Saturday, December 31, 2011

31 Disember 2011

Ke hadapan 2011 yang bakal ditinggalkan. Saya tak tahu kenapa saya tiba-tiba didatangi idea untuk menulis surat kepada kamu. Nak kata saya berhutang RM dengan kamu, macam tak ada. Nak kata saya berhutang azam dengan kamu, urmm memang ada. he he he. 

2011 yang bakal saya tinggalkan.
Saya berharap semoga kamu tidak akan sedih dengan peredaran masa ini. Ianya adalah normal, dan adalah tidak normal apabila tahun 2012 tiba terlebih dahulu daripada kamu. Lintang pukang jawabnya! Oleh itu, kamu patut berasa bangga kerana telah menjalankan khidmat kepada semua manusia, semua isi alam ni dengan sangat berjaya. Kamu berjaya, tapi kami ada yang berjaya dengan percaturan azam, ada yang tewas sikit-sikit la dengan a.z.a.m. Tapi tak mengapa, kerana azam itu adalah sesuatu yang boleh dibuat pada bila-bila masa. Cumanya ia lebih sinonim dengan tahun baru. Ewah, ewah kan. Setengah manusia mengambil kesempatan untuk menyambut 2012 nanti di merata tempat. 2011 kamu jangan sedih-sedih tau, kerana kamu pun pernah melalui saat dan ketika itu juga bukan? Oleh itu, bertukar la baton dengan senyuman. hi hi hi. Macam lari ganti-ganti la pulak. Memang la nanti 2012, lepas tu 2013 pulak yang menanti dan seterusnya. Baton terakhir?? Jawab sendiri kalau ada jawapan, kalau tiada cukuplah kita sama-sama diam eh ;p

2011,
Ketika saya melewati saat, minit, jam, hari yang ada di dalam tahun kamu. Ianya sangat berwarna-warni. Semua colours ada kat dalam. Bukan lagi warna pelangi, malah lebih dari itu. Dan kamu tentu tahu bukan, di saat-saat 2011 ingin mencecah landasan penamat. Masih ada lagi cerita hidup yang terjadi. Saya sangat berani bukan? ha ha ha. Perasan yang jarang-jarang saya rasa untuk perkara itu. Tapi saya rasa saya sangat melangkah ke depan, err sekejap aje lah. Lepas tu biasa-biasa aje. 

2011 oo 2011, 
Usahlah kamu berasa apa-apa kerana saya sendiri masih 50/50 dengan 2012. Bukan apa, tahun ini terasa agak cepat berlalu. Kamu perasan tak? Januari, Februari. Pejam kejap Jun, tido kejap Oktober, lena-lena ayam sat dah Disember. Dah 31 haribulan. Wooaa. Sangat cepat. Dan saya percaya 2012 juga akan berlalu cepat dan akan berwarna-warnian macam kamu.

Wahai pencapaian 2011,
Masih tiada apa yang dicapai, iaitu yang besar-besar. Cuma bertukar pejabat selepas hampir 6 tahun lebih bekerja di pejabat lama. Seronok bila dapat kerja di awal usia muda. Dapat timba banyak pengalaman. Tengok, perenggan di sini agak pendek kerana tidak banyak perkongsian yang boleh dilakukan. Mungkin ia menanti di 2012? Memang, bermula 2012 dah start busy dengan karnival. hu hu hu.

Rasanya kan, penulisan pada 2011 adalah yang paling tinggi berbanding 2008, 2009 dan juga 2010. Malas ar nak ingat pasal penulisan sebab banyak entry yang tak bersalah saya delete. MENYESAL GILERR! Padahal saya boleh draft kan ia. Kan dah nyesal. hu hu hu. 

31 Disember 2011 | Sabtu,
Saya masih menikmati saat, minit dan jam-jam terakhir yang berdetik di 2011. Owh sastera sikit ayat nih. he he he. 

Pengharapan? Biasa aja, cuma semoga lebih berjiwa pendekar untuk 2012. Kenalah kukuhkan mental dan fizikal untuk berperang dan bersemangat lawan 2012. ha ha ha. Macam lah 2012 tu musuh.

Jiwa harus kental dan bersemangat. Eh teringat pada kata-kata 'kuat semangat ye nih'. Ini bukan saya yang kata. Dan saya tak tahu sehinggalah saya dikata sedemikian. Eh eh? ha ha ha. Dahlah, tak best sangat nak cerita perihal masuk bakul ditolak oleh orang lain ni kan. Sikit-sikit cukup sebagai tonik 2012. 

Yuhuuu.

Esok Ahad

1 Januari 2012.

Jumpa tahun depan okayyyyy!!

*saya tetap berasakan hari-hari adalah berlalu macam biasa dan menunggu untuk diluar biasakan, cuma tahun dan hari nya adalah berbeza nama dan angka. Awak Ahad, saya Isnin, kome Selasa, hang Rabu, mung Khamis, demo Jumaat dan cheq Sabtu




Friday, December 30, 2011

I Am Nikon

Tabiat saya suka mengambil foto. Sangat-sangat suka. Tak kira apa jua foto. Ketagih la jugak. he he he. Cumanya saya agak jarang mengupload foto ke dalam blog. Pertama kerana line agak lambat, nak tunggu berbelas-belas foto di muat turun, uh memang agak menguji kesabaranku yang setipis kulit bawang nih.

Kamera kecik sentiasa berada di dalam handbag, jarang saya tinggalkan dia kat rumah sensorang. Biasanya saya akan bawak. Apa jua yang menarik hati saya, akan saya abadikan di dalam badan kamera tu. Bila tak ada kerja, boleh tengok balik apa yang di ambil. Kadangkala benda yang tak penting pun. Tapi dah saya suka. Jadi apa boleh buat kan?

Saya pernah ditanya oleh siapa entah. Contoh 'eh, gambar kasut pun ambik jugak?' Susah saya nak jawab persoalan anda tu. Bila jiwa tidak sama, kamu tidak akan mengerti akan kepuasan merakam hayat kasut tu. ha ha ha. Oh susah benar untuk bagi orang faham. Tapi tak mengapa, saya tak marah. Ini kerana manusia itu berbeda-beda ya deh. 

Pada hari Ahad bulan ini, tarikhnya adalah pada 12 Disember 2011. Saya telah mengambil cuti dan pegi ke bandar untuk membuat passport bersama-sama sepupu saya. Sebelum kami ke pejabat Imigresen, kami telah singgah terlebih dahulu ke kedai foto untuk mencuci gambar passport. Nada tulisan macam tengah buat report polis. ha ha ha.

Saya bawakan cd gambar kecik comey jer, kerana sekarang dah tak guna negatif filem macam dulu lagi. Sekarang dunia dah maju. Bunyi macam iklan pulak. Sementara menantikan gambar siap, eh sekejap jer gambar tu siap. Tak sampai sejam pun. Saya ulang lagi, sementara menantikan gambar siap, saya telah merayau-rayau di dalam kedai tersebut. Sekali pandang memang mencurigakan, boleh kasi tokei kedai berasa cuak. ha ha ha. Yelah, dengan muka yang macam tiada berduit jer, terhendap-hendap di depan cermin kedai mereka. Memang menimbulkan syak wasangka.

Saya bukan saja nak terhendap-hendap, saya sedang memandang wajah pujaan hati saya. Sukar untuk saya buang perangai melihat benda ini. Pergi ke kedai mana-mana pun, mata akan memandang dia. Tak dapat beli pun lagi, tapi bila dapat sentuh. Uhhhh, sukar dijelaskan dengan kata-kata. Sudah mampu buat saya gembira.



Nikon dah keluarkan kamera baru. Biasanya dslr biasa kan. Idaman saya adalah Nikon D90, rasanya dah masuk tahun ke berapa ni, tapi masih tak terbeli. Tak capai lagi idaman hati nih. Kalau korang perasan, sekarang dah ramai pengeluar kamera mengeluarkan kamera kompak yang di ubah menjadi ala-ala dslr. Bezanya, ianya masih berbody kompak NAMUN mempunyai lens. Untuk kamera yang sangat comel ini, ianya mempunyai dua lens. Pendek dan panjang. Boleh pilih nak yang mana. Sedia aja duit dong! he he he.

Gambar ni saya rakamkan secara rahsia. Takut kena marah. Saya dah pernah kena marah sebab suka amik gambar sesuka hati. ha ha ha. Mana lah tahu tak boleh ambik gambar, tak ada warning pun. Jadi kita apa lagi, barangan cantik. Geram pulak tiba-tiba hadir dalam diri, maka bertindak macam kedai tu kita yang punyalah. Tapi dia tak marah maki-maki pun, cuma just cakap 'amoi tak boleh tangkap gambar oo'. Ok.



Kamera yang menggoda ini didatangkan di dalam dua warna. Eh tiga lah, Nak pink? Hitam? atau Putih suci murni? Pilih sahaja nak yang mana. Kalau tanya aku kan, aku nak semua warna nih. ha ha ha. Tamak bukan? Sebab dia cantik. Warna dia buatkan kita rasa kita macam memiliki rumah ratusan ribu ringgit yang terletak di tengah sawah padi yang menghijau, lepas tu ada sungai pulak kat depan, tak cukup dengan tu, ada anak ikan pulak kat dalam sungai tu. Ni yang malas nak keluarkan angan-angan ni, sebab biasa memang agak terlampau. Sebab tu biasanya saya akan simpan angan-angan tutup rapat-rapat daripada di tulis di MPS nih. Segan noo. 

Harga yang ditawarkan juga berbeza-beza. Bagi yang mempunyai hanya satu cara penggunaan, maka harganya agak murah sedikit lah. Bagi yang mempunyai dua penggunaan, harga dia agak mahal sikit. Yang satu penggunaan macam kamera kompak biasa je, kita sekadar dapat mengambil gambar macam tu je. Macam mana nak terang ni eh? hu hu hu. Yang ada dua penggunaan pulak, kita dapat ambik gambar macam biasa dan jugak melalui kanta kat atas dia tu. Tak tahu orang panggil apa. 


Kalau tengok gambar kat atas ni kan. ha ha ha. Gigih mengedit gambar ni, tak reti nak pakai paint, jadi tak berapa jelas, urmm boleh la nampak kan? Yang pertama tu kan, nampak perbezaan dia. Yang pink tak ada benda yang petak tu, yang putih tu ada. Harga putih RM2,858 Nikon 1 | V1 manakala yang pink RM2,558 Nikon 1 | J1.



Kelihatan menawan bukan? Meronta nak beli. Sangat sesuai untuk perempuan sebab dia tak gedabak terlebih muatan sangat. Sedang elok je badan dia. Tapi apakan daya daku. huk! Promoter tu kasi pegang belek-belek, kita tanya A dia jawab. Kita tanya B dia jawab. Kira ok lah. 

Cumanya kamera ni masih tak boleh nak lawan dslr lah. Sebabnya dia tak ada manual, cuma auto. Yang beza dia hanyalah pada lens tu je. Kalau tuan kedai tu offer aku pinjam kamera ni untuk satu hari, rasanya aku sanggup. ha ha ha. Seronok wey!!!

*start simpan duit syiling dari sekarang. ha ha ha

Err, sebenarnya sebelum buat entry ni tadi, nak tengok Ombak Rindu kat you tube, tapi dah tak boleh dah. Dorang dah keluarkan agaknya movie tu dari youtube. Sapa tak hangin kalau tak langgan astro first tapi boleh tengok free macam tu je kat intenet. Ooo tak boleh jadi. ha ha ha. Tapi aku suka sebab free, almaklumlah tak langgan astro first, langgan yang biasa aje. Eh eh terkeluar pulak cerita Ombak Rindu. Best sangat ke eh? 




Persoalan

Pernah tak apabila kamu ingin mengukir senyuman, namun hati kamu tidak membenarkannya. Bibir kaku tiada berperasaan.

Pernah tak apabila seorang budak perempuan comey, bergaun pink lo lo lo tomeynya dia mengukir senyuman yang sangat manis, namun kamu hanya memandangnya sepi tiada berbalas senyuman.

Pernah tak kamu merasakan suka akan sesuatu itu yakni benda/barang [eh bukan ke sama?], mungkin manusia, mungkin apa sahaja, namun pada akhirnya kamu menjadi tiada berperasaan. Suka pun tidak benci pun tidak. Natural aje perasaan itu. Saya pernah!

Pernah tak kamu berasa sangat sedih dengan tiba-tiba namun dalam masa yang sama kamu masih boleh tertawa. Kerana otot-otot ketawa masih aktif berperanan menyeimbangkan rasa kamu.

Pernah tak kamu gembira yang amat sangat, namun airmata pulak yang mengalir selari dengan kegembiraan itu. Itu normal bukan? Err, ke tak normal? 

Pernah tak kamu berasa sangat bahagia, sangat tenang di saat banyak masalah masih menyelubungi. Masalah itu seolah-olah faham akan diri kamu lantas ke tepi memberi ruang kepada bahagia untuk menjengah di dalam hati. Kalau rasa bahagia itu hadir, nikmati lah ia. Saya pernah berasa begitu. Manis rasanya. he he he.

Pernah tak kamu terasa sangat tidak bersemangat, namun tidak tahu untuk meluahkan kepada siapa. Hakikatnya ramai insan disekelilingmu. Pilih sahaja yang mana. Namun ianya tidak terjadi, lantas rasa tidak semangat itu hanya berlegar-legar di dalam diri dan hilang umpama asap di angkasa. eceh!

Urmm, pernah tak kamu berasakan diri kamu kosong hinggakan tidak tahu apa yang kamu akan temui di dalam hidup. Apa tujuan kamu hidup di muka bumi Allah yang luas ini. Mana jalan penamatnya, apa rintangan yang bakal say hye! pada kamu nanti. Sulit sungguh bukan. Berserahlah kepada Dia.

Pernah tak kamu memang nak sangat memaki hamun seseorang, konon berasa sangat marah. Tetapi kamu tidak melakukannya. Hanya mampu bercakap dengan diri sendiri lantas 'sabar ajelah' yang keluar di dalam hati.

Pernah tak kamu menangis di dalam hati, bibir terukir senyuman. Berpura-pura adakala tidak bagus untuk jiwa. Kamu perlu elakkan. Kalau aku la kan, pernah la jugak macam ni. Tapi tengok keadaan lah.

Pernah tak kamu urmmm, rindu pada seseorang namun ianya apabila diluahkan tidak akan sama dengan apa yang dirasakan. Kalau begitu kan, seeloknya berbicaralah dengan Yang Maha Esa, Dia lebih mengerti akan rasa itu.

Pernah tak kamu rasa tak bersyukur? ha a a, kamu jawab dengan jujur. er er er .. 

Pernah tak kamu mengidam tiba-tiba nak makan makanan yang sedap-sedap, sebagai reward kepada diri sendiri? Saya pernah, he he he.

Pernah tak,.. kalau sambung ni kan, memang berderet-deret lah tulisan dia. Banyak sungguh ayat yang boleh diciptakan apabila ayat 'Pernah tak..' dimulakan.

Rasanya cukuplah setakat ini dulu Pernah tak diutarakan. Kalau kamu nak sambung, boleh aja. Bagi aku, ianya tak salah kerana apabila anda berperasaan sebegitu itu menandakan anda manusia normal yang punya kelemahan dan ianya adalah sebahagian daripada kehidupan. he he he.

4.23 pm | Jumaat yang akhir di 2011 | 5 Safar 1433H 




Thursday, December 29, 2011

Siri Akhir : Melaka

Hai semua. Hari ini jemarian terasa gagah untuk berdansa dipermukaan keyboard yang agak keras. Apa eh nak ditulis sebenarnya ni eh? Urmm, hilang pulak kata-kata. Sementara berita mengambil alih di muka television, kita ke siri akhir Melaka. Tentang Dhia jugak berakhir hari nih, macam tu je rupanya ending dia. Ingatkan dia akan tunjuk mak mertua dia dapat balasan ke apa. Nenek dia akan halau atau pape jelah emak si Zikir tu. Rupanya tidak. Macam pengarah kekontangan idea je. Komen saya lagi, tak best sangat ending dia macam tu. Nampak macam tak kemas dengan penceritaan dia. Nampak macam bersungguh-sungguh pada awalnya, namun buntu menemui jalan mati lalu diakhirkan sedemikian rupa. Hampa sikit la saya di sini tuan pengarah. Lainkali buat ending lain lah. Ending yang kita tak terfikir. Eh tak terfikir jugak tadi si Zikir akan meninggal sama Dhia. Ah cerita punya cerita. ha ha ha. Terpedaya sudah ;)

Tapi cerita siri akhir Melaka yang akan disiarkan ini tidak akan memperdaya anda semua. Ini adalah realiti. Oleh itu marilah kita semua berjalan sambil mencuci mata melihat haiwan binatang ini semua. Adik-adik ayuh ikut Kakak Aida. 

Mula-mula kita tiba di kaunter tiket yang sedia untuk dibeli oleh pengunjung. Adik-adik jangan risau tau. Kat sini dia ada perbezaan harga untuk dewasa dan kanak-kanak. Maaf terlebih dahulu kakak pinta sebab kakak tak berapa ingat berapa harga tiket itu hari. Maklumlah dah lama sangat. Tapi kalau kita datang secara beramai-ramai dan bawak surat rombongan cik kiah, InsyaAllah akan dapat harga yang istimewa. Cubalah nanti ye, mana tau ada rezeki.

:: Pembacaan ini dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah ::



Ini adalah senarai penaja untuk haiwan-haiwan yang terpilih. Ada yang ribuan, ada yang ratusan ringgit. Banyak jugak kos dia. Projek Anak Angkat, jangan ingat manusia je berangkat-angkat ni, haiwan pun ada. Ah comey sungguh bunyinya.



Yeah, kelihatan Syakila dan Sarah sedang sibuk posing sampai tak sedar kita amik gambar dia. Adik-adik semua boleh ambik gambar macam mereka nih. Jangan segan silu dengan mak dan ayah tau. Buat kenangan untuk hari tua nanti :) Selamat Datang ke Zoo Melaka. Wah terasa macam pekerja kat sini la pulak.



Baru je nak tulis ini Burung Kakak Tua. Tapi dah terang-terang kat depan tulis Macaw Bersayap Hijau. Walawala, nama dia punyalah hebat. Kita tinggalkan macaw di sini, kita beralih pulak ke haiwan yang lain.



Hai adik-adik, saya ialah burung hantu. Mata saya bulat, wajah saya garang. Auuummm! Siang saya beradu, malam saya jadi pak guard. Berjaga tanpa gaji. Ini lah saya adik-adik sekalian. Sekarang kamu ikut Kakak Aida tengok haiwan yang lain pulak yerk.

Terima kasih kepada burung hantu. Moh kita beralih arah.



Ok, kat sini sebenarnya ada binatang, tapi tak nampak lah pulak. Namun adik sekalian percayalah ada haiwan di siniiii [nada wonderpet].



Oh tupai makan betik. Tupai ni comel sebab badan dia belang-belang cream macam tu. 



Ini badak sumbu. Tengok badan dia tu haa, besar kan? Kat sebelah dia itu apa adik-adikku sayang?



Ya betul, kuda belang. Mereka sedang makan rumput yang disediakan oleh penjaga mereka. Teringat daku akan cerita Zoo Lan Pet Pet. hi hi hi.



Yang ni sangat kelakar. Rasanya ini kuda padi. Ada ke patut pergi potong rambut dia macam tempurung. Sama rata jer, ha ha ha. Bila kita tengok muka kuda ni kan, kelakar giler. Tak tahan tengok muka kuda nih. Apakan daya, mereka adalah haiwan adik-adik, jadi manusia nak simpul, toncang atau jalinkan rambut mereka, mereka tidak akan membantah. Padahal dalam hati mereka sangat geram dengan manusia. Jadi jangan sabotajkan mereka dengan fesyen yang pelik-pelik, nanti mereka malu nak pandang pengunjung. 



Rusa. Maaf untuk  kali kedua. Agak kabur foto ini ya deh. Kerna kamera akak sudah kehabisan bateri. Semua foto di zoo hanya menggunakan kamera handphone. Kualitas nya agak kurang menarik. Pohon maaf yang ibu bapak semua. Adik-adik yok, kita berjalan lagi.



Selembu. Agaknya la kan. Tengok lah tanduk dia tu. Panjang dan tak dapat dibayangkan kalau kita kena tanduk. Ouchh! Ngeri.



Ini lembu atau cow. Haiwan yang biasa kita tengok di merata-rata tempat. Di padang ragut, di tepi jalan atau di dalam kandang atau mana-mana tempat. Mereka sedang kusyuk menikmati hidangan makan pagi.



Ye, kita nikmati pemandangan haiwan di sini dengan menaiki tren. Kalau nak jalan kaki, memang semput nak-nak kalau orang macam aku yang dah lama tak bersenam. Untuk info, cuaca di sini adalah nyaman dingin mungkin kerana banyak pokok yang merimbun. 



Nampak binatang ganas di sinung? Ye, itu buaya. Mereka sedang berjemur. Takpe mereka kebal takkan sunburn sebab kulit mereka keras.



Ini info untuk buaya tembaga. Eh, tembaga mahal tau.



Burung bangau. he he he. Acah je adik-adik, kakak Aida tak berapa pasti ini burung apa. Nampak macam bangau namun tidak tepat.



Burung yang berwarna biru. Jika kita melihatnya secara real, ianya sangat menarik. Berjalan di atas tanah sambil mematuk makanan yang berada di dalam bekas.



Untuk gambar yang terakhir di dalam siri Melaka adik-adik semua. Nah terimalah gambar gajah untuk tatapan ketika hendak buat kerja sekolah. he he he. Gajah ini badannya besar. Nampak kuat, oh sememangnya kuat dan cukup ngeri jika dia mengamuk. 

Ok adikku sekalian, nampaknya siri ini akan berakhir di sini. Semoga kamu semua ENJOY bersama binatang ini semua. Sememangnya mereka sangat comel. dan sekiranya kakak Aida diajak untuk ke zoo sekali lagi. Rasanya cukuplah dulu setakat ini. ha ha ha. Taknak lah datang lagi dalam masa terdekat. Kakak Aida nak pergi tempat lain pulak. Tak best ar nak layan korang je tengok lembu, singa auuummm, tengok beruang tengok ini semua. Sekali sekala boleh lah. he he he. Kalau bawak anak-anak buah mesti mengamuk tak nak balik. Silap haribulan nak bawak balik gajah sama. ha ha ha.

Sebelum Kak Aida mengundurkan diri. Di sini ada serangkap pantun. Eh tak lah, kak aida tak reti nak berpantun. Di sini kak aida ingin pesan, sayangilah haiwan, jangan sekali mendera mereka. Mereka juga punyai perasaan macam kita jugak. Kalau cekgu tanya dah pernah pergi zoo ke? Korang jawab, DAH cekgu. Pergi zoo secara maya. ha ha ha. Jangan ikut, main-main je nih. Ok lah semua. 

Kita sudahi dengan selamat bercuti esok Jumaat menanti :)




Wednesday, December 28, 2011

Siri IV : Melaka


Assalamualaikum semua. Rasanya rancangan  kalau nak menulis cerita-cerita bersiri, mungkin diri ini akan menjadi peserta pertama yang terkeluar. Tak boleh nak stick pada satu-satu cerita dalam jangka masa yang panjang. Sebabnya rasa macam banyak nak bercerita, tapi masih tiada kesempatan. Konon nak bercerita pasal cerita kahwin adik 3, tapi masih banyak entry yang tertunggak. Macam bil air, bil letrik. Banyakkk. Konon. 

Jadi usah gusar, usah berasa susah hati sampai tak bernafas, ini hanyalah cerita sekadar mengisi masa lapang di dalam blog sendiri. Tengok, pujuk diri sendiri padahal dah sibuk membilang hari. Sempat ke tak nak menulis itu ini. Woo woo, panjang pulak mukadimah dan penjelasan yang tidak dipinta. Eh, memang suka bagi penjelasan walaupun tak penting. hik hik hik.

Ok, semalam dah pergi bayar bil broadband, maka bernyawa semulalah ruang maya kita. Suka sangat. Tapi takdelah suka sangat. Biasa-biasa jer, sebab malam-malam banyak aktiviti selepas kenduri itu hari. Sebab tu tak sempat nak menaip. 

Ok semua. Sekarang kita beralih ke Melaka. 

Malam ke berapa entah, kami dibawa menyelusuri Sungai Melaka. Naik star cruise. he he he. Bayaran dia kalau tak silap RM10 dan budak-budak RM5. Kalau tak silap lah. Kalau silap, jangan marah ok ;)



Bila malam ia akan bercahaya. lip lap lip lap. Ini baru sikit, moh kita ke bawah. Pakat scroll sama-sama. 

Scroll down!




Memang padan la dipanggil Bandaraya Warisan Dunia, sebab banyak sangat sejarahnya. Kalau suka sejarah sila datang sini ;)




Melaka ada monorel. Fuyoooo! Fuyoo sebab kat Terengganu takde benda ni. Ulat bergerak.





CANTEK! Berwarna-warni eye on Melaka nih. Betul ke tak, hentam jer. he he he. 



Mata kenyang duk menengok lampu yang banyak sangat warnanya. Rasa macam malam raya jer. Eh bukan, macam pesta lampu je. Ada ke pesta lampu? Kalau pesta cahaya macam pernah dengar. 



Ini surau. Memang cantik. Seolah-olah berada di zaman dulukala.



Ada pulak orang sedang menari sambil berkebaya nyonya. Tapi kamera lambat nak snap, gambar yang terhasil agak malu-malu nak terang. Sudahnya blur terhasil dengan riangnya. Oya oya.



Macam kat Itali. Konon lah. ha ha ha.

Maka dengan itu sekian.

Ye, dah habis. Ayat tak banyak ini malam, gambar banyaklah. Nanti kita akhirkan Siri Melaka ni eh. Banyak-banyak cerita aku dah naik pening.


Tuesday, December 27, 2011

Oh hai!

Oh hai.. dah lama tak bukak belog. Padahal baru dalam 5/4 hari kot. he he he.
Nak bercerita itu ini rasanya tak sempat. Yang sempat nak di tulis adalah:

  1. Sedang gigih berada di pejabat, kat hati nak main-main, tapi tak boleh. Kerja sedang say hai o hai. Ohoiii! Rasa nak jengah belog orang lain, tapi tak boleh. Nak mengomen belog orang lain, tapi tak pandai.
  2. SBPA kalau ada masa, jengah la kat laman nih. Cari info pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Dah kena sign before 29 Disember nih. Tak buat pape pun lagik! Orang lain dah siap hantar, dah siap isi.
  3. Oh jugak sedang gigih sambil terkial-kial mengisi SKT = Sasaran kerja Tahunan + LNPT. Fuh! Tak siap lagi, eh sebenarnya dah siap tapi kene buat balik sebab dah tukar pejabat. Urmmm!
  4. Cukup la ni aje kot. Sebab rasa pelik membelog time office hour. ha ha ha. Tanduk kelihatan bercabang la. hik!
  5. Jumpa malam nanti, err itu pun kalau lappy ada nyawanya. Bila ntah nak bayar bil. hi hi hi.



Thursday, December 22, 2011

Pagi & Buta

Jam menunjukkan pada angka 1 dan 45 minit sekaligus membawa erti 1.45 pagi buta. Tak tahu kenapa mesti ada buta kat belakang. Pagi buta. Mungkin pagi yang masih gelap dan masih buta teraba-raba dalam kegelapan. Oh, bukan nak melalut. Bajet ON lappy nak bayar bil. Tapi jari tekan website lain la pulak.

Berhari-hari rasanya jemari tak berdansa kat keyboard lappy nih.

Status sekarang :

Masih giat menjalankan kerja-kerja terakhir untuk majlis kenduri. 

Penat tapi HAPPY!



Saturday, December 17, 2011

Bukan Jatuh Dari Langit

yerp, hadiah ni semua bukannya jatuh dari langit. Bukannya tetiba datang menyerah diri tanpa adanya pemberi. Bukannya tetiba datang 'hai aida, saya pen nah terimalah diri saya seadanya'. Bukan.. bukan begitu. [rujuk gambar hadiah yang dipamerkan kat bawah sana nunggg ha].

Hadiah tak terduga ni semua datang daripada hamba Allah yang salah sorangnya kan, saya rasa, saya dah lupa-lupa ingat wajahnya. Tapi kalau jumpa mesti ingat. he he he.

Nak dijadikan cerita, saya ada menjawab salah satu kerja kalau kita boleh panggil ianya kerja. Urmm, tugasan yang lazimnya perlu dilakukan oleh mana-mana orang yang bergelar student. E-questionnaire la lebih kurang. 

Dalam emel yang disertakan tu ada ditulisnya :
"....... saya sedar title Phd itu nanti tidak selayaknya untuk merasa sombong dan megah, kerana  ia diperolehi bukan atas kehebatan kita seorang, tapi ada banyak tangan lain dibelakangnya (dengan izin Tuhan Yang Maha Penyayang)".


Saya lebih berminat pada tulisan dia sebenarnya, manakala hadiah yang diberikan itu hanya salah satu penghargaan yang segan saya nak terima. Bukan tak suka, suka. Tapi ye lah macam tu lah. ha ha ha. Oh ya, dalam segan-segan pun, pen drive tu saya gunakan untuk letak lagu-lagan kat dalam. Simpan dalam kereta. ngee! TQ

Berbalik pada tulisan balas dia di dalam emel, masa saya baca tu kan, terasa macam, alangkah baik jikalau semua mereka yang mempunyai kedudukan yang hebat-hebat berfikiran sebegitu. Tidak layak untuk berasa sombong dan megah dengan kedudukan yang sementara. Padahal bila mati, hanya bawa amal, dibalut dengan kain putih je. Semua gelaran contoh Tan Sri ke Dato' ke apa ke, semuanya tak bernilai lagi. 

Terkesan seketika bila duk merenung pada emelnya. Bila dibandingkan dengan diri sendiri, mak oi lagilah jauh beza. Kita biasa je, mana nak layak rasa sebegitu dan TAK BOLEH berasakan sebegitu. Sedangkan dia yang bakal bergelar Dr. pun boleh berfikir sebegitu, kita yang tak bergelar Dr. ni sepatutnya lebih-lebih lagi. 

Tutup satu bab. Kita ke bab yang lain pulak. Masih isi yang sama.

Pemberian lagi dari siapa ntah.

Hari tu agak lama tiada kat pejabat. Kalau tak silap saya pergi kursus kot. Balik pejabat, belek semua dokumen atas tray, kat celah-celah surat ada envelope tertera nama sendiri.



Memang hati menjadi suka hati lah, masuk pejabat tup tup ada something dari someone. Entah sape ntah. Memang tak boleh nak jangka daripada siapa. Nak-nak itu hari sebelum kursus, ada dapat panggilan dari seorang hamba Allah. Mulanya nak mintak itu aje, kita tolong jelaskan mana yang patut. Tup tup lahar dia keluar macam gunung api meletus tanpa amaran. Wehhh! Aku cuba sabarkan diri, yelah dah la tak bagi chance kita nak explain, main tembak jer. Silap sasaran nih. Tapi dengar ajelah. Diletaknya gagang telefon tanpa penutup kata. Hasilnya aku terkejut dan terkedu. Eh eh biar betul dan aku ketawa kecil. Dalam kepala, ada jugak orang macam ni eh? Bila diingat balik, time perbualan tu kan adakala aku tak dapat membuka mulut dengan jayanya, hanya mampu 'saya.. sa..aa. '. ha ha ha. 

Sejam kot lepas tu, dapat emel mohon maaf daripada beliau. Yang best, dia tak tahu dia marah kat siapa, terkial-kial nak cari semula perempuan yang dimarahnya tu. Aku tak simpan kat dalam hati pun, sebabnya aku tak rasa nak marah kat dia, tak rasa nak simpan semua benda ni kat hati. Mood tengah baik kot. hi hi hi. Lagipun, aku sendiri tak jangka akan dimarahi sebegitu rupa, walaupun semua benda tu bukan aku yang buat sebetulnya. Yang penting, apa yang dia nak tu, kami dah settlekan. Emel dia tak balas pun, sebab tak tahu nak jawab apa. Tet. 

Berbalik lagi kita pada envelope yang aku terima tu kan. Berisikan topi belang-belang kaler pink? Bunga kaler biru. Fuhh!



Mulanya aku ingat beliau la yang kasi ni sebagai tanda mintak maaf. ha ha ha. Tapi bila fikir logik, tak kan lelaki akan kasi kerongsang topi macam ni kot. ha ha ha. Ok, rasa kelakar kalau kita imagine, seorang lelaki belek kerongsang pink untuk diberi kepada seseorang. Tak kisahlah nak kasi kat sapa-sapa. Bagi aku kelakar + comel jer kan? Macam jugak lelaki baca novel, ha ha ha. Bukan tak boleh, boleh. Tapi macam pelik sikit la. Nampak macam jiwa mereka penuh kasih sayang. Biar aku jelah yang berjiwa kasih sayang, lelaki patut berjiwa kental. Ecewah. Namun ini hanya sekadar pandangan, mungkin tak betul sepenuhnya. Kalau nak baca novel, jangan kasi aku nampak sudah! Nanti kena gelak tak pasal ;) Err, atau aku terkedu atau mungkin kagum atau atau... Eh dah merepek nih menulis. ha ha ha.

Tapi bila ditilik lama-lama kan [beberapa hari selepas terima envelope tu], lambat perasan aku nih. Nampak 'hihihi..' kat bawah envelope tu. Sebelum ni aku memang tak perasan ada tulisan tu. Rasanya aku boleh agak, aku tahu siapa pengirim ni. he he he. Cumanya sampai sekarang aku masih berhutang TERIMA KASIH kat dia. Nanti aku terima kasihkan jugak kat dia, nanti. Aku ingat nih!

Pesanan yang tiada berpenaja : Hargailah pemberian orang pada kita.




Friday, December 16, 2011

Siri III : Melaka


Selamat malam semua. Plan nak habiskan semua gambar kat Melaka, ada dua siri lagi. Kalau rajin lah, kalau tak kita akan skip. eh :) Makin lama pending ceritera, nanti mood melayang. 

Ok, selepas kita menjelajah ke bahagian bandar Melaka, kita jelajah lagi sebahagian lagi kawasan yang ada kat situ.



Tak dapat nak bercot cet sebab tak sure kat mana ni. Nak pergi A Famosa ke apa. 


Time ni kami atas beca, laju. Laju giler sebab turun curam. Masa tu angin agak kuat, jadi bahang kepanasan agak kurang terasa. Kalau nak tahu, kat Melaka sangat panas. Cuaca memang terang elok, kerana bahang panas tu, sampai berdenyut-denyut kepala. Memang terasa beda kerana Terengganu sejuk di simbah hujan, datang Melaka panas di simbah cahaya mentari. Fuhh! Rasa menyesal jugak sebab tak beli topi comel. Namun rasa menyesal tu hadir sekejap jer, lepas dah masuk bas, dah tak ingat pasal topi 0_o




Lepas dah sampai ke destinasi terakhir untuk beca, kami diturunkan kat Dataran Pahlawan kalau tak silap. Maaflah, nama tempat-tempat kat Melaka ni saya tak letak dalam kepala sangat. hik hik hik. My bad. Nun di sana kelihatan Menara Taming Sari. Untuk naik ke atas sana, ongkosnya adalah RM10 sahaja. Jadi pakat naik secara beramai-ramai. 



Bergerak ke sebelah kanan, boleh nampak kapal besar kat bawah. Kami tak pergi dekat kat kapal tu, sebab beca tak bawak pergi sana. Nak jalan kaki tak larat plus kejar masa untuk bengkel. Jadi tengok dari jauh sudah memadai.



Jari kecik Shakila menunjukkan bangunan yang ada. Mulut comey dia asyik 'umi itu.. umi ini'. Dua beradik ni comey, kalau bergambar dia akan ikut jer perlakuan kita. ha ha ha. C O M  E Y sangat!



Kawasan bandar Melaka. 



Kita berpusing pulak ke sebelah lain. Tapi yang ni tak menarik sangat. Urmmm, boleh lah untuk cuci mata.



Cantik bila tengok deretan kereta nih. Motif gambar takde lah sangat, main tangkap jer. Bila tengok balik gambar ni, rasa macam kita berubah menjadi raksasa besar nak pijak semua benda kat bawah tu. Grrrrr~!! Raksasa datang menyerang secara perlahan-lahan.

Dah jelajah semua tempat kat atas sana, turun perlahan-lahan. Berbaloi jugak lah untuk mereka yang nak tengok pemandangan bandar Melaka dari atas. Cumanya kalau nak naik untuk kali kedua, rasanya perlu fikir banyak kali :) . 



Ha ha ha. Chop dalam entri lalu, tak sure ini apa. Sekarang dah PASTI sangat-sangat, ini adalah kereta bomba. Ngee! 



Hellooooo!


Dah tamated + idea kering kat tangki.

he he he



Thursday, December 15, 2011

23 Disember 2011

Baru usai memasak mee goreng. Rasanya dah lama benar tak masak. Memang kebiasaan akan begitu, apabila adanya kakak ipar, aku balik kerja dah lambat, dia yang akan jadi tukang masaknya. Kalau ada masa, kami akan masak sama-sama. Sekarang dia takde kat rumah, ikut suami dia pergi kursus kat Selangor.

Eh, perasan tak. Kadang kala kita lebih suka membaca penulisan mereka-mereka yang berilmiah berbanding tulisan sendiri. Tulisan-tulisan itu adakala membuka mata dan minda kita untuk lebih berfikir mengenai kehidupan atau mengenai apa saja.  Err, kerana tulisan saya kurang berilmiah haruslah membaca bacaan yang lebih berilmiah untuk lebih seimbang. he he he. Oh ya, bercakap mengenai kehidupan, semua orang sudah maklum, kehidupan setiap manusia adalah berbeza-beza. Beza yang macam mana? Tak payah pergi jauh, contoh yang paling dekat yang boleh kita lihat adalah dengan melihat ahli keluarga sendiri. Di sini saje, kita dah boleh lihat kehidupan antara adik beradik sendiri punyai seribu satu corak. Tidak sama walaupun membawa nama bin dan binti yang sama, walaupun keluar dari perut ibu yang sama.

InsyaAllah pada 23 Disember 2011 nanti, adik 3 akan melangsungkan kendurinya di rumah. Sebab tu saya agak ketidaktahuan. Nak buat itu, nak buat ini. Alhamdulillah majlis di sebelah perempuan dah selesai dengan selamat. Cuaca masa kat Perlis itu hari,ok. Sangat ok namun cuaca kat Terengganu masih belum tentu. Majlis sebelah lelaki = sebelah kami belum lagi selesai. hu hu hu. Harapnya selamat. Amin.

Tadi pagi hujan lebat giler. Masuk pejabat agak lewat tadi, selesaikan kerja rumah dulu. Dalam perjalanan ke pejabat, memang hujan mencurah-curah. Kabur pemandangan, sampai kat pintu masuk tempat kerja, air dah bertakung. Pintu utama sebelah dah ditutup. Pusing sana-sini nak masuk pejabat. Air cepat sangat naik. Alhamdulillah selamat sampai kat pejabat. Officemate sempat telefon nak tanyakan samada dah ada payung ke belum, mungkin kalau aku tak bawak payung dia nak tolong hantar kot. Tapi tadi aku tak sempat angkat telefon. Dah sampai pejabat dia cerita. Sebenarnya tak perlu sebab aku dah bawak payung siap-siap :)

Life

Semalam menggugel senarai semak untuk perkahwinan, sebab tak silap sebelum ni pernah terbaca kat majalah Pengantin apa yang perlu kita buat 6 bulan before, 3 bulan sampai lah pada hari langsung. Tapi cari punya cari tak jumpa jugak apa yang diinginkan. Last, buat sendiri. Tulis tangan kat dalam buku nota.

Ahad lalu, sempat ke butik-butik perkahwinan. Nak cari pelamin untuk menyambut menantu. Bermacam-macam jenis, cantik-cantik pulak tu. Bila dah belek album pelamin kat butik, rasanya macam ada idea. Nak buat sendiri lah. ha ha ha. Semangat giler nak buat, tapi tak tahulah jadi ke tak. Harapnya menjadi.

Saya dapat rasakan, kalau kita buat sendiri persiapan perkahwinan kita kan, ianya lebih puas hati. Kalau perempuan lah, kalau lelaki biasanya mereka lebih simple. Ikut jer, macam tak kisah jer. 

Idea datang lagi, entah lah banyak sungguh idea datang menghasut. Masa kat Perlis, time beli barang keperluan untuk buat sireh junjung [takdelah junjung mana padahal], ternampak candy corner macam nih, lebih kurang lah. 



Rasa nak buat jer. Cakap kat kakak 2, 'aku nak buat gini'. Sempat snap picture dari majalah tu tapi tak transfer kat laptop pun lagi. Handphone tengah tsunami. Kakak 2 gelak, sepupu makcik pun gelak, aku pun gelak sama sebenarnya. Dia cakap 'dok dan ke orang lain, abis ke anak sedara mu dulu'. ha ha ha. Ok, saya gelak sebab saya tahu macam mana pe'el kelakuan mereka tu. Bila difikir balik, idea ni sebenarnya kurang sesuai kerana memang tak sesuai. Sebab orang kampung jarang sikit buat benda-benda nih. Aku main hentam je. ha ha ha. Tak tahu nak jelaskan macam mana ketaksesuaian tu. Tapi hati rasa macam best jer bila dapat buat. Wait and see jelah. Mungkin buat mungkin tak.

Lepas tu lagi, untuk doorgift. Mula-mula nak kasi bekas yang berisi potpouri. Entah sape punye idea, 'kita letak bunga rampai ok gak'. Eh, aku pulak yang terlebih-lebih rasa 'ok gak tu'. Dah terbayang bau bunga rampai yang best. Tapi semua orang tak nak buat sebab cerewet. Jenuh nak hiris daun pandan. Diaorang cakap 'kalau awak nak buat, awak buat sorang ar. ha ha ha'. Aku??? Aku tak janji, naya janji benda-benda yang tak boleh kita tunaikan. Lagipun aku tak pernah buat bunga rampai. Aku ambil pendekatan selamat. Diam sambil senyum. Dalam hati merasuk lagi 'kalau buat best nih'. ha ha ha. Entah, rasa macam best kan buat sendiri semua benda nih. 

Larat ke nak baca lagi nih? Panjang lagi ni nak tulis.

Esok dan esok dan esok lagi lagi, kena manfaatkan masa sebaiknya. Masih banyak benda yang tak buat lagi. Benda yang tak siap lagi ni, tak boleh cakap kat ayah aku. Nanti dia risau. Kalau boleh tak nak kasi dia risau. Bila dia tanya, 'benda ni dah ada'. Aku biasanya akan jawab 'dah, tak yah risau'. Sesetengah benda kami dah berbincang siap-siap dengan makcik aku, kami ringankan kepala ayah dengan 'semua ok'. InsyaAllah, harapnya semua ok. Kalau arwah mak saya ada, mesti BEST secara MILLION!

Oh, anda mesti hairan bukan .. kenapa yang kahwinnya adalah adik 3 bukan kakak dia yang tengah menulis ni yang kahwin. Soalan ni saya dah imun dah, dah boleh agak dah sebab kawan-kawan pun tanya soalan yang sama. Jawabnya, kakak dia insyaAllah, jika Allah izinkan. Dan adik 2, adik 1 dah selamat kahwin :) Sebab tu lah saya cakap tadi ..
Oh ya, bercakap mengenai kehidupan, semua orang sudah maklum, kehidupan setiap manusia adalah berbeza-beza. Beza yang macam mana? Tak payah pergi jauh, contoh yang paling dekat yang boleh kita lihat adalah dengan melihat ahli keluarga sendiri. Di sini saje, kita dah boleh lihat kehidupan antara adik beradik sendiri punyai seribu satu corak. Tidak sama walaupun membawa nama bin dan binti yang sama, walaupun keluar dari perut ibu yang sama.
Dapat point dia?

Ok kalau dah dapat, kita tamat di sini dan bersurai.



Tuesday, December 13, 2011

Ada Apa-Apa Ke? Tak Ada

Nak kata ada benda nak ditulis, ada. Tapi mood pulak ketiadaan untuk memuat turun gambar ke dalam muka belog nih. Jemari memang ketagih nak mengetuk aksara yang ada kat depan mata nih. Nak sambung baca novel Eh Awak, awak suka saya tak? Haa, pandai-pandai tambah eh awak kat depan tu. Saman karang. he he he. Rasanya, urmm nanti-nanti lah. 

Random.

Tengok cerita Cinta Elysa tadi, katanya last episode hari ni. Entah apa-apa cerita. Tak pernah tengok, 10 minit nampak macam best, lama-lama nampak macam rubbish. Masa tu si lelaki tu nangis, sape eh nama dia? Haa, Johan. Dalam cerita tu tak pasti la pulak nama apa. 

Tengok Masterchef, memang seronok sebab semua bab makan-dan-makan. Tapi dah banyak miss episode dia. Jadi tengok ajelah. Layan jelah tengok juri-juri duk merasa makanan. Slrrppp!

Bukak FB, macam biasa. Jengah sambil tengok status orang. Yang mana best LIKE. Betul-betul bosan lah.

Tadi, pergi bandar kononnya nak beli kain. Nak amik duit, sampai kat ATM, selak wallet. Urmm! Grrr! Entah ke mana la pulak perginya kad atm nih. Memang tensiyongg der. Kalau masih kat dalam rumah takpelah jugak, ini tak. Dah sampai bandar. Last, balik bodo jer. Balik bodo bermaksud balik atau pulang semula tanpa membawa apa-apa hasil. he he he.

Sejak dua menjak ni, selalu sangat buat stupid mistakes. Geram giler. Nak masukkan dalam list azam 2012. TAK NAK CARELESS BILA BUAT KERJA. Tapi rasanya list dah bertimbun macam pasir dalam lori hantu. Tebal macam kamus Oxford tu. Sebenarnya, benda ni tak akan di bawa ke 2012 pun. Kena buat sekarang Aida oi. Dalam teliti ada jugak silapnya, dalam yang terbaik ada lagi yang lebih dari kita, dalam lemah ada kuatnya, dalam duka ada sukanya, dalam suka ada dukanya. Manusia tidak akan pernah sempurna. Tak akan pernah.

Apa lagi yang korang nak baca? Eh bukan, apa lagi eh yang aku nak karang dalam MPS nih?

Bukak TV9, Halaqah. Baru jer bukak nampak-nampak ada gambar baby comey. Perjalanan kehidupan kita dari kecik sampai besar. Ooo, cerita pasal Pengembaraan Janin. Memang menakjubkan. Subhanallah. Sampai masa nanti, bila dah berani nak tengok jugak video kelahiran bayi. Bila berani. ha ha ha. Sekarang urmm saya surrender. 

Oklah, kita stopkan kat sini aje lah. Rasanya nak sambung melipat kain baju yang berlambak-lambak. Kalau tak buat sekarang, lambat laun boleh bertukar jadi kedai dobi. Nanti boleh digelar tokey dobi. ha ha ha.

Sambil lipat melipat sambil tengok Halaqah, banyak jugak faedah dia. Ayuh kengkawan. he he he.

Pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan. Ingat tu :)



Monday, December 12, 2011

Siri II : Melaka

Assalamualaikum semua :)

Dah lama jugak tinggalkan MPS nih, hampir seminggu. Banyak sangat benda yang perlu dibereskan. Nanti kita sembang panjang eh. Oh ya, terima kasih pada pengunjung yang berkunjung kat sini, kunjungan anda amatlah dihargai xoxo

Sekarang kita sambung perjalanan kita di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Hari tu kita sembang pasal Mahkota Hotel, sekarang saya bawak anda semua meninjau apa yang ada di Melaka. Pada yang tak pernah datang ke Melaka, anggaplah kita sama-sama sedang menjelajah bersama-sama ye :)

Mula-mula sepatutnya kita ke tugu yang ada dekat Dataran Pahlawan, tapi oleh kerana terdapat sedikit masalah teknikal, maka gambar tersebut berada di bawah.

Rasa macam kaku pulak malam ni, lama tak pot pet pot pet katakan. he he he.



Tak pasti ini bangunan apa. Warna merah menyala semangat waja.




Bila pergi ke Melaka, haruslah membeli cenderamat pada kawan taulan, keluarga sahabat handai bukan? Nah salah satu pilihan yang anda boleh belikan. Basikal ada, keychain pun ada. Macam-macam jenis tau.




Ini tugu betul-betul depan gereja kat kawasan sekitar urmmm, he he he. Saya lupa nama apa kawasan nih. Banyak sorry la ye :)



Kat tepi tu jugak ada menara jam nih, mungkin sambungan gereja tu kot. Entah betul entah tidak, buat andaian je tu.



Cantik sangat pemandangan nih. Memang sangat bersih negeri Melaka nih, kecil dan tersusun.



Beca yang kami naiki. Untuk satu beca dorang charge RM25, lepas tu turun pulak RM20. Kire ok lah untuk 2 penumpang dewasa, walaupun takde lah jauh sangat mereka bawak kami ronda kawasan. Tapi tak nak lah komplen itu ini, tak sampai hati. Pakcik tu bawak beca guna kudrat, mengayuh lagi. Terbayang kat kepala, 'putus jugak rantai basikal nih karang'. ha ha ha. Cukuplah kali pertama dan terakhir naik beca nih. Kesian!



Sepatutnya kita mula melawat Melaka dari sini tadi. ha ha ha. Tugu untuk Sukan Malaysia 2010 yang lalu. Rasa tak puas hati sebab gambar tak ikut turutan. Berterabur je. Tapi tak mengapa, ayuh saya bawakan kamu ke tempat yang lain pulak.



Kapal terbang yang ada. Eh helikopter lah. he he he.



Dari kejauhan kita boleh melihat keretapi lama yang dah tak digunakan lagi. Best kan kalau dapat naik keretapi. 




Tak tahu nak panggil apa la benda nih. Urmm, nak cakap kereta bomba, macam bukan. Teringat kat cerita Transformers bila tengok kereta nih.



Ini keretapi tadi. Ada ditulisnya Sungai Lukut.



Sungai tu dipendekkan menjadi S manakala Lukut masih kekal Lukutnya :)

Nampaknya setakat ini sahaja Siri II untuk kali nih, banyak lagi gambar sekitar negeri Melaka yang akan dipaparkan. Tak boleh la nak paparkan semua sekali, sebab jenuh jugak nak memuat naik semua gambar nih, satu-satu. Eh eh tetiba terkomplen. hi hi hi.

Nantikan Siri III : Melaka nanti eh :)