Sunday, February 5, 2012

Repost : Maulidur Rasul

Hari ini kita menyambut Maulidur Rasul, dan rasanya tak banyak yang saya boleh karangkan kerana diri berasa segan untuk pung pang pung pang mengenai sambutan ini padahal diri sendiri masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Istiqamah amat berat bagi saya yang masih lalai, namun insyaAllah pasti ada jalannya, kerana Allah senantiasa bersama kita. Jadinya saya hanya repost entry tahun lalu untuk peringatan kepada diri sendiri.

**

Permulaan pagi yang tidak begitu menepati azam. Tapi tak pe, kite masih boleh berusaha mengakhirkan hari dengan pengisian yang bermanfaat pada hari cuti umum ni.

Seperti yang semua orang maklum, hari ni adalah hari kelahiran junjungan Nabi Besar kita,Nabi Muhammad S.A.W. Sempat buke tv tadi, TV1 ada menyiarkan segmen KASIH SEORANG RASUL. Tapi tak sempat nak tengok dari mula segmen ni. Banyak manfaat dan sejarah yang boleh kite imbas pabila melihat program ni.

Antara intipati yang mengimbau kembali zaman belajar sekolah rendah dulu kala [dalam buku teks darjah berapa ntah]

Nabi Muhammad di lahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
Berniaga di Syam
Mengembala kambing
Berkawin pada umur 25 tahun dengan Saidatina Khadijah yang berumur 40 tahun
40 tahun baginda menjadi Rasul
Seorang yang digelar Al-Amin iaitu seorang yang tidak pernah berdusta [berkata-kata benar, sangat terpercaya]
Untuk maklumat yang lebih tentang Maulidur Rasul boleh layari di SINI atau kat SINI atau mana-mana page yang boleh diambil maklumat [kerana saya bukan orang yang pakar dan arif untuk menulis dengan lebih lanjut, takut silap fakta]


gambar 4 tahun yang lepas ketika dah petang [sebab tu crop date dia]




Lagu latar segmen tadi, lagu ni baru je dengar malam tadi [syahdu]


'Yang menjadikan kita mencintai Rasul adalah apabila kite mengenali Rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul' [muhasabah diri sendiri]

Banyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Rasululullah S.A.W "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" [Al-Nasai dan Ibnu Hibban]


2012




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.