Sunday, March 4, 2012

RM2

Lewat petang selepas balik dari kerja beberapa hari yang lepas. Singgah sekejap kat pasar basah. Alang-alang dah melewati gerai kuih-muih, terasa nak membeli kuih untuk si ayah la pulak. 

Pembeli: Nak kuih ni. Berapa eh?
Penjual: 3 dua ringgit..
Pembeli: haa? 3 seringgit? [sebab kedengaran macam 3 seringgit dan logik sangat 3 seringgit]
Penjual: tak, 3 dua ringgit
Pembeli: [mahalnyeeee! biar betul] err, nak 2 ringgit [nak kensel tapi macam terlampau. ha ha ha]

Sesi jual beli dah selesai.

Tapi otak duk ligat berfikir, sapa cakap kat Terengganu makanannya semua murah-murah? Tak semua macam tu. Ada jugak mahal tak hingat! Kadang-kadang rasa memang tak logik langsung. Adakala harganya jauh lebih mahal daripada bandaraya seperti Kuala Lumpur. Saya terfikir, pada 2012 harganya sudah sebegitu, bagaimana nanti akan datang? Pokoknya di sini, bukan berkira mengenai harga dan makanan. Yelah, ada orang cakap jangan berkira jikalau mau membeli makanan. Saya akui tentang hal itu.

Namun yang menjadi persoalan rawak bagi saya ialah mengapa harganya terlalu mahal untuk tempat yang kata orang, tak padan langsung dengan makanan. Persoalan ini mungkin tidak akan timbul sekiranya, harga itu berpadanan dengan makanan tersebut. Kata orang, dah nak makan beli ajelah atau nak murah buat sendiri! ha ngko, sila jawab.

Note: mungkin ada lagi kedai yang jual murah, tapi susah nak jumpa sekarang



Kira-kira 2 3 bulan yang lalu, semasa kami ke Perlis. Kami teruja giler dengan harga makanan kat sana. Murah sungguh tahap gaban! Kalau mata terang hi hi hi, anda semua boleh tengok harga nasi lemak ialah RM1.00. Kami pulak yang naik hairan, murah terlampau. Sate pulak ada yang 20sen, ada yang 30sen satu cucuk. Mau tak terkujakisme terkejut dibuatnya. Walaupun murah, rasa dan lauk dia boleh tahan. Sampai rasa menyesal tak beli 2 bungkus, sebab kami bajet kalau harga murah, mesti rasanya pun ala-ala gitu aje la. Rupanya tak, tapi kena pandai pilih gerai la. Kalau tak, nan adoo jugak. 

Seronok jugak sebenarnya berpeluang menikmati suasana dan saat 'biar betul 20 sen satu cucuk'. hi hi hi. Teruja kami, cuma yelah. Lain tempat lain ragamnya. Jangan terasa noo ;)




6 comments:

  1. mahalnya 3 dua hengget huhu pngsan!

    ReplyDelete
  2. omang aiii..mahalnya....tapikan kalo kt kemaman mungkin lagi mahal..hehehe....aida,dilla pun penah terkejut dengan harga makanan kat taiping,murah dan sangat sedap.....

    ReplyDelete
  3. omang aiii..mahalnya....tapikan kalo kt kemaman mungkin lagi mahal..hehehe....aida,dilla pun penah terkejut dengan harga makanan kat taiping,murah dan sangat sedap.....

    ReplyDelete
  4. sekarng memang mahal la kuih kan..nc elmak pun kalo tak 3 hengget tak sah...hehe

    ReplyDelete
  5. Memang mahal,

    tapi kat sini terang bulan pun dah mahal. sekeping RM1.50, dulu RM1.00 jer :(

    ReplyDelete
  6. HANIS:
    ni dah terlebih pingsan nih. kiok! hahhaha..


    UMMI_KHALISH:
    mahal sangat, rasa nak bebel je depan orang tu. hihihii. tapi beli ajelah, lenkali takmo ar beli..huhuhu

    *sesetengah tempat, bandar2 besar kadang2 rege dia lagi murah


    IEDCHAN:
    memang sangat mahal kuih2 zaman sekarang. kalau time bulan ramadan lagi la melambung sampai cecah pokok kelapa..


    NONG ANDY:
    makin lama makin naik harganya..huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.