Tuesday, February 7, 2012

KAF 2011

Dari hari ke hari nak berkongsi cerita best nih, tapi cerita lain asyik potong line aje. Jadinya memang lambat ke udara la jawabnya. hi hi hi. 

Masa bulan November 2011 lalu, sempat mendaftarkan diri untuk sertai Kursus Asas Fotografi [KAF] selama 2 hari, hari pendaftaran tu dah suntuk sangat tapi nasib baik sempat. Kursus ni FREE aje tau. Sebenarnya mula-mula duk terfikir nak join ke tak, almaklumlah kita ni takde kamera dslr. Ada kamera kompak biasa aje. Fikir punya fikir, tak pergi rugi, yelah kalau join yang private punye course mestilah mahal kan? Jadi peluang dah terpampang depan mata, tak kan nak biarkan berlalu di bawa masa aje. Rugi. Eh, terasa panjang pulak kata-kata aluan nih, hik hik hik. 

Sanggup dan minat punya pasal, akhirnya kita pinjam kamera daripada sepupu. 



Cikgu ajar cara penggunaan dslr secara manual. Berpeluh jugak nak gunakan dia. Yelah, selama ni mana tau nak adjust dia punya ISO, nak sesuaikan dengan cuaca, macam-macam lagi.



Fokus pada bunga raya putih nih.



Masa ni dalam kelas. Setting ISO dengan aperture ke apa ntah [ni lah akibatnya kalau tak praktis apa yang cikgu ajar. Kan dah banyak lupa-lupa-ingat], tapi tak menjadi. Gambar jadi gelap.



Cubaan mengambil gambar kali kedua, masih tidak berjaya. Masih lagi gelap. ha ha ha.




Tara tara taraaaa! Kan dah bercahaya. Teknik pencerahan dan imbangan dengan ISO berjaya la jugak akhirnya. Tapi ni masih tak betul lagi nih. Teknik masih banyak yang silap. Kalau cikgu buat spot check dalam kamera ni, mau dia geleng kepala. ha ha ha. Lain yang di ajar, lain yang awak buat eh?? -____-



Masa petang kursus, kami pergi outdoor. Time ni semua bebas nak ambil gambar apa. Pohon semalu ni salah satu daripadanya. Lens yang saya punya tak panjang, biasa-biasa aje. Yelah dslr untuk beginner, jadi memang tak berapa nak cun la :)



Perasan tak kat sana tu?? Burung hantu. ki ki ki. Ada sorang pak cik ni kan, dia tahu kami semua tengah buat kursus, jadinya dia beria tunjuk burung hantu ni untuk di jadikan subjek penting petang tu. Semua duk berpusu-pusu ambil gambar burung ni. Bukan senang nak tengok burung hantu ni kan, yelah zaman sekarang mana ada burung hantu sesenang nak tunjuk muka macam nih.



Masa hari kedua, kami outdoor lagi. Kali ni semua kene ambik gambar macam biasa. Ikut apa yang telah cikgu ajar. Tapi aku macam biasa, terlebih pandai. Tengok gambar ni, ha ha ha. Cerah melampau. Silau bijik mata. Dah sah-sah aku silap setting ISO nya, apa nya. Cikgu ajar macam mana aidaaaa??? ha ha ha.



Orang lain sibuk duk buat tugasan, aku sibuk gak. Sibuk duk ambik gambar secara sesuka hati. LOL. Mati kalau cikgu tau, eh itu cikgu, yang pakai baju kotak-kotak. Chinese. Tapi terer giler cakap loghat Terengganu. Gelap guguk. ha ha ha.



Ini bunga apa?
Bunga apa?
Bu nga
Bunga kertas.

Eh dah tak ingat macam mana iklan pasal bunga tu ha. Macam mana eh? Urmmm..



Kali ni serius punya tugasan, sebab cikgu memang nak tengok hasil yang kami dapat. Ni aku main tangkap aje gambar nya. Langsung rasa buntu. Sangat buntu. Orang lain tangkap gambar, aku tangkap jugak campur main-main sikit, sebab teknik yang cikgu ajar ada aku tak reti nak praktis. hu hu hu.



Ambik gambar kasut pulak. Semua pakat jadikan kasut ni subjek utama. Aku main hentam aje lah. Sebab dah kering idea nak ambik gambar mana.



Tadaaaa! Gambar rambang sesuka hati ni rupanya mendapat pujian cikgu. Huwahhh! ha ha ha. Gelak sebab tak percaya. Kawan-kawan, saya tak percaya gambar ni cantik pada pandangan cikgu. Ye ke cikgu ni??? dalam hati lah. Cumanya cikgu cakap, kalau crop tang apa tu eh nak cakap. Urmm, jaring yang ada kat sana tu ha, perasan tak? Haa, yang tu, cikgu cakap kalau buang lagi ok. Sebab setiap gambar perlu ada cerita kesinambungan dia. Contoh macam dari air, pergi ke pokok kelapa pergi ke awan. Ha gitu. Mana nak tau cikgu, saya ni asal jadi aje, asal nampak sedap di mata ON. Padahal kan, fotografi bukan sekadar ambik gambar macam tu aje. Kita kena tahu apa yang kita nak, gambar tu mesti sesuai dengan event yang kita ambik. Macam-macam lagilah. 

Seronok dan sangat bertuah rasanya dapat kutip ilmu yang banyak dari cikgu. Mungkin aku pelajar yang paling entahpape, orang suruh buat lain, suka buat lain. hi hi hi. Tapi takpe, lain kali boleh belajar lagi.

Jangan give up!



5 comments:

  1. ralit tgk gmbr2 ni..ekekek..tp yg burung hntu tu,npe kecik sgt..x perasan dh td...
    btw,alang2 dh singgah ni sy follow trus la

    ReplyDelete
  2. akak suka gambar bunga pokok semalu tu :)

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa nnti ajar I plak eh... Terpikat pulak tgk kasut tu huhu...

    ReplyDelete
  4. aperture,iso n shutter speed tu berkait rapat..kayuh pelan2 ye.insyaallah pasti bisa,ada masa join outing fotografi..mula2 mmg susah,lama2 insyaallah^^ main bokeh baru best^^ cool gitu2..

    salam kenal..follow sini^^

    ReplyDelete
  5. EZAD AMIR :
    oo..burung hantu tu sepatutnya lebih jelas, tapi lens pendek. jadi tu ajelah hasilnya :)

    *TQ


    NONG ANDY :
    semalu itu malu.. hihihihi


    HANIS MY :
    ooo..tak terel nak ajar. hahahha.. kasut pinjam, tapi kasut ni memang nampak fotogenik la dalam gambar nih.


    WOOFER STORM :
    yup! shutter speed, baru ingat pasal dia. huhuhu. betul 3 elemen ni memang berkait rapat. pelan2 kayuh orang lain semua kat depan.. 'bokeh' LOL, baru tau apa itu bokeh.. try buat tapi ada yang jadi, ada yang tak. amik gambar suka2 aje nih.

    *TQ pro

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.