Thursday, January 12, 2012

Kahwin Adik 3


Hampir sebulan dulu, pernah cerita pasal 23 Disember 2011 nih. Giler lama nak dapat update cerita kawen-kawen nih kan. Hari tu setakat bercerita aje, sekali imbas aje. Kali ni full story la kirenya. Kiranya lah.

Perjalanan Kahwin bermula pada 8 Disember 2011.

Pagi-pagi kami semua berkumpul dengan kenderaan masing-masing. Dari Kuala Terengganu sampai ke Kedah, malam jugak sampainya. Lepas tu diteruskan lagi ke Perlis. Sampai di homestay. Kemas barang dan keperluan kat sana, buat apa yang patut. Kepenatan dan tidur.

9 Disember 2011.
Kami semua pepagi lagi dah siap, plan A adalah untuk ke Padang Besar. Ingatkan Padang Besar tu macam ala-ala Pasar Serikin kat Sarawak tu. Aku bajet penjual akan jual barang-barang dia kat pondok-pondok kecil, atas tanah semua macam tu je. Rupanya tidak, Padang Besar tu macam Pasar Kedai Payang jugak. Ye ye jer sebelum ni kan, dengar aje orang cakap Padang Besar, terus terbayang pasar terbuka macam tu. Bila dah sampai baru lah tahu macam mana gambaran dia. Jauh panggang daripada mentari.

Kat situ kami beli sikit-sikit je. Tak beli banyak sangat. Yang mana murah kami beli, yang mana berkenan kami angkut. Yang mana boleh kami beli kat Terengganu, kami tak beli ar. Lepas tu, kami berhenti solat Jumaat sat, lepas tu terus pergi cari keperluan untuk membuat sireh junjung. Masa memang semput.

Sampai homestay, kami tergesa-gesa gubah sireh junjung. Siap jugak dalam masanya. Lepas tu, siap-siap untuk ke majlis akad nikah. Majlisnya selepas Asar. Dengan bilangan anak buah yang ramai, memang mengambil masa lah jugak. Orang tua ni, senang aje siapnya. Yang kecik-kecik ni kan, macam-macam ragamnya. Sabor je lah.

Kat masjid ni kan, sorry la banyak gambar tak upload, kalau upload mau hampir beratus. Nanti blog ni jadi blog kedai gambar pulak kan. hi hi hi. Kat masjid ni kan, akad nikah diadakan kat luar, kat pintu masuk aje. Mulanya ingat, bila semua dah selesai, kami akan masuk dalam masjid. Rupanya tidak. Depan pintu aje, sebab kalau di Terengganu majlis biasanya dibuat kat dalam masjid. Tapi bagi aku ok aje. Maklumlah, dengan bilangan anak-anak kecil ni kan, masjid akan jadi taska pulak. Diaorang bukannya tahu tatasusila, kat dalam masjid lah dorang nak berlari, main kejar-kejar, buat bising macam-macam lagi aktiviti. Terkeluar anak tekak duk melarang jangan buat macam tu, jangan buat macam ni. Tapi adoiii, tak makan saman jugak. Jadi tak ada hal akad nikah dibuat kat depan pintu. Kami hairan tapi lain negeri, lain cara dia.




Selepas ijab dan kabul.



Sarung menyarung cincin. Anak-anak buah aku suka sangat lah part macam ni. Teruja sangat. Nak buat macam mana, tiap-tiap tahun keluarga kami buat kenduri, tiap-tiap tahun kami dapat ipar. Alhamdulillah. Allah  mudahkan perjalanan membina ikatan.


10 Disember 2011 | Jumaat

Majlis kenduri kat rumah perempuan. Tema mereka purple, kami punye tema hentam aje. he he he. 



Ini ayah saya. Orang lain duk sibuk bergambar, bersanding dia rileks aje duk kat kerusi nih. Lepas tu barulah dia bangun untuk menepung tawar. 



Time ni turn kakak Ipar 1 menepung tawar. Sorang-sorang dah lepas dah merenjis dipilis. Adik 4 jadi best man. Nak gelak pun ada, macam main pondok-pondok aje. 



Sebahagian anak-anak-anak buah. Penuh dengan mereka aje nih. Semangat betul bila tengok orang bersanding.



Suasana kenduri kat Perlis.



Dah nama pun budak-budak. Taman permainan ni dekat aje dengan rumah adik ipar, jadinya mereka berhari raya seketika di sini. Lari sana, lari sini, lari berganti-ganti di panas terik mentari yang memancar. Peduli apa mereka dengan panas, janji boleh main.



Kek coklat yang sedap untuk pengantin lelaki. 

Majlis di Terengganu pulak eh.

Persiapan masih dijalankan, malam-malam kami dihiasi dengan aktiviti membuat doorgifts. Ingat tak yang kononnya nak buat bunga rampai tu? Entri 23 Dis. 2011 ni jugak. he he he >> Bunga Rampai Yang Tak Rampai.. Last, kami gunakan potpourri aje. Senang pun senang, masa pun jimat.



Masukkan aje potpourri kat dalam bekas, tutup lepas tu SIAP. ha ha ha. 



Anak buah mula balik kampung, dan secara tidak langsung, kakitangan tambahan bertambah dengan mendadak. Larang nangis, jadinya biar kan aje mereka menolong. Tolong letak bekas gula-gula yang dah siap ke dalam bakul. Bergaduh jugak buat benda nih. Biasa lah, budak-budak. 



Kami beli baulu, satu baulu biasa. Yang satu lagi berperisa pandan. Urmm, padahal macam sama aje rasanya. Lain kali tak nak lah beli kat sini lagi, nak beli kat tempat lain. Baulu dia ok, cuma agak urmmm.. tak kena dengan kehendak hati kot ;)



Bekas bunga telur kat atas tu ha.



Baulu yang dah siap kami packing.



Doorgifts untuk tetamu.



Yang lelaki kami bagi yang dalam plastik. Disriminasi betul la. Sepatutnya semua perlu gunakan non-woven bag tu, tapi dah kami ada belikan plastik, jadi kami gunakan aje lah.

22 Disember 2011 | Malam



Petunjuk petunjuk, ha ha ha. Teringat kat nada Blue's Clues cerita kartun ke apa benda ntah. Ni penunjuk arah untuk tetamu. Signage ni kakak 2 yang tulis. Wah semua benda nak diceritakan eh. he he he. Sementara boleh berpot pet pot pet ni, memang aku suka aje bercerita. Esok dah nak ke karnival. Sepi la blog nih. Eh eh tengok dah melintang arus cerita pasal benda lain. Ok balik semula pada signage nih. Hari tu kan, Terengganu cuacanya agak tak menentu. Sekejap hujan, sekejap tak. Kami bimbang kalau tak dibalut plastik kan, nanti rosak pulak tulisan tu terkena air hujan. Jadinya gigih la aku membalutnya. Macam balut buku pun ada. Terlampau rajin, selamat pengantin baru tu pun aku tampal. ha ha ha. Nasib tak buat lakaran bunga-bunga. Tengah rajin katakan. Signage tu, adik 3 = pengantin yang pergi pasang sendiri dengan bantuan sepupu lelaki. Pasang malam-malam buta pulak tu. Uarghhh, mengantuk usah cerita lah.




Hari tu kan aku berimpian berimaginasi nak buat candy corner macam ni. Tapi tak terbuat pun. Gambar ni aku snap masa kat Perlis itu hari, masa kami duk sibuk-sibuk cari bahan-bahan untuk buat sireh junjung.



Khemah dah siap dipasang. Satu untuk kaum wanita dan satu untuk kaum lelaki. Khemah tak banyak, dua ajer sebabnya kami tak buat besar-besaran pun. Dah tetiap tahun buat majlis, jadinya kecik-kecik cukup.

23 Disember 2011


Pelamin ni aku dengan sepupu yang buat. Naik lebam mata kami duk berjaga itu hari. Aku tak sewa pun pelamin, ala dulu-dulu majlis pun, memang kami tak sewa. Sewa kat sini adalah dalam RM250 - RM350 lah. Untuk yang lagi cantik RM400 ke atas. Bagi aku, buat yang simple cukup. Biasanya untuk majlis menyambut menantu, pelamin biasanya lebih simple. Tapi yang kami buat ni kan MEMANG SIMPLE giler. ha ha ha. Kami rasa seronok buat benda macam ni, tapi PENAT. Tapi PUAS HATI. Entah, seronok ada, tak seronok pun ada. Sebabnya kalau ada barang-barang macam kat butik pengantin, aku rasa mungkin akan menjadi seronok. Kami boleh buat lagi cantik. he he he. Bajet buat cantik. Perasan. Kami cuma pinjam alas tempat duduk pengantin tu aje. Tapi alas tu langsung tak cantik. Sakit jugak hati ni, lepas komplen aku dapat kurangkan sewa dia RM15 je daripada RM20. Mereka sendiri sedar akan keadaan alas tu yang teruk. Tapi boleh aje cakap 'memang tak tahu keadaan alas tu macam tu'. Nak berniaga buatlah cara berniaga. Memang duit aku bayar tu sikit aje. Tapi tak boleh la buat macam tu. Memang patut dikomplen sebabnya, alas tu memang sangat teruk, sampai kami balutkan dengan kain kami sendiri. Eeee, sabar ajelah. Memang sangat tak puas hati. Malas ar nak ingat, lagipun dah tak nak sewa dah kat tempat dia tu. Tak berbaloi. 

#Dulu kami dah pernah sewa alas kat butik pengantin nih, renda dia ada yang tercabut, tapi kami tolong gamkan. Kami tak kisah sangat bab-bab macam tu. Kali ni aku memang malas nak buat macam tu lagi, sebab nampak sangat amik mudah aje dengan perkhidmatan yang mereka bagi. Boleh aja nak tolong gamkan, tapi tak nak ar. Mode : aku tengah kejam masa tu. Time aku berlembut, berlembut lah jugak, tapi time aku hangin. Sorrylah der, jangan perbodohkan customer. Grrr!



Pengantin dan tetamu. Suka dengan make up pengantin, cantik. Err, kawan adik 3 aku ajer yang make up kan. Kosnya RM150, tapi berbaloi.



Suasana majlis. Alhamdulillah, orang tetap datang dengan ramainya. Tak putus-putus. Cuma masa solat Jumaat agak kurang yang datang, lepas Jumaat mereka serbu. Kiranya ok lah majlis ni tak mengganggu solat Jumaat.



Sebenarnya segan nak tepek gambar ni, sebab gambar aku besar sangat. ha ha ha. Dah jadi pemalu memang macam ni lah gayanya. Ni semua akak-akak aku. Semuanya bertahi lalat. ngeee!. Banyak gambar dengan pengantin yang kami tak sempat capturekan. Maklumlah semua kelam kabut dengan tugas masing-masing. Memasak sendiri memang mencabar, kalau guna catering memang goyang kaki wa cakap lu.



Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan lancar. Dengan persiapan yang biasa-biasa ajer, masak pun kami bergotong-royong aje. Mak saudara yang masak, adalah kawan-kawan dia yang datang tolong ajar apa yang patut. Terutamanya untuk menumis bahan-bahan. Gambar tak ada sebab aku sibuk dengan hal kat dalam rumah. Hal memasak, langsung aku tak ambik pot. Sebab tak sempat nak jenguk orang memasak, kalau tak boleh ambik gambar. he he he.

Semoga adik 3 bahagia dan mendapat rahmat Allah dan rumahtangga yang dibina dilimpahi keberkatan. Amin

Dah, dah habis dah. Letih bercerita kali ni. Panjang sungguh karangan ni. ha ha ha.

Oklah, jumpa lagi di lain hari. Urmmm, mungkin minggu depan kita jumpa eh. Esok dah nak berkarnival. Satu apa pun tak buat lagi.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.