Friday, March 2, 2012

Diari Afiq : 2 Mac 2012

Assalamualaikum.

Sekarang Afiq berada jauh dari negeri Terengganu, sebab Afiq ikut ayah pergi kursus, tapi Afiq nak menulis jugak. Wah, terer giler kalau Afiq pandai menulis dengan lancar dalam blog. ki ki ki.

Ok, sekarang Afiq nak bercerita tentang diri Afiq. Rasanya Cikda dah pernah tulis pasal Afiq masa bulan Mei 2011 yang lepas. Dah lama tak menonjolkan diri dalam MPS cikda nih. 



Ok [ok lagi], sekarang umur Afiq dah mencecah 10 bulan [3 hari lagi 10 bulan]. Berat Afiq pun dah bertambah, agaknya dah berbelas kilo agaknya. Berat. Semua orang tak larat nak dukung Afiq. hu hu hu. Sedih la. Urmm, sekejap aje masa berlalu, dulu Afiq duduk dalam kandungan Umi 9 bulan, gerak-gerak dalam perut Umi. Gelap sangat tapi best. Afiq kecik aje dalam perut Umi tapi masih boleh pusing-pusing, gerak-gerak. Seronok walau masa tu kan, Afiq sorang-sorang aje kat dalam. Tapi Afiq dekat dengan Umi. Afiq boleh dengar degupan jantung Umi. Dup Dap Dup Dap! Macam irama lagu. Afiq senyum sorang-sorang kat dalam tu tau. Tapi korang tak boleh tengok Afiq senyum, sebab korang tak nampak. he he he.

Kalau nak tahu, gambar Afiq ni kan Cikda amik semasa Afiq curi-curi masuk dalam bilik dia. Afiq baru pandai merangkak, belum boleh berjalan lagi. Afiq tak pandai dan tak tahu sangat apa halangan yang ada kat dalam bilik tu. Jadi Afiq main merangkak aje, melepasi kain langsir dan terus merangkak masuk bawah katil. ha ha ha. Afiq tak tahu pape, Cikda gelak. Cikda cakap 'Afiq masuk bawah katil'. Cikda tak tolong Afiq, tapi dia gelak aje. Sebab dia rasa kelakar tengok Afiq macam tu. Walid yang datang ambik Afiq. Afiq sedikit kecewa la kat sini. Cikda macam tak sayang Afiq, dia lebih suka tengok Afiq masuk bawah katil, langgar dinding. Geram betul.

Lepas tu, Cikda pegang Afiq, dia dirikan Afiq macam dalam gambar ni. Nasib baik Afiq kuat, kaki Afiq dah boleh berdiri cuma jalannya belum boleh. Nanti lah, bila sampai masa Cikda cakap Afiq akan boleh berjalan jugak. Masanya belum sampai. Cikda jugak cakap gigi Afiq lambat tumbuh. Memang Afiq takde gigi lagi, tapi Afiq dah mampu makan macam-macam. 

Nampak jelas kat dalam laptop cikda fb terpampang. Cikda suka tengok fb, tapi dia statik! Kadang-kadang cikda ajak Afiq tengok sekali. Tapi dia tak suka ajak lama-lama, sebab Afiq suka pukul keyboard lappy dia. Nak buat macam mana, jari Afiq agak aktif. Maklum lah tengah nak membesar katakan.



Satu hari tu kan, datang seekor anak kucing kat Afiq. Afiq rasa geeeerrrraaaammmm sangat kat anak kucing ni. Masa tu mak dia takde, yang ada Cikda je kat belakang Afiq. Afiq naik geram bila tengok anak kucing ni datang ngada-ngada kat kaki Afiq, 'eh dia ni, nak cari nahas ni'. Afiq berkata-kata seorang diri, Cikda tak tahu apa hati Afiq cakap. Cikda tahu, ambik gambar aje. 

Apa lagi, Afiq tarik badan anak kucing ni, Afiq uli macam uli tepung roti canai. Cikda terkejut bila dia tengok macam tu. Cikda suruh anak kucing tu lari, Afiq tak tahu nak cakap apa. Afiq diam aje.

Cikda cakap tak baik buat macam tu kat anak kucing. Berdosa. Cikda tak suka kucing tapi dia tak suka tengok orang aniaya kucing. Kesian katanya [puji memuji mak sedara pulak dah]. Cikda terkejut sebab Afiq berani pegang anak kucing tu dan mulai hari tu, barulah makcik saya tahu yang saya ni berani dengan kucing. he he he.



Ini lah mangsa nya, makcik saya selalu cakap. Jangan datang dekat Afiq, kalau datang maknanya datang serah nyawa. Mintak dibuli sampai lembik. Belajar la pertahankan diri sikit, ini tak, biar aje Afiq tu buat macam-macam.

Urmm, oklah. Afiq rasa dah banyak sangat Afiq tulis. Nanti Afiq bercerita lagi eh :)




2 comments:

  1. comelnya afiq, elok je dia main dgn meow tu hehe...

    ReplyDelete
  2. Afiq dan miow memang comel :)

    tapi budak xleh slalu pegang kucen.. takut nanti kena asma pulak ye tak?

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.