Friday, May 25, 2012

Borneo : Empat

Selepas ke Serikin, berjalan-jalan di pasar sana. Kami ke Muzium Kucing. Tak tahu pulak kucing pun ada muzium. Matahari menegak tak menegak la jugak, adalah dalam tengahari macam tu kot, kami ke sana dengan bersemangat. 



Saje nak pamer air bandung yang sedap pernah ku jumpai. Memang sedap, rasa macam soda pun ada. Macam bandung tak bandung, sedap la senang cite.



Unser bergerak melalui jalan yang meninggi, muzium ni letaknya kat atas bukit. 



Moto Untuk Masyarakat Berbudaya. Ini bangunan yang dalamnya ada muzium kucing.




Pandangan kat luar. Cantik boleh tahan la lanskap dia.



Cuaca ok, mengamit pengunjung untuk ke sini.



Kebetulan ada staf yang sedang gigih memenarikkan Sudut 5S kat situ.



Ini senarai pengurusan DBKU. Dewan Bandaraya Kuching Utara



Ini la dia Muzium Kucing tu. Siap ada kepala kucing sebagai gerbang untuk ke dalam. Kat dalam macam-macam rupa kucing dorang pamerkan. Hello Kitty pun ada tau. Banyak gambar yang kami ambik masa kat dalam sana. Penuh satu kamera kami duk klik klik. Tapi sayang, semua gambar kucing tu ada kat dalam kamera my brother. Belek-belek kat dalam folder, urrrmmm tak ada pun gambar kucing. hu hu hu. Hari tu tak ambik terus semua gambar tu dengan abang besar tu. 

Oh ya, kalau korang nak masuk kat dalam nak bawak kamera. Korang kena bayar adalah dalam RM5 kot. Lepas tu kalau untuk video cam, lain pulak harganya. Tu sebab semua gambar ada kat dalam kamera abang besar. 



Meooowwww!!



Sudahnya, kami setakat tangkap gambar kat luar aje. Dah jenuh nak posing, dah tak larat nak senyum. Naik cramp rasa mulut. 

Urmm, nak tunjuk gambar kucing, gambar takde. Ok la nanti kita cite pasal perkara lain pulak ek.

Selamat berhujung minggu.



3 comments:

  1. gambar gerbang kucing itu nampak best!!!!

    ReplyDelete
  2. I've been there on 2005....hahaha lama dah, second time g last year tp tak g kuching, we all jenjalan Miri plak. Kat Kuching ada g makan kat Topspot tak? Giler ramai org evrynite, popular dish 'ntah tau apa nama sayur tue', leh terbang2 lagi (diorg serve baling jer ke pinggan yg di hold oleh pelayan dia).

    ReplyDelete
  3. NONG ANDY :
    gambar kat dalam lagiiiiiii BEST. Penuh dengan patung kucing, dahla comel giler. sayang takde gambar dalam simpanan.

    CINTA MISTERI :
    lama dah tu 2005 :) Miri tak pernah sampai lagi, entah macam mana ntah. Topspot kat mana? rasa macam tak, sebab kitaorang makan depan waterfront macam tu je. HAHAHA. nak gelak, sebab mesti suasana dia bising macam nak berperang [imaginasi kungfu]

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.