Wednesday, November 30, 2011

Jangan Membazir


Perempuan kebiasaannya memang suka shopping. he he he. Paling koman window shopping sudah mencukupi. Tak terkecuali orang yang tengah menaip tuk tek tuk tek nih ha.

Nak membeli kena ada pegangan. Jangan la itu cantik nak beli, ini cantik nak beli. Mau rabak poket dik non nanti. Meh kita share apa yang perlu kita ada. Pertamanya mesti ada duit. Ok katakan kalau kita ada duit dalam RM50 la kan. Dah banyak sebenarnya kita boleh beli dengan duit sebanyak tu. Kalau beli barang, dah berbeg plastik kita boleh bawak balik ke rumah. Tapi jangan salah sangka, jangan la yang harganya mahal-mahal. 

Macam mana?

Ok, kita tengok.




Saya perempuan yang memang tak punya rantai. Urmm, memang tak ada rantai rasmi. Jadi, itu hari kebetulan keluar jalan-jalan sebab dah banyak sangat rasanya meluangkan masa kat pejabat. hik ;)  Oleh itu TERbeli seutas rantai. Bukan nak beli pun, tapi kebetulan sepupu kepada sepupu berkenan pada rantai nih. Jadi dia la mula start beli. Bile tengok, 'eh cantik ar'. Sudahnya, kami bertiga beli rantai yang sama. Ngeee! Gembira bukan kepalang. Padahal baru beli rantai silver yang berharga RM10. Loket dia saya tak beli. Sebab macam mahal sangat la. Baik jadikan cincin sebagai loket. Cincin tu dah lama giler dipakai. Dah berubah warna dah pun. Sebab hari tu sapu ubat gamat, terkena pada cincin tu, langsung berubah menjadi gelap. Oh ye, cincin tu silver aje dong.

Ok kat sini kita dah bajetkan RM10.




Jengah kat kedai Vincci. Main redah aje try itu ini. Lalu angkut la sunglasses ni satu. Harganya RM23 after less. Urmm, tak berapa selesa sangat. Masa try hari tu, bajet macam ok je. Bila berdepan dengan terik mentari :)  Macam tak boleh nak cover uv dia, bila pakai terus kat minda 'rosak mata nanti'. Hasilnya, jarang sangat pakai sunglasses ni, sebab lebih selesa pakai sunglasses lama. Tapi sunglasses ni cantik, boleh la kalau nak pakai sekali sekali. 



RM4.90 aje kita sumbangkan kepada kedai ni untuk dapatkan satu bag, kalau la boleh dipanggil bag. Macam tak sesuai aje kan panggil bag? Tujuannya, untuk kita letakkan  charger ke EHD ke apa ke. Senang, sumbat je dalam ni. Nak cari pun sonang.




Dah lama sangat duk pakai cincin lama. Bertahun-tahun dah, jadi sebagai hadiah kepada jari yang selalu berkerja keras menaip kat belog. ha ha ha. Tak tak, gurau je yang tu. Beli aje la satu cincin ni. Silver aje. Harganya RM8 je. Semua silver kan? hik hik. Maklumlah, tak berapa gemar pada barangan emas. Macam tak berapa sesuai je nak pakai barangan emas. Kalau dapat white gold memang lagi best. Tapi tak ada harga pulak kalau kita nak jual nanti. Rugi tau.

p/s: gambar 1 dan 4 ini adalah berkaitan. harap maklum ye deh :)




Jemari anda kasar? Tidak mendapat perhatian yang sewajarnya? Oh jangan runsing atau bimbang. Nah, losyen Elianto, ada dua haruman. Satunya Mina dan satu lagi Jolee. Harga dia RM15 aje. Mau tahan setahun ni. ha ha ha. Testimoni mengatakan 'Ok juga losyen ni rupanya. Pakai sikit pun dah ok, sebab dah cukup untuk bagi tangan rasa lembut. Bajet je rasa lembut, padahal biasa je. Berbaloi la beli, tak menyesal'.





Vincci shoes ni hanya sempat dicuba sahaja. Sudah try lepas tu tangkap gambar pun dah kira ok :) Sebab harganya agak mahal. Kalau tak silap itu hari harganya dalam RM30++ je [dah masuk kali ketiga sebenarnya duk survey kasut nih tapi tak mampu nak beli lagi], tapi masa gi rewang tu kan, harganya RM49.90. Rasanya tak begitu berbaloi untuk sepasang kasut ni. Tapi sangat selesa bila kita pakai. Simple and flat je. Biasanya kasut kat Vincci nih, kita kena tengok jugak, kena pandai pilih. Tak boleh main beli aje, biasanya kalau untuk ke pejabat, beli yang biasa dah ok dah. Sebab design dia kebanyakannya agak funky, heels dia mau 4 5 inci, mana sesuai nak pakai untuk kerja. Untuk long term pulak, memang tak elok sangat bagi tulang belakang. 

Ok, sekarang kita kira berapa perbelanjaan yang dah dibuat untuk semua barang ni.

RM10 
RM8
RM23
+ RM4.90
RM 45.90

Hampir RM50 kita gunakan bagi dapatkan 4 barang. Perbelanjaan yang sangat ekonomi bukan? he he he.

Tapi kalau difikir balik, rasanya sunglasses tu boleh aje kalau tak beli pun. Tengok dalam tak nak membazir pun, masih ada jugak yang BOLOS

Tips untuk elakkan pembaziran :
1. Bawak duit cukup-cukup je untuk beli sesuatu
2. Tulis nak beli apa, barulah tak tersasar melencong beli barang yang tak perlu
3. Jangan amalkan biar papa asalkan bergaya, beli ikut kemampuan jangan ikut nafsu. Jangan la ikut orang ni beli itu, kita pun kena beli. JANGAN, melainkan kalau mampu 
4. Tak tahu apa lagi tips, so korang tambah sendiri yek :)





Tuesday, November 29, 2011

Adok Tajuk

BUZZ!!!


no : dok jadi pun nama kak u..

a_fiqqa: tu la

no : nk kene cari jap..

a_fiqqa: k

no : kak u g kat my contact details..

no : dekat name..tukar nama kak u..

a_fiqqa: wat dah tk jd

no : kak u kene amik nama kak u..

no : jgn gune id yahoo..

no : jap kak u.

BUZZ!!!

no : kak u..

no : jumpe doh,...

no : kak u buka kat appearance...

no : messenger > preferences > appearance > for each contact tu kan..amik yang nickname or 1st n last name..jgn kelik yahoo id..

BUZZ!!!

no : try buat eh..

a_fiqqa has signed back in. (8/3/2011 1:31 PM)


a_fiqqa: pastu tekan gapo

a_fiqqa: watdoh setakat tu... pastu teka apply aau ok


no : apply..

a_fiqqa: TKDOK TUBIK GAPO

no : kak u buka dh ke appearance tu?

no : kak u amik nickname..

a_fiqqa: yap

no : pastu klik ok...

no : doh apply dok leh..

no : klik ok je..

no : nk g mayang jap nih..

a_fiqqa: wt dah td tk tubik gapo2

no : jap..

no : org try yg orang..

BUZZ!!!

no : betul dh tekan kat td tu..

no : kak u buke kat my contact details ar pulak..

no : dekat name tu dia ada tulis first, middle, last..

no : tulis situ nama kak u..

no : ce tengok..

no : ada tulis napa2 dok dalam tu?

no : kalau adok..

no : tulis ar..

BUZZ!!!

a_fiqqa: tk tubik g2 lok

a_fiqqa: tk tubik ruangan isi nama


no : ada..

no : mesti ada...

no : kak u tekan nape?

no : ce kabo..

a_fiqqa: haha..


no : hahahhaa..

no : doh kak u kata dok keluar..

no : heran gak...

a_fiqqa: haha... jadi... dik wan tlg hehehe

a_fiqqa: try tengok dik da


no : jap...


[benda-benda ngarut suke sangat la duk mengajar kat orang. ha ha ha. rindu nak ym ngan kak u, ym ni ada dalam draft lama jamang giler sudah. urmm, sekarang sedang baca hlovate punye novel, nanti-nanti kite tulis banyak-banyak  :) ]







Wednesday, November 23, 2011

RALAT

bajet macam dalam paper.

Entry sebelum ni banyak ralatnya. Kalau anda perasan, ralatnya adalah sepertimana berikut :

Betul : Fifi Fairuz Fuyoooo ..main tambah ooo banyak-banyak pulak BUKAN Siti Fairuz Fuyoo

cite yang betul : Edisi Khas BUKAN Edisi Siasat

ha ha ha. Semua fakta lari, main rembat je menaip. Padahal cite tengah on depan mata.

Ok la, ni je nak habaq mai.

Kesilapan amatlah saya kesali, lenkali tak janji buat lagi ke tak. hik ;p

Off to : Melaka





Tuesday, November 22, 2011

Tentang Siti Fairuz Fuyoo

Eh bukan bukan. Bukan nak cite tentang nama kelakar Johan dalam Edisi Siasat tu. Tapi nak cakap pasal drama Tentang Dhia yang tengak  tengah ditayangkan kat TV3. Episod pertama tak tengok. Jadi tak tahu macam mana cerita awal dia.

Banyak jugak sebenarnya tertinggal episod dia. Cite dia tentang Dhia. Eh sweet pulak nama Dhia. Cite tentang kisah cinta dia. Tak tahu sangat macam mana cerita dia awal-awal hari tu. Sama je macam ayat kat atas. he he he. Nak buat cerita sendiri la nih, eh tak. Ni cerita betul-betul ;)

Cerita dorang dari sejak sekolah, lepas tu ada lah perempuan ni, kawan sekolah dorang jugak nama nya Melly Goeslow, biasalah ada aje yang hasad dengki nya. Sokmo dengki kat Dhia. Tapi sebelum tu mereka berebut sorang laki ni, entah apa nama dia. ha ha ha. Lelaki tu suka kat Dhia, tapi Dhia tak suka pun. Last, Dhia suka kat Azmi, and Azmi pun sama. Melly tersuka jugak kat Azmi. Masa ni la Melly menjadi seytang bertanduk lapan. Jahat dalam cite ni jelah. 

Tetibe rasa sakit hati bila baca benda yang aku tulis nih. Berbelit-belit. kwang kwang. Tak pe, nak cite jugak. ngeee!

Lepas termiss beberapa episod, lelaki yang mula-mula tu, tak tahu la dah pergi mana. Sebab dorang dah besar. Melly jahat, dia perangkap Azmi. Last Azmi kawin dengan Melly. Dengan tak rela ok! Giler jahat Melly. Tapi pandai dia berlakon sampai aku selaku penonton menjadi sakit hati. Tak sangka jugak si ape ek nama dia tu.. urrmmm, haa si Nora Danish tu berlakon. Biasa kan dia berlakon cite-cite gitu-gitu jer. Ni dengan menangis nye, dengan penghayatan nya. Kire ok lah. Sebab tak semua pelakon boleh menangis berjuraian airmata. Ada  sesetengah pelakon tu, berdepan dengan benda-benda sedih pun airmata pun tak keluar. Padahal guna ajelah eyemore. Lagi senang. Ah sudah terkomen macam juri filem pulak.

Kite sambung cite lagi..

Dalam cite tu, macam-macam lagi la yang terjadi, kalau nak tahu cerita selanjutnya, boleh la try tengok esok petang. Maghrib kan awal, solat siap-siap. Lepas tu duduk depan tv. Ushh! Berani ajar orang benda-benda macam nih. he he he. Tak tak, ikut korang la eh nak tengok ke tak. Kalau rasa macam berminat nak tengok, tengok. Kalau tak nak, tok sah tengok.

Tapi cite tu best tau, tadi Zikir dah merisik Dhia. Zikir sokmo buat muka beriman. Ha, mana datang Zikir nih? Pengarah saje nak panjangkan cite la tu, lepas tu kalau tak banyak plot macam tak best ar kan. Mesti nak ada konflik sikit. Baru nampak macam warna-warni. Padahal ending dia mesti macam dah boleh agak.

Macam adik 4 aku cakap, 'tengok cite tau doh gane. Mu ni tengok hari-hari tapi dok paham'. Lenkali malas ar tanya adik aku lagi. Baik tanya google lagi baik.

Eh, sebenarnya, nak buat keje. File meja masih tak siap. Malam esok dah nak nak pergi bengkel. 

Oklah, masa dah banyak lari nih. Ceh ceh :)

[nanti ada masa boleh blogwalking king king king]









Monday, November 21, 2011

Perasaan & Hati

Perasaan dan Hati sangat susah sekarang.
Bapakanda saya demam.
Oh sangat tak senang duduk.

Dah masuk hari keempat kot dia demam kalau dikire balik.
Tapi dia masih ke tempat kerja dia walau dah dinasihatkan tak payah pergi.

Semalam pujuk nak bawak ke klinik, jugak tak nak pergi.

Petang tadi abang 2 telefon cakap badan dia makin panas.
Buat kerja terasa macam berambang sekali.
Dok tau benda tapi kerja siap.

Alhamdulillah sebab kerja siap.

Tapi masih tak tenang sepenuhnya lagi sebab selagi bapakanda kami tak sembuh, urmmm..
Risau sangat.

Kalau kerja tak ada, dah lama cuti.
Eh kerja atau ayah lagi penting?

Ayah lah yang penting. Aduuuu.
Entah lah, tak boleh fikir.
Rasa kalut je bila ayah sendiri sakit demam.
Yelah mungkin sebab dia jarang sakit kot.

Moga Allah bagi kesembuhan pada ayahku. Amin

Ok la, tak tahu nak bebel apa lagi.

Kerja dah siap, bebel ni jugak dah siap.

Balik rumah sekarang.

Daaaa ~~~~

Sunday, November 20, 2011

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe

Waktu untuk balik ke rumah, tapi kerja masih banyak giler nak kena buat. Tak delah banyak giler, tapi masih ada kerja untuk disiapkan. Kalau tangguhkan esok hari, akan bertambah lagi bebanan kerja yang kene disiapkan.

Tercongok depan pc, kadang-kadang rasa mati kutu gak. Tak tahu nak buat apa. Macam malas jer nak buat kerja. Rasa macam nak cuti lama-lama. Tak nak fikir pasal kerja, nak rileks je. he he he.

Kadang-kadang rasa penat. Ceh! Angin mengada datang lak pepetang nih. Lapar nak makan. hu hu hu.
Kalau nasib baik nanti boleh la makan pisang goreng yang mak cik kat tepi jalan jual, kalau nasib tak baik. Takde lah jawabnya.

Ah sudah, meraban pulak menaip. Lapar! Tanda seruan bermakna apa? Takde makna saje suka ati guna. Boleh? :)

Melalut ke laut sudah. Ok la kite dengar dulu ye para pendengar semua, petang ni saya akan putarkan lagu permintaan diri sendiri ke ruang udara MPS.fm. ha ha ha. Weh, merepek tak hingat.




When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe I believe, I believe I believe

#saje je main kaler-kaler nih



Thursday, November 17, 2011

Nak Taip Sikit Jer

3 4
Tali Fender Draddnought Acoustic yang dipetik berlagu perlahan. eceh eceh

Amplifier Fender Squier Standard Fat Strat electric dan Ibanes bass kemudian berdentum bagaikan on cue.. arr baca balik baca balik. Amplifier ape tu? Baca satu satu aida oii, ok ok. Berbelit sungguh.

Target untuk hari ni - Ryan Guettler dan Colin MacKay. Sayang betul Dave 'Miracle Boy' Mirra tak ada. Fuh! Berpinor nak taip. 

Baru je baca separuh novel ni. Tapi ada jugak kena ulang baca. Ayat tak pernah nampak, nak nak kalau dorang tengah jamming. Uhuu!

Eh buku apa yang saya tengah baca nih? Ala buku pelik. Siyes.

Status sekarang : 
  1. Tengah sibuk dengan kerja harian di pejabat. Esok Jumaat InsyaAllah ke tempat kerja lagi. Waaaa. Kalau boleh rasa nak jerit hentak kaki kat pasir pantai. Buruk tebiat la budak nih. Nak menulis kat MPS ni memang tak berapa nak senang. Boleh aje kalau diusahakan, tapi balik kerja badan letih. Jadi rehat aje la dulu. hu hu hu.
  2. Oh a a aa . Nada gedik pulak. Masih berhempas pulas nak mengabiskan cite Contengan Jalanan by Haidalovate. Ayat kat atas tu, ayat novel tu la. Cite lelanjut dia, i akan citekan kat u semua nanti eh. Sebenarnya tak janji la nak cite bile, masa sekarang ni tengah ting tong. Banyak benda nak kena buat. Last, aku pilih benda yang paling senang nak dibuat. KRROOOHHH ZZZzzzzz. hi hi hi.
  3. Eh, Ya Allah tengah basuh baju dari petang tadi lagik, tapi tak siap-siap jugak. Padahal dah set time tadi nak basuh baju dalam kadar yang lebih cepat daripada biasa. Urmm, habit tak boleh diikut. Agak menangguh masa dalam hal nih.
  4. Banyak gambar yang masih terperap dalam kamera dan handphone. 
  5. Bateri kamera dah menemui titik kegelapan, meraba-raba dalam kegelapan la kamera tu. Tapi tak sempat nak charge lagi. Ayoo. Tadi kan masa balik keje, ah dah start nak menaip cite lain nih. Tengah berenti kat traffic light, eh tak sebelum berenti lagi. Pandang atas, Subhanallah cantiknya. Tangan pegang handbag. Oh, hampa. Kamera takde bateri jadi tak boleh nak snap gambar awan nano nano nanooo yang cantik. Tak tahu lah, dah jadi ketagih nak menangkap gambar awan. Cantik dia lain macam sikit ar. Macam tengok apa pulak. Ralit dan rasa nak pegang, rasa nak makan je awan tu. Macam kapas. Imaginasi kalau tak berunsur kartun agak tak sah. Ye lah, yelah.
  6. Rasanya macam nak sambung teman Chad dan Fend kat ... errrr, jap eh. nak tengok kat mana.

*


*



*


*



*



*




*





*  

tetiba pulak main star star memalam buta nih.

haa, dah tau dah..teman chad and fend gi aussie. jom lompat kanggaroo nak??

ha ha ha.

lenkali bebel lagik. Ni entry meraikan line tenet ok la, biasa tak berapa nak ok. Padahal bil dah lewat untuk 5 hari nih. Apakah Celcom begitu baik hati nak pujuk aku suruh bayar cecepat? Nanti aku bayar. Don't bimbang bimbang eh Mr. Celcom :)

Selamat beradu semua





Saturday, November 12, 2011

Korang Nak Tajuk Ape?

Beberapa bulan dahulu..

Assalamualaikum wbt.

Ketika sahabat-sahabat membaca nota ini, saya mungkin sedang sibuk di pejabat untuk proses-proses akhir isi borang J26.. [pengaruh drama swasta nih. Biasa ada surat kan, lepas tu ada pelakon duduk dalam bas, pastu ada suara yang baca surat. Hahhaha]

Ok, kite sambung.

Seperti yang sahabat semua sedia maklum [ada tau, ada yang tak], hari ni merupakan hari akhir saya di Pejabat Pendaftar. Selepas hampir 6 tahun saya di pejabat ni, saya dapat surat cingta, maka sudah sampai masanya untuk saya mencari ilmu baru di tempat lain [kena cari ilmu baru] T_T. Untuk melangkah keluar dari pejabat ini, agak sukar sebenarnya. Kerana di sini lah, tempat saya ‘dilahirkan, belajar meniarap, merangkak, bertatih, berlari.. awan nano nano nano nano..’ dan lain-lain.


Di pejabat ni juga, saya banyak belajar ilmu tentang erti kemanusiaan/kehidupan, erti kerjasama antara sahabat yang ada, urrm, tunjuk ajar yang tidak pernah putus dari sahabat yang ada disekeliling [banyak kalau nak tulis]. Sebenarnya, saya nak tulis dalam bentuk yang lebih santai. Tapi penulisan saya jadi macam sedikit kaku. Perasaan agak bercampur baur. Sedih sudah pasti [nitik doh airmata nih]. Rasa macam baru nak masuk hostel pastu kene duduk jauh dari family.

Urrrmmm, anggap la ni nota terima kasih saya kepada sahabat semua. Selama 6 tahun saya di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mantan Pendaftar iaitu Tuan Haji Mohd Suib, kenapa dia saya dulukan? Sebab dialah orang yang saya jumpa dulu untuk dapatkan tandatangan surat aku janji, di bilik gelap bangunan Akuatrop lama. Oh dia Pendaftar rupanya. Hehhehe. 

Tuan Haji banyak mengajar kami semua untuk menjadi staf yang lebih bagus [tapi saya tak berapa nak bagus. Malu. Masih ada idea tuan haji yg tak sempat nak laksana. huhuhu]. Sikap keayahan beliau membuatkan kami sangat menghormatinya. Maaflah, takde hadiah untuk menyatakan terima kasih. Moga Allah sentiasa merahmati kehidupan Tuan Haji dan keluarga. Amin.   

TQ juga kepada pegawai-pegawai lain ..

Kalau nak tahu [tak nak tau pun takpe], selama 6 tahun di sini, saya telah berkerja di bawah 3 orang bos yang mempunyai karekter yang berbeza. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya bersama mereka. Saya akui saya bukan seorang staf yang baik. Kadang-kadang emo jugak budak ni. Memberontak jugak, tapi macam tu la. Nak tak nak, mereka perlu hadapi kerenah saya. Hehehhe. Sorrrrry. Mana kerja saya yang tidak siap, kurang bagus, mohon maaf sangat-sangat. 


Kepada teman-teman sepejabat. Saya rasa kamu adalah yang terbaik, mungkin bukan 100% terbaik, tetapi hampir kepada yang terbaik. Kerana perlu diingat, manusia itu adalah tidak sempurna [macam saya ni lah]. Untuk mencari kesempurnaan, saya rasa sampai bila-bila pun saya tak kan jumpa kesempurnaan itu. Namun, saya simpulkan kamu adalah antara mereka yang terbaik yang pernah saya kenali. TQ.

Kepada mereka yang rapat dengan saya, TERIMA KASIH kerana sudi menjadi teman pada saya. Sungguh, saya terasa hidup ini memang bahagia bilamana dengan kamu [sinetron Indonesia biasa guna dialog gini. Kikiki] Kongsi tangis, tawa, makan minum, cerita keluarga, macam-macam.

Kak Sa : TQ banyak-banyak kerana sudi jadi pasangan kerja di seksyen kita. Banyak perkongsian rasa, cerita, cita-cita [ada gak yang tak logic], angan-angan orang yang merapu yang dikongsi. Ketabahan kaksa yang sanggup menahan telinga, sangat lah dihargai. Suka duka yang dikongsi terasa macam banyak sangat walau kita kenal sekejap je.

Benda-benda ni sokmo buatkan orang senyum sorang-sorang. Ingat tak pasal jeruk? Kaksa sanggup [dok tau ar ikhlas ke dok], bagi baki jeruk ke orang. Kak sa kata ‘amek ar, aku tengok **** ngat’. Hahhahaha. Kaksa vongok.

Lagi satu jemput pisang, dalam plastic ada dua biji lagi. Orang bagi kat kaksa, kaksa kata cukuplah kaksa amik satu. Awak amek satu. Tapi saya balas, amek ar dua tu, orang simpan doh ke orang se. hahhaha. Kaksa kata ‘ada gak orang gini’. Lawak giler. Ok ar, kalau cite sampai esok dok habes.

*Kak Ayu : TQ banyak-banyak. Dulu, kak ayu sokmo jadi mangsa menerima SMS orang. hikhik. Kak yu doakan orang eh. Moga Allah mudahkan urusan kerja orang kat tempat baru nanti. Err, kak yu pun sama jugak, moga dimudahkan urusan kerja kak yu at tempat baru ekgi. Jaga kesihatan, darah jangan kasi tinggi yer..

*DekMah : TQ jugak sebab sudi jadi kawan orang. Sebenarnya, orang tak pernah jumpa dengan orang sebaik dekmah. Tak reti nak tulis macam mana. Dekmah baik sangat. Sampai orang pulak yang emo. Huk!

*dua orang ni dok buka fb, taat setia ke keje. Hehehhehe

Sinor : mung wat comey gitu ar. Tau ar comey dengan riben tu. TQ jugak sebabkevongokan keentahpapean anda menyebabkan saya senang nak berpot pet pot pet dengan anda. Saya doakan anda bahagia selalu bersama kawan-kawan sepasukan. Err, best ar berenang kat Bidong pakai tapak kaki itik. Kepak kepak ar bunyi. Siap pakai gugel kat muka. TQ atas kerjasama untuk kerja.

Kak Lin : TQ, walau kak lin jauh, tapi kak lin tetap dihearty [eja nak glamer aje]. TQ banyak-banyak sebab banyak tolong masa orang kat Governan dulu. Ajar buat kerja macam mana. Macam-macam. Dapat kenal Kak 'I', dapat kenal roti auntie anne’s, tau kebab yang sedap, teman jalan-jalan [jalan kaki je] kat tempat biasa semasa kite di sana. hehehe.


Terakhirnya, saya ingin memohon maaf banyak-banyak sebab pastinya saya tidak lari dari buat kesilapan [sedar ataupun tidak], kot-kot bergurau ada yang terasa hati, bercakap ada yang tak sependapat, mana-mana kesalahan saya, saya mintak maaf banyak-banyak. Kalau makan minum tu, mintak dihalalkan.

Kepada mereka yang memberikan nasihat dan dorongan kepada saya tu, TQ banyak-banyak. Saya tak berani untuk janjikan apa-apa yang tak mampu saya berikan. Doakan yang terbaik untuk saya di tempat baru nanti.

Tata Pejabat Pendaftar, oh hai.. Akademik. Woo! Atutnye aye.. huhuhu..

Hikelas : Aidalela | 30 Jun 2011 
* kak yu, 3 pages je. Dok sapa 4. hehhehe




~~~ Nota kat atas aku copy terus je dari FB, nota lama alsebab tak sempat nak tulis panjang-panjang. Dengan keadaan diri sekarang, memang idea kat kepala banyak. Banyak sangat nak cite. Tapi tak sempat nak cot cet cot cet kat belog.



Ini pulak komen daripada semua kawan pejabat. Sebenarnya aku tak jawab satu persatu komen ni sebab tak reti nak jawab. Lagi satu, aku kan suke je menaip semua benda. ha ha ha. Mula-mula MALU giler nak publish note ni, lama-lama fikir urmmm .. apa salahnya. Bukan buat salah pun kan? kaaannn? ;)


Selepas beberapa bulan kemudian kat tempat kerja baru...

Fuuhhh.. Baru ko tau eh aida kerja kat sini macam mana? Kalau lap peluh pun rasanya takde la berpeluh mana. Tapi hakikatnya, memang la terasa sangat laaaa menyesakkan otak. Kepala otak memang sarat benor dengan kerja.

Seronok sebab dapat cabaran baru, cuma kadang-kadang letih. Otak la yang letih, eh badan pun letih jugak. Kerja sekarang berbeza dengan yang dulu. Kalau nak cakap dengan tulisan, memang tak sama lah. 




Tengah semak jadual untuk pelajar. Kalau nak tahu, esok dah start kerja baru lah terhegeh-hegeh nak check semua ni ha. Hari tu kan Raya Aidiladha, sebenarnya memang lupa tarikh raya tu, duk sibuk fikir pasal kerja. Maklumlah budak baru memang gelabah sikit. Takut tak boleh nak catch up semua kerja yang diberi. Eee, mintak jauh. Hari tu, raya macam tu jer, lepas tu fikir lagi pasal kerja. Time ni sebenarnya memang agak malas nak buat kerja, tapi bila fikir-fikir kalau tak buat, sape lagi yang nak buat, dah kerja aku pun. hu hu hu. Dalam malas-malas nak semak, siap jugak akhirnya. Lega giler rasa dia. Macam dapat makan burger special yang dalam Masterchef tu haa. Sedap giler nampak burger yang dorang buat tu. Korang tengok tak? Time tu terasa nak jadi juri awam je. Boleh makan banyak-banyak. Tak bayar pun takpe. Tak kisah. Eh burger yang dorang buat tu, dahla daging penuh, dorang buat ikut suke hati jer, sayur penuh. Aiishhh! Imaginasi makan melampau. Ala tak melampau la sebab sebelah i sekarang memang ada burger pun. Big Mac oo la la.. he he he. Lepas kerja tadi, ye arini tak kerja, tapi sebab kerja tak siap lagi. Jadi terpaksa lah pergi. Panjang pulak membebel. Biasa dia nih kalau dapat keyboard.



Malu nak tunjuk tempat kerja. Bersepah. Kalau meja kerja lagi besar, rasanya laaaagiiiii lah bersepah. Memang tak boleh nak kemaskan lagi tempat nih. Kadang-kadang rasa jugak serabut. Tapi masa masih nak jeles-jeles dengan aku. 

Semoga kerja ni semua akan berakhir dengan jaya dan cemerlang. ha ha ha. Tapi sebenarnya tak payah berangan setinggi bangunan Burj Dubai la. Sebab date untuk buat kerja pejabat dah tersedia dah sampai akhir tahun depan. huk huk. 

Ok, kita berpisah dan bersurai di sini dulu eh. Banyak tau benda nak di cite, tapi tak sempat lagi. Eh bukan ke tadi dah tulis ayat nih? Urm urm urm, ha ha ha. Tak kisah la.

Saturday, November 5, 2011

SUKAR!

Benda yang paling sukar adalah mencari seseorang yang betul-betul memahami diri kita. Memahami kita dengan sebetulnya [kecuali diri kita sendiri]. Alangkah elok jikalau ada manusia yang begitu untuk diri saya. Eh eh?

So far, antara manusia yang faham pasal diri saya adalah my cousin :)

xoxo

Tu je nak bebel, sementara nak buat keje kat opis nih. Iye, hari Sabtu patut cuti kat umah dan esok Hari Raya Aidiladha, hari ni 9 Zulhijjah 1432H orang wukuf kat Padang Arafah. Syahdu sekejap bilamana dengar cerita tentang orang haji yang ada kat sana. Agaknye bila eh nak dapat pergi haji? Kan best dapat pergi sana di tika usia masih muda. Oh muda eh? Yerp muda la sebab belum lagi 31 tahun. he he he.

Urmmm, apa lagi ek yang nak ditulis.

Dalam kepala saya duk fikir pasal jodoh. Hal itu rahsia Allah, tapi kadang-kadang saya sedih [sedih la ni sebab airmata cepat je nak berkumpul secara beramai-ramai kat mata nih haa], kenapa mereka yang dah berumahtangga tak sayangkan rumahtangga dorang? Bercerai senang-senang jer. Banyak sangat kat sekeliling ni tau. Tak faham sangat tentang hal ni sebab takde pengalaman [berumah dan tangga], DAN TAK NAK PUN PENGALAMAN MENAKUTKAN [kau sana aku sini] macam tu. Mintak jauh.

Kalau ikutkan banyak lagi ni nak hurai tapi akal cepat-cepat sedar. Tak payahlah, sebab tu takut tau kalau buat entry spontan macam nih. Sebab idea ni lebih tulus mulus kerna biasanya ianya berkisarkan apa yang ada kat kepala otak ni and terus tup tap tup tap taip kat dalam belog. Uisssh! Bahye bahye. ha ha ha.

Nanti-nanti la bila ada masanya saya tulis panjang-panjang lagi. Sekarang nak sambung buat keje. Dari tadi asyik melangut depan pc, tak start keje. Teruk teruk.

Ok. Dah nak sambung keje dah. Smile ok :)

*patut nak bebel pasal entri ASST tu, tapi sebab ada kat opis, jadi bantai je tulis apa yang nak di tulis dulu. ASST tu kite cite kendian eh. Sekarang masa mengejar ku yang suka sangat membazir masa. Macam sekarang.