Wednesday, March 28, 2012

Cerita Hari Rabu

Skema la pulak tajuk entry ni. 

Bebelan : I
Hari Ahad kot, ke hari Isnin macam tu la. Pada pagi tersebut, memandu kereta ke tempat kerja. Ternampak la satu insiden yang menyebabkan rasa nak marah sangat pada si pemandu yang entahpape nih. Ada satu kereta, berwarna oren, berplat dot xx dot xx. Kelihatan telah mencelah dengan laju di jalan yang agak sesak.  Agak-agak ar, kalau jalan lengang aje boleh la nak bawak laju. Ini tak, bila pagi jalan memang tak berapa nak lancar. Semasa kereta oren tersebut mencelah, dia lupa akan dua penunggang motorsikal yang berada di sebelah kiri. Memang sangat-sangat sipi aje dengan penunggang motor tu. Tanpa memberi signal mau ke kiri, terus mencelah masuk ke kanan. Mungkin terasa hebat! Gah bilamana dapat buat macam tu. 

Masa tu, aku main agak aje, dua-duanya mesti orang tua. Sebab bawak motor dalam 65kmj je dan pakcik tu pegang palang besi motor belakang tu ha. Biasa kalau orang tua, dia kan suka pegang palang besi motor macam tu :) Bilamana aku dapat memotong motor penunggang tu, terasa kesian sangat. Betul la dia orang tua, tapi salah bukan dua orang tua, tapi seorang tua dan seorang lagi anak dia kot. Agak aku lagi, mesti mereka dalam perjalanan nak ke tempat kerja.

Tahukah kamu berdua, kamu nyaris dilanggar? 

Lepas tu, aku teruskan perjalanan. Bajet nak cari kereta oren tadi. Tapi dah lesap, tak tahu dia masuk simpang mana. Tujuan aku? Aku nak tengok muka si pemandu tu. Bawak kereta macam orang ........ 

Tadi pagi, cari lagi kereta tu. Kot-kot terserempak ke apa, tapi dah takde.

Cerita : I
Tengahari tadi, pergi ke bandar. Masa nak balik ke kereta berjalan di belakang seorang wanita. Nak kata dah berumur tak jugak, adalah dalam 40-an kot. Dia pandang belakang. Aku senyum. Dia berpaling lagi, aku pandang.

Dia tanya, oh sorry. ha ha ha. Ini cerita yang aku tak boleh cerita. Ayooi, macam mana boleh lupa. Bila dah sampai dialog ni, baru la teringat. hu hu hu. 

Bukan apa, dia tanya soalan yang agak sensitif [bagi aku la]. Nak ditulis rasanya aku sendiri segan. Mungkin bagi orang lain, apa yang dia tanya tu, biasa-biasa aje. Tapi tak nak ar. ha ha ha. 

Cuma yang boleh aku bagitahu, dia cuma mintak aku tolong tengokkan baju dia aje. Bukan baju apa pun, baju kurung yang dia pakai tu je. Cumanya, eh cuma lagi ;) rilek aje wanita ni tanya pada orang yang dia sendiri tak kenal tentang itu. hi hi hi. Tapi aku takde hal. 

Cerita : II
Lepas balik dari bandar, singgah membeli air tebu. Kebetulan aku membeli dengan kuantiti yang banyak, maka penjual tu cakap.

Nah amik air ni. Buat upah datang membeli. Senang nak faham, beli air 5 percuma 1.

Ha ha ha. Agaknya dia ingat, aku ni datang membeli air untuk kawan-kawan, lepas tu mesti penjual tu kesian tengok aku. Penuh air kat tangan. Padahal aku memang nak beli air untuk diri sendiri, alang-alang aku beli ajelah untuk yang lain jugak. Bukan lah datang dari pejabat semata-mata datang beli air yang dikirim oleh kawan-kawan.

Terima kasihlah penjual. Semoga murah rezki, murah rezeki untuk anak-anak yang masih kecil tu :)



2 comments:

  1. Bebelan 1--> aku kadang memandu sambil mulut sumpah seranah. Bila teringat aku rasa nak cubit2 jer mulut aku ni.

    Cerita 1 --> apa ni. kejap nak cerita kejap xnak cerita haha.. mesti pempuan tu tanya ko. er.. "tembus ke?" haha.. dia datang bintang tak sempat cari penyelamat? hehe.. agak jer!! hehe

    Cerita 2--> hehe.. mudah mudahan di murahkan rezeki penjual air tu. sedekah yang kecil tapi iklas akan di lipatgandakan olehNYa. Kan?

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :

    1. masa memandu kemarahan cepat sangat memuncak.. wooo.. simbah dengan air cepat-cepat :)

    2. hahhaa..mula2 memang nak cite, tapi baru teringat..mana bley cite dey! LOL. jawapan dia ada di ... errr.. boleh tahan jugak tekaan anda..urmm ;)

    3. yerp, kecil tapi sangat-sangat bernilai dan bermakna. amin. mudah-mudahan bertambah rezki dia kan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.