Saturday, January 28, 2012

Saje Nak Share

Kalau nak dikatakan cerita ni penting, urmmm.. tak penting mana pun. Tapi nak share jugak.

Hari tu, kira-kira beberapa minggu yang lepas pergi ke bandar Kuala Terengganu tak macam biasa. Dah lama tak pergi. Kali tu kan, pergi sensorang aje, sebab nak cepat.



Beli coklat Dove nih, dah lama sebenarnya tak beli coklat bar sejak pakai braces. Malas nak makan makanan yang manis-manis terlampau selagi memakai braces. Bajet lepas buang braces, barulah nak makan pepuas coklat ke apa ke. Kire balas dendam la kononnya. Bagi saya, coklat ni tak berapa sedap, ingatkan ada la jugak kacang ke apa kat dalam. Rupa-rupanya yilek! Nggak ada apa-apa di dalam. Kosong je, rasa dia urmmm.. biasa-biasa aje. Tapi pembalut coklat ni menarik hati. Cantik.



Masa ni tengah tunggu lampur isyarat bertukar warna. Bosan, jadi ni la aktiviti saya. kui !



Eloklah tu, dah makan coklat berus g*gi, lepas tu gunakan colgate Plax kumur-kumur kasi mati itu kuman dalam mulut. Bersihkan celah-celah g*gi dengan interdental brushes, yang ni khas untuk si pemakai braces. Sebenarnya segan pulak tulis pasal g*gi. EeeUuuEEEwww kan? 



Sebenarnya tertarik nak share pasal oil control film nih. Sebelum ni, saya gunakan oil control film Johnson & Johnson. Tapi kali ni ternampak Oxy punya brand, rasanya masih baru kot di market, sebab sebelum ni tak pernah lagi tengok kat Watson's. Harganya pun murah, adalah dalam RM7++ je. Jadi memang sesuai la untuk golongan sederhana nak membeli. he he he. Rasanya lepas ni, dah tak nak beli J&J punya dah, nak beli Oxy pulak. Puas hati tau.



Masa tangkap gambar ni, si budak kecik ni datang masuk bilik. Baru pandai merangkak, suka sangat intai-intai dari celah langsir pelan-pelan merayap dalam bilik. Nak berkawan dengan kita la tu. Suka sangat buat muka comey, muka ayu. ha ha ha. Lelaki tak boleh buat muka ayu tau Afiq, kena buat muka machooo macam kata kakak Nina. Eh perasan tak ramai orang suka tulis 'lettew' 'lettuew' for lah tu. Kadang-kadang bila baca macam comey je bunyinya. Kadang-kadang macam tak comey. he he he. Eh, papehal saya baca aje ;)



1 comment:

  1. cerita pasal gigi ok je ape :)

    tak payah segan-segan :)

    baru pernah nampak coklat tu. aku setia pada cadbury jer hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.