Friday, January 27, 2012

Jom Masuk U

Hari tu, urmm. Rasanya selalu sangat guna ayat 'hari tu'. he he he. Ok ok terus sambung, ada orang nak tito pulak, nanti tak boleh tito. Si adik 4. Ish ish! Dua minggu yang lepas, pada 13 - 15 Januari 2012, berlangsung Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2012 di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan. Permulaan intro yang agak kaku, boleh tahan skema jugak ayat ni kan? hi hi hi.

1st day : 13 Januari 2012.

Kami bertolak ke Kuantan dari UMT dalam jam 10 lebih kurang, sampai dalam petang macam tu. Lebih kurang jam 5 kot. Buat persiapan dekat booth kami itu ini semua, lepas tu balik bilik REHAT! Lega giler dapat berehat. Malam pi merayau kat East Coast Mall [refer balik barangan Hinode Shop, tu la hasil merayau nya].

2nd + 3rd day : 14 + 15 Januari 2012

Banyak benda yang bermain di fikiran, maklumlah first time datang dan bertugas kat karnival ni. Bimbang jugak kot-kot ada soalan dari pengunjung yang tak dapat dijawab. Berpeluh nanti, a a a la jawabnya. 



Kami susun semua buku panduan untuk pengunjung, bajet nanti senang dorang nak dapat maklumat.



Ini booth yang kami dapat. Ok la, besar tapi tak strategik sebab membelakangkan pengunjung, maknanya mereka perlu datang betul-betul dekat booth ni, barulah mereka boleh nampak 'Ooo UMT'. Lebih kurang macam tu la.



Ini kire gambaran macam mana UMT la. Perasan tak nombor 3 itu? A a.. nampak tak? Itu pejabat saya. Nak jugak cakap pejabat dia. Kadang-kadang tak perasan sangat rupa bentuk bangunan sendiri macam mana, bila tengok gambar ni barulah. 'Ooo cantik gak rupanya bangunan ni'. Ecewah, puji bangunan tempat kerja sendiri pulak.



Nak lebih jelas, ini adalah sebahagian program yang ditawarkan di UMT. Eh, tetiba terasa macam duduk dekat booth la  pulak. LOL. Kami tawarkan kursus untuk aliran sains dan juga sastera. Jadi tengok result anda, apa mau mu, pilih aje dalam UPU eh. Buat pilihan yang tepat.



Ini maklumat pasal karnival ni. Kat bawah kalau korang perasan la kan, dia ada tulis pasal Zon 1, Zon 2 sampai lah Zon 11.



Kebetulan van ni lalu depan kitaorang, jadi boleh tengok schedule untuk karnival ni. Boleh dikatakan setiap negeri ada, cumanya untuk negeri Perlis, mereka gabungkan dengan Kedah.

Dalam banyak-banyak booth la kan, saya lebih tertarik pada UiTM. Ayoahh! Ini sudah lari dari konsep ni, patutnya promote pasal UMT. ha ha ha. Manyak maap lah, tak boleh menafikan kata hati sendiri. Masa tengok gambar yang mereka paparkan tu kan, terus aje mata dan hati berkata-kata. Cantiknyaaa! Siriyes.



Saya sebagai budak kampung terus feeling bilamana tengok mesej yang disampaikan melalui lukisan nih. 



Dulu gi sekolah jalan kaki je. Sekolah dekat dengan rumah, 10 - 15 minit sampai la.



Rumah pun kayu jugak, pakai pelita bila blackout ;) Tapi tak study lah. ha ha ha.



Masuk UiTM lepas tu grad. Wah berkesan sungguh penceritaan gambar ni kan? Zaman study memang best, tak payah fikir macam-macam. Belajar, enjoy, tido, itu aje kejenya. 



Saya suka gambar bendang tu, sebab saya ada gambar beramai-ramai dekat bendang, sambil dukung adik 4. Memang sangat kampung masa tu. BEST. Tapi lupa ar nak posing ala-ala macam tu, kalau tak mesti sama sejibik dah kita weh [bajet budak-budak dalam gambar tu dengar].



Saya suka banyak-banyak gambar ni. Macam ayah saya je, tapi dia bukan pikul padi tapi dia lebih kurang macam tu lah.

Dah dah, jangan lama-lama mengimbau nostalgia tu. Meh kita ke gerai lain pulak eh.



Ini kolej mana ntah, tapi dia fokuskan pada kulinari. Masa tu demo dah habis, yang sempat kami rakamkan hanyalah hasilnya saje. Kreatif dan cantik terhasil dari ilham dariNya.



Masa ni kami rewang dari satu gerai ke satu gerai. Bila sebut gerai teringat gerai makanan. ha he ha. Sempat lagi fikir makanan. Time ni dah petang, orang dah tak berapa nak ramai. Tapi masih ramai la jugak.

Kalau berkesempatan ayuhlah ke Zon 2 dekat Terengganu ni aje, mereka buat di Terengganu Trade Centre pada 28 - 29 Januari 2012. Mak ayah tentu tak kerja kalau Sabtu dan Ahad, eh Ahad Terengganu dah kerja. he he he. Datang la, dapat la jugak ilmu nanti. Promote tak habis. Kali ni orang lain pulak yang jaga booth, untuk turn saya yang akan datang di Perak dan Negeri Sembilan, InsyaAllah.

Masa kami kat Kuantan ni kan, kami tinggal di Zenith Hotel, best. Nanti kite cite panjang lebar ye ;p


4 comments:

  1. Awak dr umt yer? I miss umt so much!!! 7-8 thn sy kat situ....tp masa awal sy masuk dulu namanya kustem..

    ReplyDelete
  2. ZAINUR :
    a'aa..keje sini. ooo study sini ke dulu? a'aa, masa tu nama KUSTEM, tak silap 2007 kot tukar nama jadi UMT ;)

    *amik course apa dulu?

    ReplyDelete
  3. Saya ambil environmental technology dulu. Betul ker saya dengar cerita lab environment kat FST terbakar?

    ReplyDelete
  4. ooo.. FST kan? :)

    a'aa..terbakar, malam kalau tak silap. nasib baik semua ok..

    *tetiba rasa banyak nak tanya, tapi tak pelah. hihihih

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.