Thursday, March 22, 2012

Mr. Tutti Frutti

22 Mac 2012 | Kuala Terengganu : Sape sangka dah ada Tutti Frutti kat Terengganu. Ohoiiii! Kajian yang dilakukan oleh diri sendiri menunjukkan bahawa, TF ini telah dilihat pada 2010 di negara jiran kita. Rasanya pada masa tu, TF ni masih lagi tidak popular di negara kita. TF ni di bawah anak syarikat Naza. 

Namun demikian pada tahun 2011 telah menyaksikan pertumbuhan yang agak pesat si TF di setiap negeri yang ada di negara kita. Sebelm tu mungkin dah ada kat negara kita, tapi tak semeriah sekarang. Sekarang, lepas satu, satu cawangan dibuka. Pada akhir tahun 2011, Kelantan telah membuka francais TF di sana. Wah, lagi cepat dari Terengganu eh. #kajian ni bukan ada fakta pun, sendiri buat kajian jer :p

Pada waktu petang yang kering-kering cuacanya, kami selepas mendapat berita pembukaan kedai yang glamer diperkatakan ini, secara beramai-ramai pergi membuat food testing. Eh eh, ha ha ha. Kami beramai-ramai telah ke sana, ke kedai TF untuk mencubanya.

Yelah, dah orang cakap sedap la apa lah. Maka kita yang tak pernah merasa ni kan, gigihlah membawa duit yang cukup-cukup makan tu ke sana [banyak pulak ayat 'sana' malam ni].



Bukan makanan yang bombastik pun. Sekadar TF yang mana rasanya bolehlah. Ada jugak perisa yang tak berapa nyami nyummyyy! Oleh itu jangan pilih perasa itu. ha ha ha. Lupa nama perisa tu. 



Ini si comel Cinote yang punya. Semuanya coklat. Gelap, tak menarik. hi hi hi.


Bismillah.. dengan rasminya buat kali pertama merasa TF. urmm.. [banyak maksud urmm ni tau]

TF yang di atas ni mempunyai topping yang sangat menarik hati sesiapa yang memandang, adalah kepunyaan saya. ha ha ha [gelak macam gergasi yang duduk dalam gua cite Ahmad Albab]. Jangan marah ye kawan-kawan, saya asyik puji cantik memanjang. Siriyes, sangat menarik. Apa yang perlu dilakukan, kita amik semua perasa yang ada. Lepas tu campur semua bahan yang ada. Oh ya, saya tak amik buah. Total dia : RM11.60 kot.



Kalau nak tahu tentang faedah untuk kesihatan kita la kan, boleh baca sini. 

Lain kali nak datang lagi? Urmmm, tengok lah dulu. Kalau setakat nak bergambar ok aje, boleh datang lagi. Eh eh, pulak dah! ha ha ha. 

Maka kami  saya keluar dari kedai itu dengan hati yang berwarna-warni. Hati orang lain tak tahu la warna macam mana. [Entah apa warna-warni pun tak tahu lah].

P/S: dibuka dari 12 tengahari - 12 malam



2 comments:

  1. er.. KK ada ke? er.. mcm x pasti pulak hehehe... nantilah haku jln2 cari makan :)

    * Lawak lah n3 ni Aida. hehehe.. pesanan penaja tu memang membuahkan senyuman yg lebar smpai x nmpak telinga hehehe..

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    rasanya takde lagi kot. hahhaha.. memandai aje cakap takde..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.