Sunday, January 8, 2012

Cita-Cita Saya


Sat tadi bersiar-siar di url orang lain. Semasa klik url ni, ingatkan dah removed ke apa. Rupanya dia tukar url. Kat dalam belog dia, aku bawak tetikus ke kanan dan ke kiri. Lalu menghala ke bawah entry, ha ha ha. Comel, penulis ni menulis tentang cita-cita dia masa kecik-kecik dulu. Salah satu tu ingin jadi doktor. Cita-cita biasa masa budak-budak. Tapi untuk aku, tiada istilah DOKTOR dalam kamus hidup. Aku geli, geli nak main darah orang, geli nak tilik sakit orang, geli macam-macam. Masuk hospital pun dah rasa lain macam, nak jadi doktor tu, urmmm sangatlah jauh bak bintang dengan rumput. Respect ar siapa yang jadi doktor, jadi nurse. Memang jiwa kental ar.

Kalau nak tahu, cita-cita saya semasa kecik dahulu tak adalah banyak sangat. Tapi sangat hebat! ha ha ha. Salah satunya adalah untuk menjadi pramugari [dua-dua kening tetiba terangkat]. Tak silap semasa sekolah rendah, memang berhasrat sangat nak jadi pramugari. Tapi tak pernah cakap kat orang lain. Bila cikgu tanya, jawapan dia lain. Ni pengaruh dengan seorang budak perempuan cantik dalam kelas yang nak jadi pramugari. Dulu, pantang jumpa gambar pramugari dalam majalah, mesti aku potong, simpan buat pembakar semangat. Time tu tak tahu apa kelayakan yang diperlukan untuk jadi pramugari.



Sangat jatuh cinta melihat pakaian pramugari. Dengan handbag dengan gaya yang fuyoah! Kelas gitu. Selalu usha-usha apa kelayakan untuk menjadi pramugari. Lantas apa yang aku tahu, err dapat dari majalah yang aku baca masa dulu la.

SPM dah memadai. 
Kena tinggi, oh aku mesti dah kena reject, rendah. ha ha ha. 
Akan ada kelas intensif untuk langkah-langkah keselamatan. 
Tak pakai tudung, hu hu hu.

Lepas tu kan, biasanya pramugari untuk yang penerbangan antarabangsa, biasanya akan serve arak [kalau silap betulkan saya]. Jadi automatik arak dan tidak bertudung menutup minat aku untuk menjadi seorang pramugari. Masa tu tak tahu lagi ada jugak pramugari untuk penerbangan haji. Boleh pakai tudung kan? Tapi dah terlambat, pramugari dah terkubur tak bernisan sudah. Dah lama aku buang cita-cita pramugari tu. 

Cita-cita berubah lagi kepada ingin menjadi seorang Cikgu. Wah wah, sungguh berjiwa kemasyarakatan sekali. Cita-cita ni memegang rekod yang sangat lama, sampai la ke sekolah menengah. Hebat sekali pegangan cita-cita masa tuh.

Masa form 4, cikgu Bahasa Inggeris tanya sorang-sorang pelajar kat dalam kelas. Bila turn aku, dia tanya. 

Apa cita-cita kamu? - cikgu BI
Saya nak jadi cikgu. - aku jawab
Oh sebab banyak cuti eh? - cikgu Tan buat andaian sambil tersenyum. 
He he he - aku tak jawab, senyum aje.



Memang pernah mintak cikgu, tapi tak pernah dapat. Maktab memang glamer time tu. Persaingan untuk mendapat cikgu sangat sengit, aku tewas di ujian bertulis. Tak sempat ke interview pun, dah gagal. Mungkin tak ada rezki kan. Mungkin jugak aku silap amik subjek, kombinasi yang di ambil mungkin tak kena. Biasanya kalau subjek yang kritikal, mungkin ada peluang yang cerah. Tapi tak apalah, rezki untuk menjadi cikgu tak ada, tapi aku sempat jadi cikgu ganti. he he he. Beberapa bulan aje. Ok lah, pengalaman yang manis. Budak-budak asyik ajak main aje. Sikit-sikit nak main kuiz, belajar tak nak. Lepas tu suka buat kita ni kawan dia. ha ha ha. Tak boleh la macam ni, rosak anak orang nanti. Belajar entah ke mana, asyik berlibur aje. Best sebab budak-budak ni sekepala, tapi dalam best-best tu, kena ingat, tujuan kita mengajar demi masa depan mereka.

Sebab tu la agaknya rezki aku bukan dalam bidang perguruan. Allah lebih bijak merencanakan kehidupan kita bukan?



2 comments:

  1. Aku pun dulu ada cita-cita nak jadi cikgu hehehe.. sebab? Banyak cuti! pandai cikgu Tan tu teka!!

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    Masa tu tak terfikir pasal cuti. Wah, naif gitu kan? hahaha..

    Cikgu Tan cekgu yang sporting giler. Chinese tapi best giler.

    *hahaha.. banyak pulak giler nye.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.