Saturday, March 24, 2012

MLM

Dua tiga hari di akhir minggu ini, saya terbaca perihal MLM. TERBACA dari blog orang lain. Saya ralit baca pengalaman orang yang telah masuk MLM. Ada jugak pembacaan yang saya skip, yang mana saya rasa tak perlu baca. Saya fokuskan pembacaan mengenai pengalaman sebenar mereka yang pernah join MLM. 

Bila saya membaca MLM ni kan, otak saya hanya fikirkan seorang insan ini. Kawan baik saya semasa saya bersekolah dahulu. Entah apa cerita agaknya dia. 

Marilah kita mengimbau kenangan, dulu saya pernah menulis tentang dia di sini ...LINK..... Ini petikan entri yang saya tulis dulu [gigih mencari entry lama] disebabkan TERBACA pasal MLM.

Jika dulu aku hanya berkias, memang aku sangat suka berkias apabila melibatkan perihal yang aku rasa perlu berkias. he he he. Sebenarnya, kawan aku tu ajak masuk MLM. Nama projek tu aku lupa. Memang kawan aku datang pada waktu petang, dan dia time tu kan baru aje join MLM ni.  

Masa dia datang tu 2009, kawan dia yang lebih bercakap nye, dia hanya diam dan mengangguk kepala kadang-kadang tersenyum. Hari ni 2012, aku baru mengerti, aku buat kesimpulan. Mereka yang baru join MLM dah diajar agar jangan cakap banyak biar ketua yang cakap/promote. 

Kawan kepada kawan aku tu kan [aku namakan XX la senang, nama betul pun aku tak tau]. Dia cakap macam-macam, dia cakap dia dapat ribu-ribu padahal masuk tak sampai setahun lagi. Lepas tu, dia cakap sekarang dia plan nak hantar ayah mak dia pergi Umrah, lepas tu hidup dia dah senang la apa la sejak masuk MLM ni. 

Aku tolak dengan baik. Lepas tu dia pujuk lagi, dia cakap takpe, yang lain-lain dia uruskan. Aku cakap aku sibuk, dia cakap dia dan kawan-kawan lain boleh tolong. Aku tanya dia, kalau saya tak boleh jual penapis air tu macam mana? Aku saje nak tengok dia jawab macam mana. Eh, dia jawab kawan-kawan lain akan sentiasa menolong aku. Wah.

Sebenarnya aku kurang gemar pada bisnes, sebab aku tak reti dan tiada bakat. 

Aku layan walaupun dalam hati Allah aje yang tahu. Masa ni kan, si XX tu dah cakap kena buat loan dalam 20k. 20K ok, BUKAN dua puloh hinggit, TAPI 20k. Pada aku yang bukan hidup senang goyang-goyang kaki ni, memang sangat besar angka tu. Besar sangat bagi aku. Bukan semudah itu untuk membuat pinjaman pada sesuatu yang tak pasti.

Kawan aku dah buat loan pada masa tu. Yelah, kan dia dah join MLM tu kan. Masa pertemuan dekat rumah aku tu, si suami XX ni nak tengok slip gaji aku. Aku PALING TAK SUKA ORANG LUAR YANG AKU TAK KENAL, SESUKA HATI NAK TENGOK ITU INI. TAPI AKU TIADA RUANG NAK LARIKAN DIRI, NAK BUAT HELAH/TIPU CAKAP SLIP TAK ADA. AKU TAK RETI NAK MENGELAT. HUHUHU. TAPI AKU ADA PENDIRIAN YANG MEREKA TAK TAHU. 

Aku masuk bilik dan tunjukkan slip gaji aku. Bersemangat si suami XX tu cakap dah boleh buat loan ni. Dah ok, macam-macam la. Aku memang geram bilamana tengok riak wajah ketiga-tiga manusia tersebut. Pelik, macam tak pernah jumpa slip gaji. Padahal bukan gaji besar pun. Memang aku hairan. Entahpape.

Pendekkan cite, pada petang tu mereka tak berjaya memujuk aku untuk join mereka.

Seminggu kemudian, aku terima panggilan telefon lagi sekali. Eh si XX ajak keluar. Dia cakap nak jumpa aku lagi sekali, kali ni dia bawak geng dia yang lain pulak. Masa ni kawan aku tak join.

Aku setuju untuk jumpa, dan kami setkan tempat, masa. Aku bagitahu semua benda ni kat sepupu aku. Aku sebenarnya sangat rapat dengan sepupu, ibarat macam adik beradik la. Dia jadi peneman aku dan pelindung bagi aku. Sebab dia lagi reti nak berhadapan dengan manusia sebegini [padahal dia lagi muda dari aku]. 

Masa jumpa tu [eh sori panjang pulak cerita ni], kami bual-bual, makan-makan. Masa ni geng si XX siap datang dengan kononnya dia telah berjaya. Macam biasa, DUIT jadi mainan kata-kata pujukan. Oh tolonglah, kalau DUIT yang jadi umpannya. Aku mintak sorii banyak-banyak lah, aku bukan orang yang tepat untuk digulakan dengan $$$$. Aku bukan seorang yang bercita-cita nak cepat kaya. Bagi aku, aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Tak kaya tapi bahagia. Bahagia tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan aku yang biasa-biasa aje nih.

Akhirnya mereka hilang idea untuk berkata-kata, sebab aku berkeras tak nak join bisnes tu. Mereka cakap sayang la tak join, itu la ini lah.

Dan hari ni, aku bersyukur sangat-sangat dengan keputusan dan pendirian yang aku buat beberapa tahun dulu. Allah telah menyelamatkan aku. 

Cumanya, aku terfikir bagaimana agaknya kawan aku tu. Dah berjaya ke dia? Dah miliki gaji puluh-puluh ribu ke? Dah senang goyang kaki ke? Sebabnya, selepas dia datang ke rumah aku, SAMPAI SEKARANG dia TAK PERNAH hubungi aku lagi.

Aku jugak tak hubungi dia. Bagi aku, persahabatan itu tetap ada. Aku tetap di sini macam zaman sekolah dulu. Tapi untuk berkawan dengan baik seperti dulu, tak mungkin. Sekadar bertegur sapa mungkin. Aku tak sekejam tu nak bermusuh dengan dia :)

*update: saya edit semula entry ni, saya buang petikan entry lama tu..huhuhu.. entry lama masih ada [cari sendiri, sebab kalau saya bagi link, terasa KEJAM nye saya sebagai seorang sahabat buat macam tu, memang saya tak bagitahu nama dia, tapi saya tak sampai hati. ada benda yang saya tak suka simpan dalam hati lama-lama buat jeruk tapai, sebab banyak lagi benda lain yang saya fokuskan dalam hidup saya] 



3 comments:

  1. Sayapun pernah beberapa kali kawan asyik meujuk rayu masuk MLM. Macam2 cara diaorang buat tapi Alhamdulillah saya masih xterpengaruh. Dah bersyukur dgn apa yg ada.

    ReplyDelete
  2. Panjanganya.......! tapi, aku baca semuanya hehe.. menarik. Byk yg aku dapat dari kisah ni. Ragam manusia.. macam2 :)

    aku bangga dgn ko yg kuat iman x terpengaruh dgn gula-gula $$$ mereka. bukan senang nak jadi senang.. bukan susah nak dapat susah. jom kita bersyukur :)

    ReplyDelete
  3. IMAH :
    Alhamdulillah. jangan la masuk. eh pandai2 pulak ajar macam nih..huhuhu.. bukan apa, loan tu bukan setahun dua kita nak membayarnya, mau 5 tahun ke atas. tak sanggup rasanya. tu lah, saya pun bersyukur dengan apa adanya :)


    NONG ANDY :
    Alhamdulillah. mungkin sebab tak minat pada bisnes kot. lagi satu segan ar nak pergi jumpa orang ramai lepas tu promote barang2.. hehehhe..

    *Allah masih melindungi diri ni..Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.