Saturday, May 12, 2012

Borneo : Dua

Terasa nak sambung cerita pasal Borneo. Jadi mari kita bercerita. Masa hari pertama kami di sini. Kami terus ke Santubong. Banyak maaf lah sebab tak berapa tahu sangat kawasan ni. 

Perjalanan untuk ke sana boleh tahan lama jugak, urmm adalah dalam setengah jam kot, atau hampir satu jam. Fakta masa memang saya tak alert. Jadi tak boleh nak bagi gambaran tepat jangkamasa yang di ambil untuk sampai ke sana.




Ni pemandangan dari dalam kenderaan. Pantai Santubong kalau tak silap nama dia. he he he. [kalau ada he he he tu, nampak sangat 50/50 tak yakin] 



Kami dah sampai ke Damai Sentral. Sekarang sedang menuju ke dataran helang. Nampak macam kat Langkawi kan?



Model sedang menikmati udara pantai. 



Model-model lain sedang beristirehat di bawah helang yang besar.



Suasana pantai. Tapi tak ramai sangat orang.



Cuaca panas takde lah panas mana, tapi boleh tahan la. Gambar ni ditembak dari jarak jauh. Sebab tu tak berapa nak jelas.



Larian daripada dua model. Siapa yang menang? Takde pemenang.



Kampung Budaya Sarawak terletak di depan Damai Sentral. Dulu masa datang sini, tak perasan la pulak adanya Damai Sentral. Kami tak masuk pun kat dalam Kampung Budaya ni. Ambik gambar je kat luar. Tak rasa ralat sangat la walaupun tak masuk kat dalam ni sebab dah pernah masuk masa datang dengan trip pejabat dulu. Kalau nak masuk kat dalam ni, better pakai kasut yang flat. Bukan apa, senang sikit nak berjalan kat rumah panjang tu. Lantai dia dibuat daripada buluh, kalau pakai high heels memang cari penyakit la.




Dah puas bergambar kami singgah beli air. Walaupun sekadar bukak jualan macam ni je kan, tapi nampak macam berbaloi la jugak. Kalau nak tahu, air kelapa dia SEDAP + PURE. Bukan jual dalam plastik macam biasa tau, tapi dorang jual dalam botol air mineral. Senang nak minum. RM2 satu, tapi berbaloi. Air lain yang mereka jual, air limau kasturi dan air tebu. 




Damai Sentral. Lepas nak balik baru amik gambar :)



Sekali lagi gambar Pantai Santubong. Sekali pandang nampak macam bahaya jer, nampak kawasan ala-ala paya bakau je. 



Ketika melalui kawasan kampung. Nama tempat ni? Tak sure lah, tapi bila tengok kat handphone tertera Taman Santubong. Perasan tak sekolah kat sana? Macam best jer sekolah kat tepi gunung Santubong. Siap berbatu-batu lagi dalam sekolah. Lengkap dengan asrama tau, masa ni pelajar sedang berlatih bola baling. he he he. Pandai-pandai je cakap bola baling, tapi rasanya betul la bola baling. Bayangkan korang jadi guru, lepas tu kena transfer ke sini. Erkkk! Nampak macam best, tapi tapi.. sanggup ke??? 

Nanti kita sambung lagi episod lain eh :)

note: 45 minit diperlukan untuk publish cerita ni. grrr! semangat giler ni nak cari broadband baru. tapi tak tahu la yang mana lebih ok dari celcom. oh celcom, promote macam bagus tapi indah khabar dari rupa. hu hu hu.



1 comment:

  1. gambar pantai itu memukau.. paling memukau yg ada model kecil tu :)

    *dulu aku celcom. sekarang maxis.. ada beza sikit jer..!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.