Sunday, March 25, 2012

Jap, tak tahu nak letak tajuk mende

Dalam hati menguntum senyum, ecewah! Otak ligat nak menaip cerita, tapi jari beku tak buat apa-apa. Terperam aje cerita ini di dalam minda. Bukan dalam draft blogger tau, dalam minda sendiri. Bajet nak tulis sekali dengan cerita kucing, tapi tak jadi. Cari gambar punyalah lama, last-last masa terbuang kat tempat lain. Ralit pulak duk mengedit gambar, padahal gambar sama je. Suka sangat main-main tone colour.

Macam mana nak start ni? Urmmm dari yang mana dulu eh. Ok, kita start dari yang ni dulu eh. Eh, tetiba terasa macam bercakap seorang diri la pulak. ha ha ha.

SMS

A : Assalamualaikum lama tak dengar berita. mu sihat ke? ..................  [sms ni adalah pada 18 Feb. 2012]
*memang sangat confuse, siapakah dia ini ya?? 

A : cer ingat. kawan mu yang cun sekali. hok kepala gila macam mu.. [sms ni pada 10 Mac 2012 giler lama barulah aku reply balik sms A, tapi aku ingat akan SMS ni, cuma tak TERBALAS aje]
*time ni dah boleh agak dah..

A : hahah.. ni aku sayang mu. memang hok cun berkait rapat dengan aku. aku ada kampung. tadi rasa selisih dengan mu kat terowong SMART. hahahah
*menipu sungguh, padahal mana ada lorong SMART kat Terengganu.. ha ha ha. 

A : aku lalu ikut kampung mu maring [semalam]. masuk 1 1/2 doh. .... fb mu mende [apa]?
*aku reply bagitau fb namanya puteri aida lela. ha ha ha. memang ke sudah la dia tak jumpa fb aku tu

A : aku geram. dari malam lagi cakap gitu. aku ada batu 6. cuti seminggu..
*aku lupa, apa ntah yang aku ulang soalan kat dia. ha ha ha. bengang je member nih.

A : aku duk zimbabwe. betul tak fb mu? aku takde fb. orang glamer tak perlu fb dah. ke gane? hehhehe
*aku tau, soalan aku mesti ntahpape, sebab tu jawapan dia ntahpape jugak. selalu macam tu, orang glamer la sangat. ha ha ha. aku dah cakap kat dia, glamer + cun + jelita, semua engkau angkut. ha ha ha. 

Sorry, semua balasan untuk sms si A langsung takde dalam handphone. Kalau tak korang bacalah jawapan aku yang memang mengarut

Note : kami dah hampir dua tahun kot tak jumpa. Lama kan?


CALL

B : Assalamualaikum aida... bla bla.....
Aku : Wslm, bla bla bla...

Note : dah 11 atau 10 tahun kot kami tak jumpa. ke 9 tahun, macam tu lah.. tak sure..


CALL

Tapi tak sempat nak angkat

Lalu aku balas SMS je..

C : Wslm, saje call coz lama tak dengar cerita.. Alhamdulillah, saya sihat.

C : Ye, takpe. Lama-lama nak dengar jugak cerita member-member.

C : Keje ok je....

C : ................

C : .....................

C : Baguslah awak. Tinggi tarbiah awak. Saya je yang tak sabar dalam dugaan Allah

C : Ye insyaAllah.. best sangat bila ada yang support saya ........................................... Tq aida..

C : Ok aida, nak ucap selamat malam.. Ada masa kita sambung [ke sembang? sebab dia guna bahasa sms] lagi. Tq mesej dengan saya. Assalamualaikum..

Kawan aku yang ni agak matang la berbanding aku. Sebab tu, cara aku berbeza bila bercakap dengan dia. Sebab tu mana yang boleh bergurau hu ha hu ha, kita layan dengan cara sepatutnya. Mana yang tak berapa bergurau, kita layan dengan cara lain. Yang mana ok aje, kita layan dengan ok aje. Jangan main aci redah aje. Ala, macam kita jugak kan, ada jer benda yang kita tak suka. Jadi jangan nak buat benda yang kita tak suka tu. 

Note : dah setahun kami tak jumpa. sekejap je masa berlalu.. hu hu hu



Hati saya menguntum senyum bahagia kerana mereka menghubungi saya hampir serentak. Wah wah, macam mereka berpakat aje, padahal tak. Oh ya, mereka semua kawan lama ketika di sekolah rendah, menengah dulu tau. Sebab tu la, saya sayanggggg sangat akan ukhuwah yang terjalin ni. Harapnya berkekalan sampai akhir. Amin


[yang aku ................................ tu, aku dah skip sms/ayat mereka. he he he]





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.