Monday, February 6, 2012

Saya Serius!

Dunia tanpa sempadan. Tapi kita perlu bijak untuk mewujudkan sempadan. Semenjak dah lama menjak sebenarnya saya memikirkan hal ini. 

Saya selalu berfikir, adakah penulisan saya membuka aib sesiapa atau diri sendiri atau yang boleh dikatakan tidak elok untuk dipaparkan. Kerana perkara ini penting tau, bukan untuk saya seorang tapi untuk semua :)

Kadang-kadang saya berfikir, kenapa saya suka menulis di dalam blog. Padahal dalam masa yang sama, saya tidak berapa gemar, mereka yang rapat dengan saya membaca blog saya. Saya segan. Susah nak cakap segan tu macam mana. Bagi saya, kalau terbaca, urmm baca diam-diam sudah arh. Bagi saya, kalau orang luar saya tak berapa nak kisah, sebab mereka tak kenal saya. Eh, banyak pulak 'bagi saya', ha ha ha. Sebab tu lah, pernah adik 4 saya melihat saya sedang ralit menulis dalam blog. EEEEE!! Tak suka sangat tau, dia boleh gelak-gelak. Malu ok!!

Kan seronok dan senang hati, andai kata penulisan kita dekat blog kan, hanya kaum wanita sahaja yang dapat akses. hi hi hi. Ok, ok saya tahu mesti korang akan cakap 'apa susah, private ajelah blog tu'. Tapi bukan itu maksud saya, maksud saya blogger [permissions] perlu sediakan buttons untuk blogger pilih kumpulan pembaca yang mereka nak, 1 : wanita sahaja 2 : lelaki sahaja 3. lelaki dan wanita. Wah wah wah, 0_o Pandai-pandai pulak aku nih.

Kan best, kalau FB hanya dapat di akses oleh kaum sejenis sahaja.  Err, kalau family tu lain cerita ar. Tetiba cakap pasal fb. Pernah terfikir tak? Saya terfikir pasal ni dah lama, timbul persoalan ini ekoran saya ada add seorang wanita ni kan, dia hanya membuka fb nya kepada kaum wanita sahaja. Kaum adam boleh pergi main jauh-jauh. he he he. Saya diam-diam mengagumi beliau dan ada hati jugaklah nak buat macam tu. Wanita tu dah berkeluarga tau. Bagi saya mereka yang dah berkeluarga dan mempunyai seorang suami, sudah tentu perlu menjaga bermacam-macam hal contohnya dari segi pergaulan. Kerana semua dosa-dosanya si suami yang akan menanggung. Dan bagi saya, walaupun masih tidak berkeluarga ianya bukan tiket untuk saya tidak menjaga apa yang perlu saya jaga. Menjaga yang seterdaya saya. Bagi saya lagi, sepatutnya di dalam dunia maya atau di luar dunia maya, kita tetap perlu menjaga diri kita. Payah sungguh nak cakap dan menulis perkara yang subjektif ni kan? 

Sebenarnya saya nak tulis banyak-banyak lagi pasal ni, tapi mungkin lain kali sahaja la kot. Ini peringatan kepada diri sendiri.



1 comment:

  1. saya pun malu juga... tak mo lah kalau kwn2 seharian sy baca blog saya.. malu!! hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.