Sunday, February 26, 2012

Bulan Dua

Dah bulan dua, pelajar dah start kelas. Para akademia mula sibuk di kantornya. Dulu tak ambik pot langsung kelas dah start ke hape ke, akademia sibuk ke apa ke. Jalan kita lain-lain der. Sekarang? Kita pulak sebagai yang menurut perintah ni? Urmm.. bolehlah. Masih ada lagi ruang untuk bersuka-suka dengan keluarga selepas balik kerja. Bila kita masih ada kelapangan untuk berbuat sesuatu, maka itu tandanya kita masih punyai masa. Pernah tak, rasa menyesal dengan masa yang berlalu? Macam 'eh ruginya tak buat tadi, kalau buat dari tadi.. tentu dah settle semuanya'. Eleh, tentu pernah bukan? Tak banyak kali pun, sekali mesti korang pernah jugak terfikir macam tu kan? :) Ini ialah antara kata-kata biasa orang yang suka baling-baling masa. Bila dah semput baru nak terngadah. O o .. he he he.

Demi Masa


Memang gambar macam ni. Kelabu asap. Mungkin disebabkan kamera selalu jatuh, sampai tempat bateri dah patah.



Melepaskan lelah sambil berfikir. Amboi nampak macam good good aje kan? ha ha ha. Padahal otak tengah ligat duk shuffle, fikirkan nak pergi mana lepas kerja. ki ki ki.



Dalam apa jua benda yang kita lakukan, kita biasanya inginkan yang terbaik. Bukan sahaja untuk diri kita, malah untuk orang lain juga. Tapi kadangkala, kita tak terlepas daripada membuat kesilapan, adakala kesilapan kecik tuet jer. Namun natijahnya sangat bapok [bukan bapok ok, bapok ni maksud dia besar] kepada mereka yang lain. Yang pasti, jangan berasa malu [eh kadang-kadang rasa malu jugak. hu hu hu] dengan apa jua teguran/nasihat/pandangan demi kebaikan kita. Oh ya, kata-kata tu kan, saya cilok daripada tumblr.




2 comments:

  1. 'eh ruginya tak buat tadi, kalau buat dari tadi.. tentu dah settle semuanya'.

    hampir setiap hari - kerja opiz masih tak siap2. deadline dah dekat.. tolong!!!

    ReplyDelete
  2. selalu kan macam tu, bila ada masa..mulalah merdeka, lepas tu help meeee! hahhaha..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.