Thursday, May 17, 2012

Blind Spot

Malam semalam coverage tak berapa bagus. Kalau perasan, entry sebelum ni nampak macam tergantung macam tu je. Plan nak sambung semula la kononnya, tapi aku tak rasa nak sambung. Jadi memang tak nak sambung ar. 

Kalau sebut memandu, semua orang memandu. Namun sedar tak sedar kita banyak buat silap. Ok la senang cerita, saya cerita ek.

Masa : 7.50 pagi
Lokasi : atas jalan menuju ke tempat kerja
.....................................................................................................................................................
Masa I
Jam dah menunjukkan 7.35 pagi. Minyak dah kelip-kelip tanda mintak 'nak minyak, hauslah rasa tangki nih'. Jadi kenderaan terus dipacu ke stesen minyak. Selesai mengisi minyak, jam ditangan ditoleh sekilas. 'Urmm, ada masa lagi'. Minyak ditekan sedang-sedang aje, meter mencecah 80. Kadang-kadang 85. 

Setibanya dipersimpangan lampu isyarat di sebuah sekolah menengah, ternampak satu kenderaan ni mencelah di tepi-tepi lorong yang sepatutnya tak boleh masuk. Nak mudah cerita, sepatutnya dua lorong aje, tapi dah jadi tiga lorong angkara kereta putih yang bernama Jazz binti Plat A ini dah masuk kat situ. Aku just tengok, mula-mula tak perasan sangat pemandu ini adalah perempuan.

Bila lampu bertukar hijau, kereta tu terus memecut laju ke depan. Memang laju jugaklah, aku rasa mungkin dalam 100 sebab aku bawak dalam 80-85. Tapi tak kisah pun, sebab kereta dia Honda. Oklah tu ;)

Aku dibelakang sekadar memandang aje. Boleh tahanlah dia memandu. 

Masa II
Kereta diperlahankan dan dihentikan setibanya di persimpangan lampu isyarat kedua. Macam tadi jugak, kereta putih tu masih di lorong paling kiri. Lorong tak sah kerana itu bukan lorong yang betul. Lorong betul hanya ada dua, lorong ketiga tu biasanya motorsikal atau kereta yang kata orang berada dalam kategori 'nak cepat atau seumpamanya la'. Time ni barulah perasan, pemandu itu adalah perempuan. 

Masa III
Perjalanan diteruskan. Terpandang satu kereta putih [putih jugak] bernama Satria Neo di depan. Kami berada dipersimpangan ketiga, lampu merah. Banyak kan persimpangan? Memang, hampir 5 lampu isyarat yang perlu ditempuhi untuk sampai ke tempat kerja. hu hu hu.

Lepas lampu hijau, aku terus memandu tak berapa amik pot sangat la dua kereta ni. Cuma masa aku pandang cermin kereta sekilas. 'Eh tadi laju sangat si Honda Jazz ni. Ni slow la pulak'. Bicara aku sendiri. hi hi hi. Ngomelan ni bukan nak berlumba ke apa. Aku bukan suka-suka nak lumba nak tekan minyak. Tak. Tengok keadaan, kalau dah lembab sangat, aku potong je. Kalau bawak 40-60 untuk keadaan biasa, memang sori la der. Aku akan potong. Nak makan angin, sila ke tepi lane kiri. Memang korang bagus bawak 50 tapi tak bagus untuk yang bawak 60 ke atas. Aku lebih suka bawak santai. Biar kereta takde depan dan belakang, rilek je. hi hi hi. Bajet jalan macam sendiri punya. Di sini terdapat unsur pentingkan diri sendiri sebab nak jalan lengang supaya pemanduan tak terganggu. Eyh! Mana bolehhhh! =)

Masa IV [MASA KECEDERAAN NAK KENA KAD MERAH]
Menuju jalan dua lorong yang mana terdapat lorong kiri iaitu pintu masuk ke sebuah universiti jiran kami. Aku berada disebelah lane kanan. Menoleh seketika dibelakang, ternampak kereta Honda Jazz, nampak kereta Satria Neo putih. Pandang lagi nampak kereta Honda Jazz yang masih jauh lagi, adalah kira-kira selang 4 5 buah kereta. Satria Neo tak nampak pun. Bagi signal pelan-pelan masuk kiri sebab lorong kiri sikit je keretanya. Tiba-tibaaaaaaaa...

*



*



*




*



PONNN! PONNNNNN!!!

Aku pandang ke belakang, 'weyh! giler tukar lane bilamana kereta dah dekat' ayat ni untuk diri sendiri. Spontan je kuar. Rupanya Satria Neo ada kat belakang. Memang sepatutnya aku TAK BOLEH TUKAR LALUAN TIME TU. Sebab dah takde ruang, ngam-ngam aku tukar laluan. Imagine camnilah, kereta aku hanya ngam-ngam loloskan badan untuk ke lorong sebelah. Bonet Satria Neo dengan badan kereta aku mungkin dalam separuh lengan je. Memang satria tu MARAH GILER KAT AKU. Kalau aku kat tempat dia, aku pun sama. Hangin wei. Dah lah masuk lambat je, lepas tu kereta belakang dah agak rapat. Masih gatal nak tukar lorong. Dalam marah-marah kan, dia bagi aku masuk :p

Sebenarnya blind spot telah terjadi, RUJUK RAJAH 2 DARI KANAN. Sebab tu aku tak perasan kereta satria neo ni kat belakang. Aku perasan kereta Honda Jazz tu je. hu hu hu.

Admit : Memang silap aku.



Satria Neo bengang nak giler. Aku dah selamat masuk lorong kiri, dia tak jadi duduk lorong sama aku, eh dia masuk lorong kanan. Main tekan-tekan minyak kat sebelah aku. Aku tak pandang pun kat sebelah. TAKUT. hu hu hu. Lepas tu aku dah jadi GERAM!! 'Weii, aku tak sengaja la. Aku tengok belakang ko takde. Tup-tup ko ada belakang. Kalau tahu ko ada belakang, aku tak tukar la lorong macam tu'. Tapi dia dengar ke? Dia tahu ke masalah kita macam tu? Dia tahu ke punca kita menukar lorong macam tu? TAK KAN??

Jadinya, pemandu Satria Neo memang berhak rasa nak marah. Mungkin difikirnya kita sesuka hati nak main tukar lorong macam tu. Dahla dia tu lelaki,kita ni perempuan. Mana boleh berani macam tu. Bahaya! Eces.

Keadaan menjadi tegang. Kat depan, kereta pulak lambat giler. Kat sebelah kanan, satria ni dah main tekan-tekan minyak macam tu. Apakehal??? Nak marah sebab tukar lorong tadi? Memang patut marah, tapi AKU TAK SENGAJA LA WEY!

Last, aku potong kereta depan melalui jalan kiri. Kalau nak tahu, jalan kiri ni luas jadi memang boleh potong disebelah tu. Sekarang, aku kat depan, kereta slow tu kat belakang aku, kereta satria neo selang dua atau tiga buah kereta slow tu. Nampak satria neo mengejar dari belakang. Aku bawak maintain macam biasa. Sebab aku nak gi kerja, bukan nak berlumba. Bukan nak carik pasal.

Masa V
Kereta aku diperlahankan bersedia untuk diberhentikan sebab lampu isyarat merah. Kereta satria tu disebelah kiri sebab dia akan membelok ke kiri. Eh sempat tau dia perlahankan kereta nak tengok sape pemandu yang entahpape nih. kui kui kui. Aku memang tak layan ar. Kat belakang aku kereta Honda Jazz tadi. 

Sekali Honda Jazz tu satu tempat kerjalah pulak. Lain pejabat. Mesti dia bilang 'bahyanya drive kereta'.

Kesimpulan dari cerita panjang berjela ini ialah: 
Kita sering kali cepat menuduh sesuatu perkara seperti macam-macam la sebelum mengetahui punca sebenar. Punca sebenar BLIND SPOT. Kesan kepada punca ini amat besar dan memang membahayakan diri sendiri dan pengguna lain. Terima kasih untuk satria neo ni sebab bunyikan HONNN untuk aku. Kalau tak, aku tak tahu dia ada kat belakang. Cuma mungkin dia fikir aku sesuka hati nak tukar lorong. Sebab tu dia GRRRRR!!! Aummm! [bayangkan naga keluar api]. ha ha ha.

[sedar tak sedar kita banyak buat silap. er aku la bukan kita]



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.