Friday, April 13, 2012

Jumaat | 13 April 2012

Sambil menyemak jadual kuliah yang perlu disiapkan sebelum Ahad menjelma, saya on kan youtube. Satu lagu menyentuh hati berkemundang. Opick feat Flo : Andai Waktu Memanggil. Sebetulnya lagu ini saya dengar ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada minggu ini. Lagu yang diputarkan usai motivasi pagi ini menggamit hati. Lalu saya cari di encik google untuk didengar dengan lebih jelas lagi. 

Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa

Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati 'kan memohon di kemahaan-Mu

Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu 'kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta


Pagi tadi, sambil menyelesaikan kerja sebelum ke tempat kerja pada petang ini, jari saya rancak tetapi tak adalah rancak mana, sedang-sedang aje duk asyik beralih 'klik' kepada satu-demi-satu video klip yang ada di dalam youtube. Mana-mana lagu yang menarik akan saya singgah. Selepas itu, jemari singgah pada iklan yang sangat menyentuh jiwa. Iklan mengenai ibu. Sambil melihat iklan, saya meneliti barisan video yang ada di dalam side bar di sebelah kanan. Mata saya tertarik pada satu iklan ini yang bertajuk i never seen this type of Heart touching video :( . Nampak macam menarik. Selepas video klip iklan yang saya tonton berakhir, saya terus klik video di bawah: 



Entri ini peringatan untuk diri saya sendiri:
[sebenarnya saya ni bukan berani sangat nak melihat video klip kemalangan macam nih, tapi hari ini saya gagahkan mata ni untuk melihatnya]

Semasa melihat video klip ini, saya teringat kepada satu kisah yang saya dengar di dalam radio. Kalau tak silap segmen tu disiarkan pada waktu pagi. Ceritanya lebih kurang begini, tidak begitu tepat [iaitu tidak menepati 100% butir-butir kata-kata beliau] namun penceritaannya mempunyai maksudnya sebegini la [lebih kurang] : Seorang jemputan [seorang ibu + penceramah yang biasa keluar tv] untuk satu segmen di dalam radio ini menceritakan bahawa dia dan anaknya dalam perjalanan pulang dari satu tempat. Oleh kerana jalan untuk pulang ke rumahnya biasanya akan mengalami kesesakan pada waktu sebegitu, dia mengajak anaknya untuk solat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Anaknya agak berat hati kerana baki jarak perjalanan ke rumahnya bukannya jauh sangat. Namun, ibunya yang tahu dan maklum akan kesesakan yang bakal dihadapi oleh mereka, yang akan menyebabkan mereka akan lewat/tidak akan sempat untuk menunaikan solat bertegas mengajak anaknya solat.

Nak tak nak si anak menuruti keputusan ibunya. Lalu mereka berhenti di satu surau/masjid untuk menunaikan solat. Usai solat, perjalanan diteruskan dan dalam perjalanan anaknya ingin singgah membeli keperluan sekolahnya. Si ibu tidak turun dan hanya si anak yang turun untuk membeli apa yang dihajatinya. Ketika itu hujan turun dan makin lebat. Di seberang jalan, kelihatan anaknya ingin melintas jalan. Pada masa yang sama, kereta di jalan agak banyak. 

Ibunya mengerti si anak hanya fokus untuk sampai cepat ke dalam kereta dan si anak tidak fokus kepada kereta yang banyak ketika itu. Si ibu melihat anaknya berlari melintasi jalan dan dalam masa yang sama bunyi hon yang panjang kedengaran.

'Anak aku', detik hati ibu. Selepas bunyi hon yang panjang. Pintu kereta di sebelah dibuka dengan wajah yang pucat kelihatan. Si anak berkata 'ibu, nasib baik saya dah solat'. Si anak menceritakan semasa dia melintas, dia terasa ada satu kekuatan yang menjadikan langkah lariannya menjadi semakin laju. Seolah-olah ada tolakan untuk dia ke depan.

Jika kita jaga Allah, insyaAllah, Allah akan jaga kita. Itu kata akhir jemputan itu untuk anaknya dan juga pendengar.

==========

Begitulah kaitan mesej yang cuba disampaikan di dalam iklan ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua dan sekali lagi saya tekankan, entry ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri.




1 comment:

  1. dah tgk video ni.

    terima kasih sebab share.. menusuk sungguh video ni. sungguh....

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.