Thursday, May 3, 2012

Borneo : Satu

Pernah cakap konon nak sambung cerita LASBELA di Bandung. Rasanya rajin tidak muncul-muncul hinggalah di tika ini. Jadinya, saya abaikan aje lah. Dah kurang rajin nak menyambung cerita Lasbela tu. Tutup buku eh :)

Ini mau cerita perihal yang lain.

Kami ke Sarawak pada bulan lepas. Menggunakan tambang murah. Kalau tambang mahal, rasanya saya tak mampu untuk ke sana.

Agak dramatik semasa ingin bercuti. Kerja di pejabat masih tak siap-siap, saya sebenarnya hampir sahaja tak mahu pergi di saat akhirnya. Masa tu berbelah bagi dengan kerja. hu hu hu. Naik bas pada hari Khamis, 29 Mac 2012. Eh ingatkan bulan lepas, rupanya 2 bulan lepas. he he he. Sori! Naik bas jam 10 malam. Balik dari kerja jam lebih kurang 630 petang macam tu la. Letih giler, kemas baju macam tu je. Malam angkut beg naik bas dua tingkat. Nasib baik semuanya ok.


- gambar dah dibuang-
Orang takde kerja memang mencari kerja. Ini hasilnya. Anak sedara ngikut jer. he he he.



Masa dalam flight agak tak tahu nak buat apa. Saje suka hati ambik gambar jam ayah aku. Rasanya tabiat pakai jam menurun dari dia la ni kot. Tak pakai rasa tak lengkap benda kat lengan. Mesti pakai.



Ayah atau Pok [rasanya Pok ni, asalnya daripada Bapak] yang buat kali pertama naik flight. Tak nampak gayat atau apa. Ok je time penerbangan. Ye kami naik berdua aje, family abang naik flight yang first.



Dah sampai kat Kuching, Sarawak kampung Shasa. hi hi hi. 



Layan je kerenah si Biha. 



Kami berhenti makan sat dekat satu kedai ni. Air milo Nina punya, air bandung saya punya.




Laksa Sarawak yang nampak menyelerakan. Rasanya macam berempah sikit. Mungkin tu cara buatan dia kot.



Tokki menikmati mee kolok kot, ke laksa??




Adik dan nenek. Bermanja suap dengan nenek. Biha bawak hal sendiri.



Mee kolok anak buah, Nina punya. Rasanya boleh lah.




Ni la kedainya. Glamer dengan laksa. Eh kat Sarawak sana sini banyak orang jual laksa, mee kolok. Dah trademark dia kot. Macam kat Terengganu la kan, glamer dengan nasi dagang, keropok lekornya. Lain tempat lain 'duta' makanan nya.



Hari yang sama, kami ke Kampung Budaya Sarawak. Time ni berhenti sat, yang tinggal Biha and me aje dalam Unser ni. Melayan kerenah Biha. Duk sibuk menyusun selipar, katanya selipar kami sama. Memang la sama. Angry birds, terberkenan pulak kat selipar ni masa pergi Giant. Padahal game AB tak pernah main pun.



Gunung Santubong [kalau tak silap]. Masa ni dah dalam perjalanan untuk ke Kampung Budaya. Kebetulan cuaca ok la jugak petang tu. Mula kami sampai ke airport, dah dalam perjalanan sikit, hujan turun mencurah-lebat. Mungkin kat sini bila petang hujan,bila pagi ok kot. Pandai-pandai buat andaian. hi hi hi.

Nanti kita sambung lagi eh :)




2 comments:

  1. sarawak dah pergi. sabah bila lagi :)

    *laksa sarawak itu memang buat kecur air liurku!!

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    Kalau ada tiket murah, memang nak pergi. Tak pernah lagi sampai Sabah. Teringin nak ke Kundasang, sebab nampak ala-ala obesi gitu. hihihih

    *lebih suka laksa terengganu. larikkk!

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.