Wednesday, January 4, 2012

Penamat

Dulu bebel pasal jimat-dan-cermat-jangan membazir di SINI

Hari tu kan tak mampu lagi nak beli kasut nih. Masa balik dari Melaka itu hari, kami semua singgah ke Sogo. Takde tempat lain dah, situ je. Memang dah niat nak cari jugak kasut ni. Kat Terengganu tak ada sale. Geram tapi apa boleh buat. Masa kat Sogo, beli-beli baju semua, pergi ke Vincci dan akhirnya penamat pencarian, ada pun sale kat sini. Dapatlah harga RM30+ je, kire ok lah dari harga kat Terengganu. Padahal benda sama jer, warna pun sama. Sebab tu lah, tak rugi kalau bersabar sikit. he he he.



Di akhir garisan penamatnya, ini saya punya.



Selamat berada nun di bawah sana, semoga kamu menyelimuti kaki saya senyaman yang mungkin. ha ha ha.



1. Wedges : tak pakai sangat, sebab terlalu tinggi. Rasa sangat tidak selesa. Selalu imagine, amik wedges tu, bawak kedai kasut, potong sikit tapak dia, lepas tu jahit balik. ha ha ha. Kalau lah dapat buat! Dah lama aku buat.

2. Kasut biru : ok lah jugak, tapi masih budak baru. Jadinya masih terasa sakit di kaki.

3. Kasut hitam : Pakai sekejap-sekejap je. Sakit. Dapat pakai 1 or 2 jam pun dah kira sangat ok la tu. Nak pinjam??

4. Kasut kelabu : mula-mula sangat sakit. Sampai merah kaki kite dikerjakan dia. Tapi aku keraskan hati, tahan airmata, ha ha ha. Sakit tapi aku pakai jugak! Lama-lama dah tak sakit dah. Selalu pakai kasut ni. Suka!

Sebenarnya, kalau nak diikutkan kaki selalu tak 'in' dengan kasut flat macam tu. Selalu jer sakit, sebab tu bila dah beli, tak pakai-pakai jugak. Simpan buat pekasam.

Rugi!

Kalau ada adik-adik perempuan, boleh jugak pinjamkan kat dorang. Tapi adik kite, semua lelaki, tapi rasanya kan, kalau kasut ni boleh adik 4 aku pakai, dia pakai je. Sedangkan selipar aku pun dia rembat. Mula-mula nak marah jugak, lama-lama ikut mung ar.




1 comment:

  1. aku pon macam tu jer. suka pakai kasut yg paling selesa dan paling di suka jer.. yg lain simpan buat pekasam. kalau tak pon nak bagi kat anak buah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.