Tuesday, May 8, 2012

AFIQ & 5.5

Malam tadi, tak tahulah kenapa line macam yo yo. Ok, bukan nak bercerita pasal line internet, sebabnya dah acap kali sangat kot perkara ni diutarakan. Lebih kepada luahan perasaan. Benda remeh, kita letak tepi.

5.5.2011 - 5.5.2012

Genap setahun usia Afiq. Satu-satunya anak buah yang tinggal bersama-sama kat rumah ni. Boleh dikatakan mata memandangnya setiap hari. Balik kerja nampak muka dia, dia nampak muka kita. Dia dah boleh kenal kita macam mana. Pernah satu hari tu, balik sekejap ke rumah masa lunch hour. Time nak balik semula ke tempat kerja, dia nak mengikut. Terpaksa dukung, bila letak mulalah nak nangis. Terpaksa la dukung lagi sekadar amik hati je. Last, akak ipar yang amik barulah dapat pergi kerja.

Kalau time pulang kerja, selalu hadiahkan senyuman manis. Pandang sambil senyum, lepas tu merangkak laju-laju datang kat mak cik dia nih. Biasanya kalau lepak kat luar, handbag akan jadi mangsa dia. Suka sangat menyelongkar apa yang ada kat dalam handbag nih. Kita larang, dia makin galak mengacau.

Sabtu lepas, 5 Mei raikan secara ciput-ciputan birthday Afiq. Tak beli apa pun, sekadar kek aje. Itu pun dah cair. Minum air masak. ha ha ha. Elok sangat la tu.



Kek menjadi cair akibat diletakkan kat dalam kereta di tengah-tengah cuaca panas. Empunya diri masuk ke Giant merewang untuk membeli barang-barang, padahal tak beli pun. hu hu hu.



Afiq dan Ummi sama-sama mengergaji kek. Pertolongan diperlukan kerana Afiq tu bukan tahu apa. Nanti tak pasal-pasal dihempuknya kek tu, tak ke sudah!



Hadiah daripada mak cik sebelah adik akak ipar. Strawberry omey-omey!



Tetiba gambar dia. Dah setahun, masih belum tumbuh gigi. Masih belum pandai berjalan. Setakat ni, dia hanya pandai berdirikan badan, tapi tak melangkah. Biasanya akan terus jatuh dan menyambung merangkak. Sekarang merangkak dah laju dah. Slow sikit dari ribut. ki ki ki. Berat badan dia maintain. Tak turun tak naik. Berat!




Barangan yang Afiq dapat masa birthday dia. Thank you untuk Cu Na & Cu Ya.



Terus sepah-sepahkan permainan yang dia dapat. 

SELAMAT HARI LAHIR AFIQ

XOXO



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.