Saturday, March 3, 2012

I'm Old Enough

Siap-siap nak balik dari kerja, teringat kat satu cerita yang dah lama tertangguh. Dari satu hari ke satu hari, dari satu bulan ke dua bulan nak story morie tapi tak berkesempatan. Tadi tengok jam hampir pukul 1 pm. 'Cerita I'm Old Enough'. Try bukak TV3 kat pejabat ni, tapi tak boleh. 

Bukak balik folder lama, 'urmmm, hutang cerita mesti dilangsaikan sebelum balik, eheh!'.

Masa Sabtu 23 Januari yang lalu, tertengok pada satu cerita yang comel gilor ok. Rasanya dah pernah tengok cerita ni, tapi dulunya kalau tak silap, disiarkan pada waktu petang macam tu. Memang best cerita nih, dahla budak-budaknya imut-imut [comel].

1


Budak perempuan ni baru berusia 2/3 tahun kalau tak silap. Diberikan tugasan untuk membeli barang-barang kat kedai yang letaknya jauh tak jauh, tapi boleh tahanlah untuk budak-budak kecik macam gini. Melangkah dengan penuh yakin untuk membeli dua benda kalau tak silap. Ayah dia sebenarnya tak berapa confident nak lepaskan si anak pergi ke kedai sorang diri. Harunya kan, si ayah siap intai dari jauh anak dia nih, kot-kot apa -apa jadikan.



Sampai ke kedai dengan selamat. Comel sungguh dengan beg mickey dia tu, lintas jalan sorang-sorang. Masa ni dia dah sampai kedai, dah siap beli dah pun.



Tapi dia lupa satu barang ni. Terus menonong aje dia balik. ki ki ki. Oh ya, nama si kecik tomey ni Aimi. ha ha ha. Nasib baik ada subtitles kat bawah tu.



Sampai rumah, ayah dia peluk dia, rasa gembira anak dia selamat. Ayah kagum anak dia boleh jalankan tugasan dengan baik. Terharu pulak, si emak cool aje. 

2


Lepas si Aimi berjaya dengan task dia tu. Kali ni tiba giliran si kakak dan si adik untuk diberi tugasan. Adik dia nama Kozue. Kakak comey. Semua budak-budak comey kan? Masa ni si adik jalan belakang, lambat-lambat, tengok si kakak siap cakap 'Kozue, ikut saya'. Eeeee! Comey ganda-ganda.



Masa ni kan, mereka lalui jalan yang sibuk. Lebih kurang macam kat pasar malam/minggu macam tu. Orang ramai, jadi Kaori terpaksa pimpin adik dia. Gigih sangat dia sebagai kakak. Sampai ke kedai kan, si Kaori ni kan dia beli 6 tauhu [kalau tak silap, dah lupa-lupa ingat ni]. Sebenarnya dia perlu beli 2 aje. Jadinya memanglah berat tauhu tu untuk dia bawak. 



Si adik dah jalan depan masa balik ni. Si kakak masih kat belakang. Sebenarnya, tauhu tu berat. Jadi si kakak dah tak berapa nak larat membawanya. Kakaknya pulak, tak mintak tolong adik untuk sama-sama bawakan, dia tanggung sorang-sorang aje. Kesian sangat time ni. Si Kaori ni kan, dia dah tak tahan lalu dia nangis kuat-kuat. Si adik toleh belakang tengok akak dia dalam kesusahan. hu hu hu.



Si kakak menangis, si adik pergi dapatkan si kakak. Comey + touching! Tengok lah tu, plastik yang ada kat tangan dia. 




Si Kaori bagitahu kat adik dia, yang tangan dia sakit. Yelah 6 tauhu, mana tak sakit. Tangan budak-budak pulak tu. 



Sambil nangis, mereka balik rumah. hi hi hi. Comey sangat!! Tak tahu la dah berapa kali saya bilang comey. Sebab terlalu comey mereka ni semua. Tapi si Kaori ni sangat tabah dan bersemangat, walau air mata jadi galang gantinya, dia tetap berusaha bawak tauhu tu sampai rumah.

Wah, cepat tonton I'm Old Enough kat tv sekarang, err kot-kot sempat lah kan. Saya dah lama tak berkesempatan menontonnya selepas 2 bulan yang lepas. hu hu hu. Kalau nak tahu camne cerita dia kan, boleh try gugel kat dalam tenet. Tapi tak banyak sangat la, banyak yang Thailand aje. Mungkin saya tak tengok betul-betul kot ;).

*upload gambar kat pejabat kan, line sangat pantas amat! tak sampai satu minit dah settle. fuh~! 



4 comments:

  1. hehehe..

    aku pon slalu tgk rancangan ni dulu. dahy x ingat dia main tv mana n jam brapa.. tapi ada la gak tgk 2-3 kali hehehe.. citer budak jepun kena suh beli barang hehe..

    memang comel :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    comel kan? lupa nak habaq, rancangan ni kalau tak silap 12.30 setiap sabtu kat TV3.

    *yang dulu petang, sama la i pun dah lupa hari apa, time dia etc.

    ReplyDelete
  3. comelll kn cete nie...tp ada link dia x..heee

    ReplyDelete
  4. HIDUP SAYA :
    yep! sangat comel cite nih :) sorry, sebab saya takde link dia..tengok dalam youtube je, itu pun tak berapa memuaskan hati la..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.