Wednesday, March 7, 2012

Jualan Sehabis-Nak Perabis-Habisan

Waktu: jam berdetik ke jam 8 lebih malam ketika kami sekeluarga nak pergi makan
Tempat: di tepi jalan tak berhari raya



Pesanan penaja itu: Jualan habis-habisan Desa Murni

Komen/pandangan pembaca yang membaca bunting: Memang sangat murah giler jualan kat Desa Murni, sebenarnya jualan ni dah berlangsung dari bulan lepas. Sempat pergi sekali pada satu hari tu, tapi sayang barang [anak skarf] yang nak dibeli tu dah habis. Maklumlah harganya 90 sen aje. ha ha ha. Confirm la macam pisang goreng yang kepanasan. Mau tak habis, sapa yang tak rambang mata lihat harga macam tu. Lepas tu, kain pasang pulak ada yang harganya kurang daripada RM30. Pandai pilih, memang berbaloi lah kalau membelinya. 

Untuk tudung pulak, ada yang harganya kurang daripada RM10. Pendek kata, datang ke sini, lepas tu pilih dengan hati-hati sebab ada jugak yang tak berapa elok. 

Kalau musim nak raya, memang penuh kedai ni. Baju melayu yang sepasang tu, harganya lebih kurang RM50 je, kalau baju melayu aje pulak, RM30 macam tu la. Memang sangat murah, kain pun ok, jahitan pun ok. Ramai orang akan datang cari keperluan hari raya kat sini [termasuk saya. hi hi hi].

Mood: kurang rajin




3 comments:

  1. HANIS MY:
    sempat ke? hihihi..i dah takmo terjah dah ;)


    NONG ANDY:
    memang takde can punye nak menerjah! ohoi.. hahhaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.