Sunday, January 1, 2012

Edisi Emas : Simply Siti


Edisi Emas atau lebih ingin glamer dengan panggilan Gold Edition. Wah wah kamu bajet eh? Siapa mahu bermake up? Meh sini kita main conteng-conteng muka nak?

Tersebutlah kisah pada tahun yang sudah. Siti Nurhaida telah berkenankan koleksi Simply Siti. Maka dengan muka separa tak malu [membawa maksud masih ada rasa malu], selalu bertempek macam cicakman kat dinding di sebuah kedai hijau bernama Watsons. 

Apabila turun ke bandar, mesti sedikit masa diluangkan untuk ke kedai hijau tu. Selain untuk membeli barangan keperluan diri yakni personal pokoknya, maka disitu jugak lah tempat untuk Siti Nurhaida mengetest koleksi si Siti yang di dalam kategori Gold Edition. 

Selepas menerai eye shadow itu, maka hasil yang tercipta adalah sangat memuaskan. Menakjubkan. Mengujakan si pencuba untuk memilikinya. Namun seperti biasa, saya bukanlah orang yang terketik-ketik inginkan sesuatu barangan [kadang-kadang bukan begitu deh. Biasanya melibatkan benda personal lah. ]. Oh ya, terketik-ketik adalah bahasa Terengganu yang membawa maksud inginkan sesuatu dalam masa yang segera. 

Jadinya, saya telah berjaya masuk dan keluar kedai tersebut beberapa kali. Pendek kata, dari awal tahun sampai la ke akhir tahun. Saya akan melakukan perkara yang sama. Selepas menconteng bahagian mata, saya akan membayar barangan lain. Atau jikalau tidak membeli sebarang barangan, saya akan keluar begitu sahaja.

Saya memang ingin memiliki barangan di bawah. Tapi..

Pada suatu petang, saya dan sepupu saya [eh sepupu lagi. Ye saya biasa berjalan meronda-ronda dengan sepupu saya :) ] telah ke kedai tersebut dengan niat nak mencuba barangan itu. Akulah yang ada niat tu, niat-niat lain nak beli barangan lain jugak.

Tapi keadaan dah berubah, dulu tak ada yang jaga. Sekarang promoter asyik ikut je. Lepas tu tester untuk Gold Edition ni dah tak ada macam dulu. Lepas tu kami belek lah barangan lain, yang masih berjenamakan Simply Siti. Tiba-tiba di soundnya kepada kami. 'Jangan buat macam tu, nanti rosak'. Aku akan ingat ayat nih selagi masih ingat. Sebenarnya kami hanya tolak barangan yang ada di dalam beg naik ke atas, beg tu transparent, sebab nak tengok warna apa barangan tu. Ianya terlindung dengan kertas iklan. Perbuatan kami tu tak menjejaskan pasaran saham pun. Sikit pun tak jejaskan kualiti, atau boleh mencacatkan, mencederakan barangan tersebut. Tak pun. Sebab ianya terlindung di dalam bekas plastik yang keras. Kerana ianya adalah eye shadow sahaja cik mek molek. Sebab tu kami berani buat. Tapi tak tahulah kenapa promoter tu begitu. Lepas tu aku agak bengang ar, memang bengang ar sebab kalau tak tengok macam mana nak beli. Kepada promoter jangan buat perangai macam tu, orang menyampah. Err, menyampah tak ada orang datang kedai semata-mata nak try solekan secara free? FREE? hi hi hi. Kalau aku, ikut suka korang lah. Dah namanya tester. 

Aku letak semula barang tu sambil cakap apa ntah 'dok ayoh ar kalau gini' kalau tak silap, sebagai tanda protes. Memang aku hangin secara tiba-tiba tanpa isyarat. Kejadian ini disaksikan pulak oleh ex-officemate aku. ha ha ha. Pakat ketawa pulak kat dalam tu. Tolonglah, aku tak boleh berada di dalam situasi yang remeh-temeh begitu, cepat jugak naik marah rupanya. Tapi cepat sejuk, buktinya lepas tu aku pun dah tak ingat pasal hal tu. Yang pasti kami balik rumah kot.

Dan pada awal bulan Disember 2011, aku berjaya menjadikan eye shadow SS ni menjadi milikku.

Ewah.



Ini dia rupa eye shadow tu. Nak sangat si Gold Edition, sampai kena sound. hu hu hu. Aku sibuk duk try yang tester punya, disebabkan aku masih tak mampu nak milikinya lagi. Tak pernah ar beli barangan make up berharga RM50 ke atas. Kedekut kan? ha ha ha. Sebab aku bukan pakai sangat, tapi dah teringin nak guna. Jadi beli lah jugak, itu pun sebab ada sale.Jadinya harganya agak reasonable lah untuk dibeli.



Ini dalaman dia, masih baru dan tidak berusik lagi time nih. Sekarang dah selamat digunakan. Digunakan dengan kadar yang amat jarang. Kadang-kadang je guna, adalah dalam 5 - 6 kali je kot. Biasalah tu kan, bila dah dapat bukan kita guna sangat pun. Bila tak dapat, asyik nak aje. Manusia memang macam ni. Err, macam saya. Saya la tu :) Sebab dia macam berdebu sikit. Lepas tu berkilat, maklumlah keemasan katakan. Sampai pedih anak mata dimasuki debu-debu eye shadow nih. Kat muka pulak, biasanya kat bawah mata tu ha, ia akan nampak berkilat macam apa. Masa duk test hari tu macam ok je. Aish, tapi tak menyesal pun sebab boleh gunakan conteng pada muka anak buah. ha ha ha. Err, kalau korang nak pinjam pun boleh. Cumanya guna leklok tau. hi hi hi.

[mok su la tu yang saje-saje + pandai-pandai letak Siti kat depan tu, padahal takdop pun] 

2 comments:

  1. ewah..ewah.. akhirnya ber eye shadow jugak ye..

    bak sini.. akak tolong conteng sikit. mesti mata aida akan memberi panahan kalbu bila akak yg mencontengnya hehehe..

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY ;
    2nd time beli eye shadow. tak tahu la panjang mana hayat dia. yg 1st dulu hancur dikerjakan anak buah. hahahahha.

    *hahahha, debor dengor gitu [slang ganu je kite gune. hihihi]

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.