Monday, February 27, 2012

GEN-Q

Kadang-kadang ada benda yang kita jumpa, dengan tidak sengaja. Beberapa minggu yang lepas, pergi ke karnival pengantin. Dah hampir ke penghujung kunjungan kami ke sana, sementara sepupus-sepupusku meninjau apa entah, kaki melangkah ke tempat menjual buku-buku yang macam-macam. Ralit jugak duk membelek buku-buku yang ada, lepas tu tertarik pada satu majalah ni. Mula-mula belek aje, lepas tu macam best. Terus beli.



Isu ke-6, dah terlepas 5 isu. Rasa gak nak pergi cari.
Malu Biarlah Bertempat
Jangan terlebih malu 
Jangan terlebih tak malu. hu hu hu



Apa yang korang rasa bila tengok tajuk dan gambar nih?

Abang 2 belek majalah ni, lepas tu kan sampai satu page ni. Dia cakap, 'ini afiq, rayyan, mung [maknanya saya la tu] dengan cat ha ha ha'. Saya tersengih aje sebab tak habis baca lagi majalah best ni. Siap baca dari awal page tau, takde langkah-langkah. Tak pernah macam ni [semangat punya pasal]. ki ki ki.



Bila dah sampai page ni, oooo. ha ha ha. Kelakar. Memang sangat kena la dengan budak dua orang tu. Afiq memang tak banyak rambut sangat, Rayyan rambut dia lebat. Kucing tu memang ada, anak kecik lagi tau.

Pengisian dia daripada gambar tu, elakkan/JANGAN MINUM BERDIRI, JANGAN MAKAN BERDIRI. Marilah kita sama-sama berpesan. Rasanya semua orang pernah makan atau minum berdiri kan? Lepas baca artikel ni, berazam nak buang la tabiat terminum, termakan berdiri ni.. yang memang tak elok sangat-sangat nih. Moga encek semangat bin jitu nih kuat. 



Yang ni pulak baru aje beli, tapi masih tak sempat nak baca dari kulit ke kulit. Jarang sangat baca majalah sampai habis, tapi majalah comel ni kan, urmmm kebestan dia memang best :)



Ingat tau!



Sangat suka baca cerita ni. Boleh gelak sorang-sorang. Kelakar penulisan dia. BEST DAN BESTO!



Ngam-ngam dengan apa yang telah dilalui dalam minggu lepas. Ada artikel pasal marah. Menarik sangat artikel ni.

Kalau nak tahu apa pengisian dia, adalah lebih baik dan molek kiranya anda semua ke kedai buku yang berdekatan untuk memiliki GEN-Q [GENERASI AL-QURAN KREATIF], sebab tu saya tak bercerita dengan lebih lanjut. Tak rugi membelinya tau, at least ada ilmu yang boleh kita ambik, kalau tak dapat 10, dapat 1 ilmu pun dah kira ok :) 

RM7 aje tau

3 comments:

  1. mulianya menahan marah - tadi sangat marah pada Shinta...

    beberapa hari ni mood tak baik. kesian Shinta selalu kena marah oleh maminya. ah.. nak gi cium dia kejap. rasa bersalah sebab marah dia tadi...(dia dah tidur)

    * Nak belajar tahan marah.. :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :

    siannye kat shinta..huhuhu

    *normal seorang ibu, lepas marah mesti rasa menyesal.. marah tanda sayang.. marah jugak tanda stress! :p

    ReplyDelete
  3. Gen-Q best!!!
    Jm try baca satu majalah ni... Namanya Muslim Teens. Best jugak taw... hihihi ;)http://www.facebook.com/muslimteens

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.