Wednesday, January 25, 2012

Adakah Kita Begitu??

Ustaz Azhar Idrus [UAI] siapa tak kenal, kalau nak lagi kenal silalah bukak you tube cari aje nama UAI, penceramah agama [bebas] yang banyak memberi nasihat-nasihat dan buah padu yang cukup menusuk. Dush! Ada sesetengah orang cakap, percakapan dia kasar. Banyak jugak baca komen-komen pasal ustaz nih. Tapi bagi saya, saya selesa aje dengan ceramah ustaz Azhar. Kadang-kadang terkena kat diri sendiri. Ilmu tak banyak mana, jadi banyak benda-perkara yang perlu diperbetulkan. Kadang-kadang tak faham jugak, bila orang beragama pesan leklok tak nak dengar, bila dikeraskan sedikit nada terus bagi komen macam-macam. Terpulang pada empunya diri masing-masing la, dah besar kan? kan? << macam emo tapi tak emo cuma bosan. Oh lupa nak cakap, UAI ni hanya menggunakan loghat Terengganu di dalam ceramah beliau, jadi mungkin orang luar dari Terengganu agak sukar untuk memahami sesetengah ayatnya ;) 

Dalam video ni, nampak seolah-olah UAI berkolaborasi [payahnya nak eja, nak menyebutnya] dengan Ustaz Don Daniyal. Sebenarnya bukan,mereka kebetulan cakap benda yang sama tetapi dah di edit menjadi ala-ala  duo gitu. Kelakar ustaz Don ni, hari tu tengok kat tv, bercakap pasal waktu solat kalau tak silaplah. Masa nak tunjuk apa ntah, Ustaz Don ni cakap 'check it out'. ha ha ha. Terus tergelak depan tv, ustaz tu pun terus tutup mulut, sambil cakap + senyum 'check it out pulak', me yang kat luar nih tergelak campur terkejut sebetulnya. Slumber sungguh. Kalau nak tengok gaya dan cara ustaz ni menyampaikan ceramah berkongsi ilmu, boleh bukak tv Al-Hijrah 114. 30 minit bersama Ustaz Don

Pendekatan ustaz ni berbeza, dan perbezaan mereka boleh korang tengok dalam video nih. Yang pasti, tujuan mereka adalah sama, tetap satu. Untuk berpesan-pesan sesama manusia. Menyampaikan ilmu bagi mereka yang menginginkannya.



Bila tengok video ni kan, rasa kerdilnya diri. Saya sendiri tidak melihat jenazah arwah mak untuk kali akhir. Allah hanya memberi kekuatan kepada saya untuk merasai denyut nadi untuk kali akhir pada subuh hari yang hening suatu waktu dulu. Sedikit pun tidak saya buka kain tudung yang menutupi wajahnya. Allah telah menetapkan perkara itu kerana DIA lebih mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan saya. 

Apabila difikirkan, tak dinafikan ramai yang menyerahkan urusan memandikan jenazah ibu/bapa [urusan jenazah sampai lah ke liang lahad], atau saudara terdekat kepada orang luar. Bukan tak sayang, tapi kerana kurangnya ilmu di dada. Alhamdulillah jenazah arwah mak saya dimandikan oleh mak cik kepada kakak ipar saya dan anak perempuan dia disamping dua adik beradik lelaki saya. Grrr! Sedih sungguh bila bercerita pasal ni. Tapi nak jugak bercerita. Urmmm, saya ada satu cita-cita dan impian. Eh eh tak sama ke impian dan cita-cita tu? hi hi hi. Nanti la saya cerita.

Sebab itulah video ini banyak membuatkan airmataku mengalir. Ishh! Kalau nak tahu, adik beradik saya ada yang tak sempat melihat jenazah arwah mak untuk kali akhir. Pertamanya sebab jauh. Jenazah siap dimandikan, dikafankan, kiranya urusan selesai lebih kurang jam 1 tengahari kot. Di bawa pulang dari Pasir Puteh, Kelantan ke Kuala Terengganu memakan masa 2 jam jugak. Lepas Asar jenazah mak dah nak dikebumikan. Jadi perjalanan adik beradik yang lain memakan masa berjam-jam melebihi 8 jam. Mereka sampai malam lepas maghrib kalau tak silap. Jadi memang tak sempat untuk melihat wajah mak untuk kali akhir. Namun saya sebak + terharu + perasaan saya masa tu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, apabila adik beradik redha dan menyuruh kami yang berada di rumah menguruskan urusan pengebumian tanpa menunggu mereka. Bukan kerana mereka tak sayang TETAPI kerana mereka faham dan mengerti, urusan jenazah tidak perlu dilengah-lengahkan. Teringat saya pada suatu perbualan/dialog, lupa dengar kat mana. Ianya berbunyi 'masa mak ayah masih hidup, tak nak datang/balik menjenguk. apabila dah meninggal, baru nak tengok. Sanggup pulak simpan jenazah, melambatkan urusan pengebumian jenazah untuk dilihat kali akhir oleh anak-anak'. 

Yang pergi tetapkan pergi, yang tinggal hanyalah doa anak-anak yang soleh-solehah untuk ibu bapa mereka sebagai bekalan mereka ketika di sana. Kita pun adalah ahli kubur, namun bila masanya, bagaimana, itu hanya DIA yang lebih mengetahui.

Sebagai anak, berdoalah dan terus berdoa semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa orang yang kita sayang. Tak kira ibu/ayah, adik beradik atau saudara mara yang lain. Semoga Allah memberi rahmat kepada mereka dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

#Al-Fatihah



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.