Monday, January 30, 2012

The Zenith Hotel : 1

Penulisan untuk ceritera ini adalah mempunyai kaitan dengan ceritera sebelum nih. Kalau anda rajin, disilakan untuk scroll down, kalau rasa nak tahu apa kaitan mereka berdua nih, kalau tak nak tahu, nggak perlu menari-narikan mouse tu. 

Urmm, kalau diikutkan hati, saya lebih suka bercerita sekali harung aje. Tak payah main part 1 la, part 2 la.. Nanti tak termenaip. Itu salah satu alasan, alasan lain pulak, urmm banyak lagi benda yang nak ditulis secara rambang dan sesuka hati. Jadi perlu elakkan main berepisod macam ni. Cerekarama boleh ar macam nih. Ah sudah, emo-imo sudah datang. hi hi hi. Nak upload sekaligus gambar, sangatlah lambat. Lepas tu proses mengedit sangatlah 'laju', jadi kita stopkan aje dulu. Sambung esok la pulak.


Perjalanan ke Kuantan
Gambar ni dah lama edit, adalah dua hari lepas. Masa tu tak kerja, tengah rajin mengadap lappy nih. Dating la dengan gambar ni semua. Padahal bil tenet tak bayar, jadi tak boleh nak membelog. ki ki ki.



1. Bangunan hotel Zenith dari jauh. Hujan masih membasah dan melencunkan bumi
2. East Coast Mall terletak di depan Zenith Hotel aje. Memang saje cari pasal.
3. Sultan Ahmad Shah International Convention Centre sudah terpampang di depan mata. Cantik ;p terletak kat tengah-tengah bangunan hotel. Sape punya idea buat bangunan ni eh? Kreatif jugak. 
4. Malas nak cakap, baca sendiri. hi hi hi

Dah lama tak sampai ke Kuantan, mungkin dah 2/3 tahun kot. Urmm..mungkin 1 tahun setengah, mungkin dan mungkin. Entah, memang tak pasti bila last datang sini.

Ok, kalau anda ingin jadikan Zenith Hotel ni tempat penginapan anda sekeluarga, cepatlah meraih kepuasan di sini. Hotel ni masih baru, urm bertaraf 5 twinkle twinkle little stars! 



Masa dalam lif, pastikan kunci bilik [card], disentuhkan pada screen yang ada kat dalam lif nih. ha ha ha. Sulit jugak rupanya nak diterjemahkan ke dalam ayat. Touch and go. Nampak macam ketat aje security untuk hotel ni. Nampak la.



View selepas keluar dari lif. Masa ni dengan member, dia dah pernah stay sini sebelum ni. Dialah yang banyak bagi info pada budak 'ni'. ha ha ha. Maklumlah first time datang sini. Mana lah tahu kewujudan hotel ni. Kalau nak holiday memang best oo. Rate dia adalah RM460 untuk dua malam bagi bilik standard. Oh lupa nak habaq, itu government punya rate tau.



Macam kek lapis kan?



Our room : 507
Teringat kat Levi's. Eh!

Yok! Marilah kita menjelajah bersama-sama dalam bilik ni, at least tak ar rasa seperti tiada sahabat di sisi. 
 


Bathroom. Ada orang amik gambar bathroom ini untuk dijadikan inspirasi rumah baru. Wah kamu ya kawan ;)



Berkenan giler kat laundry basket nih, boleh isi baju banyak-banyak. Tahan karat terjamin kukuh. Kalau berat kita boleh tolak aje, dia ada roda kat bawah tu ha. Puji banyak-banyak bukan ada orang nak kasi free pun.



Dan lagiiiii..



Nak apa? Nak sikat? nak berus gigi? amik aje kat sini..amik semua pun tak pe, Zenith banyak stok lagi. ha ha ha. Gelak tapi tak macam gelak penyamun.



Tengok sendiri. Weh weh, nampak malas aje nak menaip.




Macam meja yang perompak buat call mintak tebusan. Kaki mesti silang sikit nak kasi gangster, lepas tu mesti tengah hisap rokok, asap mesti buat bulat bulat macam ni O O O o o OO OO  lepas tu terbatuk-batuk. ha ha ha. Tak gangster ar kalau macam tu. Cut!! [banyak tengok gerak khas LOL]



Berada di luar negeri sendiri. Jauh dari negeri sendiri. Itulah kehidupan malam di Kuantangg. Saya rindu rumah kecik saya.



Rasa panas, marilah terjun kolam. Tak nak naik pun takpe. Buatlah macam kolam sendiri. Mandi sampai air bertukar ungu. Kalau nak tunggu kering pun boleh, tapi makan tahun la. Berjanggut la duk menunggu. Baik tak payah.



Kalau takde kerja, boleh main tarik-tarik bidai ni sampai penat. Kalau lagi nak mencabar, ajak orang bilik sebelah lawan sekali. Tengok sape yang terel. Tujuan gambar ni adalah nak cakap, penarik bidai dia ni cantik. Biasa tali aje kan, ini plastik macam tu. Plastik ni boleh dijadikan alat mempertahankan diri.

Ok lah, kita sambung nanti lah eh. Makin lama makin menyongsang arus budak ni menaip. 

'Anak kita penat gamaknya tu bang'. Tetiba nada mak-mak dalam cerita berkemundang lagi. Arggg! Tak matang langsung menulis bila angin mengarutisme datang. Ecewah ecewah. hihihi. <<< komen ini turut melintas dalam hati dengan tetiba. Jadi, kita sambung esok eh, banyak sangat gambar nak diupload. Fuhh~!!




4 comments:

  1. ewah..ewah... habis segala ceruk ko gambar ye Aida :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..kebiasaan memang macam ni. biasa jarang upload, tapi kali ni nak upload dalam blog..

    ikut mood rajin ;)

    ReplyDelete
  3. ANOM :
    selagi ada kamera kat tangan, memang la tak boleh nak elak amik gambar! tapi tak secantik gambar awak :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.