Tuesday, January 24, 2012

Rasa

Dah lama tak jenguk fb, jenguk blog sendiri. Ambil masa sedikit untuk log in dan tengok apa yang patut. Ada orang bilang fb itu melalaikan bukan? Sepintas lalu, jawapan nya adalah YA. Namun jika kita fikir dan fikir, sebenarnya banyak ilmu dan perkongsian yang bermanfaat yang boleh kita cedok daripada laman muka buku tu. Sesuatu itu boleh menjadi negatif dan positif, untuk itu tanyalah hati kita mau yang bagaimana ;)

Sebelum melelapkan mata.


  1. Bersyukur kerana masih mempunyai kehidupan untuk diteruskan. Ada sesetengah orang lelah dalam mencari kehidupan yang serba mencabar ini. Bersyukurlah apa adanya.
  2. Bersyukur kerana mempunyai keluarga yang menyenangkan, mungkin tidak terlalu kaya dengan wang ringgit, emas permata. Namun kasih sayang yang mengalir masih lagi dapat dinikmati. Walaupun tak semuanya manis macam dalam cerita novel, cerita filem namun ianya masih baik-baik aje. Punyai adik beradik yang ramai adalah satu bonus, bagaimana mereka yang tunggal? Tentu sepi kan? 
  3. Bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada diri. Mungkin tidak sehebat orang lain namun lihatlah sisi yang lain, masih ramai yang terumbang-ambing. 
  4. Bersyukur kerana masih mampu bernafas di muka bumi Allah ini tanpa apa-apa bayaran. 
  5. Bersyukur kerana tubuh badan masih sihat, mata boleh melihat, tangan boleh menaip, banyak sungguh untuk dihitung nikmatNya.
  6. Bersyukur kerana masih mendengar dengkuran abang 2. he he he.   
  7. Bersyukur sangat-sangat dengan apa yang ada, dengan apa yang dinikmati, apa yang diberikan oleh Allah.
Namun, diri masih alpa dengan banyak hal. Masih leka dengan benda yang sementara. Walau masih leka dan lalai, diri masih tidak segan silu menadah tangan memohon itu ini denganNya. 


Rasai bahagia itu selagi ia bersama kita, kadang-kadang bahagia itu datangnya sekejap cuma. Kadang-kadang, datangnya lama. Yang penting bersyukur atas rasa yang diberiNya. Andai ada masalah, insyaAllah setiap masalah ada jalan penyelesaian dia kecuali MATI. Ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya adalah bersesuaian dengan kesanggupan seseorang itu. Allah lebih tahu sejauh mana hambaNya dapat menghadap setiap ujian yang diberikan. Orang kuat sentiasa di uji begitu juga dengan orang yang lemah. Ujian itu adalah cabang kehidupan dan ianya adalah guru yang mematangkan kita dan memberi kita peringatan secara tidak langsung : 18 Januari 2012 | 4.21 pm | Aidalela to ......



1 comment:

  1. insaf membaca..

    terima kasih ya Allah..

    syukur Alhamdulilah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.