Friday, September 30, 2011

Konvokesyen 9


Assalamualaikum semua :)

Sorry dah lama rasanya tak update MPS ni. Lama sangat ke ek? Ntah, tak sure. hu hu hu.

Untuk minggu ni, sangat sibuk dengan agenda kerja dan juga agenda besar di tempat kerja. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.

Amin amin amin



Gambar pagi tadi, turut kelihatan dalam gambar adalah amoi yang sedang sibuk menggubah bunga segar. Bermacam-macam kaler ada. Cantik giler :) Oh ya, ini masa sesi raptai untuk majlis Konvokesyen UMT kali ke 9 pagi tadi. Tak plan nak upload pun dalam belog, tapi rasanya kalau tak upload, takde story la yang boleh dikongsi. Alang-alang ada gambar, jadi saya tunjukkan ajelah untuk tatapan bersama-sama eh.

Sangat suka bile tengok pelajar ramai-ramai tadi, sibuk duk raptai. Terkenang pulak masa konvo dulu. Best sannngaaaattt! 



Ini pulak gambaran kasar tapak konvokesyen. Kat sini macam-macam ada jual barang-barang macam bunga, teddy bear, baju, pendek kata datang sini la senang. he he he.

Nampak tak bangunan besar tu? Itu la dewan untuk digunakan masa konvokesyen nanti, kirenya ini pandangan dari luar la. Yang gambar 1st tadi tu, gambar dari dalam dewan.

Sorry lagi, entri ni pendek je. Sebab ada banyak lagi kerja yang perlu dibereskan di rumah. Contoh : iron baju lepas tu krooooohhh! ha ha ha




Saturday, September 24, 2011

Cadar

Apa kabar semua? Adakah anda semua sihat? Dah makan ke belum? :)

Ok ok, kali ni tajuk simple je. Dan ianya berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Setiap orang punyai minat atau kecenderungan yang berbeda-beda antara satu sama yang lain. Dan bagi saya, saya punyai minat pada mengumpul koleksi cadar.

Tak dapat dipastikan bila masa kegiloan ini melanda diri. ha ha ha. Sungguh! kalau pergi kat bahagian HOME tu kan, memang rambang mata. Dalam hati sokmo duk congok-congok mengira berapa harga dia, yang mana berkenan. Eh , kadang-kadang semua berkenan. Terasa nak rembat je semua. Tapi pulus tak mengijinkan gwa membeli tanpa melihat price tag. wink~!

Dah lama tak taruk gambar bila menulis. Jadi malam ni, NAHHH! kita tengok sama-sama sebahagian cadar itu eh :)



Cantik cadar ni. Kaler dia, design dia wulat-wulat macam donut




Kalau lapar, boleh pilih nak makan apa. Tapi makan asap aje la eh. hik hik hik




Masa nak beli cadar ni kan, konpius gak pada air tu. Tapi bila dah disemak beberapa kali. OK LULUS dong




Merah itu segar dan berseri. ha ha ha. Tagline ntahpape




Saya suke makan. Jadi kita pilih gambar burger. Wala wala walaweh sangat sedap


Semua cadar-cadar ni takde la mahal mana pun. Biasanya saya beli yang murah-murah je. Yang paling mahal pun adalah dalam RM40 lebih. Itu pun tersilap tengok harga. ha ha ha. Biasanya harga yang dibeli adalah dalam RM29.90. Murah kan? Setakat nak buat koleksi, tak nak ar beli yang mahal-mahal. Janji boleh tukar sekali-sekala mengikut mood pun dah kira ok.

Dan kebanyakan cadar ni saya beli masa sale kat Sogo. Giler murah! Grrrr!

Seronok sebenarnya bila kita tengok macam-macam kaler cadar ni. Kadang-kadang sayang nak guna. he he he.

[lagi seronok bilemana dapat menulis kat dalam MPS ni :) hugss!]




Monday, September 19, 2011

Penat

Penat
Tapi sempat membuka belog kawan-kawan
Tapi tak komen pape pun
Otak letih

Buka belog, coret kat sini
Untuk nyatakan kepenatan
Eh eh!

:)

Bulan ini dan bulan depan, mungkin akan dihantui dengan kerja-kerja yang masih banyak yang kena dibereskan
Bila dah balik rumah, badan penat otak letih
ZZZZZ adalah lebih baik sambil rehat
Best kan?

Ok la, take care darl :)

Saturday, September 17, 2011

Kenangan

Tadi masa buat kerja kat pejabat, teringat kat satu kenangan ni.

Dulu masa kecik-kecik, ala masa masih sekolah rendah. Mak ayah aku ada bahasa rahsia tau. ha ha ha. Bila teringat memang terasa nak gelak. Contoh dalam percakapan dorang, ada benda mungkin sulit la kot, ye la time tu mana nak reti kan. Cuma boleh agak la percakapan tu rahsia bila mana sedang dia bersembang dengan ayah aku, "itu kan, bla bla bla.." tup tup terus masuk ke dalam bahasa jawi.. "ala.. cth: alif ya mim" Kita yang terdengar ni, terus je. Apa ye alif ya mim tu?? Dulu tak teror jawi. Boleh ar mak ayah buat bahasa rahsia macam tu. Sekarang dah tak boleh pakai dah. Dah boleh tahu makna dia :)  Macam sweet je ada bahasa rahsia kan?

Masuk pulak kenangan nombor 2. he he he. Aci tak??

Malam tadi pergi tahlil, lepas tu ternampak sorang budak perempuan ni. Dah besar dah, dulu kecik lagi. Ada la dalam umur 5/6/7 tahun kot. Sekarang mungkin dah dalam form 1/2 cam gitu la. Tak sure. Bila tengok muka dia, rasa nak gelak. Sebab dulu kan, masa bulan Ramadan, umah mak cik aku ada jual air batu kosong [dulu tak banyak rumah kat kampung aku ada peti ais]. Budak perempuan ni biasa datang beli dengan adik laki dia. Yang kelakar, bila tanya kat adik dia, nak beli apa? Adik dia jawab nak beli 'battu'. ha ha ha. Sebutan dia kelakar giler. Dia tak reti kot nak sebut 'nak beli air batu'. Adik 3 aku sampai sekarang suka sangat ajuk.. 'nak beli battu satu'. ha ha ha. Hanya adik 3 je yang pandai mengajuk percakapan budak tu.

Ada lagi tau, adik perempuan ni kan .. [macam tak baik je nak cite, tapi takpelah. Sebab saje je nak share. EEE JAHAT!!!! ngeee!] kepala besar sikit [tapi sebenarnya normal je].

Adik-adik lelaki aku ni jahat jugak kenkadang nya. Suka sangat mengusik budak-budak. Dorang tanya pada budak perempuan ni 'kenapa kepala adik awak besar'. Budak perempuan tu jawab 'sebab otak dia banyak'. ha ha ha.

Siyes!! Memang kenangan ni memang boleh buat gelak kaw-kaw punye. 

Sampai sekarang kalau kami duduk lepak ramai-ramai, ada la jugak sekali sekala keluar cite pasal budak ni. Kelakar giler.


Thursday, September 15, 2011

Take 5


Berehat sat, amik nafas.. hnssssshhh!

Banyak lagi benda yang nak kena fikir.

Tapi untuk 30 minit ni, nak rileks sat.

Otak letih, hati kaca-kaca.



Erti Al-Fatihah | VOU voices of ummi

Sebenarnya ni lagu kesukaan anak-anak buah. Masa raya bebaru ni, dalam kereta mereka ikut je lirik yang lagu Ohai Hari Raya [kalau tak silap]. Masa tu heran gak, macam mana dorang boleh hafal lirik? Yelah, anak buah yang kecik tu baru je 4/5 tahun kot. Rupanya kat dalam handphone ayah/mama mereka penuh dengan lagu ni. Patut la.

Lagu ni anak Nora yang nyanyi. Nama Putri kalau tak silap. Memang comel lah bila budak-budak nyanyi kan? Tapi orang besar pun boleh terheret suka kat lagu ni. Best. Ada lagi best, tapi tak jumpa. Nanti la ek kite post dalam ni.

Ok, tata


Tuesday, September 13, 2011

Kembali KepadaNya

Maaf sebab dah lama tak update belog. Pada pembaca setia, terima kasih. Pada pengunjung yang TERklik MPS ni pun, saya ucapkan terima kasih jugak.

Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk. Sibuk dengan kerja di pejabat. Sibuk dengan diri sendiri. Dan faktor yang menjadi punca saya berdiam diri adalah kerana tak reti nak manage masa kot. Tak tahu la bila boleh pandai nak, jam 6pm - buat A, jam 9pm - buat B, jam 11pm - buat C. Dah hilang skill nak buat macam tu, masa study dulu mak aihh, kemain la reti. Tapi takpelah, syukur ajelah dengan kehidupan yang ada. InsyaAllah akan kembali normal. Cuma semangat kene kuat. Sangat kena kuat.

Malam tadi kan, masa dah siap-siap nak zzzz. Adik 4 balik rumah bagitau satu berita sedih. Orang kampung meninggal. Sebenarnya, dia ada pertalian dengan kami. Macam sepupu atau dua pupu macam tu la. Umurnya adalah dalam lingkungan akhir 50 an kot, atau 50 an macam tu.

Masa raya baru-baru ni, kami adik beradik ramai-ramai dah pergi melawat dia. Sebab adik 4 cakap, arwah ada masa sebulan je untuk hidup. Memang terkejut giler kami mendengarnya. Hari tu sebelum raya kami dah pergi jugak. Tapi masa tu, dia masih sihat walaupun kaki dia bengkak sikit. 

Masa hari raya tu kan, dia dan anak-anak ada bagitahu doktor cakap mak dorang ni ada masa sebulan aje untuk hidup. Paling lama la tu, kalau paling singkat seminggu. Herrrkk! Sapa yang tak terkejut kan? Kami sekeluarga bagi pendapat masing-masing. Macam tak logik ar doktor cakap macam tu. Entah, tak tahu la nak cakap macam mana.

Yang sedih kan, arwah ada cakap dengan aku [masa tu kami borak-borak masa datang time raya tu la] Dia cakap mak aku meninggal, tapi anak-anak dah besar. Dah takde yang masih sekolah. Yang paling kecik adik 4 aku. Itu pun dah umur 23 tahun dah. Anak-anak mak aku pun ramai, anak-anak dia pun ramai. 

Kalau dia pulak, anak-anak masih kecil. Macam mana la nanti kalau dia takde. Masa ni kami cakaplah yang doktor boleh cakap apa sahaja. Yang pasti Allah lebih mengetahui. Kami sebenarnya, percaya tak percaya yang doktor cakap dia ada masa sebulan je untuk hidup. Doktor cakap dia ada kanser peringkat 4 kot kalau tak silap. Tak percaya sebab kami tengok dia sihat. Doktor nak buatkan kimo tapi anak-anak dia tak bagi.

Arwah ni kalau kita tengok, macam orang demam je. Tak nampak berat sangatlah dia punye sakit. Cuma badan dia je sedikit susut. Arwah rapat dengan arwah mak aku, sebab masing-masing anak ramai. Jadi macam-macam benda yang disembangkan.

Lepas tahu je berita kematian arwah, aku dan mak cik aku terus pergi ke rumah dia malam tadi. Dia meninggal adalah kira-kira jam 10 malam ke atas kot. 

Sampai umah dia, orang dah ramai. Masa tu, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. Tergambar lagi raut wajah dia, percakapan dia. Kata-kata dia pada aku masa petang raya tu.

Sedih melihat anak dia yang kecil yang ke sana ke mari tak tahu pape pasal kematian. Anak dia yang kecil down syndrome. Dah darjah 4 dah, tapi ye la kan. Urmmm, sedih tapi air mata tak ada untuk mengalir. 

Petang tadi kot jenazah dikebumikan. Aku tak pergi dah menziarah, sebab kerja. 

Yang pasti, kita susah, ada lagi yang laaaaaagiii susah dari kita. Sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada.

Info :
1. Adik 4 yang jadi sampaikan berita sebab dia biasa lepak kat rumah arwah. Dorang geng lepak malam-malam kat rumah arwah

2. Adik 4 pernah cakap kat anak-anak dorang ni [yang lelaki je la], 'aku dah rasa macam mana keadaan bila kita takde mak, korang tahu la nanti kalau takde mak macam mana' [percakapan ni disampaikan oleh siapa ntah kat aku, aku lupa. masa ni arwah masih sihat dan tak sakit pape lagi]

Yang hidup pasti akan pulang kepadaNya. 

Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah kepada mereka yang telah pulang ke rahmatullah.

Al-Fatihah.


Friday, September 9, 2011

Air Kelapa

Beberapa ketika sebelum Ramadan. Bapaknda ada ke pasar malam. Saja suka-suka dia pergi mengambil angin. Bosan agaknya.

Tengah-tengah basuh pinggan kat dapur. Dengar bapaknda panggil nama.

Melalui pintu nako dapur, bapaknda hulurkan air kelapa. 

Pergi ke pasar malam belikan aku air kelapa. hu hu hu. 

Bila ditanyakan beli air je ke?

Bapaknda sengih je. Dia cakap a'aa.

Rasanya dia tak tahu nak beli apa untuk diri dia agaknya, lalu dibelikan air kelapa untuk aku. Air wajib aku kalau ke pasar malam.

Saje tulis pasal ni, sebab realitinya lagi dramatik, terkesan kat hati. Yelah dah besar-besar macam ni ayah masih belikan air untuk diri sendiri.

Terasa dah lama tak borak-borak panjang dengan bapaknda. Kadangkala masing-masing sibuk melayan diri sendiri, sibuk berbicara dengan diri sendiri.

Nanti-nanti la sembang panjang. 


Wednesday, September 7, 2011

Alif Kecil

Sebelum membaca, diingatkan bahawasanya, penulisan di bawah tajuk Alif Kecil ini adalah penulisan yang  berambang sekali [dalam bahasa ganu], di dalam bahasa standard pula ia membawa maksud sesuka hati. Yang mana aku rasa nak tulis, aku akan tulis. 

Raya ni kan, takde sorang budak pun datang rumah. TERKEJUT gak. Hairan tapi dalam hati je la duk main fikir-fikir pasal hal ni. Memang langsung tak best. Sebab kalau raya, budak-budak la yang paling melebih-lebih. Dalam baju raya sampai laa mengira duit raya. Saje je nak menunjuk, tau la zaman aku mengira duit raya dah lama berlalu di telan zaman. 

Eh sambung balik. Kat mana tadi eh? Ha..budak-budak kampung langsung tak datang. Yang datang dengan mak ayah tu ada la. Tapi bukan budak kampung. Dulu kan, budak-budak kat kampung aku, masa budak-budak ni masih kecik-kecik lagi kan, rumah aku akan penuh dengan bebudak. Happening giler. Time tu anak buah takde lagi. Eh dah ada rasanya. Tapi seorang dua je, plus kecik lagi. Masih baby. Kwek kwek lagi nangisnya.

Sekarang, bebudak mana nak jalan-jalan raya rumah jiran dah. Biasanya mereka lagi suka beraya dengan family. Kalau mak ayah ajak pergi umah jiran, barulah nampak muka. 'eh eh dah besar dah'. Biasa la kalau dengar dialog macam nih. Kadang-kadang tak tahu anak jiran dah berapa. hu hu hu. 

Orang zaman sekarang, pergi keje gelap, balik keje pun gelap. Mana nak tahu perkembangan jiran-jiran. Ini aku yang duk kat kampung. Dah ada unsur-unsur macam engkau-engkau, aku-aku. Walaupun hanya 25% tapi terasa la jugak. Tak best sangattttt! Sirius. Tapi kalau nak harapkan kita tetiba pergi umah jiran, urmmm.. mungkin tak kot. Segan la, lain la kalau pergi dengan family [tadi aku ada tulis ayat sama maksud macam ni, ha cari la kat perenggan mana]. he he he.

Memang zaman dah banyak berubah. Manusia jugak berubah. 

Ok ke topik lain pulak.

Masa bulan Ramadan itu hari kan. Terdengar satu lagu ni kat dalam radio. BEST sangat-sangat. Masa tu tengah drive, jadi gunakan perkhidmatan handphone untuk merakam lagu tu. Dulu kalau ada lagu best, mesti kelam kabut pergi cari pen dan kertas. Gigih dan bersemangat salin lirik lagu dalam buku latihan. Siap standby kaset kosong, siap record lagi lagu yang tengah dimainkan kat dalam radio. Lepas tu play and rewind semata-mata nak amik lirik. ha ha ha. Gigih tak bertempat. Sekarang keje dah jadi senang la sikit. Ingat sikit-sikit lirik, lepas tu google je kat alam maya ni. Tentu jumpa.

Nak dijadikan cerita, lagu yang aku record tu kan, tak berapa nak clear. Ye lah, tengah drive, bising. Kung kang kung kang. Dah la tak sampai seminit record nya. Malam tadi, bukak balik lagu tu, cari dengan gigih. Play, pause. Tulis kat google lirik yang dengar tak dengar tu.

Masa cari tu kan, dah nampak nama Alif Kecil. Tapi aku buat dono je. Yelah, tak kan lah tajuk lagu Alif Kecil kot. hik hik hik. Haa, rendahkan lagi tajuk lagu tu. 

Aku cari lagi dan lagi. Last aku klik jugak pada Alif Kecil tu. Tengok lirik. Urmm,try je la. Cari pulak kat you tube. Type video Alif Kecil. Bila dah jumpa, apa lagi. Terus je play. 

Ehhh Ehhh! betul la lagu ni. ha ha ha. Terasa nak belanja diri sendiri makan best-best sebab berjaya temui lagu yang best ni.

Cuba korang tekan play, pastu replay lagi pada lagu ni. Tapi kan, kalau jiwa korang berbeza dengan aku. Lagu ni mungkin bukan lagu yang sesuai. Mungkin nggak cocok dengan kamu.

Bagi aku, lagu ni sangat menarik melodinya. Sangat lembut dan memberi kita satu keinsafan. Dalam kita asyik duk mengomen itu ini, tak cukup itu ini, masih ramai lagi mereka yang kat luar sana yang tak bernasib baik.

Lagu ni mengingatkan aku pada masa kami kecik-kecik dulu. Kami bukan datang dari keluarga yang senang. Tapi berkat usaha doa mak ayah, Alhamdulillah semua dah membesar dengan baik. Walaupun takde la dapat keje meletup-letop, tapi boleh la untuk hidup. Dulu kan, kalau susah, takde la sampai melarat, sampai tak sambung sekolah. Sampai anak-anak bersepah-sepah ikut anasir-anasir negatif. Sebab dulu, pengaruh tak seteruk sekarang. Sekarang, kalau ponteng sekolah, mesti pergi hisap rokok la apa la, atau lepak buat benda-benda tak mendatangkan faedah [tak semua tau]. Kami dulu, kalau ponteng sekolah, setakat duduk kat bawah pokok kat dalam kampung je. ha ha ha. Bukan aku, tapi abang 2 aku.

Aku lahir pada tahun 80 an. Sempat merasa susah, sempat melihat perbezaan dulu dan sekarang. Sempat mengambil pengalaman dari masa lalu. Seronok sangat zaman dulu tau. 




Kalau berani tengok dan dengar ar lagu ni. ha ha ha. Memang aku nak sangat korang dengar lagu ni, dengar la eh. Kalau tengok dalam video ni kan, budak pompuan baju merah tu macam aku kecik-kecik. Comot dukung adik-adik yang ramai. 4 orang tau, dah la semua lelaki :)

Tadi kat office, seharian duk dengar lagu ni. Lepas tu sempat donlod lagu ni, dan dah selamat save kat dalam pendrive. Balik keje tadi, dengar lagu ni kat dalam kete. Pasang KUAT-KUAT kat dalam kete. Best! Ah sudah, Alif Kecil melanda diriku :)

Bila di atas, jangan lupa mendongak ke bawah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Semua yang kita ada ni, bukan hak milik kekal kita. Ianya hak milik kekal DIA.



Tuesday, September 6, 2011

Serabutness~!

Minggu ini terasa sangat ketara keserabutaness yang melanda diri [tengok ajelah tulisan saya dua menjak ni, macam apa]. Owh, jangan fikir bebukan ye anda semua. Sebenarnya saya hanya berasa serabut bila ada benda yang tak dapat saya selesaikan. Tak dapat saya buat dengan baik. Tak dapat saya laksanakan dengan betul-betul. 

Bila mana terasa sangat serabutness, mula la nak bercakap pun terasa MALAS, nak reply komen or ber hu hak hu hak dalam fb pun terasa lemau. Bila dah serabut terasa macam-macam.

Entah la korang macam mana ek bila mana serabut. 

Tengok, last saya duk kat dalam belog bebel-bebel-dan-bebel nak lepas rasa serabut yang saya YAKIN akan menemui TITIK NOKTAHNYA ni. Tapi sebelum menemui noktah tu kan, mak aihh terasa .. [macam-macam rasa timbul kat dalam diri].

Sungguh, tak pernah saya terasa nak menangis bilemana tak dapat selesaikan dan buat dengan sehabis baik.  Tadi saya fikir dan fikir, macam mana solusi yang perlu saya lakukan. Terasa buntu. Ok, terasa sedih sekarang. hu hu hu.

Semakin belajar, semakin banyak benda saya rasa tak faham. 

Semoga Allah memudahkan segala urusan saya. Urusan kehidupan, urusan kerja. Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk melaluinya. Semoga saya akan dilorongkan jalan yang terang untuk memahaminya. Semoga Allah memberkati segala usaha yang dilakukan. Amin amin amin.

Yang ni Doa Solat Dhuha tapi saya letak sebagai pengubat :)

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMU..Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMU..Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu

Ya Allah jika REZEKI masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah.. Jika SUKAR permudahkanlah
Jika haram sucikanlah..Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha

KecantikanMu KeindahanMu KekuatanMu KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh




Monday, September 5, 2011

cORAT COREt

Rasa macam banyk benda nak ditulis. Tapi bila dah bukak belog, duk melepak kat belog orang je. Baca entri yang bagi motivasi kat diri sendiri. Sebenarnya bila banyak membaca, banyak ilmu baru yang akan kita dapat dan minda lebih terbuka [kadang-kadang datang jugak angin malas nak membaca].

Nak membebel banyak-banyak kat dalam fb, macam janggal. Open sangat. Nak tulis status, mau kena fikir berpuluh-ratus kali. Kalau setakat status yang syok sendiri, segan jugak nak publish. ha ha ha. Ada setengah orang cakap, itu belog kita, itu fb kita. Suka hati ar nak tulis apa pun. Memang betul ianya hak kita pada fizikalnya [pada mayanya]. Tapi sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran, biasanya kita akan memikirkan keselesaan orang lain yang melihatnya, membacanya [aku je la yang kadangkala fikir macam ni]. 

Kerana itu la ada orang cakap, penulisan ini adakala boleh membunuh. Iyarrkk! ~~~~~ x_x

Idea betul-betul beku tahap apa nih. Lenkali aje la tulis panjang-panjang.




Saturday, September 3, 2011

5 Syawal

Tak tahu nak buat apa. Bosan giler. Bukak you tube layan lagu putri, best! Comey pulak bebudak ni.

Layan plak lagu cinta muka buku, tapi sekerat je. Line slow, orang cakap lagu ni pames. Urmm, boleh la kot. Tapi aku tak dengar habis pun lagu ni.  Macam pernah dengar, macam tak pernah dengar. Entah, ketinggalan sikit bab-bab lagu nih. Sebab dah lama tak layan radio laguan. Dengar pulak lagu aishiteru, urmm.. dinyanyikan oleh najwa latif. Tak tahu nak cakap sedap ke tak dia nyanyi, tapi lagi sedap nyanyian Zivilia sendiri dan lagi sedap budak-budak jalanan masa kat Bandung nyanyi itu hari. Sorry, ikhlas pulak bagi komen.

Esok dah start keje. Malas yaa ampunnnnnnnnnnn~!!!! [kalau budak-budak opis baca abis la tahu yang aku memang malas nak datang keje esok. hi hi hi]

Tapi masih banyak keje dan benda yang kena belajar dan belajar dan belajar dan belajar lagi. Belajar sampai pandai dan faham. Sampai boleh berdikari sendiri. Urmmm. Kadang-kadang bengap jugak nak faham apa yang di ajar. Nasib baik cikgu aku tu, sabar. Ajar satu, satu, satu dan satu lagi. Dia tanya 'faham tak?' Aku jawab 'tak..' sambil sengih malu besar beb! Kenapa la bengap mentega sangat aku nak faham. Mungkin lepas ni, kene bajet beli kismis, makanan minda, bagi asah sikit minda tu. Kasi tajam. Kasi pick up sikit.

Ok la kene chooowwww dulu, dah nak keluar pegi open house. Dia tak kasi bebel lelebih ar nih. ha ha ha. Tak sempat nak tunjuk bakat membebel. hik hik hik. 

Lenkali ye.. lenkali....

Daaaaaa..


Friday, September 2, 2011

HambaMu


Bila dah banyak masa senggang. Masa melepak kat belog memang akan bertukar menjadi tempat lepak yang paling best. Baru je siap bersihkan ayam, konon nak buat bbq malam ni. Hari tu dah buat, tapi tak berapa nak puas hati. Ayam buruk dah bertukar jadi busuk. hu hu hu. Ni la kes bilamana ayam tak dibersihkan siap-siap lepas tu simpan pulak dalam balang ais macam tu je. Memang busuk giler la bau ayam tu, tapi ada jugak yang masih boleh dimakan. 

BBQ kali kedua ni, ekoran abang sulung yang beria nak buat [ganti yang tak jadi itu hari]. Kami adik-adik tolong apa yang patut. Adik 4 yang tolong buatkan bahan-bahan rempah untuk perap ayam tu. Aku bukan reti bab-bab rempah ratus macam ni.

Yang paling kelakar tadi, bila adik 4 sampai umah, aku mintak dia buatkan bahan-bahan untuk ayam. Dia tanya ada beli rempah ke? Aku jawab 'abang dah beli siap-siap dah'.

Bila dia tengok rempah ratus kat dalam plastik tu kan. Ayat kelakar bikin aku senyum sorang-sorang masa bersihkan ayam.

'Astagfirullahalazim. Abang beli rempah nape nih?' dengan serius sambil belek semua rempah-rempah tu. Padahal tadi, aku terus je simpan rempah tu semua atas rak pinggan, takde nya nak belek, nak tengok betul or silap ke [mati la kalau akak ipar sulung baca entri nih]. hik hik hik. Aku tanya ar dia, kenapa salah ke? Dia jawab, ada yang betul, ada yang salah. 2 betul 3 lagi salah. ha ha ha. Jangan memain wey, adik 4 aku ni terer la sikit bab-bab nak buat bahan-bahan perap ayam bakar, sate berbanding kami ni ha. Yang tau makan je. hu hu hu. Kalau aku nak beli rempah ratus [kalau nak buat satay atau apa ke], kadang-kadang tanya dia, rempah apa yang patut dibeli. he he he.

Tengok, ni la kelemahan aku. Sokmo nak bebel-bebel benda yang takde kaitan dengan tajuk. Sebenarnya nak share satu video lagu yang best. Walaupun tak minat pada dua adam nih, tapi lirik lagu ni sangat sangat best. Maknanya sangat mendalam. Dan aku macam biasa, kaitkan lirik ni dengan life diri sendiri. Banyak motivasi yang boleh kita ambil daripada lagu ni [sejak dah pandai hayati lirik ni kan, dah rasa bermakna dengar lagu. eces!]

Lagu ni lagu tema untuk Imam Muda. 



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

*********


Salam Eid Mubarak 1432H


Dah masuk Syawal ke 4, baru la berpeluang nak menulis dengan sesuka hati kat dalam nih. Kalau jenguk pada belog kenkawan yang lain, semua dah ucap salam lebaran sesiap. Aku punya speed agak sloww. 



Makluman : gambar saje je digedabakkan untuk kesan yang lebih jelas dan nyata

Mula-mula nak ucapkan Salam Eid Mubarak 1432H kepada semua pembaca MPS tak kira terjengah di MPS ni ke, pembaca dalam diam ke, pembaca terangan ke, tak kisah. Ucapan ni adalah untuk kamu semua.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai kata sepanjang penulisan saya ada yang terkurang, tidak disenangi, entahpape atau sama waktu dengannya. Maklumlah, kebanyakkan entri saya hanya berkisar perihal peribadi saya, keadaan sekeliling, pendapat sendiri. Jadi sedikit sebanyak mungkin ada kekurangan yang tidak disedari atau disedari. 

Semoga Syawal yang kita raikan ini memberi seribu pengertian kepada kita semua. Sambut tu, janganlah berlebihan sangat. Sederhana cukup. Bagi yang ingin memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi, tak kira jauh atau dekat, pastikan keadaan kereta anda semua berada di dalam keadaan tip top! Nanti payah pulak kalau ada problem kat tengah jalan. Musim raya macam ni, payah nak dapatkan mekanik. Kalau tak bernasib baik, dapat problem kat jalan yang tak ramai orang lalu lalang. Kan ke haru [mintak jauh]. Kalau bernasib baik sikit la kan, kereta buat hal kat jalan yang ramai orang lalu lalang, tapi kadang kala nak dapatkan mekanik, sikit punya susah. Mekanik semua sibuk nak beraya. Kalau ada pun, mesti dorang akan caj kaw-kawwww punye. Jadi cek bebetul kereta tu tau.

Sebelum mulakan perjalanan, doa banyak-banyak kepada Allah semoga perjalanan kita dikira sebagai ibadah dan selamat pergi serta kembali ke mana-mana destinasi.

Hati-hati di jalanraya.

Oklah untuk setakat nih, nanti kite update lagi eh :)