Wednesday, February 1, 2012

Awan & Saya

oh
terasa sangat rapat
bila dia tengok saya
saya tengok dia

dia diam
saya diam-diam jugak
dia macam tersenyum memandang saya
dan saya memang tersenyum memandang dia

masa nak balik rumah 

dia mula buat macam-macam pergerakan
saya perhatikan aje
dia bergerak
saya juga bergerak sebab sedang dalam kereta

dia bergerak perlahan-lahan
saya bergerak laju dalam 80kmh
dia membentuk gula-gula kapasnya dengan cantik
saya rasa nak kemam dalam mulut. manis!

dia buat bentuk bulat-gumpal-gumpal
saya suka apapun bentuk kamu
dia senyum lagi dan lagi
dan saya juga senyum lagi dan lagi

dia cakap kat saya 'indah tak ciptaan Allah?'
saya cakap dalam hati 'subhanAllah, sangat cantik'
dia tak tahu angan-angan saya
saya selalu berangan-angan memakai baju kurung putih, tudung putih, sambil lepak atas awan tengok rumah saya dari atas sana

dia pada hari Ahad kan, cuba menunjuk betapa cantiknya dia dengan rupa A++
saya tengok rupa dia berubah menjadi rupa B++ pulak pada hari Isnin
dia nak tunjuk dia boleh berubah-ubah
saya tahu dia boleh berubah-ubah
dia tetap cantik di atas sana
dan saya tetap cantik setia di bawah sini

dia tak pasti bila saya suka dia
saya lagi lah tak pasti sejak bila saya suka dia, tengok dia, rakamkan 'wajahnya' yang senantiasa berbeda
dia putih, biru adakala kelabu, kadang-kadang dengan bermacam-macam warna abstrak
saya juga begitu mengikut warna baju yang saya pakai -__-

dia tahu sudah banyak saya rakamkan wajahnya tanpa jemu
saya memang tak jemu merakamnya kerana ianya 'fotogenik'

dia ada jugak muncul dengan warna yang tak cantik
saya tak suka kerana hati akan turut gundah dengan warnanya
dia akan tukarkan warna dia kepada lebih cantik untuk saya
saya tak sempat buat apa-apa, hati saya dah bertukar warna menjadi pelangi

dia pesan 'tengoklah saya dan fikirkanlah tentang kebesaranNya'
saya hanya diam berteleku merenung dan berfikir
dia besar dan gagah
saya kerdil
dia putih dan bersih tanpa dosa
saya penuh noda dosa

dia disana untuk saya
saya di sini tetap di sini untuk menatapnya

awan, saya suka awan





3 comments:

  1. cantik :)

    rasa macam nak mamam juga. gula-gula kapas wana putih kat atas langit tu :)

    ReplyDelete
  2. ANOM :
    cantik kan awan?? :)


    NONG ANDY :
    memang cantik. mari mamam bersama-sama..hehehhe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.