcik : seringgit?? tak pernah orang beli seringgit.
Me : [rasa nak BLAAHHH SECARA TERUS~!! Paling aku tak suke orang yang cakap lebih kurang macam tu. tapi aku tak bergerak dari tempat tu. huk] 
Me : dah banyak tu makcik seringgit, dah cukup untuk keluarga saya

Makcik LAIN aka CUSTOMER LAIN TETIBA MENYAMPUK : ala, kita bukan nak makan sangat kan? sekadar nak rasa je kan. bulan puasa ni, mana lah makan banyak sangat.
Me : [sejuk sikit hati].. a'aa makcik. bukan makan banyak mana pun. memang sekadar nak rasa je nih.

Lepas urusan jual beli selesai. Balik umah.

Selang beberapa hari kemudian.

Terasa nak masak nekbat yang dibeli tu. Sebab nekbat tu, kita kene rebus dulu sebelum boleh makan. Ngee~!

Amik periuk, letak periuk kat dapur. Letak air, letak gula. Terus pergi cari nekbat.

Bila jumpa, nampak satu plastik ni kan. apa pulak benda ni eh? memang pelik. memang tak perasan/ingat yang dalam ni ada nekbat. Bila bukak plastik, TERKEJUT GILERR! Rupanya nekbat yang dibeli haritu.

Cuba tengok macam mana nekbat ni bertukar wajah.



Dah rosak dah nekbat ni. First time tengok nekbat jadi macam ni. Berhabuk, pendek kata memang tak boleh nak makan. Bila fikir balik, mungkin rosak sebab tak letak dalam peti. Takde rezeki.

Lepas tu pergi tutup api. Gula dan air yang dipanaskan tadi, terus dijadikan air gula.

Dan beberapa hari kemudian [eh, panjang pulak aku bercerita. hu hu hu].

Pergi la ke pasar tu sekali lagi. Niat asal nak cari ketam [LINK].

Masa kat pasar memang lalu depan makcik yang jual nekbat tu. Kelihatan dia sibuk dengan urusan jual nya.

Sebelum balik, terfikir untuk berpatah balik ke dalam pasar. Nak beli nekbat. ngee~! Yelah, hari tu tak boleh makan, sebab dah rosak. hu hu hu.

Cari punya cari, ternampak orang jual nekbat. Terus cakap kat adik tu, nak nekbat RM2 [itu hari beli RM1 dapat 4, kena sound, jadinya yang ni aku tambah singgit lagi tentu akan dapat 8 kan? cukuplah sorang satu untuk family nanti]. hi hi hi 

Masa adik tu tengah letak nekbat dalam plastik kan. Aku terperasan. Alamak!

Me : nak dua ringgit je..
Budak tu : dua ringgit la ni kak
Me : ooo ye ke?

Kalau korang nak tahu, banyak giler dua ringgit tu tau. bukannya 8 tapi 12 biji.

Terkejut la jugak bila dapat banyak tu. Bila fikir dan fikir balik. Nampak tak? Itu hari aku hilang semua keempat-empat nekbat sebab kerosakan yang melanda pada diri nekbat tu. Sekarang Allah ganti balik 4 nekbat yang rosak tu [senyum]. Nampak tak? Sebab tu lah, dalam kehidupan kita, jangan terlalu bimbangkan dengan rezki. Jangan memandang dengan hati yang jengkel dengan kepunyaan orang lain. Kerana Allah sudah menetapkan rezki untuk semua hamba-hambaNya. Jadi usah beriri hati, usah busuk hati dengan apa yang orang lain ada. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kita selalu lupa dan kurang bersyukur dengan apa yang kita ada, tetapi kita selalu risau dengan apa yang kita tiada [p/s : untuk diri sendiri jugak].

Sekarang kita ke agenda masak-masak pulak ye.

Resepi 
Masak nekbat yok!


Panaskan air dan gula dalam periuk. Letak gula dalam 5 sudu macam tu. Nanti takde la manis yang ampun! Air pulak, agak-agak je, jangan terlebih air. Oh ya, yang ni saya masukkan sirap sikit tau, sebab akak ipar cakap nanti kaler dia cantik. Merah-merah gitu mak ngah. Saya ikut ajelah :) Sebab tak pernah masak dan letak sirap sebenarnya.

Korang letak jugak daun pandan nak kasi aroma lagi wangi dan segar. wa wa waaa.



Masukkan nekbat yang dibeli tu ke dalam periuk. Contoh sepertimana yang tertera di atas sana. Haa, tengok tu, nekbat tu dah mula nak kembang. Sori lupa nak amik gambar nekbat yang dibeli, jadi tak boleh nak tunjuk beza nekbat yang belum di masak dan telah di masak.

Kita biarkan aje. Biar dia masak. 


Dah pun siap. Senang je nak masak nekbat ni. Tak sampai 30 minit pun. [Balance nekbat lagi 4, urmmm. Tak tahu bila lagi nak masak. huk!]

Sekian, entri bercampur dari saya.

he he he.


Salam sayang:
Aidalela | MPS 
b a l  i  k l  a  h



Thursday, August 25, 2011

25 Ramadan

Saya selalu menolak apa yang dibentangkan.
Saya selalu menolak tuah yang diacu kan.

Akal pendek berkata : adakala terbit penyesalan dengan kerenah kolam hati sendiri
Akal panjang berbisik : Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Yakin lah. Jangan pernah berputus harap

Selamat beriftar

Wednesday, August 24, 2011

Ramadan Terakhir

Tadi baca suratkabar. Baca Metro dan juga Sinar Harian. Sedih giler. Membaca sambil mata bergenang dengan ayaq mata. 


Tengah menaip ni pun mata berubah menjadi panas. Sedih, nak-nak bilamana ada gambar mangsa yang tertimbus dengan pasir macam tu. Mulanya terfikir jugak, boleh ke letak gambar mangsa ni. Namun sebagai pengajaran kepada diri sendiri, muhasabah diri, aku rasa boleh la kot.

Menurut Metro tadi kan, mangsa ni nak alihkan papan yang menutup konkrit. Lebih kurang macam tu la, dah lepas alih semua konkrit tu runtuh ke atas mangsa. Kalau nak tahu cerita selanjutnya mungkin korang boleh bukak Metro Online.

Aku nak tulis berdasarkan pendapat aku.

Bila tengok dan baca ayat dalam Metro dan melihat sendiri gambar mangsa macam tu. Memang sedih. Aku terfikir, dengan niat murni pakcik ni, pergi mencari sesuap nasi, mencari rezki untuk keluarga. Namun hanya dia yang tahu apa yang ada di dalam hatinya.

Biasanya mereka yang akan meninggal sudah tahu waktu mereka akan pergi. Namun tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Bila lihat macam ni, aku selalu terfikir, mungkin Allah dah ambik nyawa dia sebelum tu. Dengan kopiah yang masih melekat di atas kepala, menunjukkan betapa besarnya kebesaran Allah. Mungkin dengan amal ibadat pakcik ni, Allah akan merahmatiNya di dunia dan di akhirat.

Ini Ramadan terakhir beliau.

Teringat kat arwah mak aku dulu kan, masa dia kemalangan. Muka mak aku dah tertutup dengan tudung yang dipakainya. Seolah-olah macam ada orang tutup wajahnya. Subhanallah.

Tapi aku yakin, semuanya tu terjadi sebab Allah nak tunjukkan, apabila kita menitikberatkan penutupan aurat. InsyaAllah Allah akan melindungi diri kita, jauh dari aib. Dan Allah akan melindungi aurat kita [muhasabah lagi].

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua muslimin dan muslimat yang telah pulang ke rahmatullah. Semoga Allah jauhkan dari azab api neraka. Amin.



Sunday, August 21, 2011

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Ape


Satu tengahari tu kan, balik dari bandar [beli barang]. Eh eh, Rayyan ada datang la. Suke sangat. Sebab perasan sendirik, konon macam dah lama tak nampak Rayyan. Eh, sebenarnya kalau tak silap, Rayyan baru je datang sebelum ni. Ah tak kira ar, dah kite rasa lama tak jumpa Rayyan. Jadi seronok la nak berbual-bual dengan Rayyan.

Eh, sat. Urmm. Kite ada plan ar, nak kene beli ketam. Semalam dah janji nak cari ketam, tapi kite pulun tidor. hu hu hu. Biasa la, buat latihan mata. Teruk giler rasa diri nih. Baru je tadi dengar kat tazkirah dari masjid berdekatan dengan umah ni. Ustaz tu cakap, kita sekarang dah masuk peringkat ke - 3 Ramadan. Ramadan ni macam liga bola jugak, ada pusingannya. Hanya mereka yang kuat saje yang boleh pergi ke liga seterusnya [muhasabah diri yang banyak kekurangannya nih. aihhh~!!]

Nanti sambung balik eh.

[Sepatutnya entri ni bersiaran lebih awal di MPS, tetapi terperap dalam draft selepas off pergi beli ketam. Tapi ketam takde pulak semalam, jadi pergi beli barang-barang basah lain je]

Sambung terus ke cite asal.




Rayyan : cida baru balik ke?
Cida : a'aa.. baru balik. Rayyan dah lama ke sampai?
Rayyan : takde la lama sangat, baru je. Maaflah Rayyan tak pakai baju, hangat sangat la cuaca sekarang cida.
Cida : tu la pasal, tapi takpelah, rayyan kecik lagi. boleh lah tayang body macam tu.




Rayyan : cida.. cida ..pandanglah sini..
Cida : apa dia? 
Rayyan : he he he, malu nak cakap.
Cida : cakap jelah, buat apa nak malu pulak. ha ha ha. muka rayyan kelakar bila malu.
Rayyan : he he he.




Rayyan : eh cida, ni apa nih?
Cida : ni barang-barang cida la. rayyan tak boleh guna barang-barang ni, sebab rayyan tak pandai guna lagi.




Rayyan : cida, rayyan ada benda nak bagitahu ni. 
Cida : ye apa dia? cakap je lah. tak payah nak main teka-teki macam tu, cida tak pandai nak jawab
Rayyan : bukan main teka-teki la cida. rayyan ada satu cite nak kongsi dengan cida. BESTTT cite dia.
Cida : kalau best, apa dia? cite ar
Rayyan : cite arnab dengan kura-kura. 
Cida : ha ha ha. tak nak ar dengar cite ni, cite ni cida dah tahu dan dah hafal sangat dah
Rayyan : tapi cite ni best, semua kawan-kawan rayyan suke bile rayyan cite kat dorang. dorang tak tahu cite ni tau. rayyan je tahu cite nih
Cida : ha ha ha. dengan kawan-kawan seangkatan boleh la, tak nak ar dengar cite rayyan




Rayyan : uuuurrrrrrrrrmmmm, abis tu apa yang rayyan nak cite pada cida eh?
Cida : tak yah cite la, cida nak layan rayyan je, lagipun rayyan kan susah nak datang sini
Rayyan : bukan tak nak datang sini cida, tapi ayah sibuk. sibuk main futsal. geram la rayyan kat ayah tu, tak faham perasaan rayyan nak datang umah tokki





Rayyan : kalau rayyan besar nanti kan cida, rayyan nak datang sini hari-hari. boleh borak-borak dengan cida. boleh suruh cida beli macam-macam. beli eksrem. he he he. Eh cida, cida dengarlah cite rayyan ni. TAK SABARRR NAK CITEEEE.
Cida : tak nak ar. tak best




Rayyan : apa??? tak best?? rayyan gigit tali beg cida. biar putus, baru puas hati rayyan. kalau rayyan tak datang sini, cida merungut. bila rayyan nak cite best, cida tak nak dengar pulak.
Cida : jangan la gigit tali tu. nanti bila dah putus, cida nak pakai beg mana lagi??
Rayyan : beli baru
Cida : ah, cida bukan cop duit
Rayyan : kumpul ar sikit-sikit duit tu, nanti boleh ar beli
Cida : tak nak, cida sayang beg nih. lepasssssssss!! kalau rayyan berhenti gigit tali tu kan, cida kasi ni kat rayyan. he he he. nak tak??
Rayyan : whoooppp!




Rayyan : mestilah rayyan pilih botol sedap ni dari tali beg cida tu. tak best langsung tali tu
Cida : abis tu, sape suruh gigit?
Rayyan : saje, lepaskan geram
Cida : lenkali tak boleh buat macam tu 




Rayyan : rayyan mintak maap cida, lenkali rayyan tak buat lagi. tapi cida kene janji, lenkali cida kene dengar cite rayyan eh. nanti rayyan cite pasal atomeng pada cida. nak dengar tak cida? hu hu hu
Cida : ye la ye la, nanti cida dengar eh.

[mode : tak sabar nak tunggu rayyan boleh cakap-cakap]


.........................................................
love
a     i     d      a      l      e      l      a
MPS | m y p e r s o n a l s p a c e




Saturday, August 20, 2011

Fasa Ke-3

Ramadan dah masuk fasa ketiga
Dah minggu akhir
Masa berjalan meninggalkan kita yang alpa
[Err, aku la tu]

Bacaan imam tadi sangatlah meruntun hati dan jiwa
Sedap merdu
[Err, tak khusyuk ke solat ku?]
Aihhh~!!

Bukan itu yang nak dipentingkan
Yang nak dipentingkan
Terasa kerdil dengan pengalun bacaan yang didengar
Surah-surah yang dihafal
Dialun indah
Hanya hati yang terang dapat menghafaz dengan sebegitu baik kan?

Suasana sejuk Masjid Putih amat mendamaikan
Hati saya tetap merasakan seperti berada di tanah suci
Berangan nak jauh aje eh??
[Err, nak senyum ke camno ni eh?]

Melihat jemaah wanita yang berusia, sederhana usia
Mengasyikkan pandangan
[Eh, nampak sangat suke perati gelagat orang]
Whoopp~!

Terlintas di fikiranku, betapa banyak ilmu mereka berbanding si pemerhati ini
[Ok! tunduk diam malu membukit]

Ramadan bererti bagi mereka yang mengerti
Ramadan dirindui bagi mereka yang mencintainya
Ramadan ditangisi bagi mereka yang tahu isi dalamnya
[Err, aku masih belum sampai ke tahap sebegitu]

Semoga Allah menerima amalan kita semua
Semoga Allah merahmati apa jua kebaikan yang kita lakukan
Amin

[Bila datang angin muhasabah, begini la saya]



Friday, August 19, 2011

Pantai Love Friendship


Kalau berjanji, biasanya saya akan ingat janji yang ditaburi pada seseorang itu. Dan pada bulan 4 yang lama dahulu, saya berjanji kononnya nak mengajak kawan baik saya keluar makan. Sebenarnya masa bulan 4 tu kan, birthday dia. Kami bergayut borak-borak. Hampir 1 jam jugak. Mulanya heran, 'eh tak habis ke prepaid dia?' Kami pakai prepaid je. he he he. Lepas tu dia cakap, dapat apa ntah sempena birthday, jadi boleh la borak lama-lama. Free. 

Masa tu la saya janji nak ajak dia kuar, tapi bulan berganti bulan. Hari berlari meninggalkan detik, meninggalkan saat. Lalu bulan 4 bertukar menjadi bulan 7. Sepanjang tempoh tersebut kan, saya mendiamkan diri. Sebab saya tak mampu lagi menunaikan janji saya. wuu! Dan selepas saya rasa saya mampu, dengan masa yang ada, saya terus set kan masa nak dating. ngee~! Lepas kawan saya setuju terus kami jumpa.

Saya suka pantai, jadi saya memang nak SANGAT ajak orang-orang yang saya sayang ke pantai kegemaran saya ni. Dulu saya ajak kawan saya dengan adik-adik dia sekali, ajak kawan-kawan lain jugak, ajak anak buah, ajak mak ayah [dan mak saya suke jugak pada pantai ni :) ] Kalau nak tahu, pantai ni dengan saya dah lama dah. Hampir 10 tahun yang dulu kot, abang 1 saya lah yang perkenalkan pantai ni kepada kami [adik 3, adik 4.. ah! tak ingat adik mana lagi. ha ha ha. kejam giler kakak].

Masa duk dalam kereta, borak-borak lalu saya decided pergi pantai nih. Sebenarnya plan awal, nak ajak jenjalan jer. Nak makan kat tempat lain. Tapi kawan saya.. [eh, lupa nak bagitau nama. Nama dia Azie]. Oleh sebab azie kejar masa, jadi kami buat keputusan makan kat warung sini ajelah. Kalau nak tahu, dulu takde nye warung ni semua. Kosong je pantai ni. Dulu kan, orang tak berapa tahu sangat adanya pantai ni. Sebab dia macam tersorok sikit.




Kami buat pilihan mengikut nafsu perut. ha ha ha. Sebab masa tu tengah lapar. hu hu hu.

1. Mee goreng basah yang baru je masak. Panasss lagi. Sedap jugak.
2. Pari goreng celup tepung. 
3. Sotong celup tepung

Kesimpulan dia kan, tepung yang dia buat sangat sedap. Garing. Krup krapppp! Memang sedap.



Plan nak pergi makan lagi bila dah habis bulan Ramadan nanti. Tapi tak tahu la bila. Kalau nak tahu, ada satu lagi tempat yang best. Nanti kalau saya pergi, saya postkan gambar dia kat sini.Yang warung satu lagi tu kan, memang special sikit. Sebab dia akan bagi kita gunting untuk potong sotong celup tepung tu. Sotong pulak, pilih je la nak yang mana satu. Nak yang kecik ke, besar ke. Ikut pilihan masing-masing.



Kat sini, sotong dorang dah siap-siap potong dah. Tunggu makan je. Oh lupa nak upload, air kelapa dia sedap sangat [semua sedap ni]. Terasa kekelapaan dia. Fresh jer. Lepas satu gelas saya bedal, saya tapau lagi air ni. Memang puas hati.



Berbekalkan perut yang dah kenyang. Saya bawak kawan saya pergi sini. Dia 1st time datang sini. Tak tahu la apa perasaan dia. Harapnye dia suka lah [lupa pulak nak tanya dia hari tu, suke ke tak datang sini. ish!]. Ni pemandangan dia, luassssss sangat [memang la luas, dah nama pun laut]. Saya paling suka tang batu-batan kat sini. Memang cantiiiikkkk kalau tengok secara live. Dengan angin dan air kelapa kat tangan, hirup macam gelagat orang kaya pulak [eh, orang kaya macam tu ke gayanya?]. Kat sini la tempat saya dan kawan baik yang sorang lagi, suke sangat duk shooting. Kami suke bergambar kat sini. 



Kami kat batu, dan bila toleh ke belakang. Nampak suasana yang sangat la .. tak tahu nak cakap apa. Tapi saya suke sebab rasa rileks je. Mula la berangan nak beli dslr. ha ha ha. Tak boleh blah punya berangan.



Kat sebelah satu lagi, ada pantai yang landai. Kat sini orang awam duk sibuk mandi-manda. Biasanya yang datang family, ada jugak yang datang semata-mata nak shooting. Ala, photoshoot.




Dulu, takde nya berderet kenderaan macam ni. Takde nya warung, dan khemah orang duk menjual. Semuanya sepi. Sekarang agak meriah. Seronok jugak bile melihat perubahan tempat nih. Tapi harapnya janganlah dicemarkan tempat yang saya sayang ni. Huk~!

Oklah, sekarang siap-siap nak hidangkan juadah berbuka. Selamat beriftar semua 0_o




Thursday, August 18, 2011

18.08


Petang ni, saya akan menulis dengan lebih telus sedikit berbanding biasa. Sebelum persoalan 'habis tu sebelum ni??' terpop up di minda kamu semua, saya jelaskan dulu la ye [bajet ada orang terfikir macam ni, padahal mungkin takde pun. hi hi hi] 

Sebelum ni, ada yang saya baitkan dengan kata-kata double meaning, yang mungkin hanya saya yang faham. Sebab manusia yang bernama Aida ni agak tertutup untuk sesuatu hal. Contoh, saya tidak akan bercerita sebelum sesuatu itu sampai waktunya. Haa, macam tu la contohnya, dan adakala saya just bagi hint je. ngee~!

Ok lah, tak payah pening-pening, semua orang dah penat di petang hari nih kan? Berbalik pada entri yang bermakna sangat-sangat ni kan, ingin saya kongsikan pengalaman yang amat berharga yang Allah kurniakan kepada saya. Pengalaman ini tidak boleh dijual beli, harganya melebihi segala-galanya. Mana yang baik jadikan panduan kehidupan, mana yang kurang adalah kelemahan saya sendiri :)

Selepas kejadian tersebut [disertakan link untuk pemahaman], saya dapat rasakan, Allah sayang saya melebihi keluarga saya menyayangi saya. Allah masih sayangkan saya dengan memberi kehidupan kali kedua kepada saya, memanjangkan lagi nyawa saya untuk saya lebih menginsafi dan merenung kehidupan dengan lebih matang.

Memberi pengajaran yang sangat berguna. Memberi kekuatan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Memberi makna frasa kehidupan yang lebih meluas kepada saya. 

Allah memberi saya seribu satu dugaan, namun Allah menyediakan jalan yang luas untuk saya terokai untuk mencari satu formula kepada penyembuh dugaan tersebut. 

Allah memberi saya tangisan yang banyak, tapi Allah tidak pernah lupa untuk memberi saya senyuman dan ketawa dalam kehidupan. Dan saya sebenarnya takut jika Allah menarik balik nikmat-nikmat yang telah Dia kurniakan kepada saya.

Nikmat makan, minum, kegembiraan, menulis, menaip, berjalan, menangis, belajar untuk bersyukur dan macam-macam lagi nikmat yang terlalu banyak untuk saya tulis. Semuanya itu amat berharga kepada saya yang tidak punya apa-apa.

Ianya membuatkan saya melihat sesuatu itu dengan eagle view. Namun adakala saya juga seperti insan lain, alpa dan tergelincir dengan perasaan sendiri. Adakala eagle view menjadi kelam kelabu. Tak nampak pape. Saya tahu di mana kelemahan saya, dengan benda-benda kecik contohnya, adakal membuatkan saya hilang sabar. Namun apabila berdepan dengan benda-benda besar, kesabaran yang entah datang dari mana akan menemani saya. Sulit untuk menerangkan dengan jelas. he he he.

Bagi saya, mereka yang di uji dengan kehilangan ibu, bapa, adik beradik, suami atau sesiapa yang terdekat, akan memperolehi seribu kekuatan yang hanya mereka yang melaluinya sahaja yang faham dan mengerti dengan sesungguhnya.

Adakala berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bidalan ini amat sesuai. Dan bagi bahu yang memikulnya, perlulah memandang dari side yang positif. Kerana percayalah Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Tidak. 

[Saya mendapat satu ilmu baru yang mungkin dapat saya share dengan anugerah nanti. InsyaAllah. ngee!]

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan yang saya ada. Dengan kasih sayangNya yang tidak pernah lekang pada diri hamba-hambaNya. Berfikir la dengan mata hati.

Err, kalau selepas ni saya menulis dengan merapu, anggap la saya punyai kelemahan yang tersendiri :) 

Kerana saya bukannya sempurna dan kesempurnaan itu bukan hak milik manusia melainkan DIA.




18 Ramadan 1432H
18.08.2009 - 18.08.2011
Plat kereta : 8108

AL-FATIHAH - RAMADAN 1430H




Wednesday, August 17, 2011

Cuti Nuzul Al-Quran

Mulanya nak ucap selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadan. Peristiwa ayat pertama Al-Quran diturunkan, secara sedikit-sedikit sehinggalah lengkap [kalau silap tolong betulkan]. 

Sepertimana tajuk kat atas, hari ni hari cuti,  Dengan adanya cuti ni bolehlah merewang ke pusat bandar. Pagi-pagi dah keluar. Semangat macam asap berkepul-kepul kat udara.

1. Pergi hantar biskut raya yang dikirim kawan. Mengidam semperit. Eh, lama sungguh tak jumpa dengan kamu. Comey, tak sabar nak tunggu baby di bulan September nanti. 

2. Jalan sesak giler kat bandar Kuala Terengganu, terasa nak naik motorsikal je. Senang boleh celah-cilok

3. Tak patut saya jadi mam besar di tepi, mak baby yang bawak kete. hi hi hi.

4. Cuaca sekarang sangatlah manis. Terik sangat. Tapi Alhamdulillah [kalau hujan cakap hujan, kalau panas cakap panas, tak pernah puas]

5. Gilerr payah nak cari parking. Pusing-pusing tapi tak jumpa jugak. Last, buat parking haram. hi hi hi. Nasib baik tak kena saman. huk~!

6. Pergi beli kain konon nak buat raya. Jumpa jugak dengan kaler yang diidamkan. Yang ni last minute punye idea dan keinginan. Warna yang nak dipakai masa 1st day raya, urrmmmm.. mungkin tak jadi kenyataan kot. Jadinya mungkin akan gunakan baju sedia ada. Cukuplah dengan apa yang ada.

7. Dah berhari-hari duk dengar lagu ni. Kat office ke, kat umah ke, asyik putar yang sama. Sedap. Syahdu je. Susah nak cakap dengan tulisan, kene rasa sendiri. Eceh! Adik 4 cakap dia dah naik muak duk dengar lagu ni. Akak ipar cakap, dah start suke kat satu lagu tu, urmm.. memang akan pasang lagu tu sampai boleh hafal lirik. he he he.

Jom ar pakat dengar sama-sama. BESTTT~!!!!




Law Kana Baynana

Sebenarnya dah lama cari lagu ni, baru jumpe minggu lepas kalau tak silap. Lagu ni untuk program kat Al-Hijrah 0_o



Monday, August 15, 2011

Tudung


Kalau cakap pasal tudung, aku takde tudung yang spesifik sangat. Kalau terasa nak pakai shawl, aku rembat je shawl. Kadang-kadang tak ar lawa mana pakai shawl ni, tapi aku saje je perasan ok je. hi hi hi. Kalau terasa nak pakai tudung ala-ala ariani. Aku pakai je, lagipun tudung macam ni senang. Nak pergi mana-mana, sarung kan aje kat kepala. Tapi dalam banyak-banyak tudung, aku lebih prefer pakai tudung bawal. Terasa seperti Amni dalam Stanza Cinta. ha ha ha. Merepek dan perasan [anggap je tulis kat dalam diari hijau]. Tapi tak dinafikan, aku lebih selesa pakai tudung bawal. Ada jugak budak office, tanyakan macam mana nak pakai tudung bawal macam aku punye style. Bila aku ajar, dia cakap tak sama macam aku pakai. Urmm, aku rasa sama je. Selempang camtu je. Mungkin dia punye style pemakaian lain, aku punye lain. Jadi mungkin dia tak biasa dengan style aku. Tu pasal dia cakap tak jadi [agaknye la kan].

Bulan lepas, semasa kebosanan melanda. Lepas je pergi bayar ansuran kereta, terus ke kedai tudung Desa Murni [DM] Pengadang Baru. Konon nak beli tudung. Memang itu la niat awal dan niat terpendam setelah sekian lama. Dari satu minggu ke satu minggu, at last sampai jugak kat DM ni. Tudung kat DM memanglah tersangat murah. Dahlah bermacam jenis, nak macam mana. Cari je. Ada yang berbunga-bunga, ada yang plain. Rambang mata duk memilih. Erra Fazira pun dah jadi duta tudung kat DM ni. 

Harga dia pulak [macam aku cakap tadi], memang sangat murah. Jadi tak payah risau la duit tak cukup ke apa ke. he he he. Dalam satu jam duk membelek, akhirnya aku beli 3 warna tudung. 




Yang ni ada yang saiz S, M. Saiz L aku tak beli, sebab besar sangat. Yang M dah menutupi dan memenuhi kehendak aku. hi hi hi.




Kalau nak tahu, semua kos untuk tudung-tudung ni kan, hanyalah RM29++ Tak sampai 30 kalau tak silap. Best kan? Beli banyak-banyak, sampai puas hati. Oh ya, sebenarnya kat DM ni, ada jugak dijualnya tudung-tudung yang mahal. Korang pilih je. Macam aku, tak kisah sangat. Biasanya aku beli yang murah-murah je. Tapi aku akan pastikan ianya elok, awning dia tak rosak. Kena pandai pilih. Nanti kan, tak pasal-pasal dapat yang rosak. Kecewa tak sudah, menyesal membebel sorang-sorang [macam ada pengalaman je. hik!]

Ok lah, cukuplah entri pendek untuk petang ni. Baru perasan, entri sebelum ni [Untuk Syawal] macam tergantung je kan? ha ha ha. Sebab entri tu sebenarnya banyak cite, cuma aku lupa nak buat numbering. Layan kan ajelah.



Saturday, August 13, 2011

Untuk Syawal


Tak tahu kenapa, selepas menonton satu kisah, saya terasa ingin memakai pakaian di pagi Syawal dengan warna tersebut. Warna apa.. nanti saya akan tunjukkan eh.

Saya ingin menyediakan pakaian indah untuk Syawal nanti. Saya dah plan dah. Harap saya punyai masa dan kesempatan untuk pergi belinya nanti. 

Saya ada menonton satu video, video ni yang last year punye. Masa Ramadan, dan saya masih simpan link video ni. Tapi tak boleh nak share kat sini [mungkin saya tak reti nak share kot, sebab video ni dalam fb]. Berulang kali melihatnya, saya tak terasa jemu. Syahdu! sungguh.

Tadi, saya ada terbaca satu blog ni kan. Blog lelaki, perubahan yang dilakukannya membuatkan saya terfikir akan tulisan saya sebelum ini. Allah boleh membolak balikkan hati seseorang itu. Dan lelaki itu berubah ke arah kebaikan. Saya tak kenal dia, dan dia pun dah berumah tangga. Tapi saya terbaca kisah dia. Manis sungguh bila Allah letakkan di hati seseorang itu cahaya, cahaya yang tentunya membawa kebaikan. Teringat akan Sham Kamikaze :)

Gunakanlah Ramadan yang ada dengan sebaiknya. InsyaAllah.




Friday, August 12, 2011

Arang Batu

Saya tak minat kucing. Sayang kucing jauh sekali. Tapi kalau setakat amik gambar kucing, urmm. Ok je. Janji kucing tu comey, bersih. Yang macam berpenyakit, saya agak geli. Bukan tak pandang langsung pada kucing yang sebegitu, pandang. Cumanya akan pandang dengan pandangan sekilas. Zaaaasss! gitu. Tapi biasanya tertakluk kepada keadaan semasa lah.

Nak buat macam mana, dalam jiwa saya tiada sifat kasih sayang kekucingan. Jadi saya terima. Kalau nak tahu, adik 3 dan adik 4, dan juga ayah saya, sangat sukakan kucing. Tapi tak delah sampai mandikan kucing, sikat bulu kucing. Eee, tak sampai ke tahap tu lagi lah. Orang cakap, sapa yang minat atau suka bela kucing, diri dia penuh dengan kasih sayang. Seorang yang penyayang. Kagum saya.

Baru-baru ni, kucing yang telah tinggal secara tetap dan boleh dikatakan telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami, telah pun selamat melahirkan anak untuk kali ke beberapa puluh kali. Entah, saya dah tak terkira berapa kali dia beranak. Sebabnya, pada tahun 2011 saja kan, dia dah beranak dua atau 3 kali kot. 

Yang terkini adalah anak dia sepertimana rajah di bawah. Mohon pandang pada rajah ye.




Ni anak dia yang ke 4 kot. Itu hari dia lahirkan empat anak. Salah sekor anak dia, yang ni kan, sangattttttttt laaahhh menyakitkan hati saya. 

Antara jenis kesalahan yang telah dia buat.

1. Saje je dia menggantungkan diri dia pada kain langsir bilik kat umah saya, hangin giler
2. Datang gesel-gesel kat kaki saya. Weyy! tolong lah, jangan buat manja camtu. Tak suke!
3. Macam-macam lagi lah. 

Akibat geram, saya buat pertama kalinya dalam hidup saya telah menamakan kucing yang sekor ni, dengan nama ARANG BATU. 

Adik 4 dan kakak ipar saya gelak bila dengar nama kucing tu. Saya pun tak tahu camana saya boleh dapat nama tu. Spontan je. Sebab geram sangat kat dia nih. Ah, mungkin sebab dia hitam kot.

Ada satu hari tu kan, malam, jadi saya nak tutup pintu umah saya. Malam gelap, jadi saya tak perasan arang batu ni. Yelah warna dia kan agak black sikit. hi hi hi. Masa nak tutup pintu tu kan, terbunyi 'Iyeeeekkkk'. Terkejut gak bila dengar bunyi macam tu. Bila saya pandang bawah, nampak arang batu. Rupanya kepala dia tersepit kat pintu yang saya nak tutup tu. Cepat-cepat saya bukakan pintu tu balik. Kesian kat dia. Saya tak sengaja. Saya dengan ikhlas hati terus ucapkan dan mohon maaf banyak-banyak kat dia. Saya betul-betul tak sengaja. Walaupun saya tak suka kucing, saya tak sampai hati nak aniaya haiwan nih. 

Selang beberapa hari kemudian. Seminggu kot, adik 4 saya tanyakan saya. Mana arang batu? Eh, saya baru terperasan akan ketiadaan dia. Saya cakap tak tahu. Time tu barulah terasa macam nak tengok dia. Adik 4 saya cakap mungkin dah mati kene makan dek ayah dia. Bab-bab mati nih, saya tak heran sangat. Sebab adik-beradik arang batu ni kan, semuanya mati awal. Ada yang mati mengejut. Ada yang mati kene makan oleh ayah mereka. Kejam giler si ayah. Sanggup makan anak sendiri. Weekk! 

Sebenarnya saya berharap juga arang batu ni balik semula kat umah. Tapi selang sehari, selang dua hari. Saya dah tak berharap dah. Tu lah satu-satunya kucing yang sempat saya namakan dengan nama yang comey [perasan, ah! saya memang suka perasan bila cakap dengan adik saya. saje bagi dia hangin! hi hi hi]

UNTUK ARANG BATU

Semoga kamu tenang di mana pun kamu berada, samada hidup atau pun telah tiada.



Juadah Sepanjang Ramadan


Jumaat ke dua untuk Ramadan. Alhamdulillah. Sekejap je dah pun 12 Ramadan. Arwah mak aku dulu penah cakap [biasa la kalau ada pape, mesti teringat kat kata-kata dia]. Bila kita melepasi 15 Ramadan, puasa akan lebih terasa cepat. sebab ianya menurun. Dalam kata mudah kiraannya menjadi 15, 14, 13, 12 ... dan seterusnya. Masa sekarang memang cepat berlalu. Macam air. Kadang-kadang tak sempat nak buat sesuatu yang betul-betul berfaedah, kadang-kadang rasa banyak membuang masa. Sedar akan kerugian tu, tapi kurang sedar untuk segera berubah. Manusia yang menaip ni kadangkala alpa.

Urmm,kali ni agak kurang rajin nak buat satu persatu entri untuk juadah berbuka [eleh! macamlah sebelum ni ada buat entri macam tu]. Tak kisahlah, yang penting saje nak share apa yang kami sempat buat masa berbuka puasa. Dan sepanjang Ramadan ni, aku tak pernah lagi membeli lauk, kuih-muih kat bazar. Tak tahu la bila nak pergi. Setakat ni, hati tak terbuka lagi nak pegi beli kat bazar. 




1 Ramadan

Ini namanya kuih kasidah. Kuih zaman dulu. he he he. Biasanya orang tua-tua suka kuih ni. Sedap. Manis tapi takde la manis macam gula tumpah. Manis yang ok lah. Kuih ni biasanya ditaburi bawang goreng, tapi masa ni bawang masih ada kat dalam plastik. Kuih ni tak beli pun, tapi pemberian budak opis. Buat berbuka masa hari pertama Ramadan itu hari. Ayah aku je yang makan, aku tak termakan plak itu hari.




Puasa hari kedua. 

Aku buat sirap selasih je. Tapi tersilap rendam selasih lama sangat. Dah kembang semangkuk selasih ni. Agak besar dia mengembang. hi hi hi. Masa kecik-kecik suka sangat panggil selasih ni, anak berudu or anak buddu [ganu slang]. Bila ada selasih, terasa di bulan puasa. hi hi hi.




Hari ketiga Ramadan

Yang ni namanya sayur campur. Hangit sikit. ha ha ha. Hentam je lah. Rasa dia, lupa la macam mana. Almaklumlah, dah selamat bermastautin kat dalam perut tu ha. Jadi dah lupa akan rasa dia [makan tak hingat!]



Yang ni goreng daging. Amik resepi kat dalam itenet ni haa. Tapi tak berapa nak menjadi. Rupanya, kalau kita blend serai bersama bawang semua tu kan, rasa dia tak berapa nak sedap. Pelik. Lenkali takmo ar ikut resepi tu lagi. Mungkin tuan empunya resepi tu pandai buat, hasil dia mungkin sedap. Tapi bagi aku, urmmmm.. tak best ar, sebab rasa dia pelik. Tak ngam sangat serai tu dengan bawang. Aku dah la tak terer masak, pandai nak komplen je. he he he.




Buat ikan singgang je. Boleh la tahan sedapnya. Nak cakap sedap sangat-sangat tu, takde la sangat. Biasa je sedap dia. Boleh tahan [ulang lagi untuk kali kedua]. Kalau orang lain yang buat, mesti sedap kot :)




4 Ramadan pulak

Dapat tart comey dari kawan pejabat. Tenkiuuuu. Sebenarnya tart ni ada kat dalam handbag. Bila dah masak kat dapur, berbuka semua. Dah nak tidor, barulah teringat akan tart ni. Bangun amik, amik gambar sat dan makan. ha ha ha. Sayang jugak nak makan sebab tart ni comey, siap ada lukisan ala-ala motif bunga/daun lagi kat atas. Kreatif sungguh yang buat tart ni.




Hari kelima

Ini adalah asam pedas ikan pari. Haa, ikan yang aku duk sibuk mencari tu kan, dah selamat di masak dan dijamu oleh kami sekeluarga. Kalau nak tahu resepi dia, boleh la gugel. Sebab resepi ni aku tak simpan plak dalam soft copy, itu hari aku just print macam tu je. Cumanya masa buat resepi ni, dah ok dah. Sedikit tawar dan kurang pedas. Masa menumis tu kan, dah letak cili dah. Bila dah nampak merah aku buat kesimpulan dah memang pedas la tu. Bila tengok warna merah kat dalam periuk, naik takut gak aku. Takut pedas, nanti payah nak makan. Rupanya bila dah masak, dah rasa semua bagai. Urmmm, kurang pedas. Bila kurang pedas, rasa dia tak naik sangat lah. Lenkali kene tambah kepedasan, barulah sesuai dengan nama dia Asam Pedas Ikan Pari. Ini dah jadi asam ikan pari. hu hu hu. Dan jugak, lenkali kene tambah sedikit garam. Itu hari puasa, jadi aku tak terer sangat nak mengagak rasa dia macam mana. Dah ok ke tak. 

Untuk hari-hari lain, tak berapa nak rajin menangkap gambar makanan. Duduk depan juadah, terus makan. Tak kuasa nak melayan gambar. Plus penat sikit bila bulan puasa ni. Sebab balik keje, pergi pasar [kadang-kadang], masak. Tak larat lah. Tapi tak nak pulak pegi beli juadah yang siap kat bazar. Rasa tak best.




Thursday, August 11, 2011

Mari Belajar Siang Ikan Pari


Assalamualaikum kawan-kawan.

Hari ini saya akan menunjuk cara-cara menyiang ikan pari. Kalau nak tahu, itu hari pergi cari ikan pari berhari-hari kat pasar. Tapi sangat hampa. Semua pakcik takde jual ikan pari. Masa hari Jumaat baru-baru ni, saya dengan tekad dan azam yang membara, turun dari rumah seawal jam 7 pagi [pegi keje tak awal macam ni. he he he]

Pergi ke pasar borong, memang la senang nak parking, sebab time awal-awal camni orang tak ramai lagi. Dah ada orang, cumanya takde la sesak sampai tak boleh nak masuk kereta kat parking dalam. Kalau nak tahu, pasar borong ni selalunya sesak dengan pemborong, pelanggan jangan kira lah.

Alhamdulillah, sampai kat pasar tu kan. Ada la dua tiga orang pakcik jual ikan pari. Rasa nak menjerit kesukaan. Tersengih kat dalam hati, sebab dah lama cari, jumpa jugak si ikan pari comey nih. Harga ikan pari ni agak murah, RM8 untuk sekilo, dapatlah 3 ekor, dua ekor kecik dan sekor agak besar. Kalau korang biasa makan ikan bakar kat kedai kan, biasanya harga ikan yang dijualnya agak mahal sikit. Bila difikirkan balik, memang banyak jugak la untung penjual ikan bakar, sebab kos ikan ni takde la mahal mana. 

Kami pulak, biasanya akan buat ikan bakar sendiri je. Sebab biasanya sos kat kedai tak berapa sedap. Cair dan rasanya biasa-biasa aje. Sos yang dibuat sendiri [oleh adik 4 saya semestinya] sangat sedap. Kalah yang kedai punya tau. Siyes! saya agak cerewet pada rasa, tak kisah kalau bayar mahal sikit tapi berbaloi. Tapi ini tak berbaloi [eh, lepas geram la pulak].

Tengok, saya selalu suke bercerita panjang-panjang lari daripada cite asal. Yok, kite ke acara siang ikan. Acara utama yang dilupakan seketika tadi.



Ini rupa dua ekor ikan pari yang dah siap saya siang. Saiz dia tak besar mana. Kecik je, tapi bukan kecik tuet. ha ha ha [tuet = kecik terlampau]. Tapi kalau beli kat kedai [ikan bakar saya cakap tadi tu kan]. Harga dia boleh mencecah RM5 seekor. Jadi kira lah sendiri berapa RM yang boleh dijimatkan. Kat belakang ikan ni, kite kene potong dengan hati-hati, sebab susah jugak sebenarnya nak siang ikan ni. Ni lah 1st time saya siang ikan ni. Saya sms pada adek 3 saya, macam mana nak siang. Dia cakap ar, buang itu ini. he he he.




Yang ni ikan yang agak besar. Nampak tak isi perut dia tu? Saya siang sikit-sikit sebab saya takut silap siang, nanti dia bau hancing. Orang cakap dia ada salur air kencing, jadi jangan sampai terkena salur tu. Betul ke tak, tak tahu la :) Ikan ni memang berbeza dengan ikan-ikan lain. Semua isi perut dia kat bawah. Kena tarik pelan-pelan. Kalau korang perasan, kat atas yang nampak macam ada lubang-lubang tu kan, haa.. kat situ ada insang dia. Kena cuci betul-betul. Yang lain-lain biasa je, takde la masalah sangat.




Ini rupa ikan pari yang agak besar tadi. Memang puas hati. Ikan ni saya buat Asam Pedas Ikan Pari [nanti saya akan entrikan pasal asam pedas ni, insyaAllah]. Dua ekor lagi tu, kami buat ikan bakar. Buat juadah buka puasa.




Ini ekor yang telah selamat saya siangkan. Kat sini ayah saya cakap ada duri/tulang ke apa ntah. Saya lupa. Haa, sengat lah. Betul atau tak, saya tak tahu. Tapi bila ayah saya tunjuk, ada la macam duri macam tu. Setakat mana bahaya dia tu, tak saya pasti.

Kalau nak kasi hilang hanyir ikan ni, boleh sapu dengan limau nipis atau daun limau nipis, atau air asam jawa. Tapi saya lupa walaupun adik 3 saya dah pesan. he he he.

Tu je la kot yang boleh saya share dengan korang :)





Wednesday, August 10, 2011

Cinta Masjid Putih


Bunyi macam suwit je kan? Macam jelah, padahal tuan yang menaip perasan. Eh bukan tuan, tapi puan. Eh bukan puan jugak, tapi cik. Ah! pape jelah. Kalau nak dinyatakan secara taipan, memang tidak akan sama dengan apa yang dirasakan [eces!]. 

Kalau kamu nak tahu kan, Masjid Putih ni dah tak asing lagi bagi saya sedari waktu study lagi. Kalau cuti semester kan, lepas je turun dari bas, biasanya kami lebih selesa berhenti kat masjid ni untuk solat subuh. Nanti saya tunjuk eh, masjid putih tu macam mana. Ok, untuk menghuraikan lebih jelas lagi penceritaan ni, meh saya habaq noo. Dulu kami ni, takde la sampai berjemput oleh ayah masing-masing bila pulang cuti semester. Kena berdikari. Kena ok. Macam saya, ayah saya tak reti bawak kete. Lesen pun takde. Manakala ayah my bff pulak, Naa, ayah dia ada kete, tapi kadang-kadang keadaan memaksa dia naik bas. Jadi biasanya kami akan nantikan bas, sebelum masing-masing pulang ke destinasi masing-masing [banyaknye masing-masing kan?].

Banyak jugak cite yang berkait dengan masjid ni tau. Pernah satu hari tu kan, lepas je kami turun dari bas, urmmm..terserempak pulak dengan orang tak betul. Lari tak cukup tanah dibuatnya. Dahla si Naa tu penakut sikit. hi hi hi. Dengan beg baju yang berat, kalau satu ok la jugak. Ini tak, penuh kiri dan kanan. Macam pelarian yang takde tempat tinggal. Entah apa la yang kami isi time tu, urmmm.. Musykil. Kat Masjid Putih ni la kami bertumpang, rehat, solat semua.






Masjid Tengku Ampuan Zaharah kalau tak silap nama betul dia. Nama glamer dia Masjid Terapung. Letaknya di Kuala Ibai. Cantik masjid ni. Kalau datang time malam, rupanya macam ni. Ada lampu neon menyinari masjid ni. Kalau guna dslr kan, lagi perghhh hasil dia. Bile ek boleh dapat dslr? [berangan je la. hu hu hu]

[tetibe je kuar pasal masjid terapung. he he he]




Cinta Masjid Putih

Masjid ni la yang saya cite tu. Semuanya putih, agaknya sebab tu nama dia Masjid Putih kan? Eh, sat noo. Masjid ni ada nama khas dia la.Tapi ana lupa la apa nama dia. hu hu hu. Urmm.. kalau nak tahu, bila korang masuk kat dalam masjid ni kan, akan ada satu perasaan indah ada kat hati. Bunga api letup-letup gitu. he he he. Rasanya semua orang ada la perasaan ni bila masuk kat sini. Payah nak cakap macam mana. Sebab ianya tak kan sama. Bila saya tulis pasal masjid ni kan, jangan la salah sangka pulak ye. Bukan nak tunjuk baik, saya bukannya pergi hari-hari ke masjid ni. Tapi masjid ni banyak kenangan dia. Sebab mula dari study kan, sampai la besar macam sekarang T_T

Kalau keluar dengan kawan kan, kalau tak sempat nak balik umah. Singgah je kat sini. Dulu tak tahu pun masjid ni ada ruang utama. Biasanya saya solat kat ruang sempit je, penuh dengan telekung. Last year, masa Ramadan kan, masuk je kat dalam masjid ni, baru la tahu rerupanya ruang solat utama dia lagi selesa. Cantik, sejuk je. Macam ni je lah, bayangkan macam kat Mekah. he he he. Betul, macam tu la suasana dia. Sebab tu la kan, kalau datang terawih kat sini. Kalau ada makcik kat sebelah, saya rasa nak menyandar je kat bahu makcik-makcik yang ada. Sebab dulu, saya suke sandar kat bahu mak saya. Jadi kadang-kadang datang perasaan ngada-ngada tu. Saya boleh je buat macam tu, tapi mesti kene tonyoh kepala ngan makcik sebelah. Apekehal budak ni nih?? ha ha ha. 

Urrmmm, masjid ni kan, nak kata binaan dia moden ke apa, takde la jugak. Biasa je. Tapi kita rasa best dengan masjid ni. Dulu takde ekon pun masjid ni. Kalau tak silap, tahun lepas kot atau tahun 2009, dorang dah renovate lagi ok berbanding sebelum ni. Dipasangnya ekon, aku bajet je la, sebab sebelum ni kan, solat kat ruang biasa. Bila dapat solat kat ruang utama, nyaman je. he he he. 

Kalau nak cite, memang panjang, mau setebal buku teks budak tadika nih. Jadi kite skip-skip je la ek. Lagipun kalau saya start bercerita plus berangan, mau boleh sampai khayalan peringkat tinggi nanti kan. ngee~!



Pokok ni pulak, apa motifnye? Haa, kalau nak tahu, bila kita lalu jalan masjid tu kan, kita akan lalu jalan ni. Cantik giler pokok-pokok ni dengan lampu kelip-kelip. Bayangkan lampu ni, dia buat ala-ala hujan turun cenggitu. Eh, kenapa saya rasa tulisan saya mendatar je? Argh! Perasaan je ni. Ok, sambung. Kalau tengok real kan, lagi cantik. Kamera saya, kamera 'mahal'.. jadinya, gambar memang la meletops! he he he.

Ok, jumpe di lain entri ya! Selamat bersahur. Take care. 

m y p e r s o n a l s p a c e | xoxo




Tuesday, August 9, 2011

Gelak Sorang-sorang


Alhamdulillah dah pun 9 Ramadan kan. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik-pejam celik, dah nak hampir 10 hari kita berpuasa. 

Kali ni saje je nak share dua kartun yang memang buatku gelak sorang-sorang. Nak cite benda lain, tapi masa tak mengizinkan. Dah lewat sangat ni, nak bangun sahur pulak nanti kan? [ah! ngada je bunyi dia]
Kartun ni amik dari komik Balik Kampung, dah lama dah baca, masa bulan 1 tahun ni kot kalau tak silap.

Komik ni banyak pengajaran dia tau, bukan sebarang komik. Hak tuan punye komik ni adalah anak buah aku. Wah~! besar-besar pun masih baca komik. hik hik hik.

Masa baca tu kan, antara kartun yang memang best! 

Nah kite tengok eh.




Dan-dan bulan Ramadan. Memang kelakar lukisan ni, gelak-gelak gak, tapi dalam sangat maksud dia ni.




Yang ni lagi lah, memang kaw-kaw punye pengertian. hi hi hi.

Baca la sendiri, sebab tak reti nak tulis lelebih pasal kartun ni. 




Saturday, August 6, 2011

Allah Tahu Hati Kita

Macam mana ek nak mulakan taipan ni ek? Sebenarnya, dah lama nak taip kat dalam ni pasal ni. Patutnya minggu lepas dah tulis, tapi asyik tertangguh je. Malam ni rasanya, saya perlu taip untuk peringatan walau saya dah tahu akan hal ini, tapi Allah nak remind saya lagi pasal hal ni. 

1. Oleh itu jagalah peribadi. Peliharalah agama, Jangan rosakkan silaturahim. [TERbaca dalam Sinar Harian 28 Julai 2011, tulisan Sri Diah. Tulisan dia memang best!]
2. Don't : Tidak berusaha menjaga hubungan baik sesama manusia malah sehingga memutuskan silaturahim. [TERbaca dalam majalah Solusi 2 minggu lepas kalau tak silap. hu hu hu]
3. Silaturahim sesama Islam tidak akan terputus. Ia kekal hingga ke akhir hayat, sama seperti silaturahim antara kita. [baca pasal Nasha Aziz dalam Kosmo minggu ni kot, tup-tup ada quote ni]
4. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. [baru je tadi TERbaca kat note Wardina Saffiyah, sebab tu la saya rasa, saya perlu taip pasal hal ni]

Nampak kan? Semuanya pasal silaturahim. Dan semuanya saya TERbaca dalam jangkamasa yang terdekat. Kira-kira dalam 2/3 minggu kebelakangan ni. 

Saya bukannya seorang yang mudah untuk memutuskan silaturahim dengan sesiapa sahaja, melainkan dia melakukan sesuatu yang tak dapat saya terima [yang jahat-jahat la maksud saya]. Saya akan menjauhi, menjauhi kerana ianya tidak baik untuk diri saya. Menjauhi dan tiada dendam di hati. Bagi saya, apa yang kamu lakukan, itu adalah hak kamu. Balasan Allah itu tetap ada, cuma kita tak tahu bila balasan itu akan hadir.

Dan bagi saya, SEJAHAT mana pun seseorang itu, apabila Allah mengkehendaki, DIA boleh memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang DIA mahu. Mungkin dia akan menjadi orang yang lebih baik berbanding kita. Kita tak tahu kan? Sebab itu lah, kita memang tidak layak untuk menghukum seseorang itu walaupun dia jahat kepada kita, kerana Allah lebih berhak [slang Terengganu :) ]. Namun perasaan geram dan marah [banyak atau tidak] tak dinafikan akan terbit jugak kat hati kita.

Dan jikalau seorang itu BAIK sekalipun, Allah boleh membolak balikkan hati mereka. Sebab itu lah, kita tidak boleh berasa riak, atau apapun dengan apa yang kita ada. Kerana semuanya itu adalah hak Allah. Sentiasa la berdoa semoga Allah memberi rahmat setiap perbuatan baik yang kita lakukan dan semoga pengakhirannya juga adalah yang baik. InsyaAllah.

Eh, macam tersasar je kan? Penulisan ini adalah secara umum dan terpop up je kat minda dan jemari. Jadi ini lah dia entri malam ni :) [mesti korang tak faham maksud tersirat entri ni kan? 0_o]

Urmm, sebenarnya saya dah tahu dan ada jawapan pasal silaturahim, tapi Allah nak kukuhkan lagi ketahuan dan jawapan saya dengan ke empat-empat yang di atas :) 

[Allah tahu hati kita]





Thursday, August 4, 2011

Hari Khamis

Bangun pagi. Siap-siap nak pegi keje. Terdengar satu suara.

Suara itu : hari ni hari apa?
Aku : hari RABU.. 

sambung lagi..

Suara itu : hari Rabu ke??
Aku : kenapa? ada appointment dengan doktor ke?
Suara itu : tak ar, terkejut je.

Aku : ha ha ha. hari rabu la hari ni..

Satu suara lain bersuara..

Suara lain itu : hari KHAMIS la hari ni..
Aku : hari RABU laaa..

Suara lain itu : hari Khamisssss..

Aku : [diam, terus tengok henpom.. Errkkk! hari Khamis???] Ya Allah, hari khamis rupanya..mati-mati ingat hari Rabu..

Sesi berfikir dengan diri sendiri : malam tadi iron baju kurung biasa je, sebab tak sangka hari ni hari Khamis. Biasanya kena pakai baju batik. Lepas tu hari ni kan Ramadan ke 4, tu pasal duk menyangka hari Rabu. Alahaiiii~!! Tapi yang best, hari ni balik awal. Jam 3 petang udah boleh tinggalkan kantor. hi hi hi.

Eh, selamat berbuka puasa. Ini hari masak siap lebih awal dari biasa. Boleh lepak-lepak dulu.







Wednesday, August 3, 2011

Ini Hanya Satu Cerita

Cerita 1

Tadi balik dari satu tempat ni kan, melalui kira-kira [jap nak congak jap].. urmmm, 4 traffic lights. Yang paling BEST! time lalu tu kan, semuanya lampu hijau. Jarang sangat la dapat macam ni, biasa 2/4 je hijau. Ini tak, 4/4 hijau. Nasib baik kan? Ahamdulillah :) masa jimat.

Cerita 2

Malam semalam kan, pergi satu tempat ni kan. Duduk sebelah mak cik. Nampak orang kecoh-kecoh, berdiri. Saya tengok je, dalam hati tertanya-tanya gak. Apesal ek? Pandang je tapi tak dapat nak teka apa kisahnya.

Makcik yang tak dikenali : [berbisik] ........ ........
Saya : aaa..... [sambil pandang pada semua perempuan yang sedang berdiri tu]

Sebenarnya aku tak faham butiran yang makcik tu bisikkan.

Saya : bakpe makcik?
Makcik itu : isteri MB mari, tu baju hijau tu..
Saya : OooooOOOo.. [sambil pandang wanita berbaju hijau tu, tak berapa nak kenal sangat muka wife MB ni sebenarnye. hu hu hu]

Cerita 3 :

Tadi, jap tadi kan. Duduk sebelah mak cik yang tak dikenali. Mak cik tu berpaling, dia hulurkan tangan untuk bersalam. Eh, suke :)

Cerita 4 :

Tengahari semalam, pergi pasar masa lunch break. Nak masuk parking. Ada ke patut, parking yang sepatutnya orang ramai boleh gunakan, diletaknya kerusi dan besi penanda. Sedangkan parking tu bukan parking rezab. Jadi mana boleh selfish macam tu. Memang parking tu betul-betul di depan kedai seorang hamba Allah ni. Tapi mana boleh dia buat macam tu. Kalau ada rezki dia, tak kira orang letak parking kat depan kedai sekalipun, rezki itu tetap ada. Orang tetap akan datang kat kedai runcit dia tu. Tak perlu nak halang orang ramai dari letakkan kenderaan kat depan kedai dia. Sebab parking tu dibuat oleh MBKT. 

Turun dari kereta. Aku alihkan kerusi plastik, letak ke tepi sebab takut terlanggar time nak masuk parking. Kat belakang ada besi penanda. Eh, eh.. ada budak kecik [dalam umur 6 tahun kot] pakai tudung, tolong alihkan besi penanda tu. Aku bajet tu anak dia kot. Sejuk balik hati aku bila tengok budak tu. TQ :)

Cerita 5 :

Ahad, Isnin dan tadi Selasa, pergi ke pasar dengan niat nak beli ikan pari. Tapi hampa, takde langsung kelibat si ikan-pari. Urmmm, dalam banyak-banyak gerai ikan, satu pun takde. Payah jugak rupanya nak dapatkan pari ni. Bajet nak buat asam pedas pari. Resepi dah siap-siap print dah. Barang-bahan dia pun dah standy. Tapi peneraju utama takde, jadi terpaksa bersabar dulu la. Tengok la kot-kot esok, atau lusa. Nanti-nanti ada la tu 0_o .. InsyaAllah

Cerita 6 :

Nak jugak ke bazar Ramadan tahun ni. Tapi tak tahu la macam mana. Tengok la kalau vitamin berjenama Rajin menjelma. Sekarang, lebih selesa masak sendiri, sedap tak sedap belakang cite. Yang penting puas hati [syok sendiri ni. ha ha ha].

Cerita 7 :

Pergi ke tempat itu, tengok mak orang, TERINGAT kat mak kite. hi hi hi.

Cerita 8 :

Dah, takde cite dah. Jangan lupe niat puasa tau.