Friday, January 6, 2012

Radio 100.20 FM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Cuba awak baca INI
dan juga 

Maka akan terhasil 

INI di bawah

Radio IKIM 100.20 FM



Kalau ditanya, radio manakah yang awak gemar jadikan peneman kamu ketika di dalam kereta? Saya cadangkan kamu 100.20 FM. 

Dah lama nak kongsikan pasal radio nih, tapi rasa segan, rasa macam 'eleh itu pun nak cite'. Urmm, kali ni biar lah, apa salahnya kalau dikongsi kan? Walau umum dah tahu pasal radio ni, saya nak ceritakan jugak. Kalau diikutkan saya juga sepertimana kamu yang lain. Lebih gemarkan radio-radio santai yang lain, contohnya macam Hot.FM. Suka sangat dengar radio seumpama itu. Siap hafal frekuensi dia lagi. ha ha ha.

Kalau nak tahu, saya tahu pasal radio IKIM ni daripada kereta abang ipar saya. Bila aje masuk kereta dia, dengar orang mengaji, atau perkara-perkara yang baik. 

Tapi bila saya di dalam kereta sendiri, saya tak bukak pun. Saya lebih suka dengar 100.20 fm bila dalam kereta orang lain jer. he he he. Hari-hari yang dilalui saya masih bertemankan radio santai seperti biasa. Layan lagu-lagu yang best. Kalau lagu yang diputarkan tak best, saya tekan je channel lain dan akan berhenti di situ sekiranya lagu tu best. Kalau tak best, bo layan ar.

Seingat saya, pada 2010 saya mula menukarkan frekuensi radio saya kepada 100.20 FM. Mula-mula tu tak ingatlah macam mana, apa perasaan tu tak boleh nak cakap sangat. Sebab dah lama, jadi tak berapa nak ingat. 

Yang saya tahu, radio ni banyak memberi ilmu kepada pendengar yang mendengarnya. Bila masuk waktu diingatkan kita akan waktunya, bila kita dah lama tak dengar bacaan Al-Quran akan dilagukan dengan percuma kepada pendengarnya setiap hari. Bila kita lalai, akan ada motivasi sebagai pembangkit semangat dan benteng kepada diri kita dari terus lalai.

Dan apa yang boleh saya kongsikan, saya tak pernah jumpa dengan wanita yang punyai hati yang sangat baik, positif sekali. Beliau Prof. Dr. Muhaya binti Mohamad. Saya start kenal beliau ketika melihat Sehati Sejiwa Serasi Bersama yang dalam astro tu. Dalam rancangan tu kan, beliau setiap malam akan sentiasa memaafkan orang lain dan memohon maaf daripada suaminya setiap malam. Sweet kan? Dan lepas tu, saya terdengar suaranya di dalam corong radio IKIM. Best! Cubalah dengar bait kata-kata yang diucapkan beliau, sangat positif. Saya sendiri pernah berangan-angan nak jadi macam dia, tapi agak susah kerana masih banyak kelemahan dalam diri nih. Kalau dia baca ayat 'agak susah' ni kan, dah lama kena basuh. ha ha ha.

Ok, yang saya ingatlah kan, sebab saya tak 24 jam mendengar radio. Bila dalam kereta aje saya dengar dan kalau ada topik yang tak best, saya pasang lagu dalam pendrive saya. ki ki ki. 

Pagi dalam kira-kira 7.30 pagi setiap hari : ada motivasi pagi tau, time nak pergi kerja rasa tenang sikit dengar benda-benda positif. Mula-mula mungkin tak biasa, lama-lama anda akan serasi dan tak nak miss dengar motivasi di pagi hari

Jam 10 pagi kot :  tiap hari Rabu akan ada segmen Prof. Dr. Muhaya, tapi saya tak berkesempatan mendengarnya. Nak dengar di pejabat secara online, tapi tak best, sebab feel dia tak sama bila kita dengar dari dalam kereta. Betul! Tak tipu ;)

Petang dalam pukul 5 atau lebih-lebih sikit kot : akan ada bicara muamalat bersama Dr. Zaharuddin. Kat sini biasanya macam-macam perbincangan yang dibuat, dan lebih kepada soal halal haram perniagaan. Lebih kuranglah, sebab kadang-kadang miss jugak segmen dia.

Untuk segmen Keluarga Sakinah, jugak di petang hari : tapi dah lama tak dengar. Rindu nak dengar suara Prof. Dr. Sidek Baba yang kebapaan tu. Dulu pernah tulis pasal dia kat SINI

Untuk segmen di petang hari jugak ni : Urmm, suara dia sedap, lembut aje penuh keibuan, tapi lupa nama. Dato' apa ntah, wanita :) dan membincangkan isu-isu rumahtangga. Macam-macam kes yang boleh kita dengar dan boleh kita tahu pasal harta sepencarian la, apa lah. Banyak, tapi tak tahu nak terang macam mana. he he he.

Selain kita boleh mendengar lagu-lagu kat dalam radio nih, kita jugak boleh menimba ilmu dengan secara tidak langsung. Mungkin saya bukan orang yang sesuai untuk bercakap benda-benda agama yang bukan kepakaran saya. Namun, rasanya perkongsian ini mungkin boleh mengingatkan diri saya sendiri agar tidak jatuh, kalau jatuh boleh bangun kembali. InsyaAllah.

Cubalah dengar untuk sehari, mana tahu boleh jatuh suka. Siapa tahu kan? Tapi sungguh, tak rugi kita dengar radio nih.


2 comments:

  1. eh.... tadi nak komen! tapi gi dengar Unggu:Percaya padaku terus layan.... hampir lupa nak komen hehe!

    Amplifier keta rosak jadi kata bisu buat masa ni.. biasa akak buka FM100.80 JJ n Iyan, lain kali kalau keta dah boleh 'menyanyi' akak buka FM100.20 pula :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    hahahha. radio apa tu? sori tak ingat sangat frekuensi radio neh. hihihi..

    bukak lah nanti bila kete dah boleh nyanyi. hahhaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.